IKLAN

Selasa, 3 April 2012

GAMBAR TERBARU:PROTON PREVE YANG BAKAL MENEMUI ANDA TAK LAMA LAGI



Assalam kepada semua..

Inilah gambar yang ditunggu-tunggu oleh peminat kereta...Ia merupakan model terbaru keluaran Proton..yang diberi nama PROTON PREVE. Dengar Khabarnya akan dilancarkan selewat-lewatnya pada penghujung bulan April ni. Chekidaut..






Kredit: Fantastickodesign 

Untuk menjaga kereta ini supaya tak hilang mari baca artikel dibawah:



Amalan Pengunci Kereta


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Hari ni pak cik nak berkongsi dengan korang semua mengenai sebuah amalan yang dipanggil amalan mengunci kereta.
Haa?. Mungkin ada antara korang yang akan silap menafsir makna tajuk diatas. Bukanlah ia bermaksud, dengan amalan ini, tak memerlukan korang untuk memulas kunci untuk lock pintu kereta ataupun tak perlu menekan button tik tok untuk kunci automatik, tapi terus terkunci sendiri.
Tapi amalan ini nak melindungi kereta korang dari dikacau oleh mat pet@mat dadah yang cuba merembat bumper kereta korang la, radio kereta korang la, ataupun lapik kaki kereta korang. Jadi, mungkin antara korang akan rasa resah gelisah kalau lapik kaki kereta korang hilang, jadi ini adalah antara amalannya.
Ibarat kereta korang hilang dari pandangan pencuri. Sampaikan kalau korang parking kat parking lot tu, orang sampai nyaris-nyaris langgar kereta korang sebab ingatkan kosong. Gitulah gamaknya.. Ni sahaja je pak cik menamboh nyee 


Jadi, bersediakah korang untuk tahu amalan tersebut demi Mercedez 5 series korang, ataupun kancil convert turbo korang? Ataupun Nissan Sentra yang baru lagi tak bukak plastik?. Nah ni amalan dia :-

Ambil 3 biji batu,

1. Baca bismillah.

2. Baca shahadah.

3. Selawat atas nabi 3x.

4. Doa Nabi Yunus 1x.doanya seperti dibawah...


Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin

5. Bacakan AL-FATIHAH pada setiap batu

6. Letakkan pada bonet depan (sambil lafaskan KUN FAYAKUN)

7. Letakkan atas bumbung (sambil lafaskan KUN FAYAKUN)

8. Letakkan pada bonet belakang (sambil lafaskan KUN FAYAKUN)

9. Tawakal dan jangan menoleh lagi..terus berlalu…mudah-mudahan berhasil..amin YA ALLAH s.w.t…
Ok?. Yang penting kena yakin. Semua usaha kita sudah buat, tapi kalau hilang jugak, itu kehendak ALLAH Taala.


Kredit: berkatrezeki.com

Rahsia Bahan Binaan Piramid Termaktub dalam Al-Quran


http://forum.mn66.com/imgcache/2/307625women.jpg
Surah Al-Qashash, Ayat 38 :
Dan Berkata Fir'aun: "Hai pembesar kaumku, Aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain Aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku tanah liat[1124] Kemudian buatkanlah untukku bangunan yang Tinggi supaya Aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan Sesungguhnya Aku benar-benar yakin bahwa dia termasuk orang-orang pendusta".
[1124]  Maksudnya: membuat batu bata.
Daripada keajaiban yang dianggap oleh manusia sebagai binaan yang canggih ( Piramid ) Allah SWT secara mudah memberi tahu kita bahawa binaan tersebut hanyalah dibina daripada tanah yang telah dibakar.
Maha Suci Allah SWT dalam menyanpaikan maklumat kepada manusia melalui Al-Quran Al-Karim yang lengkap dalam semua aspek termasuk sains dan perjalanan zaman manusia.
Sesungguhnya Allah SWT lah yang mencipta manusia, yang mencipta tamaddun manusia daripada zaman Nabi Adam A.S. sampailah hari kiamat, maka janganlah kita meragui setiap maklumat yang Allah SWT sampaikan melalui Al-Quran yang menjadi Mukjizat sehingga hari Kiamat.
Rujukan :
http://www.ibtesama.com/vb/showthread-t_253553.html

Islam Tidak Suruh Umatnya Jadi Kaya!


Garu kepala.

Bukan sekali dua.
Dah banyak kali terbaca dan terdengar.
Islam tidak pernah menghalang kita semua mencari harta kekayaan asalkan melalui cara yang halal dan membayar zakat apabila sampai 
masanya.

Sumber gambar:abgreds

Berikut ada 8 jawapan untuk persoalan sebegini. Kalau terdengar dan terbaca, selalunya saya senyapkan sahaja, melainkan kalau ada orang bercakap terus dengan saya.
#1 Nabi tak suruh umatnya jadi kaya!
Habis tu nak suruh Yahudi ke bayar zakat?
#2 Harta tak boleh bawak masuk kubur.
Harta yang jadi sedekah jariah boleh aje.
#3 Orang kaya semua jahat, makan rasuah, tamak.
Lembaga Zakat Selangor pada 2011 kutip RM 393.5 juta. Orang jahat rupanya yang bayar zakat ni.
#4 Orang yang nak jadi kaya ni golongan kapitalis!
Oh, jadi ok lah umat Islam jadi pengemis?
#5 Buat apa jadi kaya, syukur dengan apa yang ada.
Alhamdulillah, surau taman kita dah 7 tahun tak siap-siap lagi. Agaknya missionaries Kristian mana yang nak sumbang duit ye?
#6 Yang penting ilmu, bukan harta.
Iya lah. Sebab tu kena pinjam PTPTN nak masuk universiti kan.
#7 Qarun je yang suka kumpul harta ni.
Dah orang baik-baik macam kau tak mahu, Qarun kautlah semua.
#8 Kena zuhud syeikh. Duit, saham, emas semua ni dunia.
Nanti kau dah masuk gaji, transfer duit tu ke akaun bank aku ye. Aku banyak hutang lagi ni belum selesai.


www.pakdi.net

Isnin, 2 April 2012

Album Terbaru Maher Zain akan Lebih Universal



Maher Zain, penyanyi yang berasal dari Sweden ini melancarkan album keduanya yang berjudul "Forgive Me". Ia berharap album kedua ini berjaya seperti album pertamanya. 

"Alhamdulillah, i'm done," ujarnya dalam sidang akhbar di Jakarta, Isnin. Maher mengaku merasa lega album keduanya ini telah selesai pengeluarannya. Penyanyi berdarah Lebanon ini memerlukan masa satu tahun untuk menyelesaikan album yang mengandungi 14 lagu, dua diantaranya dinyanyikan dalam Bahasa Indonesia. 

"Album ini mengalami banyak perkembangan dari album pertama. Tentunya lebih berkualiti dan elemen pengeluaran ditambah, alat muziknya juga bertambah," katanya dipetik Antara . Maher mengungkapkan single pertama dalam album ini berjudul "Number One For Me" bercerita tentang ibu. Bagi Maher, ibu adalah orang nombor satu yang sangat dihormati dan dikagumi.


"Melalui lagu ini saya ingin menyampaikan mesej universal, bahawa kita mempunyai satu ibu. Orang yang selalu menjadi nombor satu. Orang yang selalu menyokong kita dan sangat pemaaf," katanya. Peter Hendarwin Sony Muzik Entertainment Indonesia berharap album kedua Maher Zain ini boleh diterima awam dan penjualannya melampaui rekod dari album pertama.


"Penjualan CD, DVD, dan RBT lagu Maher Zain dalam album pertama meraih pensijilan 20 kali platinum, kami berharap tahun ini dengan album barunya boleh mencapai lebih tinggi lagi, "katanya. Lebih universal Sebelumnya siaran akhbar Sony Music Entertainment Indonesia menyebutkan Maher Zain menghadirkan karya lagu berirama pop dengan mesej positif yang lebih universal, tidak hanya boleh dinikmati umat Islam saja. 


Dengan tema yang universal ini, Maher berharap akan lebih banyak orang yang menerima mesej-mesej positif dalam lagu-lagunya. Managing Director Sony Music Entertainment Indonesia, Toto Widjojo mendedahkan Maher Zain adalah penyanyi yang telah membawa harum dunia lagu pop Muslim di dunia. Album perdananya yang berjudul 'Thank You Allah' mencatat prestasi sebagai album antarabangsa terlaris sepanjang 2011 dengan pensijilan 20 kali Platinum. 


"Di Indonesia, kehadirannya juga diterima secara meluas oleh masyarakat," katanya. Buktinya, Maher Zain tercatat sebagai artis antarabangsa dengan penjualan album terbanyak pada 2011 di Indonesia. Dalam Album "Forgive Me", Maher akan menghadirkan 14 lagu. Dua lagu diantaranya berbahasa Indonesia dan dalam salah satu lagunya Maher menghadirkan suara bayinya.


Selain promosi album baru, Maher juga akan membintangi sebuah siri TV berjudul "Insha Allah - Find My Way".Siri TV ini merupakan kerjasama Sony Music Entertainment Indonesia dengan DNA Production .Rencananya siri ini akan ditayangkan pada Ramadhan tahun ini di salah satu stesen TV swasta. *


diterjemah dari : www.hidayatullah.com


Makna Bacaan Solat Harian Anda


Marilah insaf 

Ada baiknya jika ketika solat kita faham apa yang dibacakan. Lebih khusyuk dan afdal. Apa kata kita nonton video dibawah yang menerangkan maksud bacaan solat harian. Insya Allah solat lebih feel dan enjoice...kredit

Gambaran Negatif Media Terhadap Muslim Menuntun Lelaki Kanada Masuk Islam



Penggambaran negatif media terhadap umat Islam dan keyakinan mereka telah mendorong seorang profesor Kanada untuk mempelajari Islam dan Al-Quran, sehingga akhirnya menuntun dia untuk memeluk Islam.


"Ketika saya datang ke Arab Saudi saya menyedari betapa salah media Barat menggambarkan Islam sebagai agama kekerasan dan keganasan," kata David Roy Woelke, seorang profesor bahasa Inggeris Kanada di King Abdulaziz University,  melaporkan pada Jumaat 30 Mac 2012.
Woelke mengucapkan kalimat Syahadah pada hari Rabu lalu di markas Majelis Dunia Remaja Muslim (World Assembly of Muslim Youth / WAMY). Dia kemudian menukar namanya menjadi Dawood (Daud).


Dia mengatakan, dia dipimpin ke Islam setelah melakukan kajian perbandingan tentang agama Islam dan Kristian.
"Ketika saya datang ke Kerajaan Saudi saya melihat bahawa ada perbezaan besar antara Islam yang terherot oleh Barat dan Islam yang sebenar," ujarnya.


"Jadi saya memutuskan untuk menggali lebih jauh tentang agama ini. Ketika saya mempelajari lebih banyak tentang Islam, Allah SWT membimbing saya untuk memperbaiki jalan saya, sehingga saya memutuskan untuk memeluk Islam."
Umat ​​Muslim sering digambarkan di media Barat sebagai orang yang kejam.
Sebuah kajian di Britain baru-baru ini menuduh media dan industri filem mengabadikan Islamofobia dan prasangka dengan memprojeksikan Muslim sebagai pelaku kekerasan, orang-orang berbahaya dan sangat mengancam, jelasnya.
Dawood mengatakan bahawa kajian yang mendalam tentang Islam telah menuntunnya untuk memeluk iman yang benar.
"Banyak teman-teman Muslim mendorong saya untuk menerima Islam sebagai agama saya," katanya menegaskan.


"Setelah seorang salesman Pizza menyatakan bahawa dia ingin melihat saya menjadi seorang Muslim."
"Agama adalah lembaga buatan manusia tetapi iman adalah hubungan antara manusia dan Tuhannya," katanya kepadaArab News.
"Saya ingin sibuk bekerja pada hubungan peribadi saya dengan Allah dan tidak begitu sibuk tentang hubungan orang lain dengan Allah."
Khabar tentang masuk Islamnya Woelke telah membuat banyak warga Saudi senang.
"Beribu-ribu orang dari pelbagai agama dan kebangsaan, terutama lelaki berpendidikan dan wanita seperti Woelke, datang ke sini dan masuk Islam setiap tahun," kata pembantu setiausaha agung WAMY Dr Muhammad Badahdah.
"Ada permintaan besar untuk terjemahan bahasa Inggeris dari Al-Quran dan buku-buku Islam di kedai buku. Saya yakin Islam akan menarik orang-orang jujur ​​seperti Woelke." (Fq / arabnews)


Diterjemah dari : eramuslim.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik