Garu kepala.
Bukan sekali dua.
Dah banyak kali terbaca dan terdengar.
Islam tidak pernah menghalang kita semua mencari harta kekayaan asalkan melalui cara yang halal dan membayar zakat apabila sampai
masanya.
Sumber gambar:abgreds
Berikut ada 8 jawapan untuk persoalan sebegini. Kalau terdengar dan terbaca, selalunya saya senyapkan sahaja, melainkan kalau ada orang bercakap terus dengan saya.
#1 Nabi tak suruh umatnya jadi kaya!
Habis tu nak suruh Yahudi ke bayar zakat?
#2 Harta tak boleh bawak masuk kubur.
Harta yang jadi sedekah jariah boleh aje.
#3 Orang kaya semua jahat, makan rasuah, tamak.
Lembaga Zakat Selangor pada 2011 kutip RM 393.5 juta. Orang jahat rupanya yang bayar zakat ni.
#4 Orang yang nak jadi kaya ni golongan kapitalis!
Oh, jadi ok lah umat Islam jadi pengemis?
#5 Buat apa jadi kaya, syukur dengan apa yang ada.
Alhamdulillah, surau taman kita dah 7 tahun tak siap-siap lagi. Agaknya missionaries Kristian mana yang nak sumbang duit ye?
#6 Yang penting ilmu, bukan harta.
Iya lah. Sebab tu kena pinjam PTPTN nak masuk universiti kan.
#7 Qarun je yang suka kumpul harta ni.
Dah orang baik-baik macam kau tak mahu, Qarun kautlah semua.
#8 Kena zuhud syeikh. Duit, saham, emas semua ni dunia.
Nanti kau dah masuk gaji, transfer duit tu ke akaun bank aku ye. Aku banyak hutang lagi ni belum selesai.
www.pakdi.net
www.pakdi.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan