IKLAN

Rabu, 27 Julai 2011

Kemampuan Unik Pelbagai Haiwan

Kucing

Kucing mempunyai selaput seperti cermin di belakang mata yang membolehkannya memburu didalam gelap yang sangat pekat. Selaput ini di panggil “tapetum lucidum”.

Selaput ini memantulkan kembali cahaya setelah cahaya tersebut melalui retina yang mana memberikan kesempatan lagi untuk mengambil photon cahaya semasa cahaya melalui lagi untuk kedua kalinya. Ini memberikan penglihatan yang sangat tajam bagi kucing.

Burung

Berbagai jenis burung, khususnya yang suka bermigrasi, boleh memanfaatkan medan magnetik bumi agar tetap pada garisan/arah yang tepat semasa penerbangan yang jauh.

http://www.dephut.go.id/INFORMASI/TN%20INDO-ENGLISH/image/Sembilang.jpg

Pengkaji masih bertanya-tanya bagaimana burung melakukannya, akan tetapi salah satu penyelidikan terbaru mengatakan bahawa mungkin mempunyai seumpama kemampuan yang membuat burung boleh “melihat” garis magnetik bumi sebagai sebuah pola warna atau cahaya yang melapiskan kemuculan di kawasan sekitarnya.

Drum Fish

Beberapa jenis ikan seperti ikan drum “mendengar” menggunakan “air bladders”. Ia mengesan getaran suara dan menghubungkan getaran tersebut ke telinga bahagian dalam melalui satu set tulang di tengah telinga yang disebut “Weberian apparatus.”

Sel-sel rambut dalam telinga bahagian dalam bertindak balas terhadap getaran tersebut dan menghantar informasi suara ke otak ikan drum.

Tikus

Kebanyakan tikus penglihatannya tidaklah tajam, tapi tikus mengatasi kekurangan tersebut dengan sesungut pada muncungnya. Tikus mempunyai rambut yang panjang yang juga di sebut “vibrissae” seperti tongkat bagi orang yang buta.

Dengan menggetarkan sesungut tikus pada benda di depannya tikus dan haiwan pemotong lainnya mengambarkan bentuk dan keadaan di sekelilingnya.

Ngengat

Bagi banyak ngengat, istilah “love is in the air” atau cinta itu di awang-awang adalah sesuatu yang benar bukan hanya kata para pujangga.

http://28.media.tumblr.com/8JtIBdFCAiazg7a1vQQVJqOUo1_500.jpg

Serangga berbulu lembut ini boleh mengesan “isyarat cinta” yang disebut “pheromones” yang dipancarkan dari lawan jenis dari jarak hingga 7 mil atau kurang lebih 11 kilo meter. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa manusia boleh juga mengesan “pheromones”, tetapi masih memerlukan pembuktian.

Ular

Ketika seekor ular sedang berdesir atau menjulurkan lidah “bercabang”nya mungkin kelihatan kurang sopan bagi manusia, akan tetapi sebenarnya itu ada gunanya kerana ular tersebut sebenarnya sedang mencium atau merasakan sekelilingnya. Seekor ular menggunakan lidahnya untuk mengumpulkan partikel yang melayang di udara.

Lidah yang berlapis tersebut kemudian disentuh ke suatu lubang istimewa di langit-langit mulutnya yang di sebut “organ Jacobson’s”. Disana kemudian bau-bauan dari partikel yang di masukkan di proses dan diterjemahkan ke dalam isyarat listrik yang dikirimkan ke otak ular sehingga ular mampu mengetahui keadaan sekelilingnya.

Burung penghisap madu

Burung kolibri yang biasa menghisap madu pada bunga sambil terbang mampu menyesuaikan diri dengan panjang gelombang cahaya di luar daya lihat manusia.

Burung yang nampak berwarna kuning bagi kita sering memancarkan atau bersinarr dengan warna cahaya yang kita belum ada nama untuk warna tersebut, yang hampir serupa kepada cahaya ultra violet.

Teleskop seperti teleskop Hubble membuat gambar dengan ultraviolet yang kemudian di beri warna oleh pengkaji sehingga kita boleh menikmati gambarnya.

Boa

Organ sensitif terhadap suhu yang terletak diantara mata dan hidung ular berbisa membuat ular boleh mengesan panas badan dari mangsanya.

Organ ini terletak pada setiap belah kepala ular, jadi haiwan ini boleh mengamati dengan saksama kemudian melancarkan serangan yang mematikan meskipun dalam keadaan gelap gelita.

Hiu

Jangan pernah cuba bermain sembunyi-sembunyi dengan seekor hiu kerana berkemungkinannya besar sekali anda akan kalah. Ikan hiu mempunyai sel-sel istimewa di dalam otaknya yang sangat sensitif erhadap medan listrik yang terdapat pada tubuh makhluk lainnya.

Kemampuan seperti ini sangat hebat pada beberapa jenis hiu hingga boleh menemui ikan yang bersembunyi di bawah pasir dengan isyarat listrik yang dipancarkan ke urat geraknya.

Kelawar

Kelawar menghindari rintangan dengan memancarkan cuitan ultrasonik dan menterjemahkan pantulan yang disebabkan gelombang ultrasonik setelah memantul dari benda disekelilingnya. 

http://www.amishdelights.com/Bigbrownbat.jpg

Sonar biologi ini yang disebut “echolocation” juga di pergunakan oleh ikan lumba-lumba untuk berenang pada kedalaman laut yang gelap.zonapencarian
 
( sumber )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik