IKLAN

Selasa, 7 Ogos 2012

Cara Periksa Tarikh Luput Tong Gas

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAlH-u_JFmwl5N4bKcToqC_TslPuEBpU-5SydGn7DdHlozaoGRu5uQQYRHOuhy3pfjHEOlQ9eESC5N54PgYBRO-ExMIlsB7y3P6vCQXSMX_0mJ_7t_CwUQDbamUI03w3gA03pRWxg8kVw/s400/GAS+TONG.png

Kita biasa belek-belek tarikh luput pada roti atau makanan lain sebelum membelinya. 
 Ramai kat luar sana yang tak tahu cara cek tarikh luput tong gas.tong gas yang dah expired tidak selamat diguna dan boleh menyebabkan accident. So hati-hati bila menerima selinder gas dari penjual gas. Tolong periksa dahulu kod yang terdapat pada TONG gas tersebut sebelum membeli.

Di sini caranya bagaimana memeriksa TONG gas LPG :


Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut;


A , B , C atau D Diikuti dua digit, contohnya D06.


Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun:


A
  = March ( Suku pertama ),

B 
= June (Suku kedua ),

C
  = September ( Suku ketiga ),

D
 = December ( Suku keempat ). 2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu 



Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006.
aidawahablovefun


Rabu, 1 Ogos 2012

Pulangkan RM200,000 Dianggap Bodoh

A woman and her daughter have been criticised by people for returning two million baht to the bank that was wrongly credited to their account. - Bangkok Post

NAKHON NAYOK: Seorang wanita dan anak perempuannya menjadi perbualan hangat penduduk selepas memulangkan dua juta baht (RM198,000) yang silap dikreditkan ke dalam akaun mereka. Penduduk, termasuk seorang pegawai bank berkata, mereka bodoh kerana bertindak jujur. 

Thanaporn Chamnipong dan anak perempuannya, Yuvadee Chamnipong menghubungi Bangkok Bank dan memulangkan wang itu selepas ia berada dalam akaun Thanaporn secara misteri. 

Menurut laporan, dua wanita itu bukan saja dikritik jiran tetangga kerana bertindak ‘bodoh’ memulangkan wang itu, tetapi turut dikecam oleh pegawai bank berkenaan yang menuduh mereka mencemarkan kredibiliti bank terbabit. 

Thanaporn berkata, mereka tidak kecewa kerana tidak dapat menyimpan wang itu walaupun keluarga mereka mempunyai hutang. Mereka gembira dapat melakukan kebaikan kerana menyimpan wang yang bukan milik mereka adalah salah. 

Bagaimanapun, terdapat berita baik apabila Inspektor Jeneral Kementerian Dalam Negeri dan bekas gabenor Nakhon Nayok, Suthipong Chulacharoen memberi ganjaran 20,000 baht (RM2,000) kepada dua wanita itu sebagai menghargai kejujuran mereka. - Bangkok Post  

Sumber:HMetro


Sabun, Warisan Islam yang Dilupakan


Salah satu penemuan penting yang dicapai umat Islam di era keemasan adalah sabun. Sejak abad ke-7 M, umat Islam telah membangunkan sebuah gaya hidup bersih yang mutakhir.


Menurut Ahmad Y Al-Hassan dalam bukunya yang berjudul Technology Transfer in the Chemical Industries, kota-kota Islam seperti Nablus (Palestin), Kufah (Iraq), dan Basrah (Iraq) telah menjadi sentra industri sabun. "Sabun yang kita kenal hari ini adalah warisan dari tamadun Islam," papar Al-Hassan.

Menurut Al-Hassan, sabun yang diperbuat dari minyak sayur-sayuran, seperti minyak zaitun serta minyak aroma, pertama kali dihasilkan para ahli kimia Muslim di era kekhalifahan.

Salah seorang sarjana Muslim yang telah mampu mencipta formula sabun adalah Al-Razikimiawan legenda dari Parsi. "Hingga kini, formula untuk membuat sabun tak pernah berubah," kata Al-Hassan.

Sabun yang dibuat umat Islam di zaman kejayaan sudah menggunakan pewarna dan pewangi. Selain itu, ada sabun cair dan ada pula sabun batangan. Bahkan, pada masa itu sudah tercipta sabun khusus untuk mencukur misai dan janggut.

Harga sabun pada 981 M berkisar tiga Dirham (syiling perak) atau setara 0.3 Dinar (syiling emas). Resep pembuatan sabun di dunia Islam juga telah ditulis seorang doktor terkemuka dari Andalusia, Sepanyol, bernama Abu Al-Qasim Al-Zahrawi alias Abulcassis (936-1013 M).

Ahli kosmetik ini memaparkan tata cara membuat sabun dalam kitabnya yang monumental bertajuk Al-Tasreef. Al-Tasreef merupakan ensiklopedia perubatan yang terdiri daripada 30 volume. Kitab itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan digunakan sebagai buku rujukan utama di beberapa buah universiti Eropah yang terkemuka.

Sang doktor memaparkan resepi-resepi pembuatan pelbagai alat kosmetik pada volume ke-19 dalam kitab Al-Tasreef. Selain itu, resep pembuatan sabun yang lengkap tercatat dalam sebuah risalah bertarikh abad 13 M.

Manuskrip itu memaparkan secara jelas dan detail tata cara pembuatan sabun. Fakta ini menunjukkan betapa dunia Islam telah jauh lebih maju berbanding peradaban Barat. Masyarakat Barat, khususnya Eropah, dianggarkan baru mengenal pembuatan sabun pada abad ke-16 M. sumber darirepublika.co.id/DuniaIslam


Selasa, 31 Julai 2012

Cerita dari Olimpik London - Syabas Perenang Tunisia, Inilah namanya Semangat Persaudaraan Islam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnWu82xfWHCBfirmLSGw6F5SQXXYgjrpebRTdthBdRx6wdXtDjLOy22Sz21JpJuvXmKKCnqka2rFSsi5OK7SeL9slTnXDQmp4bxOhV1G56rHhKXrGfnSwuvq3-CaU_DMb_3CCJKReTEVE/s1600/zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzfdff.jpeg

Perenang Tunisia Taqi Murabit menarik dari menyertai acara saringan renang Sukan Olimpik London kerana acara saringan tersebut turut disertai perenang Israel yang merupakan anggota tentera Zionis yang saban hari mengebom rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Tindakan beliau disifatkan suatu tindakan tegas terhadap kezaliman Zionis terhadap umat Palestin yang dibunuh bagaikan binatang saban hari tanpa belas kasihan dan peri kemanusiaan. Inilah semangat persaudaraan Islam dan sesama manusia yang ditunjukkan oleh seorang atlit yang mempunyai prinsip.~ Mutaligat/
naimnikmat.

P/s: Tahniah kepada Taqi, kau pilih semangat persaudaraan Islam dari semangat kesukanan..dan majulah Islam untuk semua.


Wartawan Jepun Ucapkan Syahadat di Syria


 
Isnin, 30 Julai 2012 Syria - Seorang wartawan Jepun masuk Islam di Syria, di depan para pejuang Syria, Subhanallah Allahu Akbar walillahilhamd.

Dalam sebuah video yang diterbitkan di Youtube, menunjukkan seorang lelaki bermata sipit, seorang wartawan Jepun menyatakan dua kalimah syahadat di depan Mujahidin dari batalion Mamduh Julha yang bergerilya di gunung Al-Turkman di sempadan Syria-Turki.

Menurut laporan, ia masuk islam setelah tersentuh melihat sikap baik dari para Mujahidin ketika ia sedang membuat liputan pertempuran di wilayah tersebut.

Dengan terbata-bata ia mengucapkan "Asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah" dibimbing oleh seorang mujahid dari brigade tersebut. Kemudian para mujahidin mengucapkan takbir, dan muallaf ini pun mengikutinya dengan wajah terlihat gembira "Allahu Akbar, Allahu Akbar!". Kini ia bernama Musthofa, hamba Allah yang mencari hidayah di bumi para syuhada, Syam.

Pada saat itu, bertepatan pada waktu solat Asar, maka Musthofa langsung diajak untuk solat. Ia diajar berwudhu oleh salah seorang mujahid. Nampak penuh keseriusan saat ia mengikuti tahap-tahap wudhu yang diajarkan. Selalu ada dakwah di sebalik jihad, Allahu Akbar!



Sumber: shalehudin


Hayati Keistimewaan Dan Kemuliaan Surah Al-Fatihah


  
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Surah al-Fatihah adalah surah Makkiyyah mengandungi tujuh ayat. Surah yang wajib dibaca berulang-ulang setiap rekaat semasa solat. Tidak sah solat tanpa membaca surah ini. Surah al-Fatihah juga dipanggil sebagai Umm al-Quran (ibu al-Quran) atau Umm al-Kitab (ibu al-Kitab)

Kita mengerjakan solat 5 waktu sehari, dan ini bermakna kita membaca Al-Fatihah sebanyak 17 kali setiap hari. Keistimewaan dan kebaikan surah ini cukup jelas ianya merangkumi maksud yang terkandung di dalam keseluruhan al-Quran nul Karim.
As-Shahid Hasan al-Banna dalam risalahnya "Mukadimah fi at-Tafsir " berkata  : "Tiada syak siapa yang tadabbur al-Fatihah yang mulia ini pasti dapat melihat kayanya makna dan keindahannya serta keserasiannya, antara lain dapat dilimpahi cahaya pada hatinya."

As-Shahid Syed Qutb dalam tafsirnya "Fi Zilal al-Quran" antara lain berkata : "Sesungguhnya surah ini mengandungi inti pati akidah Islamiah, tasawur Islam, perasaan dan harapan doa kepada Ilahi yang diisyaratkan daripada hikmah pemilihan surah ini pada setiap rakaat solat.

Surah al-Fatihah adalah ibu al-Quran yang diasaskan dengan maksud-maksud secara menyeluruh, terdiri daripada usul ad-din dan cabang-cabangnya seperti akidah, ibadah, tasyri’, iqtikad dengan hari akhirat, beriman dengan sifat-sifat Allah yang mulia, mengesahkannya dalam beribadah, meminta pertolongan dan doa kepada Allah SWT.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita hayati dan amalkan Surah al-Fatihah ini kerana ianya mengandungi beberapa keistimewaan yang tidak terdapat di dalam surah-surah lain di dalam al-Quran.

Pertama : Paling Besar (A’zham)

Abu Said al-Ma’alli r.a., katanya : “Aku sedang solat, lalu dipanggil oleh Rasulullah SAW., maka tak dapat aku menyahut. Sesudah aku selesai solat, aku datangi baginda, Rasulullah berkata : Kenapa engkau tidak segera mendatangiku ? 
Aku menjawab : Kerana aku dalam bersolat ya Rasulullah.
Berkata Rasulullah : Bukankah Allah sudah berfirman : 'Hai orang-orang beriman, sahutilah seruan Allah dan Rasul bila menyeru kamu kepada apa yang menghidupkan kamu'. 
Kemudian baginda berkata : 'Aku akan mengajarkan kepadamu sebesar-besar surah di dalam al-Quran sebelum engkau keluar dari masjid ini'. 
Ketika Rasulullah akan keluar dari masjid, baginda memegang tanganku, lalu aku berkata : 'Ya Rasulullah, Engkau mengatakan mahu mengajarkan kepadaku sebesar-besar surah di dalam al-Quran.'
Berkata Rasulullah : 'Ya, ialah al-Hamdulillahi Rabbil “Aalamin (dan seterusnya), ialah 7 ayat yang berulang-ulang, dan itulah al-Qur’an al-‘Azhim yang telah disampaikan kepadaku” (Hadis Riwayat Bukhari, Abu Dawud, an-Nasa’i)

Kedua : Dua cahaya untuk Nabi SAW.

Ibnu Abbas r.a. katanya : “Pada suatu hari Rasulullah SAW. duduk bersama Jibril, tiba-tiba Rasulullah mendengar suatu bunyi dari atas, lalu Jibril menoleh ke atas, kemudian lalu berkata : “Itu sebuah pintu sudah terbuka di langit, dan tak pernah pintu itu terbuka sebelum ini”, dari pintu itu turun satu malaikat, yang langsung menuju kepada Rasulullah, dan berkata : “Bergembiralah engkau (Muhammad) mendapat dua cahaya yang aku bawakan ini, yang tak pernah kedua cahaya ini diberikan kepada Nabi yang manapun sebelum engkau, kedua cahaya itu ialah Fatihatul-Kitab dan beberapa ayat di akhir Surah al-Baqarah, setiap huruf engkau baca dari keduanya pasti engkau mendapatkannya”.
(Hadis Riwayat Muslim dan Nasa'i)

Ketiga : Langsung mendapat jawapan daripada Allah SWT.

Siapa yang membaca Surah al-Fatihah, setiap ayat yang dibaca itu langsung dijawab oleh Allah SWT.  
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : “Kami berada di belakang Imam (bersolat), maka berkatalah Imam itu kepadaku : “Bacalah al-Fatihah dalam hatimu, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW. mengatakan : Telah berkata Allah Azza-wa Jalla : Aku bagi solat (di sini maksudnya ialah al-Fatihah) antaraKu dan hambaKu menjadi dua bahagian (maksudnya : seperdua untukKu dan seperdua lagi untuk hambaKu), dan bagi hambaKu apa yang mereka minta."
Apabila hambaKu itu berkata : “Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalamin”, 
Allah menjawab : ”HambaKu memujiKu” ;
dan apabila hambaKu berkata : “Arrahmaanir Rahiim” , 
Allah menjawab : “HambaKu menyanjungKu” ; 
dan apabila hambaKu berkata : “Maaliki Yaumiddin”, 
Allah menjawab : “HambaKu memuliakanKu”, 
dan apabila hambaKu berkata “Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’iin”, 
Allah menjawab : “Ini seperdua untukKu dan seperdua untuk hambaKu, 
bagi hambaKu, apa yang ia minta; 
dan apabila hambaKu berkata “Ihdinashshiraathalmustaqiim, shiraathal ladzina an’amta ‘alaihim, ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh-dhaalliin”, 
Allah menjawab : Ini semuanya untuk hambaKu, dan bagi hambaKu apa yang ia minta”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Keempat : Langsung Dari Arasy

Dari Ma’qal bin Yasaar r.a. : Telah berkata Rasulullah SAW  maksudnya : “Amalkanlah segala apa yang tersebut di dalam al-Quran, halalkanlah apa yang dihalalkannya, haramkanlah apa yang diharamkannya, dan patuhilah ia, jangan sekali-kali engkau engkar apa-apa yang tersebut di dalamnya, dan apa-apa yang kamu ragukan (maksudnya), kembalikanlah kepada Allah dan orang-orang yang mempunyai pengetahuan sesudah meninggal aku nanti, supaya diterangkannya kepada kamu, dan berimanlah kamu dengan Taurat, Injil dan Zabur, dan apa saja yang dibawa oleh para Nabi dari Tuhan mereka, dan akan memberi kelapangan kepadamu al-Quran dan segala keterangan yang tersebut di dalamnya, maka sesungguhnya al-Quran itu Pemberi Syafaat, sesuatu yang tak pandai bercakap tetapi membawa kebenaran, dan kepadaku diberikan Allah Surah al-Baqarah dari ZIKIR PERTAMA (Kitab-Kitab Suci yang diturunkan sebelum Musa a.s.) dan diberikan kepadaku surah yang berawalan Thaha, Thasin dan Hamim dari Papan-papan Musa (maksudnya : TAURAT), dan diberikan kepadaku Surah al-Fatihah langsung dari Arasy”.(Hadis Riwayat al-Hakim)

Kelima : Sebagai Ubat dan jampi.

Dari Abu Said al-Khudri r.a. “Pada suatu hari kami bersama-sama dalam perjalanan, bermalam di satu dusun. Datang kepada kami seorang budak perempuan dan berkata : “Sesungguhnya kepala desa ini sakit dan tak seorangpun di antara kami yang dapat mengubatinya, adakah diantara tuan-tuan yang dapat mengubatinya ?” Salah seorang dari rombongan kami berdiri dan mengikuti budak tadi. Kami tidak mengira yang ia dapat menjadi dukun. Si sakit itu lalu dijampinya dan sembuh. Kepadanya diberi hadiah 30 ekor kambing, dan kepada kami disuguhkan susu. Ketika ia kembali kami bertanya : “Apakah engkau membolehkan jampi, dan apakah engkau tukang jampi ?” Ia menjawab : “Tidak, saya bukan tukang jampi, tetapi aku hanya membacakan Ummul-Kitab (al-Fatihah).” Kami katakana : “Kejadian ini jangan dikabarkan kepada siapapun, sebelum kita tanyakan kepada Rasulullah s.a.w. lebih dahulu”. Sesudah kami sampai di kota Madinah, kami datangi Rasulullah s.a.w. dan kami ceritakanlah kejadian itu. Rasulullah lalu berkata : “Siapa tahu bahwa surah itu (al-Fatihah) adalah jampi (ubat) bagilah hadiah itu dan berikan saya sebahagian darinya”.(Hadis Riwayat Bukhari)

Keenam : Aman Dari Segala Bahaya.
 
Dari Anas r.a. : Berkata  Rasulullah SAW. : “Bila engkau baca al-Fatihah dan Qul Huwallahu Ahad maka amanlah engkau dari segala sesuatu, kecuali dari maut”. (Hadis Riwayat al-Buzar)

Sahabat yang di hormati,
Surah Al-Fatihah sebenarnya macam suatu doa dan munajat kita sebagai hamba-Nya. Adalah penting untuk kita sentiasa mengharapkan pertolonganNya. Konsep kepercayaan kepada Tuhan yang Esa dan konsep bergantung kepada Allah SWT. sahaja.

Didalam surah ini juga terangkum Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah. Di dalam Tauhid Rububiyah mengandungi sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT., nama-nama Allah yang mulia dan dan kekuasaan Allah SWT mentadbir Allah semesta dan berkuasa di hari akhirat. 

Di dalam Tauhid Uluhiyah pula adalah pengabdian diri sepenuhnya manusia kepada Allah SWT, termasuk juga penyembahan, pergantungan dan pengharapan manusia kepada-Nya. 

Jalan yang lurus dalam surah ini bermaksud jalan hidup Islam yang sempurna dan lengkap. Jalan yang membolehkan manusia merasai nikmat iman, jalan ketaataan, jalan beramal dan beribadah hanya kerana Allah, jalan melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan, sebagaimana yang dikehendaki dan diredhai oleh Allah SWT.  Jalan-jalan lain yang bengkuk adalah jalan syaitan yang akan menyesatkan manusia.

Siapakah golongan yang diberi nikmat oleh Allah SWT.? Allah SWT menjelaskan dalam surah An-Nisa' bahawa mereka yang diberi nikmat adalah para Nabi, para shiddiqun, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh seperti didalam firman-Nya yang bermaksud :"Dan barangsiapa yang menaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu para nabi, para shiddiqun, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah karunia dari Allah, dan Allah cukup mengetahui." 
(Surah An-Nisa' ayat 69 - 70).

Di akhir surah ini minta dijauhi daripada orang yang dimurkai Allah SWT dan orang yang sesat. Siapkah orang yang di murkai Allah SWT dan orang yang sesat? 
Menurut Hadis Nabi  SAW.: "Orang-orang yang dimurkai" itu ialah kaum Yahudi, dan “Orang-orang yang sesat” ialah kaum Nasrani.” (Tafsir Al-Alusi, 1:90).

Sahabat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita tadabbur dengan surah al-Fatihah , faham makna dan tafsirnya supaya kita mendapat khusyuk semasa menunaikan solat (ketika membaca surah al-Fatihah), seolah-olah kita sedang berbicara secara langsung dengan Allah SWT. Amalkan juga membaca surah ini ketika di luar solat kerana hikmah dan kebaikannya cukup besar akan terpelihara daripada sebarang musibah dan bala dan dapat menjalin hubungan hati dengan Allah SWT.
 
abubasyer
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik