IKLAN

Selasa, 22 Mei 2012

Mengenali Jenis-Jenis Makanan yang Panas dan Sejuk


Sumber gambar- islamituindah.my

Kita mungkin selalu dengar, orang-orang tua terutamanya, mengklasifikasikan makanan kepada makanan 'panas' dan 'sejuk'. Apakah yang dimaksudkan mereka?

Syeikh Hakim Moinuddin Chishti dalam Kitab Perubatan Ilmu Kesufian (al-Tibb al-Rauhi as-Sufi) memberikan huraian yang agak panjang lebar dalam hal ni.


"Apabila kita kata makanan itu panas, bukanlah bermaksud makanan itu benar-benar panas (misalnya seperti api) dan tidak juga berkaitan nilai kalorinya.

Kita maksudkan dengan makanan panas itu ialah makanan yang menimbulkan kesan dalam badan kita yang menggalakkan metabolisma (iaitu proses dimana makanan dibina menjadi jirim hidup atau jirim hidup dihuraikan menjadi bahan-bahan mudah).

Makanan yang sejuk intipatinya memberi kesan merendahkan metabolisma" - ms 52



Jenis-jenis makanan yang panas:

Daging dan ikan: anak biri-biri, ayam, hati, telur, kambing jantan dan ikan

Bahan-bahan tenusu: susu biri-biri, keju, krim, minyak sapi

Sayur-sayuran dan kacang: 'beet' (sejenis tumbuhan yang manis akarnya), lobak, bawang, biji sawi (hijau), tumbuhan kekacang (merah) dan (putih), kacang buah pinggang (kidney beans), lada merah, lada hijau, biji lobak merah, labu.

Buah-buahan: biji 'peach', buah plum, oren, limau, buah 'mulberry', kismis merah, kismis hijau, zaitun, anggur masak, labu, semua buah-buahan kering.

Biji-bijian: badam, 'pistachio', biji keras buah apricot, 'walnut', biji buah 'pine'

Padi-padian: beras (biji nipis), beras basmathi

Minyak: minyak bijan, minyak jagung, minyak jarak, minyak biji sawi

Minuman: teh, kopi.

Herba: kulit kayu manis, buah pegaga, bunga cengkih, halia, biji saderi, kunyit, garam masala (campuran)

Lain-lain: manisan, gula-gula (rock candy), semua bahan makanan yang manis, garam, semua ubat moden


Jenis-jenis makanan yang sejuk:

Daging: arnab, kambing betina, lembu

Bahan-bahan tenusu: susu lembu, susu ibu, susu kambing, mentega, keju kering, marjerin.

Sayur-sayuran dan kacang: salad, daun saderi, pucuk (umumnya), bayam, kubis, kacang soya, tomato, lobak, kacang

Buah-buahan: tembikai, pear, kelapa, pisang, delima.

Biji-bijian: tiada.

Padi-padian: beras warna coklat, beras (biji tebal)

Minyak: kelapa, biji bunga matahari

Minuman: teh hijau

Herba: ketumbar (kering), jintan, inai.

Lain-lain: gula yang dibersihkan, cuka, benda-benda pahit dan masam


-'Kitab Ilmu Perubatan Kesufian'-ms 55



Komen Dr. H:

Gunakan 'common sense' anda. Jika anda berbadan gemuk atau mempunyai kencing manis dan ingin supaya makanan yang anda makan lebih cepat 'dibakar' menjadi tenaga, pilihlah makanan-makanan 'panas' dari jadual di atas dan begitulah sebaliknya jika anda berbadan kurus-pilihlah makanan yang lebih 'sejuk'.

Jika anda ada masalah perubatan yang melibatkan metabolisma tinggi seperti kanser atau 'hyperthyroidism', pilihlah makanan yang 'sejuk'.

rawatan-holistik



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik