IKLAN

Khamis, 19 April 2012

Ada Apa Dengan Tepung Gandum Putih


tepung gandum


Assalam. Sihat semua..harap sihatlah ya..pagi tadi dah pekena Teh tarik dan Roti Canai baikk punya ke..yang diperbuat dari tepung gandum tu. Benarkah Tepung Gandum yang kita makan selama ni beracun..Gulp! Bacalah kisah yang diceritakan oleh Sahabat aku ni.. 


Saya hanya nak kongsi dari seorang kawan dan nak minta juga komen2 dari Sahabat semua. Baru-baru ni saya jumpa seorang rakan yang kerja dengan sebuah company dari Dubai yang eksport tepung gandum.

Dia cerita pada saya tentang sekarang ni kecoh pasal tepung gandum ada bahan kimia...saya simpulkan dulu cerita dia...katanya...tepung gandum sebenarnya warna putih macam vanila...bukan putih macam tepung yang kita biasa jumpa di pasaran. Katanya tepung yang terhasil dan berwarna putih vanila ni adalah tepung yang diproses dari biji gandum tu sendiri, tapi di Malaysia kebanyakkannya proses biji dan hampasnye sekali..jadi warnanya macam teh.Jadi nak buang warna teh ni, mereka kena bleach tepung ni guna bahan kimia. Bahan tersebut ialah Benzoyl Peroxide. Apa tu?

Benzoyl Peroxide adalah :


· Bahan toksik

· Bahan penggalak tumor

· Boleh menyebabkan alahan pada kulit

· Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.

· Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.

.Benzoyl Peroxide adalah kimia yang sangat ampuh yang sering digunakan dalam kepekatan rendah sebagai rawatan jerawat. Benzoil Peroksida pada dasarnya bekerja sebagai agen peeling, mengupas sel-sel kulit mati dan membunuh bakteria dalam pori-pori. benzoil peroksida sangat mudah terbakar, meletup, beracun.


.Walaupun benzoil peroksida umumnya dianggap aman pada konsentrasi rendah, tapi..kalau kena pada  kulit, akan menyebabkan kesan sampingan( buruk )seperti gatal-gatal, pembengkakan wajah, kulit kering dan kulit mengelupas. 
http://msds.chem.ox.ac.uk/BE/benzoyl_proxide.html
Benzoyl Peroxide

Bila dah letak bahan ni...zat-zat pada tepung tu semua hilang. Jadi kalau dah hilang..macamane? kenalah tambah balik zat tu guna benda lain. Difahamkan zat hanya boleh diambil dari tumbuhan dan haiwan. Tapi yang mudah dan murah ialah dari haiwan yakni Bab*. Sebab tu serangga kurang suka pada tepung putih ni sebab tiada zat dah...dan padanlah ramai rakyat Malaysia ramai kena kanser...dan budak-budak sekarang makin teruk perangai.

Difahamkan semua makanan yang berasaskan tepung memang guna tepung ni. Dia bagitahu saya, syarikat dia dah masuk market dan supply tepung. Dari Dubai. Jadi antara brand yang pakai tepung asli ini dan bebas dari bahan kimia dan bab* ialah Gardenia. dekat roti gardenia ada tulis "Tanpa Trans Lemak". Ni contoh je. Bukan promote tau.

Ni sekadar info...saya pun tak tahu boleh ke berhenti guna tepung ni...huhuhu...yang pasti bila beli tepung...tengok ada tak tulis BENZOYL PEROXIDE atau BLEACH. Jadi sesiapa ada info bolehlah kita kongsi bersama-sama. Mana tahu saya salah. Sebab yang bagi info ialah orang yang ada dalam line ni dan dia suruh berkongsi.

search aje youtube TEPUNG GANDUM ADA BAB*
Sumber


Laman Emjay:

Beliau menambah bahawa pada satu waktu dahulu, satu lori tepung gandum seberat 20 tan untuk dieksport ke Singapore telah ditegah masuk kerana mengandungi bahan kimia BP. Bagusnya Singapore, mereka mengharamkan jualan tepung gandum yang mengandungi bahan kimia BP kerana hendak menjaga kesihatan rakyatnya .."
from:http://getacnetreatmentas.com
Benzoyl Peroxide



Bagaimana  proses pemutihan tepung gandum berlaku?


Bila kita bercakap secara teknikal, carotenoid pigment (Kuning) yang terkandung dalam tepung yang dioksidise untuk mengeluarkan warna tepong bertukar kepada warna putih. Sebenarnya oxcidition akan bertukar secara semulajadi mengikut masa apabila  tepung tersebut didedahkan atau terdedah secara semulajadi yang memerlukan masa sekurang kurangnya mengambil masa 14 hari untuk mendapatkan hasil atau bertukar pada ke putih putihan (bukan putih melepak).


Namun pada hari ini proses (Bleaching) telah diambil alih peranan proses semulajadi dengan mengunakan cecair(chemical) agent pemutih.Proses ini mempercepatkan masa sesingkat 1 jam sahaja berbanding proses secara semulajadi untuk mencerahkan dan mematangkan tepung.Namun begitu ianya perlu dilabelkan sebagai tepong yang diBLEACH.


Bleach@agen pemutih biasanya mengunakan : (Chlorine Gas) yang boleh menyebabkan kematian atau (Benzoyl Peroxide) bahan atau chemical yang digunakan dalam ubat jerawat. Ianya telah diharamkan pengunaan bahan kimia berikut pada makanan sejak awal tahun 1900 lagi. Tetapi masih digunakan oleh peniaga yg mementingkan keuntungan tanpa mengira ianya boleh mendatangkan kemudharatan kesihatan serta mungkin boleh membawa maut.


Selain itu, additive Chemical : Potassium Bromate, di gunakan untuk menambah pertumbuhan ragi(yeast) dan pengebuan gluten dan ini amat bahaya kepada kesihatan.







HarianMetro Melaporkan



KUALA LUMPUR: Sesetengah jenama tepung gandum yang berada di pasaran didakwa boleh membahayakan kesihatan pengguna kerana menggunakan bahan peluntur selain dikhuatiri diperkaya dengan sumber nutrisi tidak halal.

Ini kerana syarikat pengimport tepung gandum dipercayai membeli bekalan tepung terpakai dan lama disimpan sehingga warnanya bertukar kehitaman atau kekuningan di pasaran antarabangsa sebelum menjual kembali di Malaysia.

Bagi memutihkan kembali warna tepung itu, bahan kimia seperti benzoyl peroxide, calcium peroxide, nitrogen dioxide dan klorin digunakan sehingga menyebabkan semua nutrisi semula jadi hilang dalam proses pemutihan terbabit.

Bagaimanapun, penetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tepung gandum perlu mengandungi 13 peratus nutrisi menyebabkan syarikat pengimport menambah dari sumber luar antaranya memperkayakan dengan thiamin atau Vitamin B1.

Thiamin bersumberkan bijiran mahal dan bagi menampung kos pengeluaran, syarikat pengimport dipercayai menggunakan Vitamin B1 dari sumber babi yang lebih murah dan mudah diperolehi bagi memperkayakan tepung gandum yang melalui proses pemutihan. Mendedahkan perkara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, terdapat tiga jenis tepung gandum yang berada di pasaran sekarang iaitu tepung gandum tanpa peluntur (unbleached flour), tepung gandum berpeluntur (bleached flour) dan tepung gandum diperkayakan (enriched flour).

“Tepung gandum tanpa peluntur diproses secara semula jadi dengan warnanya agak keperangan tetapi mengandungi nutrisi tinggi kepada manusia manakala tepung gandum berpeluntur banyak berada di pasaran melalui proses pemutihan.

“Tepung gandum yang diperkayakan pula ialah tepung melalui proses pemutihan yang terpaksa ditambah nutrisi tidak semula jadi sama ada dari tumbuhan atau haiwan berikutan semua nutrisinya hilang,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata, kebiasaannya pengguna menggemari tepung gandum berwarna putih kerana mengaitkannya dengan bersih.

“Kajian kami mendapati bahan kimia ini yang diambil secara berterusan melalui makanan menyebabkan barah selain penggalak kepada penyakit kencing manis, arthritis dan gout.

“Selain itu, kami juga bimbang nutrisi yang ditambah dalam tepung itu mungkin bersumberkan babi kerana ia paling mudah dan murah didapati,” katanya.

Nadzim berkata, negara Kesatuan Eropah dan China sudah lama mengharamkan penggunaan benzoyl peroxide dan klorin dalam tepung gandum bagi menjaga kesihatan penduduk mereka.

“Selain daripada meneliti bungkusan tepung gandum itu, ia boleh juga dibezakan melalui warna tepung itu sendiri. Tepung yang tidak menggunakan peluntur kelihatan agak keperangan manakala tepung berpeluntur sangat putih disebabkan bahan kimia,” katanya



-----------------------------------------------------------------------------------



Kem. Kesihatan : Penggunaan benzoyl peroxide ikut aturan dibenar

KUALA LUMPUR: Penggunaan bahan kimia benzoyl peroxide dalam tepung gandum sebagai kondisioner makanan memang dibenarkan di negara ini tetapi tidak lebih daripada 50 miligram (mg)/kilogram (kg).

Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd Othman berkata, kajian yang dijalankan Jawatankuasa Pakar mengenai Aditif (JECFA) di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) ke atas benzoyl peroxide mendapati penggunaan bahan kimia itu dalam makanan tidak mendatangkan kemudaratan.

“Benzoyl peroxide bukan karsinogenik atau bahan yang boleh menyebabkan barah. Laporan JECFA menyatakan semasa pemerosesan makanan, hampir keseluruhan benzoyl peroxide akan ditukar kepada asid benzoik. “Pengambilan tepung gandum yang dirawat dengan benzoyl peroxide hampir menyerupai pengambilan makanan yang mengandungi asid benzoik iaitu sejenis bahan pengawet yang dibenarkan dalam pelbagai makanan di bawah Peraturan-peraturan Makanan (PPM) 1985. Ia juga tidak menyebabkan barah,” katanya dalam kenyataan kepada Harian Metro.

Noraini berkata, berhubung penggunaan bahan kimia itu berisiko mendatangkan kencing manis dan arthritis, pihaknya tiada sebarang maklumat.

“Laporan JECFA menyatakan pengambilan benzoyl peroxide boleh menyebabkan jangkitan pada kulit tetapi ia bukan akibat pengambilan melalui makanan, sebaliknya kesan rawatan kulit,” katanya. Katanya, selain Malaysia, Singapura dan Jepun yang membenarkan penggunaan benzoyl peroxide dalam tepung gandum, Amerika Syarikat turut membenarkan penggunaannya dalam tepung dan keju manakala Kod Standard Pemakanan di Australia dan New Zealand membenarkan ia digunakan dalam semua makanan.

Noraini berkata, PPM 1985 membenarkan mana-mana tepung termasuk tepung gandum yang mengandungi benzoyl peroxide pada kadar tidak lebih daripada 50 miligram/kilogram sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan. 
Sumber

P/s :)  Walaupun penggunaannya mengikut aturan tahap keselamatan dan dibenarkan oleh pihak yang berkuasa... tapi kita dah pekena tepung ni dah lama dah..dah berapa ratus kilo masuk dalam segenap tubuh kita pun tak tahu..patutlah kita rasa makin hari makin tak sihat..sakit sana sini. Sendiri mahu ingatlah ya..Kebanyakkan penyakit datang dari bahan yang kita makan semuanya terkandung di Perut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik