Transparency International telah menyiarkan senarai terkini dan kedudukan Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index (CPI) untuk tahun 2010 bagi 178 negara di dunia. secara ringkasnya indeks persepsi rasuah yang telah dikeluarkan secara tahunan semenjak 1995 adalah merupakan senarai kedudukan aktiviti rasuah yang dianggap wujud di kalangan pegawai-pegawai dan ahli politik awam di sesebuah negara.
Transparency International memberikan fokus kepada perkhidmatan awam dan menakrifkan rasuah sebagai salah satu bentuk penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan oleh negara untuk keuntungan peribadi. Agensi tersebut juga mempunyai metodologi tersendiri yang digunapakai untuk mengukur kedudukan persepsi rasuah. Senarai kedudukan dan ranking indeks persepsi rasuah bagi tahun 2010 adalah seperti jadual di bawah ini:Dimulai dengan negara-negara yang tinggi kadar rasuah( score-1.1 ) kepada negara yang kurang kadar rasuahnya( score- 9.3 )
Berdasarkan indeks persepsi rasuah tersebut, secara ringkasnya Malaysia menduduki tangga ke 56 dalam senarai tersebut. Di samping itu di kalangan negara-negara Islam Qatar menduduki tangga teratas dengan di tangga ke 19 dan diikuti oleh Emiriah Arab Bersatu atau UAE di tangga ke 28.
Rasuah dan korupsi merupakan isu global yang melanda setiap negara, yang membezakan adalah banyak dan sedikit jumlah atau kekerapan aktiviti rasuah yang dilakukan. Apa lagi analisa yang boleh di ekstrak daripada senarai di atas ni?
Untuk mendapatkan keterangan lanjut dan laporan lebih lengkap boleh rujuk di laman rasmi transparency international.
Bersama-sama kita memerangi jenayah rasuah, Rasuah pemusnah bangsa dan negara.
Sumber: http://myjazmanie.com/
Pandangan Islam Terhadap Rasuah
Rasuah didefinisikan oleh para ulama fiqh sebagai semua harta/wang yang yang diberikan kepada seseorang pemerintah, hakim, atau pegawai kerajaan dengan maksud untuk memperolehi keputusan mengenai suatu kepentingan yang semestinya wajib diputuskan tanpa pembayaran dalam bentuk apapun. Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan nash-nash Al-Qur’an dan Hadis. Allah swt berfirman:
“Dan janganlah ada diantara kalian yang memakan harta benda sebahagian yang lain dengan jalan yang batil, dan janganlah menggunakannya sebagai umpan (untuk menyuap) para hakim dengan maksud agar kalian dapat memakan harta orang lain dengan jalan dosa, padahal kalian mengetahui (hal itu)” [TMQ Al Baqarah (2): 188].
Abu Dawud meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Rasululah saw bersabda:
“Laknat Allah terhadap pemberi dan penerima rasuah di dalam kekuasaan” .
At Tirmidzi meriwayatkan sebuah hadis serupa berasal dari Abdullah bin ‘Amr, bahawasanya Rasulullah bersabda:
“Laknat Allah terhadap pemberi dan penerima rasuah”
Hadis lain mengenai ini juga diriwayatkan oleh Ahmad, Thabrani, Al-Bazar dan Al-Hakim, berasal dari Tsuban yang mengatakan:
“Rasulullah saw melaknati pemberi , penerima rasuah, dan orang yang menyaksikan rasuah.”
Abu Dawud juga meriwayatkan, Rasulullah saw bersabda:
“Barang siapa yang kami berikan tugas untuk melakukan suatu pekerjaan dan kepadanya telah kami beri rezeki (imbalan gaji), maka apa yang diambil olehnya selain itu adalah kecurangan.”
Adakalanya rasuah juga diberikan oleh seseorang dengan maksud agar pegawai yang berkenaan tidak menjalankan tugas yang menjadi kewajibannya sebagaimana semestinya. Rasuah seperti inilah yang sangat dihinakan oleh para sahabat Nabi saw, bahkan mereka menolaknya dengan tegas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan