IKLAN

Jumaat, 9 Ogos 2013

Daun Betik Penawar Denggi- Terbukti Berkesan


foto dari pahitjadiubat.blogspot.com

Daun betik adalah sejenis daun yang pahit jika dikunyah. Ramai orang melayu terutama yang membesar di kampung-kampung tahu akan khasiat pucuk betik. Justeru itu ramai yang menjadikan pucuk betik sebagai ulam dimakan mentah atau dicelur dan dimakan bersama sambal belacan.

Gua mendapat maklumat ini daripada seorang cina melalui email beberapa tahun lepas melalui grup perisik rakyat. Semenjak itu apabila demam melebihi dua hari gua akan merebus daun betik dan minum airnya. Dengan izin tuhan demam gua kebah.

Awal tahun ini member gua dan isterinya disahkan dijangkiti demam denggi (bukan denggi berdarah) oleh hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.Isterinya bakal ditahan di wad. Member gua ini masih ingat akan petua yang gua bagi. Walaubagaimanapun dia hubungi gua untuk penjelasan cara menggunakan daun betik. Member gua bawa isterinya cabut balik rumah dulu sebelum masuk wad.(tak tau macam mana dia boleh lepas)

Gua pun beri info sejelasnya kepada member gua itu. Dia memberi isterinya minum dua sudu air daun betik.Apabila tiba di wad isterinya diperiksa oleh doktor wad berkenaan dan disahkan tiada denggi. Bukan main gumbira member gua apabila isteri tersayang tak jadi masuk wad. wakaka!

Kepada rakan-rakan yang ingin mencuba , SILAKAN!

Cara menyediakan air daun betik untuk demam denggi

1. Ambil dua helai daun betik yang tidak terlalu tua dan tidak pula terlalu muda
2. Buang semua urat daun yang kasar. (kalau rajin buang yang halus juga) kita hanya perlukan daunnya sahaja.
3. Bersihkan daun tersebut
4. blender dengan segelas air. (agak-agak saja)
5. Panaskan air daun betik itu dengan api yang sederhana sehingga tinggal sesudu atau dua sudu
6. Minum sesudah air itu sejuk secara semula jadi jangan bubuh ais.. wakaka!
7. kalau sanggup boleh diminum mentah tanpa direbus.
8. Ingat pahinya bukan main.

ulang minum selepas dua jam

Ini pula Cara yang disarankan oleh blog lunalanun

Kaedah:
Ambil 2 helai daun betik segar yang baru dipetik (seperti dalam gambar di atas/tidak perlu ambil yang pucuk/terlalu tua).

Buangkan bahagian batang daun betik tersebut dan carikkan bahagian daun sahaja.

Basuh daun dengan bersih, kemudian tumbukkan daun tersebut sehingga lumat/berair.

Perahkan jus daun betik yang telah ditumbuk tadi sehingga dapat sekurang-kurangnya 2 sudu makan jus/ekstrak daun betik.

Jangan didihkan/larutkan dengan air jus tersebut.

Minum 2 kali sehari (pagi dan petang) sebanyak 2 sudu makan jus/ekstrak daun betik. Pastikan setiap kali nak minum baru buat jus tersebut.

Jangan minum air selepas minum ekstrak daun betik tersebut. Rasanya sangat pahit, namun kebiasaannya yang pahit itulah penawar, kan?!

Daun betik berkesan kepada gua, adik ipar gua,member gua dan isterinya. Daun betik mungkin berkesan untuk anda juga.Insya ALLAH

AWAS: Jangan ambil daun betik yang baru diracun roundup sudah. 

wasukalu

10 ulasan:

  1. Assalamualikum..sy wartawan dari berita tv9.boleh dapatkan email anda..saya ada nak bertanyakan beberapa soalan.tq :)

    BalasPadam
  2. mohamed mustapha kamal hj othman1 Jun 2014 pada 3:01 PTG

    Assalamualaikum.
    saya ingin berkongsi maklumat mengenai khasiat pucuk betik. Apa yg saudara paparkan dalam blog ini terbukti benar. Saya sudah mengalami demam denggi tahun 2007 dan platlet darah mencecah 12 platlet. Ibu saya memberi saya minum jus pucuk betik yg teramatlah pahit. Setelah minum sebanyak 1 botol saiz botol kecil. Pada esok hari keadaam plat darah saya naik dan baik. Sekian terima kasih

    BalasPadam
  3. Terima kasih... Tips ni menyelamat nyawa isteri saya tahun lepas... dier di masukkan ke icu sbb platlet tinggal 12... lepas 2 hari buat.. Alhamdulillah... platlet trus naik ke paras normal...

    BalasPadam
  4. jus daun betik keluaran Empire Mega Herb tidak terlalu pahit .Baik untuk kanak - kanak yang mempunyai cacing kerawit dalam badan , malah boleh meyingkirkan sisa toksid dlm badan dan menyihatkan badan , utk keterangan lanjut sila layari FB JUS DAUN BETIK

    BalasPadam
  5. saya dah mencuba jus daun betik keluaran Empire Mega Herb ,memang berkesan utk demam denggi . Sekarang saya dah jadi agen sekali .memang terbaik.......FB saya MUKHIRI MUHAMAD

    BalasPadam
  6. Boleh ka ibu mengandung minum jus pucuk betik?sbb wife saya kena denggi,

    BalasPadam
  7. Boleh ka ibu mengandung minum jus pucuk betik?sbb wife saya kena denggi,

    BalasPadam
  8. Boleh ka ibu mengandung minum jus pucuk betik?sbb wife saya kena denggi,

    BalasPadam
  9. nak mudah,skrg dh ada kapsul pucuk betik jika berminat leh add di fb syikin abd khalim or whatsap 0129557514

    BalasPadam
  10. nak mudah,skrg dh ada kapsul pucuk betik jika berminat leh add di fb syikin abd khalim or whatsap 0129557514

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik