IKLAN

Ahad, 18 Ogos 2013

Gambar dan Punca Ustaz Azhar Idrus Kemalangan (5 Foto)


Gambar dan punca Ustaz Azhar Idrus kemalangan - Berita gempar bagi para peminat Ustaz Azhar Idrus selepas beliau difahamkan terbabit dalam satu kemalangan ngeri sekitar pagi tadi di Kampung Pengadang Baru, Terengganu selepas berlanggar dengan sebuah kereta proton iswara hitam.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku di kawasan lampu isyarat berhadapan dengan bangunan Desa Murni. Ustaz Azhar Idrus dan isteri tidak mengalami sebarang kecederaan, hanya bahagian depan kereta Voklwagen miliknya yang hancur. Pemandu proton iswara itu pula mengalami kecederaan ringan.

Kemalangan itu dikatakan berpunca daripada kecuaian pemandu proton iswara yang keluar terus dari simpang tanpa melihat sebarang kenderaan dari sebelah kiri dan kanan. Nampak gayanya, Ustaz Azhar Idrus terpaksa mengeluarkan senyuman meweknya untuk meredakan keadaan orang ramai.

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar kemalangan ngeri melibatkan kereta Voklwagen milik Ustaz Azhar Idrus dan proton iswara.
Kredit:http://plbgaimacam.blogspot.com
 
P/s: Ust. memang tak cedera,mungkin poketnya sedikit cedera..malang tak berbau,sesiapa pun boleh kena,berhati-hatilah di jalan raya.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik