Tak mudah dan tidak begitu saja manusia harus melupakan dan menelantarkan ibunya.Bahkan Nabi s.a.w pun bersabda ketika ditanya sahabat
Beberapa tahun kebelakangan ni, banyak promosi-promosi dan kesedaran untuk menyambut hari ibu. Tapi berapa ramai antara kita yang betul-betul tahu bilakah hari ibu di sambut? Dan berapa ramai yang sedar bahawa satu keunikkan tentang hari ibu, ianya di sambut pada tiap-tiap bulan (kecuali Jun) di setiap negara yang berbeza di dunia ini?
Ya! Hari ibu bukannya di sambut serentak di seluruh dunia seperti hari pekerja dan beberapa hari peringatan yang lain. Di Malaysia, Hari Ibu di sambut pada setiap hari ahad kedua pada bulan Mei. Bagaimana dengan negara lain?
Banyak negara yang akan bersama-sama dengan orang di Malaysia menyambut Hari ibu pada Ahad ini. Antara negara-negara yang akan meraikan bersama Malaysia adalah Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Dominica, Ecuador, Estonia, Ethiopia, Fiji, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Liechtenstein, Macao, Malta, Myanmar, Netherlands, New Zealand, Pakistan, Papua New Guinea, Peru, Philippines, Puerto Rico, St. Kitts & Nevis, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Samoa, Singapore, Sint Maarten, Slovakia, South Africa, Sri Lanka, Suriname, Switzerland, Taiwan, Tanzania, Tonga, Trinidad and Tobago, Turkey, Uganda, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zambia dan Zimbabwe.
Sambutan hari ibu setiap tahun di sambut bermula di Norway (Ahad kedua pada bulan Februari), Israel (Shevat 30 – salah satu hari antara 30 Januari hingga 1 Mac), Georgia (3 Mac), bekas negara-negara Soviet, Vietnam dan Laos (8 Mac). Dan antara negara terakhir menyambut hari ibu setiap tahun adalah Panama (8 Desember) dan negara jiran kita, Indonesia (22 Desember). Terlalu banyak kalau aku nak senaraikan semua kat sini. Letih aku. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh baca di wikipedia.
Jangan lupa kenang jasa ibu anda. Sekurang-kurangnya ucapkan terima kasih padanya kerana melahirkan dan membesarkan anda. Bagi mereka yang ibunya telah kembali kepada Maha Pencipta, selalulah sedekahkan Al-fatihah pada mereka. Semoga mereka semua mendapat Rahmat dari Allah.
Sambutan hari ibu perlu menimbul isu satu kerana terdapat artikel dari wiki mengenai asal-usul hari tersebut iaitu:
Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.
Berdasarkan itu terdapat pendapat yang mengatakan umat islam tidak harus meraikan sambutan hari ibu kerana dikhuatiri terpengaruh dengan tradisi dan ajaran bangsa Yunani tersebut.
Namun demikian berdasarkan beberapa artikel yang ditemui semasa mencari sumber mengenai kesahihan dan hukum sebenar mengenai sambutan hari ibu ni, darimysuperkids.net yang menjelaskan bahawa :
Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan mengenai sambutan hari ibu:1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
3. Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.
4. Muhasabah diri para ibubapa ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni.
5. Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak2nya.
6. Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak.
7. Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan parenting skills.
Garis panduan yang dikeluarkan oleh pejabat Mufti Selangor boleh dilawati di laman web rasmi Jabatan Mufti Selangor.
Pada masa yang sama aku jugak jumpa soal jawab di satu blog Hanafiyah yang menjawab persoalan mengenai sambutan hari ibu ni yang dijawab oleh pemilik blog tu macam ni:
Jawaban:Salam,
Memang ada pendapat sesetengah ulama yang mengharamkan sambutan hari ibu kerana asal usul sejarahnya. Namun, di Singapura pada pengamatan saya pendirian umum mengenainya di sisi asatizah ialah ianya harus. Banyak masjid-masjid di Singapura turut menganjurkan majlis dan program bagi menghargai ibu pada hari ibu. Jika sambutan ini dikira sebagai kemunkaran yang serius, pastinya Majlis Ugama Islam Singapura dan badan ulama akan mengeluarkan pernytaan untuk menegur masyarakat Islam.Alasan-alasan keharusannya, di sisi saya, ialah:1. Amalan manusia tidak statik, ia selalunya melaluis proses evolusi. Apa yang bermula sebagai tidak betul, tidak semestinya kekal tidak betul sepanjang zaman dan apa yang mulanya betul, tidak semestinya sampai bila-bila tetap betul.2. Dalam kes hari ibu, ia telah melalui evolusi yang pada hari ni sudah tiada kena mengena pun dengan mitos atau dewa orang Yunani. Hakikat ini tidak boleh dinafikan dalam menetapkan hukum. kalau tidak, hukum akan bersifat statik dan tidak tepat.3. Sambutan hari ibu berbeza sama sekali dgn hari Valentine kerana pada hari ibu, kita tidak lagi memperingati dewa, simbol atau tokoh agama tertentu, tetapi yang diperingati ialah semua kaum ibu. Selain itu, menghargai jasa ibu ialah anjuran agama. Manakala, budaya hari Valentine umumnya ialah bersifat jalinan kasih antara pasangan yang bercinta yang melibatkan golongan yang belum kahwin, berunsur “romen-romen” dll, adalah sesuatu yang lebih dekat dengan larangan agama. Maka, eloklah ia dilarang untuk tutup pintu kejahatan.4. Kalau diperhatikan, sebahagian dari nama-nama bulan-bulan tahun Gregorian ialah nama-nama dewa orang-orang Rom dan Yunani dahulu kala (sila rujuk mereka yang arif dalam hal ni) tapi kita tidak dengar pendapat para ulama yang mengharamkannya kecuali mungkin oleh golongan yang kecil (ultra-ortodoks) di kalangan umat Islam kerana penggunaan nama-nama bulan ni pada hari ni sudah hilang pada pemikiran umum sebagai pendewaan terhadap dewa Rom atau Yunani.Salam
Pihak JAKIM juga pada 15 Mei 2009 telah mengeluarkan khutbah jumaat berkaitan hari seorang ibu, pada pandangan dan pemahaman blog ini umat islam perlu berhati-hati dan memastikan apa jua sambutan tidak melanggar hukum syariat.
Tanpa ibu siapalah kita semua ni, bagi aku sehebat mana individu tu tapi kalau tidak kasih dan sayang terhadap ibunya sendiri maka tidak bernilai hidupnya kerana sudah jelas bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu, itu kekal untuk anak lelak.Bagi wanita yang sudah berkahwin pula syurganya terletak dibawah kaki suami akak semua ya..Wallahua'lam.
P/s : Selamat hari ibu untuk semua ibu-ibu di dunia terutama emak ku. Hajah Habsah Binti Haji Salleh
P/s : Selamat hari ibu untuk semua ibu-ibu di dunia terutama emak ku. Hajah Habsah Binti Haji Salleh
Nurkilan: Anak Dunia untuk Ibunda Tercinta Di seluruh Dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan