IKLAN

Rabu, 7 Disember 2011

Larangan Meniup Makanan dan Minuman Yang masih Panas, Huraian Hadis dan Kajian Saintifik


Biasanya ketika kita makan makanan atau minuman yang panas maka kita akan meniupnya agar makanan atau minuman yang masuk ke mulut kita menjadi sejuk. Hal ini boleh berisiko terhadap kesihatan kita kerana makanan atau minuman yang masih panas tersebut akan mengeluarkan wap air yang mana kita tahu wap air adalah H 2 O (aq).

Sebenarnya Rasullullah pernah bersabda lebih 1,400 tahun yang lalu tentang larangan meniup makanan dan minuman ni, Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

"Rasulullah S.a.w melarang orang meniup-niup makanan atau minuman". 
(Hadis Riwayat. Abu Dawud)

"Dinginkanlah makanan, sesungguhnya yang panas-panas tidak ada berkatnya".  (Hadis Riwayat. Al Hakim dan Ad-Dailami)

Keterangan:
Meniup-niup makanan dan minuman yang panas biasa dilakukan dengan tujuan agar makanan dan makanan itu cepat sejuk, dan hal ini dilarang oleh Nabi. Hendaknya makanan atau minuman tersebut didiamkan saja atau didinginkan dengan metode lainnya selain dengan meniup langsung dengan mulut, misalnya dengan menggunakan kipas angin.

Dan dibawah ini adalah kajian saintifik tentang larangan meniup makanan dan minuman.Sesiapa yang sudah tahu anggaplah ia sebagai ulangkaji..

Jika kita meniup makanan dan minuman, maka kita akan mengeluarkan gas CO 2 dari dalam mulut kita. mengikut reaksi kimia, apabila wap air bertindak balas dengan karbon dioksida akan membentuk sebatian asid karbonat (carbonic acid) yang bersifat asid. H 2 O + CO 2 => H 2 CO 3 Perlu kita tahu bahawa di dalam darah kita semua terdapat H 2 CO 3 yang berguna untuk menetapkan pH (tahap keasidan) di dalam darah.


Darah adalah Buffer (larutan yang dapat mempertahankan pH) dengan asid lemahnya berupa H 2 CO 3 dan dengan asas konjugasinya berupa HCO 3 - sehingga darah mempunyai pH sebanyak 7,35 - 7,45 dengan reaksi berikutnya: CO 2 + H 2 0 < = H 2 CO 3 => HCO 3 - + H + Tubuh menggunakan penampan pH (buffer) dalam darah, sebagai pelindung terhadap perubahan yang berlaku secara tiba-tiba dalam pH darah. Adanya kelainan pada mekanisme kawalan pH tersebut, boleh menyebabkan salah satu daripada 2 kelainan utama dalam keseimbangan kira-kira prinsip asid darah darah kita , iaitu asidosis atau alkalosis .

Asidosis adalah suatu keadaan di mana darah terlalu banyak mengandungi asid (atau terlalu sedikit mengandung asid asas) dan sering menyebabkan menurunnya pH darah. sedangkan alkalosis adalah suatu keadaan di mana darah terlalu banyak mengandungi asid asas (atau terlalu sedikit mengandungi asid) dan kadang menyebabkan peningkatan pH darah. 

Kembali semula pada permasalahan awal, di mana makanan  yang kita tiup, karbon dioksida dari mulut kita akan terikat dengan wap air dari makanan dan menghasilkan asid karbonat yang akan mempengaruhi tingkat keasidan dalam darah kita sehingga menyebabkan suatu keadaan di mana darah kita akan menjadi lebih asid dari seharusnya sehingga pH dalam darah menurun, keadaan ini lebih dikenali dengan istilah asidosis. 

Seiring dengan penurunan pH darah, pernafasan akan menjadi lebih dalam dan lebih cepat sebagai usaha badan untuk menurunkan kelebihan asid dalam darah dengan cara menurunkan jumlah karbon dioksida. Pada akhirnya, buah pinggang juga berusaha mengstabilkan keadaan tersebut dengan cara mengeluarkan lebih banyak asid dalam air kencing. 

Tetapi kedua-dua mekanisme ini tidak akan berguna jika tubuh terus menerus menghasilkan terlalu banyak asid, sehingga terjadi asidosis yang teruk. Seiring dengan kemerosotan asidosis, pesakit mula merasakan keletihan yang luar biasa, rasa mengantuk, semakin mual dan mengalami kebingungan. Bila masalah pada asidosis semakin memburuk, tekanan darah boleh menurun, menyebabkan kejutan pada tubuh, koma dan bahkan kematian. 

Kredit : haxims




Apartmen dari Kertas



Don Lucho 's Casa de Karton adalah apartmen yang dibuat dari kadbod dan kertas. Ia juga secara tidak sengaja menambah kereta yang juga diperbuat dari kertas. Bagaimana ya, rasanya tinggal di sebuah pangsapuri seperti ini, pangsapuri kertas realistik.

Spesis Ikan Terkecil Di Dunia Ditemui


Spesis Ikan Terkecil Di Dunia Ditemui Di Terengganu

DUNGUN – Spesis ikan paling kecil di dunia, ‘Paedocypris’ dari keluarga ‘Cyprinidae’ dengan saiz 7.8 milimeter ditemui di kawasan paya Bukit Bauk, di sini.


Pengarah Jabatan Perhutanan negeri Azmi Nordin berkata ikan tersebut ditemui semasa ekspedisi Bukit Bauk yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2006.
“Beberapa ekor ikan dari famili Cyprinidae itu, spesis ikan paling kecil di dunia, ditemui di kawasan ini,” katanya kepada Bernama di sini, Selasa.
Azmi berkata berdasarkan kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), ikan tersebut tidak terdapat di tempat lain termasuk di luar negara setakat ini.
Beliau berkata pihaknya sedang mengambil langkah untuk membiak ikan itu supaya tidak pupus dan mungkin dijadikan daya tarikan pelancong pada masa akan datang.
Menurut Azmi buat masa ini pihaknya belum dapat menunjukkan ikan itu kepada umum kerana dibimbangi ada pihak yang akan mencarinya dan dijual dengan harga yang tinggi.
Lagipun, katanya, kawasan ikan itu ditemui terdedah kepada pengunjung dan besar kemungkinan orang akan tertumpu ke situ sekiranya kawasan itu dihebahkan.
“Ini satu aset untuk negeri dan jika ia pupus, rugilah,” katanya.
Beliau berkata selain itu, Bukit Bauk seluas 7,596 hektar juga mempunyai pelbagai khazanah berharga seperti pokok-pokok bunga yang masih belum dieksploitasi sepenuhnya. – BERNAMA


Aksi Ekstrim Stuntman Cina Menyeimbangkan Kepalanya Diatas Paku

Ketika orang lain berteriak kesakitan sambil mengumpat ketika menginjak paku, stuntman nekat ini malah melakukan hal ekstrim dengan menyeimbangkan kepalanya diatas sebatang paku.
Li Xin seorang stuntman berusia 47 dari Cina mempamerkan kemampuan ekstrimnya dengan berdiri terbalik dengan kepala bertumpu pada sebatang paku besar selama 10 detik.



Li Xinkepala diatas pakukepala diatas paku
Secara mengejutkan, ia tidak sedikitpun terluka ketika melakukan aksi ini, dan hanya meninggalkan sebuah lekukan bekas paku di kepalanya.
Dikutip dari Mail Online, Li telah berlatih serta menyempurnakan aksi ekstrim ini selama lebih dari 20 tahun./Manado Today




 P/s: Semuanya diatas kehendak Allah jua...



Buah Kelapa Muda Penawar Racun

Ceritanya, buah kelapa terutama kelapa muda ini adalah ubat dari segala ubat untuk penawar racun, baik untuk keracunan makanan, minuman dan keracunan ubat termasuk ubat serangga.  Tapi,benarkah demikian? Mari kita "kupas" si muda ini.
Kelapa merupakan tanaman yang biasa tumbuh di pantai. Batangnya berbentuk ramping dengan ketinggian boleh mencapai 14 meter. Kelapa adalah tanaman yang tidak bercabang, daunnya berpelepah, buahnya bulat dengan diameter sekitar 25cm. Buahnya mempunyai sabut tebal dan tempurung yang sangat keras berisi air dan isi kelapa.
Kononnya, dalam mitologi Hindu, kelapa merupakan "pokok surgawi".Diriwayatkan, Dewa Wisnu membawa pohon kelapa sebagai sumber kesihatan, panjang usia, ketenangan dan kedamaian. Sebab itu, pohon kelapa dianggap suci dan mempunyai peranan penting dalam upacara keagamaan masyarakat Hindu.
Pengamal herbalis mengatakan bahawa air kelapa muda memang boleh meneutralkan segala macam racun yang ada di tubuh. Tentu saja antara air yang diminum dengan racun yang ada harus dosnya harus sesuai. Biasanya, racun-racun yang dimaksudkan adalah racun-racun yang dibawa oleh minuman beralkohol dan merokok yang masuk ke da tubuh.

Apa yang ada di dalam air kelapa?

Air kelapa ternyata mengandungi unsur makro berupa nitrogen dan karbon.Unsur nitrogennya tersusun dari asid amino (alanin, sistin, arginin, alin dan serin). sementara unsur karbonnya berupa glukosa, sukrosa, fruktosa, sorbitol, inositol dan beberapa unsur kecil lain. Selain unsur makro, air kelapa juga mengandungi unsur mikro berupa mineral yang boleh menukar ion tubuh. Itulah sebabnya jika kita meminum air kelapa muda biasanya badan akan terasa lebih segar, selain pelepas dahaga tentunya.
Selain itu, air kelapa juga mengandungi vitamin C. Beberapa yang dominan adalah asid nikotinat, asid folik, asid pantotenat, biotin dan juga riboflavin.Kerana alasan itulah, beberapa herbalis mengatakan air kelapa boleh digunakan untuk ubat penurun panas dalam, demam berdarah dan disentri.
Itu saja? Masih ada lagi. Air kelapa juga mengandungi potasium (kalium), gula (1.7% - 2.6%) dan protein (0,07% -0,55%). Ditambah pula, sebuah sumber mengatakan air kelapa boleh untuk menghaluskan kulit muka, anti aging dan juga anti uban pada rambut jika digunakan untuk mencuci.

Bagimana dengan isinya?

Isi kelapa merupakan sumber dari zat besi, serat dan asid lemak. Namun hati-hatilah, asid lemak dari isi kelapa 90% merupakan asid lemak tepu yang boleh meningkatkan kadar kolesterol jika diambil berlebihan. 
Isi kelapa juga mengandungi karbohidrat, protein, stigmasterin, fitosterin, kolin, asid undekanoat, asam tridekanoat dan vitamin A, B, C dan E. Isi kelapa juga boleh digunakan untuk mengatasi sembelit, cacingan dan luka.
Berhati-hatilah dalam memilih kelapa muda. Jika tidak berpengalaman, sangat sukar membezakan mana kelapa muda asli alias "kelapa hijau" . Perlu diingat pula bahawa meminum air kelapa terlalu banyak boleh menyebabkan  anda akan susah buang air kecil dan santannya mengandungi lemak tepu yang cukup tinggi dan di dalam tubuh akan diproses menjadi kolesterol./Jadiberita





Seni Melipat Buku Yang Mengasyikkan ...


Setiap orang mempunyai hobi yang unik, tentunya masing-masing kita punya hobi yang mungkin sama. Berbeza dengan Ishak G. Salazar, dia adalah seorang akauntan yang mempunyai hobi unik yang tidak jauh dari  hidup sehariannya.

Suatu hari dia mendapat idea melipat halaman buku untuk membuat mesej. Hanya dengan buku-buku lama Ishak memberikan sumbangan untuk kitar semula, sehingga secara tidak langsung ia turut mengurangkan bertambahnya sisa kertas. Ishak juga telah banyak membuat karya-karya dari buku - buku yang ia miliki, Jadiberita- menyajikan beberapa karyanya seperti dibawah ini:






Seni melipat buku ini pertama kali ia lakukan pada Oktober 2009 hingga sekarang. Saat itu Ishak membuat banyak karya seni. Aktiviti melipat buku ini memerlukan ketelitian dan kesabaran untuk mendapatkan karya yang sempurna.Ia kadang-kadang terluka pada saat mengerjakannya, beberapa buku juga sengaja di berikan cecair khusus agar warnanya tidak pudar.

Ishak berasal dari sebuah bandar bernama El Paso, Texas, Amerika Syarikat. Sekarang ia tinggal di Artesia, New Mexico. Salah satu cita-citanya adalah untuk membuat logo - logo syarikat terkenal dunia dengan seni melipat buku yang menjadi kemahirannya. Sumber inspirasi Ishak datang dari mana-mana. Salah satu contoh, Ishak mencipta simbol kitar semula pada sebuah buku berjudul "A World with out Trees". Walaupun kini karya-karyanya sudah dikenali,namun Ishak adalah seorang yang mempunyai peribadi yang sangat sederhana dan rendah hati bila ia bercerita tentang hasil seni lipatan bukunya.

"Saya adalah seorang yang belum pernah bersekolah seni tetapi saya membuat karya seni langsung di dalam buku seni. Saya bukanlah seniman! Dalam diri saya tidak pernah mengganggap sebagai orang kreatif - Ishak G. Salazar "./ wisben.com


Rakyat Malaysia Tangga Ketiga Paling Curang Di Dunia


RAKYAT Malaysia di tangga ketiga sebagai pasangan paling curang di duniaseperti yang dilaporkan oleh China Press.

Menurut tinjauan yang dilakukan, 33% lelaki-lelaki Malaysia mengaku bahawa mereka tidak jujur kepada pasangan-pasangan mereka. Negara Thailand pula 54% di tempat pertama diikuti oleh Korea Selatan dengan peratusan 34%.


Russia dan Hong Kong di tangga ke empat dan kelima dengan peratusan masing-masing 32% dan 29%.


Sebilangan 39% wanita di Malaysia juga mengaku bahawa mereka pernah mengkhianati pasangan. Dua negara di tangga teratas pula ialah Nigeria 62% dan Thailand 59%.

Wanita Russia di tangga ke empat paling suka berlaku curang di dunia sementara Singapura di tangga ke lima.

Tinjauan itu dilakukan oleh sebuah syarikat pengeluar kondom, Durexberdasarkan tinjauan terhadap 29,000 orang di 36 buah negara seluruh dunia.

Tinjauan itu juga mendedahkan bahawa secara purata, lelaki Malaysia mempunyai 3 orang pasangan seks sepanjang hidup mereka manakala Hong Kong dan Singapura di tangga teratas dengan jumlah 16 orang pasangan seks sepanjang hidup data ini adalah yang tertinggi di Asia.


Sumber: The Star




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik