IKLAN

Jumaat, 20 April 2012

Cara Rasullullah mengelak dan menyembuhkan penyakit




CARA-cara Rasulullah S. A. W. mengelak dan menyembuhkan penyakit, seperti yang dipetik dari sebuah buku.

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
 Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan Qiyamullail).

MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun).
Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa.
Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing.

Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Maksud firman Allah:
Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah).
Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A’raaf: 179).

Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (Islam). Sejauh mana ia taat kepada Allah, Ikut sunnah Nabi SAW.Ali bin Abi Thalib r.a berkata,’ketahuilah bahawa sesungguhnya sabar itu laksana kepala bagi jasad. Jika kepala diputuskan tiada gunanya jasad ini’

Tambahnya dengan nada tegas,’Sesungguhnya tiada iman bagi seseorang yang tidak memiliki kesabaran.’
penhijau/om


Khamis, 19 April 2012

Baghajati: Skandal Seks Gereja Jadi Alasan Banyaknya Warga Austria yang Masuk Islam


Data rasmi menunjukkan adanya pertumbuhan dramatik dalam berpindahnya penganut Kristian ke Islam di Austria, bertolak belakang dengan peningkatan diskriminasi terhadap agama minoriti di negara-negara Eropah yang berbeza.


"Kami melihat bahawa masyarakat mempunyai kerinduan spiritual yang mereka merasa ada sesuatu yang hilang dalam hidup mereka, jika tidak ada dimensi, tidak ada cakrawala untuk akhirat, atau di mana saya? Mengapa saya di sini? Kata Carla Amina Baghajati, juru bicara Komuniti Islam Austria , kepada Press TV pada hari Jumaat minggu lalu.


Mencari keselesaan dalam ajaran Islam, banyak warga Austria yang masuk Islam di negara berpenduduk majoriti Katolik.

Namun, setelah terungkapnya skandal gangguan di gereja Katolik menjadikan hal ini peranan utama dalam eksodus warga Austria untuk masuk Islam.


 "Jika gereja kecil dalam keahlian, maka akan menjadi lebih kecil dalam pengaruh sosial," kata Michael Pruller, juru bicara Keuskupan Agung, kepada Press TV. Muslim Austria dianggarkan mencapai 400,000 atau hampir 4 peratus dari 8 juta penduduk di negara Eropah tersebut. 


 Estimasi menunjukkan bahawa hampir setengah juta warga Kristian Austria telah masuk Islam sejak kira-kira dua tahun lalu, dengan jumlah penukaran semakin berkembang, Press TV mengatakan. 


 Pada tahun 2007, Muslim Austria telah memperjuangkan kempen nasional untuk memperkenalkan Nabi dan ajaran-ajarannya untuk rakan senegara mereka. Kempen ini bergema setelah dilancarkan oleh Muslim seluruh Eropah sebagai tanggapan terhadap gangguan kartun Nabi Denmark pada tahun 2005. 


Walaupun gelombang anti-Muslim yang tumbuh di seluruh negara Eropah, umat Islam Austria percaya kempen mereka ini memberi mereka peluang yang lebih baik untuk membina jambatan dengan masyarakat. 


 "Ketika saya melangkah masuk Islam saya mempunyai kesan peribadi bahawa ada langkah maju di diri saya," kata Baghajati kepada Press TV. "Ini adalah mengapa saya merasa bahawa ada kemungkinan yang baik untuk membina lebih banyak jambatan di antara warga kerana kami berkongsi jauh lebih banyak dengan orang fikirkan." (Fq / prtv)


www.eramuslim.com

Universiti LimKokWing Reka Sejadah Idea Nik Aziz


(Tok Guru Nik Aziz menerima cenderamata sejadah yang direka bentuk oleh Limkokwing Universiti.)

KOTA BHARU, 18 April: Universiti Limkokwing menyerahkan 1,000 keping sejadah kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk dihadiahkan kepada beberapa buah surau dan masjid.

Reka bentuk sejadah dihasilkan berikutan idea yang diberikan oleh Tuan Guru sewaktu melawat universiti itu tidak lama dahulu.
 
Ia dibuat sempena majlis perasmian Kelantan Design dan Branding Exhibition.

Program yang meliputi beberapa program termasuk seminar, bicara, pameran ini kerjasama antara kerajaan negeri dan Universiti Limkokwing.

Naib Presiden Limkokwing, Raja Aznil Raja Syam, berkata sejadah dihasilkan berikutan idea Tuan Guru sendiri.

“Sewaktu Tuan Guru melawat Limkokwing, tok guru berkata, kenapa bahagian design tidak mereka sejadah, sebab sejadah yang ada di pasaran begitu berkecamuk rekabentuknya.

"Keadaan itu membuatkan kita tidak khusyuk sewaktu bersolat, kata Tuan Guru,”ujarnya.

Sambungnya, ekoran idea itu, pihaknya mula menghasilkan sejadah.Pada majlis itu juga Tuan Guru turut memilik rekabentuk sejadah serta warna pilihannya sendiri yang akhirnya dihadiahkan oleh pihak Universiti Limkokwing pada majlis petang tadi.

Limkokwing akan membuka peluang pengajian pada rakyat di negeri itu bermula pendaftarannya Mei ini.

Tuan Guru berkata, memandangkan kerajaan negeri mementingkan pendidikan, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengadakan kerjasama untuk bidang pendidikan dengan universiti tersebut.
Seluas 20 ekar tanah di Machang telah dikenal pasti untuk pembinaan universiti itu tidak lama lagi.

Turut berucap pada majlis itu, timbalan exco kerajaan negeri, Zulkifli Mamat 

aiyangdisayang/OpenMinda

Ada Apa Dengan Tepung Gandum Putih


tepung gandum


Assalam. Sihat semua..harap sihatlah ya..pagi tadi dah pekena Teh tarik dan Roti Canai baikk punya ke..yang diperbuat dari tepung gandum tu. Benarkah Tepung Gandum yang kita makan selama ni beracun..Gulp! Bacalah kisah yang diceritakan oleh Sahabat aku ni.. 


Saya hanya nak kongsi dari seorang kawan dan nak minta juga komen2 dari Sahabat semua. Baru-baru ni saya jumpa seorang rakan yang kerja dengan sebuah company dari Dubai yang eksport tepung gandum.

Dia cerita pada saya tentang sekarang ni kecoh pasal tepung gandum ada bahan kimia...saya simpulkan dulu cerita dia...katanya...tepung gandum sebenarnya warna putih macam vanila...bukan putih macam tepung yang kita biasa jumpa di pasaran. Katanya tepung yang terhasil dan berwarna putih vanila ni adalah tepung yang diproses dari biji gandum tu sendiri, tapi di Malaysia kebanyakkannya proses biji dan hampasnye sekali..jadi warnanya macam teh.Jadi nak buang warna teh ni, mereka kena bleach tepung ni guna bahan kimia. Bahan tersebut ialah Benzoyl Peroxide. Apa tu?

Benzoyl Peroxide adalah :


· Bahan toksik

· Bahan penggalak tumor

· Boleh menyebabkan alahan pada kulit

· Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.

· Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.

.Benzoyl Peroxide adalah kimia yang sangat ampuh yang sering digunakan dalam kepekatan rendah sebagai rawatan jerawat. Benzoil Peroksida pada dasarnya bekerja sebagai agen peeling, mengupas sel-sel kulit mati dan membunuh bakteria dalam pori-pori. benzoil peroksida sangat mudah terbakar, meletup, beracun.


.Walaupun benzoil peroksida umumnya dianggap aman pada konsentrasi rendah, tapi..kalau kena pada  kulit, akan menyebabkan kesan sampingan( buruk )seperti gatal-gatal, pembengkakan wajah, kulit kering dan kulit mengelupas. 
http://msds.chem.ox.ac.uk/BE/benzoyl_proxide.html
Benzoyl Peroxide

Bila dah letak bahan ni...zat-zat pada tepung tu semua hilang. Jadi kalau dah hilang..macamane? kenalah tambah balik zat tu guna benda lain. Difahamkan zat hanya boleh diambil dari tumbuhan dan haiwan. Tapi yang mudah dan murah ialah dari haiwan yakni Bab*. Sebab tu serangga kurang suka pada tepung putih ni sebab tiada zat dah...dan padanlah ramai rakyat Malaysia ramai kena kanser...dan budak-budak sekarang makin teruk perangai.

Difahamkan semua makanan yang berasaskan tepung memang guna tepung ni. Dia bagitahu saya, syarikat dia dah masuk market dan supply tepung. Dari Dubai. Jadi antara brand yang pakai tepung asli ini dan bebas dari bahan kimia dan bab* ialah Gardenia. dekat roti gardenia ada tulis "Tanpa Trans Lemak". Ni contoh je. Bukan promote tau.

Ni sekadar info...saya pun tak tahu boleh ke berhenti guna tepung ni...huhuhu...yang pasti bila beli tepung...tengok ada tak tulis BENZOYL PEROXIDE atau BLEACH. Jadi sesiapa ada info bolehlah kita kongsi bersama-sama. Mana tahu saya salah. Sebab yang bagi info ialah orang yang ada dalam line ni dan dia suruh berkongsi.

search aje youtube TEPUNG GANDUM ADA BAB*
/ Sumber


Laman Emjay:

Beliau menambah bahawa pada satu waktu dahulu, satu lori tepung gandum seberat 20 tan untuk dieksport ke Singapore telah ditegah masuk kerana mengandungi bahan kimia BP. Bagusnya Singapore, mereka mengharamkan jualan tepung gandum yang mengandungi bahan kimia BP kerana hendak menjaga kesihatan rakyatnya .."
from:http://getacnetreatmentas.com
Benzoyl Peroxide



Bagaimana  proses pemutihan tepung gandum berlaku?


Bila kita bercakap secara teknikal, carotenoid pigment (Kuning) yang terkandung dalam tepung yang dioksidise untuk mengeluarkan warna tepong bertukar kepada warna putih. Sebenarnya oxcidition akan bertukar secara semulajadi mengikut masa apabila  tepung tersebut didedahkan atau terdedah secara semulajadi yang memerlukan masa sekurang kurangnya mengambil masa 14 hari untuk mendapatkan hasil atau bertukar pada ke putih putihan (bukan putih melepak).


Namun pada hari ini proses (Bleaching) telah diambil alih peranan proses semulajadi dengan mengunakan cecair(chemical) agent pemutih.Proses ini mempercepatkan masa sesingkat 1 jam sahaja berbanding proses secara semulajadi untuk mencerahkan dan mematangkan tepung.Namun begitu ianya perlu dilabelkan sebagai tepong yang diBLEACH.


Bleach@agen pemutih biasanya mengunakan : (Chlorine Gas) yang boleh menyebabkan kematian atau (Benzoyl Peroxide) bahan atau chemical yang digunakan dalam ubat jerawat. Ianya telah diharamkan pengunaan bahan kimia berikut pada makanan sejak awal tahun 1900 lagi. Tetapi masih digunakan oleh peniaga yg mementingkan keuntungan tanpa mengira ianya boleh mendatangkan kemudharatan kesihatan serta mungkin boleh membawa maut.


Selain itu, additive Chemical : Potassium Bromate, di gunakan untuk menambah pertumbuhan ragi(yeast) dan pengebuan gluten dan ini amat bahaya kepada kesihatan.







HarianMetro Melaporkan



KUALA LUMPUR: Sesetengah jenama tepung gandum yang berada di pasaran didakwa boleh membahayakan kesihatan pengguna kerana menggunakan bahan peluntur selain dikhuatiri diperkaya dengan sumber nutrisi tidak halal.

Ini kerana syarikat pengimport tepung gandum dipercayai membeli bekalan tepung terpakai dan lama disimpan sehingga warnanya bertukar kehitaman atau kekuningan di pasaran antarabangsa sebelum menjual kembali di Malaysia.

Bagi memutihkan kembali warna tepung itu, bahan kimia seperti benzoyl peroxide, calcium peroxide, nitrogen dioxide dan klorin digunakan sehingga menyebabkan semua nutrisi semula jadi hilang dalam proses pemutihan terbabit.

Bagaimanapun, penetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tepung gandum perlu mengandungi 13 peratus nutrisi menyebabkan syarikat pengimport menambah dari sumber luar antaranya memperkayakan dengan thiamin atau Vitamin B1.

Thiamin bersumberkan bijiran mahal dan bagi menampung kos pengeluaran, syarikat pengimport dipercayai menggunakan Vitamin B1 dari sumber babi yang lebih murah dan mudah diperolehi bagi memperkayakan tepung gandum yang melalui proses pemutihan. Mendedahkan perkara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, terdapat tiga jenis tepung gandum yang berada di pasaran sekarang iaitu tepung gandum tanpa peluntur (unbleached flour), tepung gandum berpeluntur (bleached flour) dan tepung gandum diperkayakan (enriched flour).

“Tepung gandum tanpa peluntur diproses secara semula jadi dengan warnanya agak keperangan tetapi mengandungi nutrisi tinggi kepada manusia manakala tepung gandum berpeluntur banyak berada di pasaran melalui proses pemutihan.

“Tepung gandum yang diperkayakan pula ialah tepung melalui proses pemutihan yang terpaksa ditambah nutrisi tidak semula jadi sama ada dari tumbuhan atau haiwan berikutan semua nutrisinya hilang,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata, kebiasaannya pengguna menggemari tepung gandum berwarna putih kerana mengaitkannya dengan bersih.

“Kajian kami mendapati bahan kimia ini yang diambil secara berterusan melalui makanan menyebabkan barah selain penggalak kepada penyakit kencing manis, arthritis dan gout.

“Selain itu, kami juga bimbang nutrisi yang ditambah dalam tepung itu mungkin bersumberkan babi kerana ia paling mudah dan murah didapati,” katanya.

Nadzim berkata, negara Kesatuan Eropah dan China sudah lama mengharamkan penggunaan benzoyl peroxide dan klorin dalam tepung gandum bagi menjaga kesihatan penduduk mereka.

“Selain daripada meneliti bungkusan tepung gandum itu, ia boleh juga dibezakan melalui warna tepung itu sendiri. Tepung yang tidak menggunakan peluntur kelihatan agak keperangan manakala tepung berpeluntur sangat putih disebabkan bahan kimia,” katanya



-----------------------------------------------------------------------------------



Kem. Kesihatan : Penggunaan benzoyl peroxide ikut aturan dibenar

KUALA LUMPUR: Penggunaan bahan kimia benzoyl peroxide dalam tepung gandum sebagai kondisioner makanan memang dibenarkan di negara ini tetapi tidak lebih daripada 50 miligram (mg)/kilogram (kg).

Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd Othman berkata, kajian yang dijalankan Jawatankuasa Pakar mengenai Aditif (JECFA) di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) ke atas benzoyl peroxide mendapati penggunaan bahan kimia itu dalam makanan tidak mendatangkan kemudaratan.

“Benzoyl peroxide bukan karsinogenik atau bahan yang boleh menyebabkan barah. Laporan JECFA menyatakan semasa pemerosesan makanan, hampir keseluruhan benzoyl peroxide akan ditukar kepada asid benzoik. “Pengambilan tepung gandum yang dirawat dengan benzoyl peroxide hampir menyerupai pengambilan makanan yang mengandungi asid benzoik iaitu sejenis bahan pengawet yang dibenarkan dalam pelbagai makanan di bawah Peraturan-peraturan Makanan (PPM) 1985. Ia juga tidak menyebabkan barah,” katanya dalam kenyataan kepada Harian Metro.

Noraini berkata, berhubung penggunaan bahan kimia itu berisiko mendatangkan kencing manis dan arthritis, pihaknya tiada sebarang maklumat.

“Laporan JECFA menyatakan pengambilan benzoyl peroxide boleh menyebabkan jangkitan pada kulit tetapi ia bukan akibat pengambilan melalui makanan, sebaliknya kesan rawatan kulit,” katanya. Katanya, selain Malaysia, Singapura dan Jepun yang membenarkan penggunaan benzoyl peroxide dalam tepung gandum, Amerika Syarikat turut membenarkan penggunaannya dalam tepung dan keju manakala Kod Standard Pemakanan di Australia dan New Zealand membenarkan ia digunakan dalam semua makanan.

Noraini berkata, PPM 1985 membenarkan mana-mana tepung termasuk tepung gandum yang mengandungi benzoyl peroxide pada kadar tidak lebih daripada 50 miligram/kilogram sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan. 
Sumber

P/s :)  Walaupun penggunaannya mengikut aturan tahap keselamatan dan dibenarkan oleh pihak yang berkuasa... tapi kita dah pekena tepung ni dah lama dah..dah berapa ratus kilo masuk dalam segenap tubuh kita pun tak tahu..patutlah kita rasa makin hari makin tak sihat..sakit sana sini. Sendiri mahu ingatlah ya..Kebanyakkan penyakit datang dari bahan yang kita makan semuanya terkandung di Perut.


Ahad, 15 April 2012

Taktik Belek RM100




BUKIT BERUANG - Polis negeri menasihati orang awam supaya berhati-hati dengan sepasang suami isteri dari Timur Tengah yang melakukan tipu daya melarikan wang di kaunter pembayaran di kedai yang menjalankan urus niaga secara tunai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Superintendan Soh Hock Sing berkata, modus operandi itu dikesan selepas menerima dua laporan mengenai kejadian di dua buah kompleks beli-belah ternama di negeri ini sejak Mac lalu.

“Laporan pertama diterima pada 28 Mac lalu, membabitkan kerugian RM1,050 di sebuah kedai di Dataran Pahlawan Melaka Megamall dan laporan kedua pula pada 10 April dengan jumlah kerugian RM250 di Mahkota Parade,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, semalam.

Hock Sing berkata, pasangan berusia 40-an itu dilihat bersama seorang kanak-kanak dipercayai anak mereka, memasuki kedai sebelum membeli barangan murah dan membayar dalam jumlah besar di kaunter pembayaran.

“Kebiasaannya ketika mahu membuat pembayaran, mereka yang mengaku sebagai warga asing memaklumkan kepada juruwang bahawa mereka tidak pernah melihat wang RM100 dan sebagainya, lalu meminta juruwang menunjukkan wang tersebut.

“Ketika juruwang menunjukkan wang yang diminta, salah seorang daripada mereka merampasnya dan berpura-pura membelek duit sebelum memulangkan duit itu dalam jumlah yang kurang,” katanya.

Menurutnya, penipuan itu berjaya dikaburi apabila seorang lagi daripada suspek berbual dengan juruwang dan kesempatan itu digunakan untuk mengambil wang tanpa disedari juruwang terbabit.

“Kedua-duanya meninggalkan kaunter selepas memperdaya dalam tempoh singkat dan juruwang hanya menyedari kekurangan duit selepas mengiranya semula,” katanya.

“Polis masih memburu suspek yang melakukan jenayah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan memperdaya,” katanya.

Justeru katanya, orang ramai diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.

Sinar harian

Ilmu Mengesan Pelaris Atau Sihir Racun




Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum? Sehat?.. Satu dialog biasa yang mungkin orang dah boring dengar setiap kali ada je post baru. Hari ni pakcik nak sentuh sikit pasal pelaris dengan sihir racun dalam makanan ni. Pelaris ni, bagi yang tak tau, digunakan untuk memajukan perniagaan, walaupun barang dia cokia@ teruk, orang masih beli, pelaris la katakan.
Senang cerita kita buat contoh begini, korang nak beli telefon bimbit, tiba2 aje amoi cun fuh meletup yang terangkan pasal telefon bimbit tu. Goyang korang. Akhirnya, korang beli jugak walaupun korang tak faham apa fungsi  dia.


Jadi dekat sini pak cik nak berkongsi ilmu nak kesan guna ilmu pelaris, sebelum kena... baik kita hindarkan :-
  1. Fatihah 1kali
  2. Ayat Kursi 1 kali
  3. Surah Quraisy 1 Kali
  4. Surah Ikhlas 3 kali
  5. Ayat Penggerak 3 kali
Baca sebelum keluar rumah, dan keluar dengan langkah kanan dengan menyebut Bismillahi Tawakkaltu Ala ALLAH La Hau La Wa La Quata Illa Billahil A liyyil Azim
Masa hendak melangkah masuk dalam majlis tu, langkah dengan kaki kanan dan baca :-
  1. Surah Quraisy 1 kali
  2. Innallaha Qawiyyun Aziz 3 kali
  3. Ayat Penggerak 3 kali
Jadi, tanda-tandanya korang akan rasa bila korang sampai dekat area tu, seperti loya nak muntah macam orang mengandung, tak pun dengar bunyi pinggan pecah. Kalau ada tanda ni.. baik korang cabut… nanti korang terkena pelaris kang, tak pasal2 korang beli handset yang korang sendiri tak reti nak guna.


Lupa pulak, ni ayat Penggerak tu :-


Kredit: berkatrezeki.com


Mengerikan! Gambar Cacing Keluar Pada Tuala Wanita!!


Wahai kaum Hawa sekelian, saya tidak menyarankan anda untuk melihat foto-foto dibawah ini kerana  takut anda akan phobia pada tuala dot dot! Ini sesuatu yang tak terlihat sebelumnya... Sungguh mengerikan. Bagi adik, kakak dan makcik-makcik semua apa-apa pun sebelum guna baik tenguk dahulu dan berhatil-hatilah ya. Maaf kerana mengganggu setiuasi Anda semua ya.

Pembalut ini khabarnya berasal dari China. Maka berhati-hatilah kalau memilih tuala dot dot.
Mari kita semua lihat dari mana ia Keluar...







Kredit: kutalkutil


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik