IKLAN

Ahad, 5 Februari 2012

Beri Anak Sup Kepala Orang Untuk Sembuh Penyakit



Lin Zongxiu, warga Sichuan China, mempunyai seorang anak perempuan berumur 25 tahun yang telah menderita sakit jiwa sekian lama. Orang tuanya telah membawa dia berubat tetapi masih belum sembuh juga. Kemudian ibunya mendapat satu resepi atau ubat yang paling mujarab untuk menyembuhkan penyakitnya iaitu sup kepala orang.

Setelah mendengar adanya resepi menyembuhnyapenyakit sakit jiwa anaknya, Lin Zongxiu, warga Sichuan China, mencari cara bagaimana mendapatkan bahan untuk resepi itu, 

Mereka pun meminta bantuan seorang pemuda untuk membantu mereka mendapatkan kepala tersebut. Pemuda itu pun kemudian menjalankan aksinya terhadap seorang tua berusia 76-tahun yang kebetulan lalu dalam keadaanmabuk dan tidak sedar yang kemudian memberikan kepalanya kepada Lin.


 Setelah itu, kepala korban dimasak bersama dengan itik(mungkin untuk menghilangkan bau sup manusia nya) yang kemudian dihidangkan untuk anak perempuannya. 

Perbuatan Lin dan suaminya itu telah diketahui polis yang kemudian keduanya pun ditangkap dan dibawa ke pengadilan. Lin dihukum hukuman mati  yang kemudiannya di tunda selama 2 tahun . Ia juga dianggap bersalah turut  menghilangkan barang bukti seperti mayat , baju dan kasut korban. Penundaan selama dua tahun tersebut , hukuman Lin boleh menjadi penjara seumur hidup kalau selama dua tahun tersebut dia menunjukkan perbuatan baik dan tidak melakukan kejahatan yang lebih berat. 



www.borakkosong.com  (link)

Selamat Mempergingati Maulidur Rasul s.a.w




Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Allah menciptakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai sebaik-baik manusia, terbaik akhlak dan budi pekertinya. Beliau memiliki kesempurnaan diri dan jiwa sehingga beliau merupakan makhluk yang paling baik dan sempurna.

Justeru sempena bulan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w,  Saya mengucapkan selamat memperingati Rasulullah s.a.w, semoga hati kita sentiasa mencintainya lebih dari mencintai yang lain, marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda s.a.w semoga hati kita dilimpahi nur dan hidayah keimanan, dianugerahkan ketenangan dengan mengingatinya sebagai mana tenang mengingati kekasih.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud " Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ” (Riwayat Tabrani).

“Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).

Apa yang lebih penting dalam memperingati kalahiranNya ialah menjaga adab-adab terhadap Nabi kita, Muhammad s.a.w dan menghayatinya, antaranya;

  • Menjadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai orang yang paling dicintai, dihormati dan diagungkan dari seluruh makhluk Allah.
  • Mentaati Nabi Muhammad s.a.w di samping mengikuti jejak langkahnya dalam urusan dunia dan agama.
  • Mengagung dan menghormati Nabi Muhammad s.a.w. apabila namanya disebut dan berselawat serta salam ke atasnya, dan mencontohi sifat-sifatnya.
  • Membenarkan segala yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
  • Merendahkan suara di makam dan masjidnya bagi yang berpeluang menziarahinya.
  • Mencintai para pengikutnya kerana mereka mencintai Nabi Muhammad s.a.w serta memusuhi golongan fasiq kerana mereka membenci Nabi Muhammad s.a.w.
 URH




Jumaat, 3 Februari 2012

Adakah Hang Tuah Wujud? Ini komen Pakar Arkeologi


Gambar hiasan 

PAKAR arkeologi mempertahankan kewujudan laksamana Melaka, Hang Tuah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka abad ke-15 berdasarkan beberapa bukti yang ditemui melalui kajian arkeologi. 


Yang Dipertua Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, berpendapat kewujudan Hang Tuah mampu dibuktikan melalui penemuan nama Hang sendiri di Padang Lawas, Sumatera pada abad ke-15, sekali gus menguatkan kepercayaan bahawa laksamana itu memang pernah hidup di muka bumi ini.


“Saya percaya Hang Tuah wujud tetapi nama yang empat orang lagi (Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi) mungkin kita boleh kaji lebih lanjut untuk menentukan sama ada mereka benar-benar wujud atau tidak.


“Kita juga tidak boleh menafikan kewujudan makam Hang Tuah. Walaupun nama di makam itu tidak tertera Hang Tuah, penemuan tinggalan seramik oleh kajian arkeologi, jelas menunjukkan zaman itu adalah abad ke-15 iaitu zaman Hang Tuah,” katanya. 


Nik Hassan Suhaimi berkata, walaupun ada cadangan untuk melakukan kajian saintifik bagi menentukan kesahihan kewujudan Hang Tuah melalui proses DNA, ia sukar dijalankan kerana membabitkan kaedah yang rumit. 


“Kalau kita nak jalankan kajian saintifik itu, kita kena menggali makam berkenaan untuk mengambil sampel tulang dan ia bercanggah dengan agama Islam sendiri,” katanya. 


Baru-baru ini, pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, menafikan kewujudan laksamana Hang Tuah, empat rakannya dan Puteri Hang Li Po kerana tiada rekod yang mencatatkan mereka pernah wujud di muka bumi ini.


Sehubungan itu, Kay Kim berkata, buku teks sejarah akan ditulis semula bagi menyelaraskannya dengan fakta dan bukannya mitos serta lagenda, termasuk penceritaan mengenai Hang Tuah, Hang Jebat dan Puteri Hang Li Po./BeritaHarian

P/s: Melayu dan lain-lain bangsa akan hilang (arah) jika hidup tidak berpandukan Agama yang benar..WallahuA'lam. 




Awan Di langit Beratnya Berjuta-juta Tan


Mukjizat Alquran: Awan Tebal dan Kilat Para saintis telah menunjukkan bahawa awan di langit beratnya itu berjuta-juta tan. Tentunya sangat berat.


Kini mereka bertanya-tanya, apa saja yang terkombinasi dalam awan ini dan siapa yang menghimpun zarah partikelnya? Siapa juga yang membuat gabungan zarah yang bertan-tan beratnya ini tergantung di langit tanpa bertaburan dan berselerak?

Kajian telah membuktikan melalui pemerhatian ilmiah bahawa kilat memerlukan awan tebal yang disebut kumulus. Ini bererti bahawa kenyataan ilmiah mengatakan ada kaitan antara awan tebal dengan terjadinya petir.

Yang mengagumkan bagi kita adalah bahawa fenomena ini adalah sama seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran, "Dialah Tuhan yang memperlihatkan kilat kepadamu untuk menimbulkan ketakutan dan harapan, dan Dia mengadakan awan tebal (mendung)." (Al-Ra `d: 12) .

Ini merupakan salah satu mukjizat Al-Quran yang dapat dibuktikan kebenaran pada masa sekarang ini.

detikislam


Rekabentuk Unik & Lucu Uncang Teh


Bosan dengan paparan uncang teh  yang biasa, 

mari kita lihat rekabentuk uncang atau pencelup teh, yang mana satu yang menjadi pilihan sahabat semua:)



 















 

 

 
 
 
 
 

Suka ..?? Kongsi Artikel ni ..


Blogsahabat



Rabu, 1 Februari 2012

Akhbar 3 Dimensi Ala China


Sejak akhbar 3D pertama di China dikeluarkan pada bulan April, masyarakat disana telah meminta ianya lebih banyak lagi dikeluarkan, kerana jumlahnya yang agak terhad disana.Dalam edisi Perniagaan Hangzhou,ianya diterbitkan berasaskan harian , dalam format 3D.

Tabloid Britain, The Sun, telah mengumumkan akan melancarkan akhbar 3D pertama, pada tarikh 5 Jun nanti, beberapa hari sebelum Piala Dunia Bola Sepak bermula, dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan untuk siaran acara sukan 3D, oleh Sky News. Maaf teman, tapi The Sun hampir dua bulan terlambat,kerana di China, akhbar 3D  di beritakan sudah terbit kelmarin.Mari kita sama-sama lihat gambarnya.












Disunting dari: wisbenbae



Jutawan Muda Enggan Ajar Anak Hidup Mewah


KOMITED...sebagai Pengarah Urusan IKSB Shazrina dan Irfan mempunyai hubungan baik dengan pekerja.
KOMITED...sebagai Pengarah Urusan IKSB Shazrina dan Irfan mempunyai hubungan baik dengan pekerja.
PENAMPILAN wanita kepada empat cahaya mata ini cukup sederhana. Tanpa secalit solekan mahupun gincu pada bibir, wanita berdarah campuran India di sebelah datuk dan Cina sebelah nenek ini masih menawan dengan mengenakan padanan blaus dan skirt labuh.
Walaupun bergelar isteri kepada jutawan Internet, Dr Noor Irfan Khairi Noor Azmi, 34, atau lebih dikenali sebagai Irfan Khairi, Shazrina Yusof, 36, tidak pernah menjadikan status diri untuk bermegah-megah atau tampil mewah sama ada dalam penampilan mahupun kehidupan. 
   
  • FotoKELUARGA...Shazrina bersama suami, Irfan Khairi dan empat anak mereka (dari kiri) Ilham Abadi, Ikhlas Abadi, Cinta Strawberry Abadi dan Kasih Kamilia Abadi yang menjadi tunjang dalam kebahagiaan keluarga.
  • FotoSHAZRINA...sanggup menguruskan keluarga tanpa pembantu rumah.
Buktinya, walaupun memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB), dia tidak pernah mempunyai pembantu rumah, malah menguruskan anak-anak dan keluarga dengan bantuan suami.

Walaupun berpendapatan mencecah lima angka sebulan, bagi pasangan suami isteri ini menguruskan keluarga dengan melihat anak-anak membesar di depan mata adalah pengalaman paling berharga dan sukar dicari ganti.

“Saya sendiri memilih untuk menjaga anak-anak tanpa mengambil pembantu rumah atau menghantar mereka ke rumah pengasuh. Ini kerana ketika melahirkan anak pertama di England, semuanya saya uruskan sendiri dan selepas berbincang dengan suami, kami mengambil keputusan menjaga anak bersama-sama selepas kembali ke Malaysia,” kata Shazrina.

Sebagai Pengarah Urusan IKSB yang menjaga pengurusan syarikat termasuk kewangan dan pentadbiran, setiap hari masanya padat diisi dengan urusan pejabat dan kerja rumah.

Rutin harian Shazrina bermula seawal jam 5 pagi dengan menyediakan sarapan, membantu anak-anak bersiap kemudian menghantar empat anaknya, Ilham Abadi, 10, Kasih Kamilia Abadi, 8, Ikhlas Abadi, 6 dan Cinta Strawberry Abadi, 4, ke sekolah.

Kemudian dia bersarapan bersama suami dan terus ke pejabat menguruskan urusan syarikat sehingga anak-anak pulang dari sekolah.

“Biasanya saya memasak hidangan tengah hari sebelum menghantar mereka ke sekolah kerana tidak mahu mengganggu urusan pejabat. Selepas mengambil anak-anak dari sekolah, kami makan tengah hari bersama.

“Sekiranya tiada bengkel, program radio atau televisyen, Irfan bekerja di bilik yang dijadikan pejabatnya manakala saya melakukan tugasan dari rumah kecuali sekiranya ada hal penting barulah saya membawa anak-anak ke pejabat.

“Biasanya ini tidak menjadi masalah kerana di pejabat sudah disediakan bilik khas bersama komputer untuk anak-anak belajar dan bermain,” kata Shazrina yang memiliki kelulusan dalam bidang pengurusan perniagaan dan perhotelan daripada Universiti Birmingham, United Kingdom.

Bagi Shazrina, keputusan membesarkan anak-anak serta menjalankan urusan pejabat di rumah adalah langkah tepat. Sebagai ibu, dia menikmati banyak kelebihan berbanding pasangan lain yang bekerja lapan jam sehari antaranya kepuasan melihat perkembangan anak-anak sejak bayi dan kini bersekolah. Secara tidak langsung jalinan hubungan dengan anak-anak menjadi lebih mesra dan akrab.

“Saya dan suami menjadikan anak-anak sebagai kawan rapat. Kami boleh bercerita dan berbincang apa saja. Malah anak-anak senang meluahkan apa yang terbuku di hati mereka. Inilah kebaikan menguruskan perniagaan Internet dari rumah kerana kami dapat makan bersama, menemani anak-anak ketika belajar, membantu mereka membuat kerja sekolah, bermain permainan video atau beriadah di padang,” kata Shazrina.

Pada masa sekarang, pembelajaran di sekolah menjadi bertambah sukar dan mencabar. Anak-anak dibekalkan dengan pelbagai buku. Justeru, ibu bapa memainkan peranan penting memantau perkembangan anak-anak di rumah. Misalnya, melihat kerja sekolah serta memberi pemahaman apa yang mereka pelajari di sekolah.

“Ibu bapa tidak boleh meletakkan tanggungjawab kepada guru 100 peratus dan mengharapkan anak-anak akan mendapat apa yang mereka pelajari di sekolah.
Sebaliknya ibu bapa harus memastikan mereka turut berperanan dalam menyumbang bukan saja perkembangan mental malah emosi dan sahsiah diri,” katanya.

Menurut Shazrina, banyak kelebihan bagi pasangan suami isteri yang bekerja di rumah. Antaranya dapat memberi perhatian dalam pendidikan anak-anak seterusnya mewujudkan keluarga bahagia.

Sebagai ibu bapa moden yang berdepan dengan pelbagai cabaran dalam mendidik anak-anak, Shazrina mengakui adakalanya wujud rasa gusar memikirkan bentuk didikan yang bakal diberikan apabila mereka meningkat remaja. Oleh sebab itu, sejak kecil Shazrina dan Irfan mengajar anak-anak untuk tidak bermewah.

Walaupun berkemampuan membelikan apa saja barangan yang diminta, cara sebegitu akan menyebabkan mereka tidak tahu menghargai kesusahan.

“Sejak kecil saya sudah mengajar mereka menabung menerusi duit sekolah yang diberi setiap hari. Saya katakan, jika duit simpanan sudah cukup barulah dapat membeli barang yang mereka kehendaki.

“Walaupun mampu, kami tidak suka berhabis kepada perkara yang tidak perlu. Jika mahu sesuatu misalnya permainan, mereka harus berusaha memilikinya dengan tabungan sendiri. Misalnya apabila mendapat duit raya, saya membawa mereka membeli permainan mengikut nilai wang yang mereka miliki supaya mereka belajar menghargainya,” jelas Shazrina yang merancang perbelanjaan mengikut keperluan keluarga.

Apabila tiba hari lahir anak-anak barulah dia membelikan hadiah untuk mereka. Dengan cara ini mereka merasakan tidak semua barang dapat diperoleh dengan mudah.

Selain itu sebagai isteri dan ibu yang menguruskan keluarga, Shazrina mengamalkan makan bersama di rumah. Tambahan pula, Irfan lebih suka masakan isteri berbanding makan di luar.

Setiap hari dia memasak dan mencari resipi baru menerusi Internet. Begitu juga dalam soal membeli-belah, Shazrina tidak mengamalkan membeli barangan berjenama, sebaliknya mengehadkan kepada keperluan dan membeli ketika jualan murah.

“Kami amat jarang membeli-belah kecuali apabila perlu, contohnya ketika Aidilfitri. Malah, saya dan suami lebih suka amalkan membeli barangan ketika jualan murah kerana lebih jimat dan berbaloi. Irfan pula sekiranya terpaksa bekerja luar, sama ada di dalam atau luar negara, dia pasti membawa keluarga bersama-sama,” katanya.

Shazrina berharap, dengan didikan dan bimbingan yang diberi kepada mereka sejak kecil, anak-anak mampu menilai perkara yang baik dan buruk. Dalam pada itu, Shazrina dan Irfan sentiasa memberi kebebasan kepada anak-anak melakukan perkara yang mereka minati.

“Sama ada mereka memilih bidang teknologi, seni atau sukan, sebagai ibu bapa kami sentiasa memberi galakan. Namun jika diperhatikan kecenderungan anak-anak adalah lebih kepada bidang teknologi maklumat. Sejak berusia tiga tahun mereka sudah menggemari bidang rekaan grafik dan masing-masing sudah mempunyai komputer sendiri. Anak sulung, Ilham misalnya sudah boleh membersihkan virus komputer dan ingin mengikut jejak langkah ayahnya manakala anak kedua bercita-cita membuka perniagaan suatu hari nanti,” kata Shazrina yang tidak akan menghalang keinginan anak-anaknya sekiranya mereka mempunyai cita-cita di bidang lain.

Bersuamikan seorang yang kaya dan terkenal, sebagai isteri Shazrina tidak pernah gusar malah sentiasa memberi sokongan kepada suaminya meneruskan legasi dalam perniagaan. Sejak mula mengenalinya, Irfan seorang yang sangat kuat bekerja dan menghabiskan masa 16 jam sehari di hadapan komputer.

“Sebagai isteri saya tidak pernah menganggap ia sebagai tekanan. Sebaliknya, kami sama-sama bertukar pendapat untuk memajukan syarikat dan juga kebahagiaan dalam keluarga. Sejak mengenalinya dia tidak pernah berubah. Bagaimana sikapnya sebelum bergelar jutawan begitu juga sekarang. Malah, kasih sayangnya makin menebal dengan kehadiran anak-anak,” kata Shazrina yang mengakui Irfan tidak boleh berjauhan dengan isteri dan anak-anak dalam tempoh yang lama.

Mengulas sikap suaminya di rumah, menurut Shazrina, Irfan seorang yang lembut dan tidak pernah meninggikan suara. Apabila bercakap, dia sentiasa menggunakan pendekatan berhemah dan jarang marah.

“Begitu juga dalam mendidik anak-anak. Dia tidak menggunakan kekerasan sebaliknya pendekatan psikologi. Oleh sebab itu anak-anak mudah mendengar kata walaupun dia bukan jenis yang garang. Prinsip Irfan, apa pun yang berlaku dalam hidup setiap orang perlu berfikiran positif. Sebab itu wajahnya sentiasa ceria,” jelas Shazrina yang menjalinkan hubungan cinta dengan suaminya ketika bertemu di Birmingham, United Kingdom (UK) ketika kedua-duanya bekerja di sana.

Perkenalan diatur rakan masing-masing ketika itu akhirnya menyatukan kedua-dua ke jenjang pelamin.

“Selepas kira-kira enam bulan bertunang dan cukup setahun usia perkenalan, kami kembali ke Malaysia untuk melangsungkan perkahwinan. Kemudian, kami terbang semula ke UK dan kembali bekerja,” ceritanya mengimbas kenangan lama.

Melihat kesibukan sebagai isteri, ibu dan pengarah di pejabat, nyata Shazrina sangat menjaga kesihatan. Walaupun tidak mengamalkan rutin senaman setiap hari, tetapi dia dan keluarga sentiasa bertemu pakar kesihatan bagi memastikan kesihatan suami dan anak-anak dalam keadaan sempurna.

“Sebagai seorang yang aktif saya akan pastikan tubuh berada dalam keadaan baik dengan mengamalkan makanan berkhasiat dan mengambil vitamin tambahan. Saya percaya kesihatan yang baik akan menjadikan seseorang itu produktif sama ada dalam kerjaya dan keluarga,” katanya yang turut menetapkan ciri-ciri keselamatan dalam keluarga sama ada di dalam mahupun ketika keluar rumah./
harianmetro


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik