IKLAN

Rabu, 29 Jun 2011

Hati-hati Ketika Menggunakan Cyber Cafe!

Informasi ini saya postkan agar anda tidak terkena dengan ‘jerat’ teknologi sekarang. Hati-hatilah jika anda mengguna PC di tempat umum seperti Cybercafe ataupun Internet Cafe untuk akses internet. Cuba cek belakang PC yang anda sedang guna dan lihat apakah alat ini ada di belakang PC? Kalau ada jangan sesekali guna PC itu!

Alat ini dicucuk di hujung cable keyboard yang terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yang telah ditaip oleh keyboard itu. Alat ini akan record apa yang dibuat. Kebanyakan alat ini sering diguna pakai di Internet Kafe, pameran, hotel dan lapangan terbang. Maka berhati-hatilah terutama anda yang menggunakan internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.


Bagaimana alat ini berfungsi?
 
Contohnya anda masuk/login ke account bank, setelah selesai anda pun logout seperti biasa dan meninggalkan PC. Walaupun PC anda sudah di offkan, alat itu dengan mudahnya untuk membuka account itu kembali dengan apa yang sebelumnya anda tekan dan di record alat tersebut, telah tersimpan di dalam Black Device.

Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika ada sesuatu yang mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan internet di tempat umum untuk mengakses site penting. Semoga informasi ini berguna untuk anda semua dan mencegah terjadinya hal-hal yang tidak diinginkan.

Kataku: Beringatlah periksa belakang PC tu dulu OK? biar je tuan kedai tu nak cakap apa, janji akaun kita selamat.

Telur Ayam Berbentuk Kapsul Dijumpai Di Melaka

Seorang penduduk terkejut apabila mendapati sebiji daripada beberapa telur ayam kampung dikutip dari reban ayam belakang rumahnya di Kampung Solok Biak, Tanjung Kling, Melaka berbentuk seperti kapsul.

Penduduk terbabit, Kamaludeen Mohamed Haneefa, 48, berkata, penemuan itu menyebabkan berasa kehairanan berikutan tidak pernah menemui telur seperti itu sebelum ini.

Menurutnya, telur berkenaan dikutip dari reban ayam di belakang rumahnya sekitar petang kelmarin.


NONE
Beliau yang bertugas di sebuah institusi kewangan di bandar ini, berkata, kira-kira tiga bulan lalu dia pernah menemui beberapa biji telur ayam yang berbeza sedikit bentuknya iaitu ada bonjolon pada bahagian bucu atas serta satu atau dua bentuk berlainan.

Bagaimanapun, katanya, telur yang berbentuk seakan kapsul ditemuinya adalah sesuatu yang amat berbeza dan tidak pernah dilihatnya sebelum ini berikutan saiznya yang kecil.


"Telur ayam kampung berkenaan tidak berapa besar dan saya percaya isinya hanya mengandungi putih telur sahaja memandangkan ukuran dan saiznya tidak sebesar telor biasa.


"Meskipun bentuknya kelihatan pelik namun saya tidak dapat memastikan apakah punca ia terbentuk sedemikian rupa dan berkemungkinan ia disebabkan oleh sesuatu faktor tertentu," katanya.


Kamaludeen berkata, beliau bagaimanapun akan menyimpan telur terbabit sebagai koleksi sahaja selama mana yang boleh.


Katanya, keseluruhannya, dia menternak kira-kira 100 ekor ayam kampung dan kerja berkenaan dilakukannya sebagai mengisi waktu terluang.


"Sejak sekian lama menternak ayam kampung penemuan seperti ini adalah sesuatu yang anggap agak luar biasa," katanya.


Golongan Yang Didoa'kan Malaikat



PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."


5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "


10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."


11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

(sumber)

Sabtu, 25 Jun 2011

Cara Aku Selamatkan Blog Jika Digodam/Hack

Sekarang kan tengah hangat kes website dihack, tak kurang juga ada beberapa blog yag telah dihack...Tak mustahil blog kita pun bila-bila masa orang boleh hack, jadi, kena la ambil langkah-langkah pencegahan.. sebab  blog aku tadi pun kena godam  cepat -cepat aku tukar p.word.Tadi masa aku buka tiba -tiba aje ada web poker judi haram jaxxh muncul ..bengang betul.Jadi aku nak kongsilah dengan dengan kawan-kawan semua caranya supaya tak jadi macam aku.Mana yang dah tau anggap ia sebagai ulang kaji k.Entri ini aku ambil dari blog sahabat ShafMerhy Punya Blog  ..banyak lagi cara lain mungkin cubalah yang ini dulu k.


Pertama....tukar password korang bagi jadi lebih panjang dan susah..kalau boleh jangan ada kaitan dengan nama korang..mesti lain dari password yang korang guna untuk email ke facebook ke..suma kena lain..bahaya kalau sama...Password tu kalau boleh panjang melebihi 13 huruf bercampur angka..contoh: buff3r3d3arning4365187


Setakat yang aku tahu..kalau seseorang nak hack kita, selalunya dia akan guna Brute Force Attack, guna hacking software yang diorang buat sendiri untuk login dalam akaun kita, software hacking yg free pun ada orang share...masa yang diambil untuk hack pula bergantung kepada password, kelajuan komputer hackers, kelajuan internet hackers dan beberapa faktor yang lain..


kalau password korang 3 huruf je..contoh: abc...tak sampai pun 1 saat dia bleh hack...1 huruf dan angka boleh membezakan sama ada sehari  atau setahun masa untuk hack...kalau password yang panjang, dalam 2 3 hari jugak nak hack/crack, kadang-kadang berbulan....kalau hacker tu memang genius, komputer lak laju... memang kejap je la...kalau aku jadi  hacker pun, try hack sehari lebih tak boleh-boleh, mesti aku akan tukar target..jadi panjangkan lah password anda...


Kedua....aku buat backup..kalau mereka berjaya hack atau apa-apa terjadi kat blogspot ni, blog kita masih boleh diselamatkan...backup aku terdiri daripada template dan post-post yang ada blog aku...cmna nak buat backup tu? bagi yang masih belum tahu, mudah saja...mula-mula download full template dulu:









Pastu save la kat mana-mana folder dalam laptop korang...kalau boleh setiap kali korang updatetemplate, korang download full template pastu save lagi..kalau nak upload balik template tu, mesti semua dah tau kan..hanya klik choose file > pilih file template > upload.....

Kedua, backup semua post dan komen yang ada kat blog korang...:





Masuk kat setting > basic...Klik yang arrow hitam tunjuk tu..export blog...pastu save skali dalam foder template tadi...nanti kalau blog korang rosak ke apa ke, hilang semua post sebelum ni, bleh la backup balik dengan klik import blog (arrow biru)..aku update backup blog aku dalam 2 minggu skali..
Sumber :

Jumaat, 24 Jun 2011

Bateri Nokia Menggunakan Coca-cola

Seorang gadis dari China , Daizi Zheng telah membuat handphone mesra alam yang dikuasakan oleh air coca-cola untuk projek akhir di Universitinya. 

Photobucket

Selepas itu dia membawa prototype tersebut kepada Nokia tetapi malangnya Nokia belum bercadang untuk mengeluarkan produk handphone Coca-cola tersebut buat masa sekarang.
Zheng berkata, Nokia mungkin akan menilai semula produknya itu dalam masa setahun dua akan datang.
Konsep handphone ini menggunakan Bio Battery yang menghasilkan elektrik dari karbohidrat. Jika bateri habis, tinggal beli coca cola, isi handphonenya dan jika masih ada baki coca colanya, tinggal diminum. Tidak perlu membawa charger ke-mana-mana lagi,hanya bawa atau beli coca-cola kat 7E pun boleh.
Bateri Bio ini didakwa dapat bertahan tiga sampai empat kali lebih lama daripada bateri lithium-ion dalam sekali charge.
Apakah konsep bateri bio ini dapat menjadi alternatif lain yang lebih efektif dan jimat tenaga lebih-lebih lagi bila tarif bil elektrik TNB dah naik?
Mungkin lebih bagus jika menggunakan gula biasa saja sebagai sumber bahan bakar. Namun teknologi ini tentunya cukup unik dan boleh maju untuk dikembangkan lagi.
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Video


  Sumber : www.isuhangat

Kami Buat Kesilapan Besar, kata bos Lynas

Bos Lynas Nicholas Curtis mengaku bahawa syarikatnya telah membuat kesilapan kerana gagal memberi penjelasan secukupnya kepada penduduk di Kuantan berhubung kebimbangan mereka terhadap sisa radioaktif dari loji nadir bumi syarikat tersebut.

NONE"Kami membuat satu kesilapan, dan ia satu kesilapan besar, kerana
memikirkan, kami telah memenuhi standard keselamatan) Malaysia, maka ianya sudah mencukupi. Ia tak cukup. Kewajipan kami ialah untuk terus memberi penjelasan kepada penduduk di Kuantan."

Pengakuan ketua Lynas itu dibuat ekoran bantahan keras terhadap operasi loji syarikat tersebut, yang sedang dibina di Kawasan Industri Gebeng, kira-kira 50km dari Kuantan. Loji bernilai RM700 juta itu dijadual siap akhir September ini.

"Saya menghormati bahawa emosi sangat tinggi, tetapi ianya satu emosi, bukan fakta," kata Curtis. Menurutnya, penentang projek tersebut telah "memainkan cerita emosi untuk keuntungan politik".

Ia mungkin sedikit terlewat, tetapi bos Lynas itu berazam untuk berdepan dengan penduduk Kuantan yang skeptikal terhadap loji tersebut.

"Satu-satunya cara untuk kami redakan emosi tersebut ialah dengan
membetulkan kesilapan tidak memberi penjelasan secukupnya," kata Curtis sambil menyatakan kesediaannya untuk mengadakan dialog dengan penduduk terbabit.

Curtis berada di Kuala Lumpur minggu ini dan bertemu dengan editor media arus perdana dan media alternatif, termasuk Malaysiakini.
Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh - salah seorang penentang kuat projek tersebut - pada 1 Julai.
Kemaman juga satu kesilapan

Curtis menolak tanggapan bahawa loji tersebut tidak dibina di Australia, tempat lokasi lombong nadir bumi, kerana bantahan rakyat di sana.

NONE"Adakah anda mempunyai buktinya?... ianya tak benar. Kami menjalankan perniagaan global.

"Kami mempunyai sebuah lombong (Mount Weld di Australia Barat). Tetapi deposit bijih ialah 800km dari di mana-mana saja. Kami tidak dapat membina satu loji kimia yang besar di tengah-tengah padang pasir. Kita perlu menerbangkan orang keluar masuk, dan kos purata pekerja kami adalah sangat tinggi.

"Kami boleh membinanya di pantai barat Australia. Tetapi adakah itu cara terbaik untuk memproses bahan tersebut? Jawapan adalah tidak. Saya tidak menjual satu gram pun bahan kami di Australia. Semua yang kami jual ialah sama ada ke Jepun, Amerika Syarikat atau Eropah."

Curtis mengaku bahawa beliau terkejut dengan bantahan keras terhadap pembinaan loji berkenaan, yang muncul awal tahun ini.

NONEMenurut beliau, ini dicetuskan oleh insiden kebocoran loji nuklear
Fukushima di Jepun, serta ditambah pula dengan pengalaman pahit Malaysia dengan loji nadir bumi yang bermasalah di Bukit Merah 20 tahun lepas.

Terdapat satu lagi faktor yang tidak disebut - iklim politik menjelang pilihan raya umum. Loji tersebut juga terletak dalam negeri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Curtis juga mengakui membuat satu lagi kesilapan - Lynas pada mulanya merancang untuk membina loji pemprosesan nadir bumi di Kemaman, Terengganu.

"Kemaman sangat terpencil. Gebeng adalah lokasi yang betul," tambahnya. 


Rabu, 22 Jun 2011

Nama Para Nabi Tercatat Dalam Tablet Ebla Yang Berusia 1500 Tahun Lebih Tua Daripada Taurat

Berasal dari zaman sekitar 2500 SM, batu bersurat Ebla merekodkan maklumat penting tentang sejarah agama-agama. Ciri terpenting tablet Ebla, yang ditemui ahli arkeologi pada tahun 1975 dan sejak itu telah menjadi subjek kepada banyak kajian dan perdebatan, adalah tertulisnya nama tiga orang nabi yang dirujuk di dalam kitab-kitab suci.

Penemuan tablet Ebla selepas ribuan tahun dan maklumat yang terkandung di dalamnya amat penting dalam menerangkan lokasi geografi umat-umat yang diceritakan di dalam Al-Quran.

Sekitar 2500 SM, Ebla merupakan satu kerajaan yang meliputi satu kawasan termasuklah ibu kota Syria, Damaskus dan tenggara Turki. Kerajaan ini mencapai kemuncak budaya dan ekonominya, namun sepertimana yang berlaku kepada banyak tamadun lain, ia lenyap dari pentas sejarah. Rekod-rekod yang tersimpan jelas menyatakan bahawa Kerajaan Ebla merupakan pusat kebudayaan dan komersil utama pada masa tersebut.1 Masyarakat Ebla memiliki tamadun yang membawa kepada pembangunan arkib-arkib negara, membina perpustakaan dan merekod kontrak-kontrak komersil dalam bentuk bertulis. Mereka bahkan mempunyai sistem bahasa sendiri, yang dikenali sebagai Eblaite.

Sejarah agama-agama yang terkubur

Kepentingan Kerajaan Ebla, yang dianggap sebagai satu kejayaan besar arkeologi klasik apabila mula ditemui pada tahun 1975, muncul dengan penemuan sejumlah 20,000 tablet dan pecahan tulisan cuneiform. Rekod sejarah ini adalah empat kali lebih banyak berbanding dengan semua teks cuneiform yang diketahui oleh ahli arkeologi selama 3,000 tahun terakhir.

Apabila bahasa yang digunakan dalam tablet tersebut berjaya ditafsir oleh Giovanni Pettinato, seorang penterjemah batu bersurat berbangsa Itali dari Universiti Rom, skala kepentingannya dapat difahami dengan lebih baik. Penemuan Kerajaan Ebla dan arkib negara yang menakjubkan ini bukan sahaja menarik perhatian cabang arkeologi, tetapi juga golongan agamawan. Ini kerana sebagaimana nama Mikail (Mi-ka-il) dan Thalut (Sa-u-lum), yang berjuang bersama Nabi Daud, ia juga mengandungi nama-nama nabi yang disebut dalam tiga kitab suci: Nabi Ibrahim (Ab-ra-mu), Nabi Daud (Da-u-dum) dan Nabi Ismail (Ish-ma-il).2

Kepentingan nama-nama yang tercatat dalam prasasti Ebla

Nama para nabi yang dikenal pasti dalam tablet tersebut memiliki kepentingan kerana ini adalah kali pertama mereka dijumpai dalam dokumen bersejarah yang setua itu. Maklumat yang berusia 1500 tahun lebih tua daripada Taurat ini amat mengejutkan. Kemunculan nama Nabi Ibrahim dalam batu bersurat tersebut mencatatkan bahawa Nabi Ibrahim dan agama yang dibawakannya telah wujud sebelum Taurat.

Ahli-ahli sejarah menganalisis batu bersurat Ebla melalui perspektif ini, dan penemuan besar tentang Nabi Ibrahim dan misinya menjadi subjek kajian berkaitan sejarah agama-agama. Berdasarkan penelitiannya, David Noel Freedman, seorang ahli arkeologi berbangsa Amerika dan pengkaji sejarah agama-agama, melaporkan nama-nama nabi seperti Ibrahim dan Ismail dalam tablet berkenaan.3

Nama-nama lain dalam batu bersurat Ebla

Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, nama-nama yang terkandung dalam batu bersurat Ebla ialah nama para nabi yang dinyatakan dalam tiga kitab suci, dan prasasti tersebut jauh lebih tua berbanding Taurat. Sebagai tambahan kepada nama-nama tersebut, terdapat juga subjek dan nama tempat yang dapat menunjukkan bahawa penduduk Ebla merupakan pedagang yang berjaya. Nama-nama seperti Sinai, Gaza dan Jerusalem, yang terletak berhampiran Ebla, juga muncul dalam teks tersebut, sekaligus menunjukkan bahawa masyarakat Ebla mempunyai hubungan komersil dan budaya dengan tempat-tempat tersebut.4

Satu perincian penting yang didapati di dalam tablet tersebut adalah nama-nama kawasan Sodom dan Gomorrah, di mana umat Nabi Luth menetap. Ianya diketahui bahawa Sodom dan Gomorrah merupakan satu wilayah di kawasan pantai Laut Mati di mana umat Nabi Luth tinggal dan Nabi Luth menyampaikan ajarannya serta mengajak manusia hidup berlandaskan nilai-nilai moral agama. Sebagai tambahan kepada dua nama ini, nama kota Iram yang wujud dalam ayat-ayat Al-Quran juga antara yang tercatat dalam tablet Ebla.

Aspek terpenting kesemua nama ini ialah ianya tidak pernah ditemui dalam mana-mana teks sebelum ini selain dalam naskah yang disampaikan oleh para nabi. Ini merupakan bukti dokumentari penting yang membuktikan bahawa ajaran nabi-nabi yang menyampaikan risalah satu agama yang benar pada zaman itu telah mencapai wilayah berkenaan. Dalam satu artikel dalam majalah Reader's Digest, dicatatkan bahawa telah berlaku perubahan dalam masyarakat Ebla semasa pemerintahan Raja Ebrum dan mereka mula menambah imbuhan awalan kepada nama masing-masing untuk memuliakan nama Tuhan Yang Maha Kuasa.

Janji Tuhan Itu Benar…

Sejarah dan batu bersurat Ebla yang muncul selepas 4,500 tahun sebenarnya memberi satu hakikat penting: Allah telah menghantar para utusan ke Ebla, sebagaimana yang dilakukan-Nya kepada semua bangsa, dan mereka mengajak kaum masing-masing kepada agama yang benar.

Sebahagian orang memeluk agama yang datang kepada mereka sehingga menemui jalan yang sebenar, sementara segolongan yang lain menentang ajakan para nabi dan memilih kehidupan yang tercela. Tuhan, Penguasa langit dan bumi, dan segala isi yang ada di antaranya, menyatakan hakikat ini di dalam Al-Quran:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul: Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut. Maka di antara mereka ada yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula yang ditimpa kesesatan. Maka mengembaralah kamu di bumi, lalu lihatlah bagaimana buruknya akibat orang yang berdusta.  (Surah An-Nahl, ayat 36)


Sumber : harunyahya.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik