IKLAN

Khamis, 5 Julai 2012

Wanita Patut Baca dan Perlu Tahu Hal Ni..

Wanita perlu tahu ini...

  • Para wanita yang bekerja kalau nak naik gaji dan naik dengan banyak senang sahaja. Pastikan anda bersenam. Kajian menunjukkan wanita yang bersenam akan naik gaji dengan banyak melebihi wanita yang tak bersenam. Sumber kajian.

  • Kalau wanita yang kerja sebagai pelayan pulak untuk mendapatkan tips yang cukup tinggi anda hanya perlu pakai pakaian yang berwarna merah. Begitu juga jika anda mahu memikat lelaki yang anda berkenan, anda juga boleh memakai pakaian yang merah. Jika terdapat beberapa wanita dan seorang daripadanya memakai pakaian warna merah, dia akan mendapat perhatian yang lebih baik berbanding dengan yang lain. Orang lelaki lebih terpengaruh dengan warna merah. Kajiannya di sini

  • Kalau wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak dalam masa yang sama bekerja berulang alik agak jauh dari tempat kerja, anda berpotensi mati awal dan menghadapi masalah hidup dan juga bakal menyusahkan suami anda dengan tekanan. Kajian menunjukkan wanita sebegitu lebih tertekan hidupnya berkali ganda. Aku punya cadangan pada mereka yang sebegitu, elok berhenti kerja saja dan duduk rumah jaga anak. Kajian ada kat sini. Kalau duit tak cukup tak perlu risau, dapatkan tips hidup ringkas kat sini.
 wartashubhi.

THE STORE PROMOSI ARAK SEMPENA RAMADHAN


PPIM telah menerima aduan tentang salah laku The Store, Sri Petaling ini melalui Klinik Pengguna PPIM di Radio 24 siang tadi. Unit siasatan kami, telah ke sana untuk membuat tinjauan. 


Nampaknya, ini bukan disengajakan...memang promosi besar-besaran sedang diadakan...



Perbuatan melampau dan menyentuh sensitiviti umat Islam ini telah mengguris pengguna Islam tambahan lagi dengan kedatangan Ramadhan tidak lama lagi...apa tindakan anda? Hebahkan!

                                                  
                                                    

 

 
 

Isnin, 25 Jun 2012

Bantu Saya Selagi Saya ADIL DAN MENTAATI ALLAH - Ucapan Pertama Morsi



KAIRO - Mohammed Morsi telah menyeru rakyat Mesir pada 24/6/2012 untuk tidak mentaatinya jika dia tidak menepati janjinya yang diucapkan semasa berkempen.

Tokoh Ikhwanul Muslimin yang melepaskan jawatannya sebagai ketua Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) baru-baru ini, mengalahkan pesaingnya, Ahmed Shafiq, mantan perdana menteri era Mubarak

Beberapa jam setelah pengumuman keputusan pemilihan, Morsi-Garner yang memperolehi 52 peratus, lelaki 60 tahun itu memberikan ucapan pertamanya di TV nasional, yang selama ini digunakan oleh Mubarak dan pasukannnya untuk mengecam dan mengutuk Ikhwanul.

"Saya akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi janji yang saya buat. Saya tidak memiliki apa-apa hak, saya hanya memiliki tanggung jawab. Sila bantu saya selagi saya adil dan mentaati Allah," katanya.

"Jika saya tidak mentaati Allah dan gagal untuk memenuhi janji-janji saya, maka jangan patuhi saya."

Dalam ucapannya yang agak emosional, Morsi cuba untuk menghilangkan ketakutan dari semua lapisan masyarakat. Ia berusaha memperlihatkan sikap penghormatan terhadap setiap parti dan lembaga di Mesir, dari pihak tentera yang berkuasa hingga kepada kelas pekerja.

Morsi juga mengatakan bahawa ia mendedikasikan kemenangannya untuk para syahid revolusi tahun lalu yang bangkit melawan Mubarak.

"Saya tidak akan berada di sini sebagai presiden terpilih tanpa pengorbanan para syahid dan mangsa yang terluka."

Dia menujukan ucapannya juga kepada pihak polis Mesir, yang terkenal kerana memenjarakan ramai tokoh Ikhwanul pad masa lalu.

"Saya hormat kepada polis yang baik, saudara-saudara saya, anak-anak saya," katanya.

"Mereka yang melakukan kejahatan memang harus dikenakan hukuman. Tetapi saya yakin bahawa sebahagian besar polis perlu dihormati dan dihargai. Mereka akan memainkan peranan yang besar pada masa depan dalam melindungi dan menjaga keamanan negeri."

Mursi juga memuji hakim, walau ada di antara mereka saling menuduh Ikhwan mempengaruhi keputusan pengadilan terakhir pada bulan Jun untuk membubarkan parlimen.

Dia bersumpah untuk menjalankan keadilan yang menyeluruh, sekaligus memenuhi salah satu tuntutan dari aktivis dan pemuda, dimana masih ramai diantara mereka yang masih berkemah di dataran Tahrir.

Keputusan Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF) telah mengundang kemarahan ramai setelah membatasi kuasa presiden kerana berusaha untuk mempertahankan pengaruhnya di negara ini yang telah diperintah oleh tentera sejak kudeta 1952 yang mengakhiri monarki Mesir.


Menghormati perjanjian

Morsi juga meredakan kerisauan beberapa negara Barat terhadap kemenangannya.

Walau semua kenyataan rasmi dari Israel dan Amerika Syarikat menyambut baik hasil pemilihan umum pertama presiden Mesir yang didakwa demokrasi dan bebas, laporan yang sama turut menyebut mereka masih takut dengan Islam yang bakal dipimpin Mesir akan menimbulkan ancaman terhadap keamanan Israel.

Perjanjian yang kontroversi antara Mesir dan Israel pada tahun 1979 setelah Camp David Accord, telah menjadi subjek perdebatan yang hangat sejak kejatuhan Mubarak pada 11 Februari 2011.

Beberapa calon presiden mengatakan mereka akan mengubah kesepakatan yang tidak merugikan kepentingan nasional Mesir

"Kami akan menghormati perjanjian dan kesepakatan internasional, dan akan menciptakan hubungan internasional yang seimbang berdasarkan kepentingan bersama dan rasa hormat. Kami akan melindungi perbatasan kami, dan menolak campur tangan asing dalam urusan dalam negeri kami," tambah Morsi.

"Mesir mampu mempertahankan diri terhadap setiap tindakan asing, dan akan melindungi rakyat Mesir di mana saja di dunia."

Morsi juga menegaskan pemerintahannya tidak akan menyaksikan segala bentuk diskriminasi di tengah-tengah kerisauan yang muncul dari populasi Kristian Koptik, yang ramai diantara mereka memilih Shafiq dalam pemilihan presiden kelmarin.

"Saya akan menjadi presiden untuk semua rakyat Mesir, di dalam dan luar negeri. Rakyat adalah sumber kepada semua kekuatan, dan sudah waktunya bagi kita untuk membangunkan negara dan mencapai tujuan revolusi," katanya.

"Bersama-sama, rakyat Mesir akan menciptakan masa depan yang lebih baik dan cerah bagi bangsa ini."


Kredit:pulakdah

Isnin, 18 Jun 2012

Panduan Memelihara Akidah


♥ UNTUK MEMELIHARA AKIDAH ♥

1. Menghadiri majlis ilmu.

2. Jauhi maksiat.

3. Melaksanakan suruhan Allah seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain.

4. Membaca dan memahami al-Quran.

5. Membaca buku-buku atau majalh-majalah yang menambah iman dan takwa.

6. Jangan berkawan dengan orang yang lalai dan sesat.

7. Menziarahi orang-orang soleh.

8. Melakukan solat-solat sunat yang disarankan oleh Nabi s.a.w.

9. Berthajjud.

10. Berfikir tentang ciptaan Allah, kebinasaan dunia dan hal-hal akhirat.

11. Mengujudkan suasana iman dan takwa dalam rumahtngga.

12. Mengamalkan doa pagi dan petang. Contohnya Ma'thurat.

13. Mengamalkan nasihat-menasihati kepada keimanan dan ketakwaan.malkan doa pagi dan petang

 

Dari Majalah Al-Ustaz Isu Perdana/

helmdahl

http://msg-cyber.blogspot.com/2012/05/untuk-memelihara-akidah.html

Robot Peneman Sebelum Ajal

Robot peneman sebelum ajal
Robot dicipta sebagai rakan sokongan yang boleh memberi kata-kata semangat sebelum pesakit menemui ajal.
RHODE ISLAND - Pesakit yang bakal menemui ajal atau sakit tanpa waris di sisi, kini tidak lagi keseorangan selepas sebuah robot dicipta sebagai rakan sokongan yang boleh memberi kata-kata
semangat.

Graduan dari Kolej Rekabentuk Rhode Island, Amerika Syarikat, Dan Chen berkata, rekaan ini dibuat bagi memberi motivasi kepada pesakit yang tidak mempunyai waris ketika berada di hospital.


“Rekaan ini juga boleh memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya mempunyai hubungan sosial dan keluarga ketika hidup,” katanya.


Menurutnya, selepas doktor meninggalkan pesakit yang tiada harapan secara berseorangan, peranti robot ini akan diaktifkan.


“Robot ini akan membelai lengan pesakit sambil mengeluarkan audio dengan kata-kata sokongan bagi memberi keselesaan di saat akhir kehidupan seseorang, “ katanya.

helmdahl

P/S: Bagus juga ni,bagi pesakit muslim boleh le audio pada robot tu baca ayat-ayat Al-quran,ayat-ayat syifa ke atau lain-lain.Tapi kalau semua robot yang bikin mana peranan kita sebagai sebagai insan..takkan semuanya kita nak Francais pada robot tu..:)


Ahad, 17 Jun 2012

Ulama Besar Baru Belajar Pada Umur 30 Tahun

 IMAM Al Qaffal As Saghir adalah seorang ulama As Syafi'yah yang baru memulakan belajar saat berumur 30 tahun.

 Suatu saat beliau pernah mengatakan, "Saya mula belajar sedangkan saya belum boleh membezakan 'ikhtshartu' dengan 'ikhtsharta'".

Namun walau demikian kerana keberkatan dari Allah Ta'la, beliau menjadi seorang yang paling faqih di zamannya.

 (Lihat, Thabaqat As Syafi'yah Al Kubra, 5/45)

P/s: Walhasil, tidak ada kata terlambat dalam belajar memahami agama ini.Tuntutlah ilmu hingga keakhir hayat,belajar bukan hanya di sekolah,universiti sahaja, masjid juga tempat belajar yang utama,kita pun boleh belajar dari melihat ini alam yang indah ini.fikirkan..

Solat Membuat Hatiku Tenang - Zinedine Zidane bekas pemain Perancis


Tidak ada yang meragukan bila Zinedine Yazid Zidane adalah pemain bola sepak Muslim paling berjaya di Eropah, bahkan dunia. Meski ramai pemain bola sepak Muslim yang berjaya mengadu nasib di liga-liga Eropah, tapi belum ada yang mampu menyamai prestasi Zidane di kancah sepak bola Benua Biru.

Ya, tak sedikit yang memuji penampilan Zidane. Bahkan Pengarah Teknik UEFA, Andy Roxburgh menyanjung lelaki keturunan Algeria tersebut adalah pengeluaran dari syurga. (Baca: Zinedine Zidane Pengeluaran dari Syurga). "Saya percaya di kepalanya (Zidane) ada tulisan 'made in heaven'. Dia benar-benar anugerah dari Tuhan," ujar Andy di satu kesempatan.

Bekas pengatur serangan Les Bleus ini dikenali sebagai pemilik gaya menggiring bola sambil meliukkan badan. Tidak seperti Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo yang ketika mendapat peluang langsung menggiring si kulit bundar menusuk ke jantung pertahanan lawan kemudian menceploskan bola. Zidane tampil laiknya maestro seniman lapangan dengan memperagakan penampilan elegan dan indah. Namun, lawan dibuat tidak berkutik lantaran sukar merebut bola dari kakinya.

Lelaki yang kini menjabat Pengarah sukan Real Madrid ini merupakan sosok playmaker yang sempurna bagi kelab mahupun timnas. Pada masanya, hanya Ronaldo Luiz Nazario de Lima yang boleh dikatakan sejajar dengannya. Lelaki berbangsa Perancis itu mampu mengolah bola dengan baik dan memberikan operan maut yang boleh menembusi pertahanan lawan.

Kemampuannya mengocek bola membuat lawan terpana, sebab seolah-seolah bola melekat di kakinya. Alhasil hampir semua kejohanan, baik di kelab mahupun timnas berjaya direbut bekas pemain Juventus ini. Tak heran bila Zidane mampu meraih gelar tiga kali Pemain Terbaik Dunia FIFA (1998, 2000, dan 2003).

Peminat bola sepak dunia pasti masih ingat dengan puncak Liga Champions 2001/2002, yang mempertemukan Madrid kontra Bayer Leverkusen. Skor ketika itu sama kuat, 1-1. Menerima umpan dari Roberto Carlos yang menyisir sisi kanan pertahanan Leverkusen, Zidane melakukan tendangan first time dan membuat kedudukan menjadi 2-1. Madrid meraih gelar Liga Champions kesembilan. Gol tersebut dinilai gelandang Chelsea dan Timnas Inggeris, Frank Lampard sebagai gol terbaik sepanjang masa.

Meski capaiannya di lapangan luar biasa, namun Zidane tidak lupa untuk meletakkan dirinya sebagai seorang Muslim. Ia disebut-sebut sebagai atlet dunia yang taat menjalankan kewajipan solat lima waktu. Dengan menunaikan perintah yang menjadi tiang agama tersebut maka Zidane mengaku penampilannya di lapangan bisa semakin baik. "Solat adalah sumber kekuatanku. Kerana setelah solat, hati serasa tenang, "

Prestasi Zidane:

Scudetto Liga Itali Serie-A musim 1996/1997 dan 1997/1998 bersama Juventus

Piala Dunia 1998 bersama pasukan Perancis

Piala Eropah 2000 bersama pasukan Perancis

Liga Champions 2002 bersama Real Madrid

Piala Toyota (sekarang Piala Dunia Antara kelab) pada 1996 (bersama Juventus) dan 2002 (Bersama Madrid)

La Liga Sepanyol musim 2002/2003 bersama Madrid

Runner Up Piala Dunia 2006 bersama pasukan Perancis

Pemain Terbaik Dunia FIFA pada 1998, 2000, dan 2003.

Pemain Terbaik Eropah pada 1998

sumber dari republika.co.id
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik