1. Ilmu itu pusaka ataupun warisan para Nabi. Sebaliknya harta itu pusaka Qarun.
2. Ilmu itu menjaga dan memelihara kita. Tetapi harta, kita pula yang terpaksa menjaga dan memeliharanya.
3. Orang yang berharta banyak musuhnya seperti pencuri dan penyamun, dan sentiasa pula bimbang akan hartanya itu. Sebaliknya orang yang berilmu ramai sahabat dan sentiasa selamat.
4. Harta jika selalu digunakan akan berkurangan. Sebaliknya ilmu jika selalu digunakan akan bertambah.
5. Orang berharta kerap dipanggil dengan gelaran bakhil atau cela. Tetapi orang berilmu sering dipanggil dengan nama yang baik dan mulia.
6. Harta perlu dijaga supaya tidak dicuri tetapi ilmu tidak perlu menjaganya daripada kecurian.
7. Harta akan dihisab kelak tetapi ilmu akan memberi syafaat di akhirat kelak.
8. Harta akan rosak sekiranya disimpan tetapi ilmu tidak akan rosak walau selama manapun disimpan.
9. Harta mengeraskan hati tetapi ilmu melembutkan hati.
10. Pemilik harta selalu merasakan dirinya hebat, malah ada yang merasakan dirinya Tuhan seperti Qarun. Tetapi pemilik ilmu selalu merasakan dirinya lemah dan hamba Allah.
Jadi, yang manakah lebih bermanfaat? Ilmu atau harta? Sindri mau ingat la kan..
Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad. Jangan kedekut ilmu. Sampaikanlah walau satu ayat. Ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain juga merupakan antara tiga amalan yang berlanjutan pahalanya selagi diamalkan walaupun kita sudah meninggal dunia.
Kataku : Aku harap blog aku dapat memberi manfaat kepada kalian semua dan semoga dapat sedikit pahala untuk menjadi bekal dilorong gelita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan