TEMAN JELITA ‘DI SANA’ ...
Mereka sangat cantik, memiliki suara-suara yang indah dan berakhlak mulia. Mereka mengenakan pakaian yang paling bagus dan siapapun yang membicarakan diri mereka pasti akan digamit kerinduan kepada mereka, seakan-akan sudah melihat bidadari-bidadari itu secara langsung. Siapapun ingin bertemu dengan mereka, ingin bersama mereka dan ingin hidup bersama mereka.
Semuanya itu adalah anugerah Allah SWT yang memberikan sifat-sifat terindah kepada mereka, iaitu bidadari-bidadari di syurga.Allah SWT mensifatkan wanita-wanita penghuni syurga sebagaikawa’ib, jama’ dari ka’ib yang ertinya ‘gadis-gadis remaja’, yang memiliki bentuk tubuh yang merupakan bentuk wanita yang paling indah, sebaya gadis-gadis remaja. Allah SWT mensifati mereka sebagai bidadari-bidadari, kerana kulit mereka yang indah dan putih bersih. Aisyah r.a. pernah berkata: “Warna putih adalah separuh keindahan.”
Bangsa Arab biasa menyanjungi wanita dengan warna putih. Seorang penyair berkata:
Kulitnya putih bersih, ghairahnya tiada diragukan
Laksana kijang Makkah yang tidak boleh dijadikan buruan
Dia menjadi perhatian kerana perkataannya lembut
Islam menghalanginya untuk mengucapkan perkataan jahat
Al-’In jama’ dari aina’, ertinya wanita yang matanya lebar, yang berwarna hitam, sangat hitam, dan yang berwarna putih, sangat putih, bulu matanya panjang dan hitam. Allah SWT mensifati mereka sebagai bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik, iaitu wanita yang menghimpun kesemua pesona, lahir dan batin. Ciptaan dan akhlaknya sempurna, akhlaknya baik dan wajahnya cantik menawan. Allah SWT juga mensifati mereka sebagai wanita-wanita yang suci. Firman Allah SWT, yang ertinya: “Dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci.” (QS Al-Baqarah: 25)
Makna dari firman di atas adalah bahawa bidadari adalah suci, tidak pernah haid, tidak membuang air kecil dan besar serta tidak kentut. Mereka tidak diusik dengan urusan-urusan wanita yang mengganggu seperti yang terjadi di dunia. Batin mereka juga suci, tidak cemburu, tidak menyakiti dan tidak jahat.
Allah SWT juga mensifati mereka sebagai wanita-wanita yang dipingit di dalam rumah. Ertinya mereka hanya berhias dan bersolek untuk suaminya. Bahkan mereka tidak pernah keluar dari rumah suaminya, serta tidak melayani kecuali suaminya.
Allah SWT juga mensifati mereka sebagai wanita-wanita yang tidak liar pandangannya. Sifat ini lebih sempurna lagi. Oleh kerana itu bidadari yang seperti ini diperuntukkan bagi para penghuni dua syurga yang tertinggi. Di antara wanita memang ada yang tidak mahu memandang suaminya dengan pandangan yang liar, kerana cinta dan keredhaannya, dan dia juga tidak mahu memandang kepada laki-laki selain suaminya, sebagaimana yang dikatakan dalam sebuah syair:
Ku tak mahu pandanganmu liar ke sekitar jika kau ingin cinta kita selalu mekar
Di samping keadaan mereka yang dipingit di dalam rumah dan tidak liar pandangannnya, mereka juga merupakan wanita-wanita gadis, ghairah penuh cinta dan sebaya umurnya. Aisyah r.a., pernah bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah SAW, andaikata engkau melewati rerumputan yang pernah dijadikan tempat menggembala dan rerumputan yang belum pernah dijadikan tempat menggembala, maka dimanakah engkau menempatkan unta gembalamu?” Baginda menjawab: ”Di tempat yang belum dijadikan tempat gembalaan.” (Ditakhrij Muslim)Dengan kata lain, beliau tidak pernah menikahi perawan selain dari Aisyah r.a.
Rasulullah SAW bertanya kepada Jabir r.a. yang mengahwini seorang janda:
“Mengapa tidak engkau nikahi wanita gadis agar engkau boleh bergurau senda dengannya?”
Sifat bidadari penghuni syurga yang lain adalah Al-’Urub, jama’ dari al-arub, ertinya mencerminkan rupa yang lemah lembut, perlakuan yang baik terhadap suami dan penuh cinta. Ucapan, tingkah laku dan gerak-geriknya serba halus.
Al-Bukhari berkata di dalam Sahihnya: “Al-’Urub, jama’ dari tirbin. Jika dikatakan, Fulan tirbiyyun”, ertinya Fulan berumur sebaya dengan orang yang dimaksudkan. Jadi mereka itu sebaya umurnya, sama-sama masih muda, tidak terlalu muda dan tidak pula tua. Usia mereka adalah usia remaja.
Allah SWT menyamai mereka dengan mutiara yang terpendam, dengan telur yang terjaga, seperti Yaqut dan Marjan.
Mutiara diambil kebeningan, kecemerlangan dan kehalusan sentuhannya. Putih telur yang tersembunyi adalah sesuatu yang tidak pernah dipegang oleh tangan manusia, berwarna putih kekuning-kuningan, berbeza dengan putih murni yang tidak ada warna kuning atau merahnya. Yaqut dan Marjan diambil kerana keindahan warnanya dan kebeningannya.
Semoga para wanita-wanita di dunia ini mampu memperoleh kedudukan untuk menjadi Bidadari-Bidadari yang lebih mulia dari Bidadari-Bidadari yang tidak pernah hidup di dunia ini. Wallahu A’lam.
(Rujukan: Raudhah Al-Muhibbin wa Nuzhah Al-Musytaqin [Taman Orang-orang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu], karya Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan