Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Hari ni pak cik nak berkongsi dengan korang semua mengenai sebuah amalan yang dipanggil amalan mengunci kereta.
Haa?. Mungkin ada antara korang yang akan silap menafsir makna tajuk diatas. Bukanlah ia bermaksud, dengan amalan ini, tak memerlukan korang untuk memulas kunci untuk lock pintu kereta ataupun tak perlu menekan button tik tok untuk kunci automatik, tapi terus terkunci sendiri.
Tapi amalan ini nak melindungi kereta korang dari dikacau oleh mat pet@mat dadah yang cuba merembat bumper kereta korang la, radio kereta korang la, ataupun lapik kaki kereta korang. Jadi, mungkin antara korang akan rasa resah gelisah kalau lapik kaki kereta korang hilang, jadi ini adalah antara amalannya.
Ibarat kereta korang hilang dari pandangan pencuri. Sampaikan kalau korang parking kat parking lot tu, orang sampai nyaris-nyaris langgar kereta korang sebab ingatkan kosong. Gitulah gamaknya.. Ni sahaja je pak cik menamboh nyee 


Jadi, bersediakah korang untuk tahu amalan tersebut demi Mercedez 5 series korang, ataupun kancil convert turbo korang? Ataupun Nissan Sentra yang baru lagi tak bukak plastik?. Nah ni amalan dia :-

Ambil 3 biji batu,

1. Baca bismillah.

2. Baca shahadah.

3. Selawat atas nabi 3x.

4. Doa Nabi Yunus 1x.doanya seperti dibawah...


Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin

5. Bacakan AL-FATIHAH pada setiap batu

6. Letakkan pada bonet depan (sambil lafaskan KUN FAYAKUN)

7. Letakkan atas bumbung (sambil lafaskan KUN FAYAKUN)

8. Letakkan pada bonet belakang (sambil lafaskan KUN FAYAKUN)

9. Tawakal dan jangan menoleh lagi..terus berlalu…mudah-mudahan berhasil..amin YA ALLAH s.w.t…
Ok?. Yang penting kena yakin. Semua usaha kita sudah buat, tapi kalau hilang jugak, itu kehendak ALLAH Taala.


Kredit: berkatrezeki.com