Sumber gambar carian Google
Salam. Satu dunia.Pada tanggal 14 febuari setiap tahun setiap orang diantara kita menyambut hari kononnya Hari Kekasih yang tak ada manfaat pun pada bangsa malah agama kita. Sebagai umat Islam kita perlu memilih kekasih yang bukan sahaja betul, malah perlu dan wajib memilih yang Benar . Kekasih yang boleh menyelamatkan kita dari bakaran Api Neraka yang membara .
Apakah Valentine itu yang menolong kalian di akhirat kelak..tidak bukan?.Banyak sudah fatwa dikeluarkan dari tanam Arab hingga ke Nusantara ini yang mengharamkan umat Islam menyambutnya,tak lain dan tak bukan untuk menjaga akidah kita semua,Bukankah Ulama' itu pewaris para Nabi .Apalah maknanya dan macam tak kena aje, kita kata kita ni sayangkan Nabi tapi Pewaris yang mendukung ajaran para nabi kita tak ikut malah mencemuh mereka pulak..Apa pun Tepuklah dada, tanyalah iman kalian masing-masing.
Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii as solah as solah” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya hingga menjelang kewafatan Baginda masih mengingat supaya bersolat menunjukkan masej itu amat-amatlah penting dan jelas sekali untuk kita semua.
Solat kita macamana ?! Ada setengah antara umat kita yang berada di mana- mana sahaja dan juga dihospital (bukan semua tapi ramai) bukan sakit kronik pun sampai tak boleh bergerak,sepatut bila masuk hospital kita makin ingat dan dekat padaNya .Suruh solat macam -macam alasan diberikan bukan lama pun tak sampai pun 10minit.Tapi tenguk tv dan skrin komputer berjam-jam boleh pulak .Dan yang pelik binti ajaib dengan kaki berbalut boleh pulak pi cari rokok berjam-jam tawaf keliling kampong hanya ingin membeli sekotak rokok.Begitu juga yang berniaga di pasar malam dan bazar malam, macamana nak dapat rezeki yang halal dan berkat..kesian ..Bagaimana kita kata kita ni cintakan Nabi?!
Anda umat Islam kenalkah anda akan Nabi ,Tak kenal maka tak Cinta.
1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry. Sumber
2. Tidak Sah Syahadah seseorang itu tanpa menyebut nama Muhammad.. Rasulullah .
2. Tidak Sah Syahadah seseorang itu tanpa menyebut nama Muhammad.. Rasulullah .
3. Tidak Sah Solat seseorang itu tanpa menyebut nama Muhammad.. Rasulullah.
4. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.
5. Tidak sempurna iman seseorang itu jika tidak mengasihi Nabi lebih dari diri dan keluarga nya sendiri.
6. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.
7. Barang siapa yang menghina Sunnah Nabi boleh membuatkan seseorang itu kufur ataupun murtad. Istifar bebanyak.
8. Sabda Nabi.s.a.w,"Berpeganglah kamu dengan AlQuran dan Sunnah ku nescaya kamu takkan sesat selamanya.
9. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.
9. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.
10. Dan jangan lupa..kerana Nabi Muhammad berjanji siapa yang berjuang dalam Islam akan bersama- samaNYA di Syurga nanti, Maka Para sahabat , pedagang -pedagang dari Arab dan lain-lain tempat belayar sampai ke Nusantara ini membawa Nur Islam. Jika tidak tak tahulah kita ni Islam ke tidak dan Terima Kasih juga kepada Sultan dahulu kala kerana mereka Islam satu negara dan negeri turut Islam.Sedangkan bapa saudara Nabi yang menjaga dan menyayangi Nabi Allah tidak memberi hidayah kepadanya.Iman dan Islam itu mahal harganya dari segala isi dunia ini kalau kita mengatahuinya.Alhamdulillah.
11. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.
12. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.
11. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.
12. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.
13. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan bertapa besar cintanya kepada umatnya.
14. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.
15. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.
16. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.
17. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.
18. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.
17. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.
18. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.
19. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”
20. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl. Sumber
20. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl. Sumber
21. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.
22. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam
22. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam
23. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.
24.Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.
24.Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.
Faedah Selawat Kepada Rasulullah S.A.W
قال الرسول صلى الله عليه وسلم:”من صلى علي في يوم الف صلاة لم يمت حتى يبشر بالجنة”
Sesiapa berselawat kepada Rasulullah 1000 selawat setiap hari, dia akan dapat mendiami Syurga.
قال الرسول صلى الله عليه وسلم:
“من صلى علي في اليوم مائة مرة قضى الله له مائة حاجة سبعين منها لآخرته وثلاثين منها لدنياه”
Sesiapa berselawat 100 kali dalam sehari, Allah SWT akan menunaikan 100 hajatnya, Diantaranya 70 untuk hajat Akhirat dan 30 untuk hajat dunia.قال الرسول صلى الله عليه وسلم:”من صلى علي حين يصبح عشرا وحين يمسى عشرا ادركته شفاعتي يوم القيامة“
Sesiapa berselawat 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali untuk waktu petang, dia akan mendapat shufaat daripada Rasulullah SAW pada hari Qiamat.
قال الرسول صلى الله عليه وسلم:
“من صلى علي واحدة صلى الله عليه عشر صلوات وحط عنه عشر خطيئات ورفع له عشرة درجات
Sesiapa berselawat satu kali,Rasulullah akan akan membalas kepadanya penghapusan 10 dosa di atas kesalahannya dan meninggikan 10 Darjat.
Mari kita semua berselawat " Allahu massolli A'ala Muhammad "
Sumber: http://peribadirasulullah.wordpress.com
Ternyata peta dunia kalau di balik terbentuk tulisan Allah swt dan Nabi Muhamaad saw, bagi yang belum tahu.
Qs.6 An’aam:75. “Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan di langit dan bumi dan agar dia termasuk orang yang yakin.”
Sumber : http://www.divainglasses.com/subhanallah-ternyata-peta-dunia-kalau-di-balik-terbentuk-tulisan-allah-swt-dan-nabi-muhammad-saw.html
Pada suatu pagi sehari setelah Nabi Muhammad SAW wafat, Saidina Abu bakar mendatangi rumah Nabi dan bertemu dengan Aisyah, kemudian Abu bakar bertanya kepada Aisyah.
Keagungan Rasulullah S.A.W
Saidatina Aisyah memberi tahu ayahnya tentang kebiasaan Nabi Muhammad S.A.W lakukan setiap pagi yang baru diketahui oleh Abu bakar sehari setelah Nabi Muhammad SAW wafat.
Abu bakar : Wahai anakku, adakah sunah-sunah yg diajarkan Muhammad yg belum aku lakukan ?
Aisyah : Tidak ada ayahku, bahkan engkau lebih tahu sunah-sunah itu dibandingkan aku, tetapi ada satu kebiasaan Muhammad SAW yg belum engkau ketahui .
Abu bakar : kebiasaan apa itu wahai anakku ?
Aisyah : setiap pagi Muhammad SAW selalu memintaku membungkus nasi untuk di bawa ke pasar dan diberikan kepada pengemis buta yahudi .
Abu Bakar : kalau begitu segera buatkan aku sebungkus nasi agar boleh kuberikan kepada pengemis itu.
Setelah itu Abu bakar membawa sebungkus nasi itu dan mencari pengemis tersebut,setelah bertemu dengan pengemis tersebut lalu Abu bakar memberikan nasi itu,lalu pengemis itu berkata;Pengemis : Siapa kau ? kau bukan orang yg biasa memberikan aku makanan.
Abu bakar : Aku orang yg selalu memberimu makanan setiap pagi.
Pengemis : BUKAN !!! orang yg memberiku makan setiap pagi selalu mendukungku ketempat sejuk lalu menyuap makanan dengan tangannya sampai makanan itu habis dan kalau ada makanan yg keras yg tidak boleh aku kunyah, dia mengunyahkan makanan itu untukku.
Mendengar pengemis itu berkata, Abu Bakar menangis. lalu pengemis itu bertanya;
Pengemis : Mengapa engkau menangis ?
Abu Bakar diam, lalu pengemis itu berkata lagi.
Pengemis : Janganlah engkau mengikuti ajaran Muhammad, agama yg diajarkannya itu sihir (pengemis itu berkata lantang).
Abu bakar hanya mampu menangis, lalu Abu Bakar berkata.
Abu bakar : Tahukah engkau siapa yg selalu memberimu makanan setiap pagi hari ? Muhammad S.A.W lah yg selalu memberikan mu makanan setiap pagi.
Pengemis itu terdiam dan lalu menangis,seketika itu pengemis tersebut menyebut dua kalimat syahadat lalu masuk Islam.
Pengemis itu terdiam dan lalu menangis,seketika itu pengemis tersebut menyebut dua kalimat syahadat lalu masuk Islam.
5 Keistimewaan Nabi Muhammad Shalallahu’alaihi wasallam
- Semua Nabi sebelum Nabi Muhammad Shalallahu’alaihi wasallam diutus hanya kepada kaumnya, sedangkan Nabi Muhammad Shalallahu’alaihi wasallam diutus kepada seluruh umat alam semesta.
- Dihalalkannya harta rampasan perang, dimana kaum sebelumnya masih diharamkan mengambilnya.
- Bumi sebagai tempat sholat dan untuk bersuci. Yaitu sebagai masjid dimanapun manusia berada dan dibolehkannya tayammum sebagai pengganti wudhu.
- Diberi kemenangan dengan membuat takut musuh selama jarak perjalanan satu bulan. Allah akan menggetarkan hati semua musuh Allah dan Nabi-Nya walaupun pasukan Islam belum ada di hadapan mereka dan masih ada dalam perjalanan yang berjarak 1 bulan.
- Diberi syafa’at. Nabi Muhammad Shalallahu’alaihi wasallam adalah yang pertama kali membuka pintu surga dan kaumnya juga adalah yang pertama kali masuk surga. Dan beliau Shalallahu’alaihi wasallam juga akan membanggakan jumlah umatnya yang lebih banyak daripada pengikut Nabi-Nabi yang lain di hari kiamat kelak. Syafa’at beliau Shalallahu’alaihi wasallam akan digunakan untuk memberi pengampunan kepada umatnya sesuai dengan kehendak Allah.
Dari Jabir bin Abdullah Al-Anshari radiyallahu’anh, ia berkata: Rasulullah shalallahu’alaihi wasallam bersabda: “Aku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada seorang nabi sebelumku. Semua nabi sebelumku diutus hanya kepada kaumnya, sedangkan aku diutus kepada semua manusia yang berkulit merah dan hitam. Dihalalkan bagiku harta rampasan perang yang tidak pernah dihalalkan kepada seorang pun sebelumku. Bumi diciptakan untukku dalam keadaan suci menyucikan dan sebagai mesjid. Barang siapa yang menemui waktu salat, maka salatlah di tempat ia berada. Aku diberi kemenangan dengan membuat takut musuh selama jarak perjalanan satu bulan. Dan aku juga diberi syafaat.“
Pandangan Tokoh Non-Muslim terhadap Nabi Muhammad.
Pernah saya bertanya-tanya siapakah tokoh yang paling mempengaruhi manusia… Saya lebih dari yakin bahawa bukan pedanglah yang memberikan kebesaran pada Islam pada masanya. Tapi ia datang dari kesederhanaan, kebersahajaan, keberhati-hatian Muhammad; serta pengabdian luar biasa kepada teman dan pengikutnya, tekadnya, keberaniannya, serta keyakinannya pada Tuhan dan tugasnya. Semua ini (dan bukan pedang ) menyingkirkan segala halangan. Ketika saya menutup halaman terakhir volume 2 (biografi Muhammad), saya sedih kerana tiada lagi cerita yang tersisa dari hidupnya yang agung.
Sir George Bernard Shaw (The Genuine Islam,’ Vol. 1, No. 8, 1936.)
Jika ada agama yang berpeluang menguasai Inggeris bahkan Eropah – beberapa ratus tahun dari sekarang, Islamlah agama tersebut.” Saya sentiasa menghormati agama Muhammad kerana potensi yang dimilikinya. Ini adalah satu-satunya agama yang bagi saya memiliki kemampuan menyatukan dan mengubah peradaban. Saya sudah mempelajari tentang Muhammad , peribadi agung yang jauh dari kesan seorang anti-kristian, dia harus dipanggil ’sang penyelamat kemanusiaan’ Saya yakin, apabila orang semacam Muhammad memegang kekuasaan tunggal di dunia moden ini, dia akan berhasil mengatasi segala permasalahan sedemikian hingga membawa kedamaian dan kebahagiaan yang diperlukan dunia:
Ramalanku, keyakinan yang dibawanya akan diterima Eropah di masa datang dan memang ia telah mulai diterima Eropah disaat ini. Dia adalah manusia teragung yang pernah memijakkan kakinya di bumi ini. Dia membawa sebuah agama, mendirikan sebuah bangsa, meletakkan dasar-dasar moral, memulakan sekian banyak gerakan pembaruan sosial dan politik, mendirikan sebuah masyarakat yang kuat dan dinamik untuk melaksanakan dan mewakili seluruh ajarannya, dan ia juga telah merevolusi fikiran serta perilaku manusia untuk seluruh masa yang akan datang.
Dia adalah Muhammad (SAW). Dia lahir di Arab tahun 570 masihi, memulakan misi mengajarkan agama kebenaran, Islam (penyerahan diri pada Tuhan) pada usia 40 dan meninggalkan dunia ini pada usia 63. Sepanjang masa kenabiannya yang pendek (23 tahun) dia telah mengubah Jazirah Arab dari paganisme dan pemuja makhluk menjadi para pemuja Tuhan yang Esa, dari peperangan dan perpecahan antara suku menjadi bangsa yang bersatu, dari kaum pemabuk dan pengacau menjadi kaum pemikir dan penyabar, dari kaum tak berhukum dan anarki menjadi kaum yang teratur, dari keruntuhan moral. Sejarah manusia tidak pernah mengenal tranformasi sebuah masyarakat atau tempat sedasyat ini dan “bayangkan ini terjadi dalam kurun waktu hanya sedikit di atas DUA DEKAD.”
MICHAEL H. HART (THE 100: A RANKING OF THE MOST INFLUENTIAL PERSONS IN HISTORY, New York, 1978)
Pilihan saya untuk menempatkan Muhammad pada urutan teratas mungkin mengejutkan semua pihak, tapi dialah satu-satunya orang yang sukses baik dalam pandangan sekular mahupun agama. (hal. 33). Lamar tine, seorang sejarawan terkemuka menyatakan bahwa: Jika keagungan sebuah tujuan, kecilnya fasiliti yang diberikan untuk mencapai tujuan tersebut, serta menakjubkannya hasil yang dicapai menjadi kayu ukur kegeniusan seorang manusia; siapakah yang berani membandingkan tokoh hebat manapun dalam sejarah moden dengan Muhammad?
Tokoh-tokoh itu membangun pasukan, hukum dan kerajaan saja. Mereka hanyalah menciptakan kekuatan-kekuatan material yang hancur bahkan di depan mata mereka sendiri. Muhammad bergerak tidak hanya dengan tentara, hukum, kerajaan, rakyat dan dinasti, tapi jutaan manusia di dua per tiga wilayah dunia saat itu; lebih dari itu, ia telah merubah amalan-amalan pemujaan, sesembahan, agama, fikiran, kepercayaan serta jiwa… Kesabarannya dalam kemenangan dan tujuannya yang dipersembahkan untuk satu tujuan tanpa sama sekali berhasrat membangun kekuasaan, sembahyang-sembahyangnya, dialognya dengan Tuhan, kematiannya dan kemenangan-kemenangan (umatnya) setelah kematiannya; semuanya membawa keyakinan umatnya hingga ia memiliki kekuatan untuk mengembalikan sebuah kepercayaan.
Kepercayaan yang mengajarkan ketunggalan dan keghaiban (immateriality) Tuhan yang mengajarkan siapa sesungguhnya Tuhan. Dia singkirkan tuhan palsu dengan kekuatan dan mengenalkan tuhan yang sesungguhnya dengan kebijakan. Seorang ahli falsafah yang juga seorang pemidato, pendakwah, perajurit, ahli hukum, penakluk idea, pegembali kepercayaan-kepercayaan rasional dari sebuah ajaran tanpa pengidolaan, pendiri 20 kerajaan di bumi dan satu kerajaan spiritual, ialah Muhammad. Dari semua standard bagaimana kehebatan seorang manusia diukur, mungkin kita patut bertanya: adakah orang yang lebih agung dari dia?”
(Lamar tine, HISTOIRE DE LA TURQUIE, Paris, 1854, Vol. II, pp 276-277)
“Dunia telah menyaksikan banyak peribadi-peribadi agung. Namun, dari orang orang tersebut adalah orang yang sukses pada satu atau dua bidang saja misalnya agama atau ketenteraan. Hidup dan ajaran orang-orang ini seringkali diselimuti kabut waktu dan zaman. Begitu banyak spekulasi tentang waktu dan tempat lahir mereka, cara dan gaya hidup mereka, sifat dan detail ajaran mereka, serta tingkat dan ukuran kesuksesan mereka sehingga sulit bagi manusia untuk mencontohi ajaran dan hidup tokoh-tokoh ini.
Tidak demikian dengan orang ini. Muhammad (SAW) telah begitu tinggi menggapai dalam berbagai bidang fikir dan perilaku manusia dalam sebuah episod cemerlang sejarah manusia. Setiap detik dari kehidupan peribadi dan ucapan-ucapannya telah secara tepat didokumentasikan dan dijaga dengan teliti sampai saat ini. Keaslian ajarannya begitu terjaga, tidak saja oleh kerana pembawaan yang dilakukan para pengikut setianya tapi juga oleh para penentangnya. Muhammad adalah seorang agamawan, reformis sosial, teladan moral, administrator massa, sahabat setia, teman yang menyenangkan, suami yang penuh kasih dan seorang ayah yang penyayang – semua menjadi satu. Tiada lagi manusia dalam sejarah melebihi atau bahkan menyamainya dalam setiap aspek kehidupan tersebut – hanya dengan keperibadian seperti dialah keagungan seperti ini dapat diraih.”
K. S. RAMAKRISHNA RAO, Professor Philosophy dalam bookletnya,
“Muhammad, The Prophet of Islam” Keperibadian Muhammad, hhmm sangat sulit untuk menggambarkannya dengan tepat. Saya pun hanya boleh menangkap sekilas saja: betapa ia adalah lukisan yang indah. Anda boleh lihat Muhammad seorang Nabi, Muhammad seorang pejuang, Muhammad seorang peniaga, Muhammad seorang negarawan, Muhammad seorang pendakwah ulung, Muhammad seorang pembaharu, Muhammad seorang pelindung anak yatim piatu, Muhammad seorang pelindung hamba sahaya, Muhammad seorang pembela hak wanita, Muhammad seorang hakim, Muhamad seorang pemimpin agama.
Dalam setiap perananya tadi, dia adalah seorang pahlawan. Di saat ini, 14 abad kemudian, kehidupan dan ajaran Muhammad tetap selamat, tiada yang hilang atau berubah sedikit pun. Ajaran yang menawarkan harapan abadi tentang ubat atas segala penyakit kemanusiaan yang ada dan telah ada sejak masa hidupnya. Ini bukanlah setakat dakwaan seorang pengikutnya tapi juga sebuah simpulan tak terelakkan dari sebuah analisis sejarah yang kritis dan tidak berat sebelah.
PROF. (SNOUCK) HURGRONJE:
Liga bangsa-bangsa yang didirikan Nabi umat Islam telah meletakkan dasar-dasar persatuan internasional dan persaudaraan manusia di atas bersifat yang universal yang menerangi bangsa lain. Buktinya, sampai saat ini tiada satu bangsa pun di dunia yang mampu menyamai Islam dalam pencapaiannya mewujudkan idea persatuan bangsa-bangsa. Dunia telah banyak mengenal konsep ketuhanan, telah banyak individu yang hidup dan misinya lenyap menjadi legenda. Sejarah menunjukkan tiada satu pun legenda ini yang menyamai bahkan sebahagian dari apa yang Muhammad capai.
Seluruh jiwa raganya ia curahkan untuk satu tujuan: menyatukan manusia dalam pengabdian kapada Tuhan dalam aturan-aturan ketinggian moral. Muhammad atau pengikutnya tidak pernah dalam sejarah menyatakan bahawa ia adalah putera Tuhan atau kelahiran semula Tuhan atau seorang jelmaan Tuhan dia selalu sejak dahulu sampai saat ini menganggap dirinya dan dianggap oleh pengikutnya hanyalah sebagai seorang pesuruh yang dipilih Tuhan.
THOMAS CARLYLE in his HEROES AND HEROWORSHIP
(Betapa menakjubkan) seorang manusia sendirian dapat mengubah suku-suku yang saling berperang dan kaum nomad menjadi sebuah bangsa yang paling maju dan paling berperadaban hanya dalam waktu kurang dari dua dekad. “Kebohongan yang dipropagandakan kaum Barat yang diselimutkan kepada orang ini (Muhammad) hanyalah mempermalukan diri kita sendiri. Sesosok jiwa besar yang tenang, seorang yang mahu tidak mahu harus dijunjung tinggi. Dia diciptakan untuk menerangi dunia, begitulah perintah Sang Pencipta Dunia.
EDWARD GIBBON and SIMON OCKLEY speaking on the profession of ISLAM write:
Saya percaya bahawa Tuhan adalah tunggal dan Muhammad adalah pesuruh-Nya adalah pengakuan kebenaran Islam yang simple dan seragam. Tuhan tidak pernah dihinakan dengan pujaan-pujaan kemakhlukan; penghormatan terhadap Nabi tidak pernah berubah menjadi pemujaan berlebihan; dan prinsip-prinsip hidupnya telah memberinya penghormatan dari pengikutnya dalam batas-batas akal dan agama
(HISTORY OF THE SARACEN EMPIRES, London, 1870, p. 54).
Muhammad tidak lebih dari seorang manusia biasa. Tapi ia adalah manusia dengan tugas mulia untuk menyatukan manusia dalam pengabdian terhadap satu dan hanya satu Tuhan serta untuk mengajarkan hidup yang jujur dan lurus sesuai perintah Tuhan. Dia selalu menggambarkan dirinya sebagai hamba dan pesuruh Tuhan dan demikianlah juga setiap tindakannya.
SAROJINI NAIDU, penyair terkenal India (S. Naidu, IDEALS OF ISLAM, vide Speeches & Writings, Madras, 1918, p. 169):
Inilah agama pertama yang mengajarkan dan mempraktikkan demokrasi; di setiap masjid, ketika azan berkumandang dan jemaah telah berkumpul, demokrasi dalam Islam terwujud lima kali sehari ketika seorang hamba dan seorang raja berlutut berdampingan dan mengakui: Allah Maha Besar… Saya terpukau lagi dan lagi oleh kebersamaan Islam yang secara naluri membuat manusia menjadi bersaudara.
DIWAN CHAND SHARMA:
Muhammad adalah dipenuhi kebaikan, pengaruhnya dirasakan dan tak pernah dilupakan orang-orang terdekatnya. (D.C. Sharma, THE PROPHETS OF THE EAST, Calcutta, 1935, pp. 12)
James A. Michener, “Islam: The Misunderstood Religion,” in READER’S DIGEST (American edition), May 1955, pp. 68-70.
Muhammad, seorang inspirator yang mendirikan Islam, dilahirkan pada tahun 570 masihi dalam masyarakat Arab penyembah berhala. Yatim semenjak kecil dia secara khusus memberikan perhatian kepada fakir miskin, yatim piatu dan janda, serta hamba sahaya dan kaum lemah. Di usia 20 tahun, dia sudah menjadi seorang usahawan yang berjaya, dan menjadi pengelola perniagaan seorang janda kaya. Ketika mencapai usia 25, majikannya melamarnya. Meskipun usia perempuan tersebut 15 tahun lebih tua Muhammad menikahinya dan tetap setia kepadanya sepanjang hayat isteri.
Seperti dengan para nabi lain, Muhammad memulai tugas kenabiannya dengan sembunyi2 dan ragu2 kerana menyedari kelemahannya. Tapi Baca adalah perintah yang diperolehnya, -dan meskipun sampai saat ini diyakini bahwa Muhammad tidak pamdai membaca dan menulis dan keluarlah dari mulutnya satu kalimat yang akan segera mengubah dunia: Tiada tuhan selain Allah. “Dalam setiap hal, Muhammad adalah seorang yang mengedepankan akal. Ketika puteranya, Ibrahim, meninggal disertai gerhana dan menimbulkan anggapan ummatnya bahwa hal tersebut adalah wujud rasa sedih Tuhan kepadanya, Muhammad berkata:
Gerhana adalah sebuah kejadian alam biasa, adalah suatu kebodohan mengkaitkannya dengan kematian atau kelahiran seorang manusia. “Sesaat setelah ia meninggal, sebagian pengikutnya hendak memujanya sebagaimana Tuhan dipuja, akan tetapi pengganti kepemimpinannya (Abu Bakar) menepis keinginan ummatnya itu dengan salah satu pidato agama terindah sepanjang masa: Jika ada diatara kalian yang menyembah Muhammad, maka ketahuilah bahawa ia telah meninggal. Tapi jika Tuhanlah yang hendak kalian sembah, ketahuilah bahwa Ia hidup selamanya. (Ayat berkaitan: Q.S. Al Imran, 144)
W. Montgomery Watt, MOHAMMAD AT MECCA , Oxford , 1953, p. 52.
Tabahnya menempuh tentangan atas keyakinannya, ketinggian moral para pengikutnya, serta pencapaiannya yang luar biasa semuanya menunjukkan integritinya. Mengira Muhammad sebagai seorang penipu hanyalah memberikan masalah dan bukan jawapan. Lebih dari itu, tiada gambaran hebat yang digambarkan begitu buruk di Barat selain Muhammad
Annie Besant, THE LIFE AND TEACHINGS OF MUHAMMAD, Madras , 1932, p. 4.
“Sangat mustahil bagi seseorang yang memperlajari karakter Nabi Bangsa Arab, yang mengetahui bagaimana ajarannya dan bagaimana hidupnya untuk merasakan selain hormat terhadap beliau, salah satu utusanNya. Dan meskipun dalam semua yang saya gambarkan banyak hal-hal yang terasa biasa, namun setiap kali saya membaca ulang kisah-kisahnya, setiap kali pula saya merasakan kekaguman dan penghormatan kepada Guru Bangsa Arab tersebut.”
Bosworth Smith, MOHAMMAD AND MOHAMMADANISM, London , 1874, p. 92.
Dia adalah perpaduan Caesar dan Paus; tapi dia adalah sang Paus tanpa pretensinya dan seorang caesar tanpa Legionnairenya (kepercayaan Kristian) : tanpa tentera, tanpa pengawal, tanpa istana, tanpa pengahasilan tetap; jika ada seorang manusia yang pantas untuk berkata bahawa dialah wakil Tuhan penguasa dunia, Muhammad lah orang itu, karena dia memiliki kekuatan meski ia tak memiliki segala peralatan atau penyokongnya.
John William Draper, M.D., L.L.D., A History of the Intellectual Development of Europe, London 1875, Vol.1, pp.329-330
Empat tahun setelah kematian Justinian, pada 569 AD, telah lahir di Mekkah Arabia seorang manusia yang sangat besar pengaruhnya terhadap ummat manusia
John Austin, “Muhammad the Prophet of Allah,” in T.P.. ’s and Cassel ’s Weekly for 24th September 1927 .
Dalam kurun waktu hanya sedikit lebih dari satu tahun, ia telah menjadi pemimpin di Madinah. Kedua tangannya memegang sebuah tuas yang siap menggoncang dunia.
Professor Jules Masserman
Pasteur dan Salk adalah pemimpin dalam satu bidang intelektual. Gandhi dan Konfusius pada hal lain serta Alexander, Caesar dan Hitler mungkin pemimpin pada kategori kedua dan ketiga . Jesus dan Buddha mungkin hanya pada kategori kedua. Mungkin pemimpin terbesar sepanjang masa adalah Muhammad, yang sukses pada ketiga kategori tersebut. Dalam skala yang lebih kecil Musa melakukan hal yang sama
Rujukan:ertihiduppadamemberi.blogspot.com
“Pasport Rasulullah”
Saiz Compact
Alhamdullilah saya telah di beri kesempatan untuk berkongsi produk yg terbaik ini. Kali ini saya ingin kongsi sedikit perihal “Pasport Rasulullah”. Passport Rasulullah ini merupakan naskah kecil yang amat berguna untuk kita mengenali lebih dekat akan Nabi Muhammad s.a.w. Ia penuh dengan fakta dan maklumat yang patut kita ketahui akan nabi kita Muhammad s.a.w.
9 kelebihan untuk mendapatkan “Pasport Rasulullah”
- Nama-nama isteri nabi ?
- Nama anak-anak nabi dari isteri yang mana ?
- Tarikh lahir nabi & tarikh wafat nabi adalah pada 12 Rabiul Awal juga ?
- 10 amanat akhir Rasulullah?
- Jumlah anak nabi dan jumlah yang hidup?
- Pelan rumah nabi ?
- Menteri-menteri Rasulullah?
- Perkara-perkara khusus kepada Rasulullah?
- Helaian kertas BEWARNA?
Memang naskah ini kecil iaitu saiz pasport international tapi ia cukup padat dan mudah di baca. Jika kita nak baca Sirah yang lengkap mungkin kita tak terbaca. Harga pasaran adalah RM29.90 termasuk kos penghantaran melalui pos laju bagi seluruh Semenanjung Malaysia. Untuk 10 naskah, kami hadiahkan senaskah untuk anda. Melebihi 50 naskah, harga boleh dirunding.1000naskah.
Pengedar diperlukan SEGERA… HARGA RUNTUH…!!
HARGA RM29.90 PROMOSI SEKARANG RM26.00 …!!
PENGEDAR DI PERLUKAN SEGERA
155015066648 Mohd Syahrizal Rahim(**sila SMS pembayaran, NAMA, NO. TEL & ALAMAT utk proses penghantaran ke 010-2212334)
Pertanyaan Hubungi: 010-2212334
Susunan: Abdullah Marzuki
Tiada ulasan:
Catat Ulasan