IKLAN

Rabu, 25 Julai 2012

Perkahwinan Muda Syafiq & Yana Cetuskan Fenomena


Perkahwinan Muda

Sekarang ini, video satu majlis perkahwinan pasangan muda yang hanya dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, tersebar meluas di ruang internet terutamanya di laman You Tube.

Pasangan muda itu telah mengadakan majlis persandingan mereka pada awal bulan lalu, 8 Julai dengan meriah sekali.

Lumrah apabila majlis perkahwinan dilakukan, sememangnya menjadi meriah dengan kehadiran para tetamu yang mengenali pasangan pengantin dan keluarga mereka sendiri.

Video perkahwinan mereka memang mencetuskan fenomena kepada semua orang.

Video itu baru sahaja dimuat naik ke laman You Tube pada 11 Julai lepas tetapi sudah pun menerima kunjungan sebanyak 192,285 dari penonton.
Ramai yang melontarkan pandangan atau komen mereka terhadap perkahwinan muda antara Syafiq dan Yana.

Ada yang memuji kerana mereka sudah pun memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri di usia yang masih lagi terlalu muda memandangkan mereka masing-masing masih lagi bersekolah.

Ada yang mengatakan tindakan mereka mebina rumah tangga di usia yang masih awal itu dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat.
Namun, ada juga beberapa orang yang memberikan pandangan negatif berhubung perkahwinan antara Syafiq dan Yana.

Mereka menimbulkan persoalan seperti, layakkah Syafiq yang baru sahaja berusia 16 tahun untuk menjadi suami? Mampukah dia untuk memberi nafkah dari segi zahir seperti wang perbelanjaan, permintaan Yana? Apakah mereka mampu untuk menjadi ibu dan bapa di usia muda?

Itu antara komen-komen yang diberikan kepada pasangan kahwin muda itu.
Apa-apa pun, mereka sudah pun selamat bernikah dan melayari alam rumah tangga mereka. Tidak usahlah kalau nak dibangkitkan isu layak atau tidak keinginan mereka untuk mendirikan rumah tangga.

Di dalam Islam sendiri, Islam sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda.

“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.

Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan berkahwina muda dapat mengelakkan diri dari di goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita melakukan maksiat.

Sekali lagi, semua keputusan sama ada kita ingin berkahwin di usia muda atau tua, itu semua terpulang kepada diri sendiri. Tak perlu melakukan sesuatu mengikut cakap seseorang, tetapi, fikirlah untuk kebaikan diri sendiri.

Mengapa berkahwin muda?

Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan.

Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. 


Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya.
Jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.

“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” Yaasin: 36.
Wallahualam.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Sumber: mynewshub.my

Selasa, 24 Julai 2012

Walaupun Mereka Bukan Muslim, Pasangan Artis Ternama, Konsisten Dukungi Palestin


Meski Bukan Muslim, Pasangan Artis Ternama, Konsisten Dukungi Palestin

Tahun lalu, band  yang cukup popular Britain, Coldplay, terang-terangan mengajak fansnya untuk peduli dengan Palestin dengan mengesyorkan sokongan kepada projek "Freedom for Palestine", suatu projek yang disokong oleh pelbagai yayasan peduli Palestin seperti Palestine Solidarity Campaign dan Friends of Al-Aqsa. 

Bahkan mereka pernah mengeluarkan single yang disokong War on Want dan One World Foundation untuk melancarkan niat sokongannya.
 
Bukan cuma itu sahaja, isteri vokalis (Chris Martin) yang juga seorang model dan artis, Gwyneth Paltrow, meninggalkan Hollywood lalu menyatakan diri membenci Amerika dan mengaku pro-Palestin dalam kenyataan di sebuah media di Sepanyol.  

Gwyneth pernah menggalang dana untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa penindasan di Palestin melalui The Hoping Foundation.
 
Namun sikap-sikap yang mereka lakukan dalam menyokong Palestin tersebut ternyata tidak menjadikan band ini ditinggalkan oleh para penggemarnya di seluruh dunia. Buktinya, Coldplay baru sahaja dicalonkan sebagai The Best dalam kategori Britain Music / Entertainment oleh komuniti pertandingan The Great Exhibition 2012. * / Edward-UT

Di sunting dari-Hidayatullah.com

Ramadan: Atlet Islam di Olimpik London



Meraih pingat di Sukan Olimpik bukanlah perkara mudah. Lebih-lebih lagi atlet-atlet Muslim dalam keadaan berpuasa. Sebanyak 3,000 atlet Muslim tercatat berlaga di ajang Sukan Olimpik London, Britain.

Sulaiman Nyambui dari Tanzania merupakan atlet Muslim yang pernah bermain di Sukan Olimpik pada saat bulan Ramadhan. Atlet lari ini berjaya merebut perak di pertandingan lari 5000 meter pada Sukan Olimpik tahun 1980 dan saat itu dia dalam keadaan berpuasa.

"Setelah anda memutuskan untuk melakukan sesuatu, Allah sentiasa bersama dengan anda," kata Nyambui yang saat ini menjabat sebagai Setiausaha Agung Tanzania Asosia Atletik setelah lulus dari Universiti Texas di El Paso.

Sama seperti Sukan Olimpik 1980, tahun ini pun musim panas menyambangi Sukan Olimpik di London, dan saat itu bertepatan dengan bulan ramadhan ketika umat islam diwajibkan untuk menjauhkan diri dari makanan, minuman, seks selama lebih kurang satu bulan.

Ramadhan telah bermula dan Sukan Olimpik akan berlangsung dari 27 Julai hingga 12 Ogos. Tahun ini lebih daripada 3,000 atlet Muslim akan bersaing di Sukan Olimpik, namun banyak di antara mereka yang tidak akan berpuasa. Hal ini sudah diluluskan oleh pihak berkuasa agama.

Atlet muslim yang akan bersaing sambil berpuasa di antaranya Atlet Persatuan Basketball Hakeem Olajuwon dan Shareef Abdur-Rahim, Atlet Bola sepak Hamza dan Husain Abdullah bersaudara, dan bintang bola sepak Karim Benzema dan Mahamadou Diarra.

Mereka sudah berlatih dan bersenam sambil berpuasa sebelumnya. Mereka mengatakan, puasa ramadhan akan meningkatkan disiplin, fokus, dan spiritualis, dan itu semua akan meningkatkan prestasi mereka. Sementara beberapa kajian perubatan mengatakan bahawa puasa secara jelas akan menimbulkan sakit pada prestasi olahraga, dan beberapa yang lain mengatakan hampir tidak mencari kesan.

Doktor mengatakan, kesan puasa juga bergantung pada faktor-faktor cuaca. Jika berpuasa pada hari yang sejuk akan lebih mudah bagi seorang atlet daripada dia berpuasa di petang hari yang panas.

Islam secara tradisional mempertahankan bahawa orang yang sedang sakit atau musafir boleh menunda puasa mereka, dan menggantikannya nanti. Para ulama islam di Mesir dan uni Arab Bersatu melebarkan pengecualian tersebut bagi atlet-atlet Olimpik pada tahun ini./ detikislam
 
 

Sabtu, 21 Julai 2012

Nah! Permandangan Masjid Al Haram dari atas! Terkini 2012!

 Bismillahirahmannirahimmm...alhamdulilahh....permandangan MasjidlHaram terkini di rakam kan dari atas Bangunan Hotel Fairmont Jam Besar di depan MasjidilHaram....
     Subhanallah.... 


Kredit: CikguPj

15 Fakta Menarik Allahyarham Tan Sri P. Ramlee Yang Patut Anda Tahu

 
 Rata-rata orang Malaysia sangat mengenali dengan pelakon lagenda ini, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bukan??? berkongsi fakta-fakta menarik yang sebelum ini kami sendiri juga tidak tahu. Mari kita baca…

1. Mempunyai empat jenis tandatangan dan dalam kad pengenalannya yang diisukan pada tahun 1964 setelah berpindah ke Kuala Lumpur dari Singapura, ruangan ‘race’ atau bangsa dibiarkan kosong.

2. Ketika kecil, selepas mengaji Quran, P. Ramlee akan berlakon di padang di hadapan kawan-kawannya dengan membawakan watak-watak wira seperti Hang Tuah, Robin hood, Zorro, Sea Hawk, Captain Blood dan Tarzan.

3. Terlalu kurus dan berjerawat batu ketika mudanya; suka ponteng sekolah, tidur dalam kelas, dan suka bermain dam. P. Ramlee bukan dari kalangan pelajar cemerlang. Beliau juga tidak gemar membaca – satu-satunya novel kegemaran P. Ramlee adalah berjudul ‘Atheis’ karya Achdiat K. Miharja.


4. Sangat meminati sepak takraw. P. Ramlee pernah menyumbangkan piala pusingan Oscar P Ramlee Sumbang Sih kepada Persatuan Sepak Takraw Singapura.


5. Azizah, lagu pertama yang menjulang namanya adalah inspirasi buah hatinya di Pulau Pinang; identiti wanita tersebut kekal misteri sehingga kini; mendapat bayaran royalti pertama bernilai RM3,000 dari syarikat T. Hemsley untuk lagu ini beberapa hari sebelum rusuhan Bertha Hertog atau Natrah pada tahun 1951.


6. Fasih berbahasa Jepun dan cekap bermain peralatan muzik seperti piano, gitar, biola, ukulele, trompet dan akordion. P. Ramlee tidak tahu bermain saksofon!


7. Lagu “Kewk Mambo” diinspirasikan daripada nama sahabat baiknya, Pengurus Produksi Malay Film Productions, Kwek Chip Jian.


8. Orang pertama mempersoalkan bayaran gaji pekerja-pekerja produksi; juga yang pertama memperkenalkan gabungan perkataan ‘pawagam’ (panggung wayang gambar); digunakan pada PAWAGAM P. RAMLEE (dulunya terletak berhampiran pusat membeli-belah Sogo dan Kompleks Pertama).


9. Jika di rumah, P. Ramlee selesa berpelikat yang dipakai bersama T-shirt Pagoda putih; suka memasak dan resipi ringkas kegemarannya adalah kacang panjang (digoreng hingga lembut) campur ikan bilis masak kicap.


10. Menu harian: ikan goreng dan ulam; ikan terubuk, kari ketam dan kuah laksa paling disukai; juga gemar berkunjung ke restoran Sup Setapak (masih wujud ke hari ini).


11. Tabiat pelik: suka mencium-cium aroma nasi kandar yang masih lekat di tangannya! Nasi Kandar ‘Line Clear’ adalah kegemaran P. Ramlee!


12. Sazali memainkan watak anak petani/peladang dalam filem Anak Bapak dan bersama anak-anak yang lain, mereka menjadi suara latar untuk lagu “Tolong Kami Bantu Kami” dalam filem 3 Abdul.


13. Mendengar lagu Jalak Lenteng nyanyian Rubiah berulang-ulang kali setiap kali berhadapan masalah.


14. Pernah ‘diboo’ dan disuruh turun pentas ketika menyanyi di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur menjelang kebangkitan irama pop-yeh-yeh.


15. Menghasilkan 18 buah filem dalam tempoh 8 tahun (1964 – 1972) dengan hanya menggunakan perkakasan ‘second-hand’ di Studio Merdeka, Ulu Kelang

akakdisebalikpintu/om

Jumaat, 20 Julai 2012

Adab-Adab Orang Yang Berpuasa.


 
Seseorang yang berpuasa bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga semata-mata tetapi ia perlu juga menjaga adab-adab berpuasa. Antaranya ialah:

1 - Menjauhi perkara-perkara yang sia-sia seperti mengumpat,mencerca,mengadu domba, bertengkar, menyakiti orang lain,mendengar muzik yang tidak islamik dan lain-lain lagi.

2 - Bersahur walaupun dengan seteguk air sejuk dan sebiji buah tamar kerana dalam sahur itu ada keberkatannya.

3 - Berbuka dengan buah tamar kerana ia merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Banyak fadhilatnya.

4 - Menyegerakan berbuka puasa setelah yakin masuk waktu maghrib.

5 - Berdoa kepada Allah s.w.t ketika berbuka kerana ia merupakan waktu yang mustajab untuk berdoa.

6 - Memberi makan untuk orang lain berbuka puasa kerana sesiapa memberi makan untuk orang lain berbuka maka ia akan memperolehi pahala puasa seperti orang itu tanpa mengurangkan pahala puasa orang tersebut.

7 - Memperbanyakkan bersedekah kepada fakir miskin untuk meningkatkan hubungan silaturrahim.

8 - Sembahyang tarawikh pada setiap malam, ini kerana solat tarawikh hanya terdapat di bulan Ramadhan sahaja. Jadi rebutlah peluang sebelum ajalmu datang.

9 - Beriktikaf di dalam masjid terutama sepuluh malam terakhir. 

albesuty/openminda

Cikgu cakap kalau kudung macam mana nak bertakbir?

Ermm..

Korang rasa kalau terjun dari KLCC sampai ke bawah mati tak? Aku rasa mesti mati. Dan aku rasa cikgu alias mesti rasa nak panjat KLCC dan terjun kat bawah selepas dia mengeluarkan satu kenyataan yang memalukan dia dan guru2 semalaysia. 

Lihatlah apa yang cikgu alias cakap di facebook nya mengenai perundangan islam ;


Herm.. 

Gambar di atas rasa nya dah cukup untuk menjawab tuduhan serong cikgu alias mengenai perundangan islam khususnya hudud. Tangan orang takan kudung dan cacat disebabkan hudud sewenang2nya. Hudud bukanlah sistem yang mahu mengudungkan tangan umat islam oke.

Kalau tak faham apa yang tersirat melalui hudud pun takpe. Cuma janganlah memperlekehkan hukum Allah swt. Memperlekehkan hukum  Allah swt, sesuatu yang telah Allah swt tetapkan, sesuatu yang telah ulama2 muktabar kaji dan analisis, sebenarnya secara tak langsung kita meragui sistem dan polisi2 yang terkandung dalam islam itu sendiri.

Sama seperti kita mempersoalkan aurat, memperlekehkan pemakaian tudung. Kita kata kita muslim, kita sayangkan islam, sayangkan Allah swt, tapi bila disuruh melaksanakan apa yang Allah swt firmankan, kita ragu2 dan bagi macam2 alasan. Perbuatan kita tak konsisten dengan percakapan kita, boleh ke?

Rasanya masalah umat islam di malaysia neh sebenarnya bukanlah mengenai pelaksanaan hudud sebaliknya penolakkan umat islam terhadap hudud dan hukum Allah swt itu sendiri. Dan ini sangat bahaya. Kalau lah ornag2 bukan islam tolak hudud ada maafnya lagi. At least mereka terang2 mengakui mereka tak percayakan Allah swt.

Tetapi bila orang yang mengakui islam itu sendiri menolaknya sememangnya ini sangat berbahaya geng. Ingatlah munafiq itu terletak di neraka yang paling dalam dan ia bukan sia2 untuk berada disitu beb. /sozcyili
 
Hamba Allah
Cikgu Alias tak faham apa hukum mengangkat takbir (angkat kedua-dua belah tangan) semasa solat. Yang rukunnya adalah Takbiratul Ihram, iaitu melafazkan ucapan Allahuakbar dan kalau tak buat maka tidak sah solat, manakala hukum angkat kedua-dua tangan pula adalah Sunat Haiat. Kalau tak buat, solat itu sah dan tak disunatkan ganti dengan sujud sahwi. Cikgu Alias kena banyak belajar lagi dan jangan sebarang cakap, supaya tidak tergelincir aqidah.
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik