IKLAN

Khamis, 24 Februari 2011

Info bulan-bulan Islam dua belas bulan dalam satu Tahun

 

Penetapan tahun Hijriah dilakukan pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab. Tepatnya pada hari Khamis 8 Rabi'ul Awal tahun 17 Hijriah di tahun ke 4 Umar berkuasa.


1. Muharram - Ertinya yang diharamkan.

Sebab dalam bulan itu dilarang menumpahkan darah atau berperang. Namun, larangan itu tidak berlaku lagi sejak turun firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 191.

2. Safar- Ertinya Kosong. Ini kerana pada bulan ini pemukiman Arab dahulunya kosong dari kaum laki-laki untuk pergi berniaga, merantau atau berperang.

3. Rabi'ul Awal - Rabi' ertinya menetap dan Awal ertinya pertama. Jadi awal menetapnya kaum laki-laki sekembali mereka dari merantau atau berniaga. Rasulullah lahir, diangkat jadil rasul, melakukan hijrah, dan wafat terjadi pada bulan ini.

4. Rabi'ul Akhir - Ertinya akhir dari masa menetap di rumah bagi kaum laki-laki.

5. Jumadil Awal - Jumadi ertinya Kering. Jadi ertinya awal dari musim kemarau.

6. Jumadil Akhir - Ertinya Akhir dari musim kering atau kemarau.

7. Rajab - Ertinya Mulia. Ini kerana bangsa Arab tempoh dahulu sangat memuliakan bulan ini.

8. Syaban - Ertinya berkelompok. Kerana pada bulan ini lazimnya bangsa Arab berkelompok dalam mencari nafkah, kemungkinan untuk waktu yang lama. Pada bulan ini terjadi perpindahan, kiblat dari Baitul Muqaddas ke Ka'bah di Baitullah.

9. Ramadhan - Ertinya sangat panas. Merupakan satu-satunya bulan yang disebut dalam Al-Quran. Bulan yang memiliki banyak kelebihan, keutamaan, kesucian, dan keistimewaan.

10. Syawal - Ertinya kebahagiaan kerana kembalinya manusia kepada kesucian setelah menunaikan ibadah puasa dan membayar zakat.

11. Zulqaidah - Zul ertinya pemilik dan qa'dah ertinya duduk, kerana bulan ini merupakan istirahat bagi kaum laki-laki. Mereka menikmatinya dengan duduk-duduk di rumah.

12. Zulhijjah - Yang menunaikan haji. Sebab pada bulan ini umat Islamsejak nabi Adam as menunaikan ibadah haji. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik