IKLAN

Rabu, 23 Februari 2011

Buat Duit dengan Menulis dan Melukis sahaja dapat RM100,000

Tip Survival Penulis: Peri Pentingnya Product Planning

Kita sekarang sudah berada dalam zaman harta intelek.Mungkinkah penulis-penulis kreatif yang saat ini sedang menikmati zaman kegemilangan novel Melayu akan dapat menikmati pendapatan daripada royalti novel-novel mereka secara berterusan?

Bagi penulis yang sekarang menerima Royalti lebih daripada RM100 ribu setahun, adakah pendapatan seperti itu dapat dinikmati selama berpuluh-puluh tahun lagi?
Pendapatan penulis datang daripada pelbagai punca, bukan daripada jualan buku-buku mereka sahaja.

Sumber-sumber pendapatan penulis adalah:

i. Royalti buku edisi originalnya.

ii. Royalti edisi ringkas buku original.

iii. Royalti edisi komik buku original.

iv. Royalti edisi downloadable dari internet.

v. Royalti daripada edisi e-book.

vi. Royalti edisi terjemahan ke dalam pelbagai bahasa.

vii. Royalti edisi paperback, softcover dan hardcover.

viii. Royalti edisi buku audio.

ix. Royalti apabila karya itu difilemkan, di telenovelakan, dianimasikan.

x. Royalti apabila filem ataupun telenovela itu diterbitkan dan diedarkan dalam bentuk VCD.

xi. Royalti apabila filem ataupun telenovela itu di-dubbing ke dalam bahasa-bahasa asing dan diekspot keluar negara.

xii. Royalti apabila buku itu di-merchandise-kan.

xiii. Royalti sebagai story-creator apabila pengarang-pengarang lain menghasilkan siri lanjutan daripada konsep buku original.

xiv. Royalti daripada modul-modul kursus yang dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan daripada karya original.

xv. Royalti apabila watak utama dalam karya itu dijadikan watak dalam game komputer.

xvi. Honorarium apabila penulis muncul sebagai tetamu undangan dalam pelbagai ceramah, seminar, kursus, bengkel, majlis-majlis perasmian, pelancaran, pembukaan, kempen dan banyak lagi.

xvii. Royalti apabila penulis melesenkan penggunaan nama dirinya pada buku-buku hasil penulisan penulis-penulis lain.

vix. Royalti dari penggunaan nama pengarang secara komersial untuk pelbagai bisnes dan produk.

Apabila menulis buku, rancang bagaimana hendak menghasilkan buku-buku yang dapat menghasilkan pendapatan berpanjangan. Ambil banyak waktu dan daya fikir bagi merancang KEJAYAAN sesebuah buku itu. Ini disebut 'product planning'.
Buku yang bagus apabila dinilai daripada sudut nilai harta intelektualnya adalah buku yang mempunyai ciri-ciri yang membolehkan ia dieksploitasi dengan pelbagai cara, oleh pelbagai pihak.
  
Ikhlas dari Puan Ainon Mohd.

Jikalau Sahabat tak berpeluang masuk ke Universiti jangan gundah- gulana ataupun bermuram durja atau tengah lepak kat rumah tak tau buat benda.Jika Sahabat semua minat dalam bidang Penulisan dan Melukis  tak kiralah dalam Novel Cinta ..ke, Novel Islamik ke, buku Remaja atau Kanak-kanak , Komik, Buku Bisnes,  Kewangan ataupun Perubatan. Ada Sebuah Universiti yang sahabat boleh masuk menjadi penuntutnya, bukan sahaja kemasukkannya  Percuma malah Tenaga Pengajar atau Pensyarahnya amat  berpengalaman luas dalam bidang Penerbitan Buku .Malah Universiti ini ada sebuah Syarikat Penerbitan Buku sendiri .Jika ada rezeki mungkin hasil  penulisan atau lukisan sahabat semua diterbitkan oleh Syarikat ini..jangan simpan bakat wahai sahabat semua... ini peluang Buat Duit  ni.. jika berminat ( Sila klik Disini ) .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik