Ia berbeza dengan laporan banyak media sebelum ini yang melaporkan anggota polis trafik terbabit Koperal Mustaghni Tabri, 48, koma akibat dirempuh dan dilibas dengan topi keledar oleh dua mat rempit dalam operasi cegah lumba haram di Taman Gembira di sini pada 3 Jun lalu.
Malah, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, susulan penemuan terbaru dalam siasatan kes tersebut pihak polis turut bertindak menahan lima anggotanya bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.
“Seramai tiga anggota berpangkat koperal, seorang sarjan dan seorang sarjan mejar ditahan awal pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.
“Ia kerana siasatan mendapati Mustaghni dicederakan bukan akibat langsung terkena pukulan helmet tetapi terkena lontaran satu objek yang dipercayai dilakukan seorang koperal lain dalam pasukan polis yang menjalankan operasi pada malam tersebut,” katanya pada satu sidang media di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Tun Hisan berkata, kelima-lima anggota polis yang ditahan tersebut berusia antara 45 hingga 51 tahun dan dikenal pasti berada dalam operasi mencegah lumba haram yang disertai Mustaghni Tabri yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini hari ini.
Tambah beliau, polis turut menemui beberapa objek dan sedang menunggu keputusan laporan forensik untuk menentukan mana satu objek yang menjadi punca kematian mangsa.
P/s: Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman...Amin-Alfatihah.
P/s: Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman...Amin-Alfatihah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan