IKLAN
Sabtu, 3 Disember 2011
Benarkah 13 Produk Makanan KR1M Tidak Penuhi Spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985 ?

Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa sejumlah 13 jenis produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak menepati spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985 dan tindakan telah diambil untuk memastikan ia dikeluarkan daripada rak-rak jualan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong berkata, produk-produk itu ialah susu segar, susu sejat, susu pekat manis, sos tiram, jem buah-buahan, kari ayam tin, kordial mangga, minyak sapi, kacang tanah, mentega kacang berkrim,mentega kacang ranggup, sardin tin, dan soso tomato.
Katanya, produk-produk ini juga tidak menepati spesifikasi penglabelan, komposisi produk dan tidak menepati aspek keselamatan makanan.
Liow juga berkata, ekoran dari itu, pihak kementerian turut menjalankan pemeriksaan ke atas 30 kilang yang membekalkan makanan-makanan berkenaan ke kedai KR1M.
Beliau menyatakan pihak kementerian juga telah mengambil 93 sampel dari 43 produk makanan yang dijual di KR1M untuk tujuan analisis.
Katanya lagi, Kementerian Kesihatan akan terus memantau kualiti makanan yang dijual di kedai KR1M dan konsumer yang mempunyai maklumat ke atas sebarang produk yang meragukan supaya menghubungi pihak berkuasa dengan serta merta.
Isu mengenai kualiti produk yang dijual di KR1M yang tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh kementerian telah dibangkitkan oleh ahli parlimen DAP, Tony Pua baru-baru ini.
Dalam hubungan ini, kata Liow tindakan Tony Pua mengumumkan tentang perkara tersebut secara terbuka telah menjejaskan pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana apabila pemeriksaan dilakukan sebahagian daripada produk yang meragukan itu telah pun dikeluarkan dari rak jualan.
Bagaimanapun Liow berkata, pihak kementerian telah berjaya mengesan siapakah pihak yang mengeluarkan produk-produk makanan itu.
Tambah beliau dari Januari hingga Ogis tahun ini, 125,709 barangan yang dibawa masuk ke Malaysia telah diperiksa di bawah Sistem Maklumat Keselamatan Makanan.
“Hasil siasatan dan ujian mendapati, 1.1% daripada barangan ini didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985,” ujarnya.
Untuk produk tempatan pula, 41,518 sampel telah diambil dari Januari hingga September tahun ini dan daripadanya 4.9% telah didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985.
Sumber
Jumaat, 2 Disember 2011
Petua Keluarkan Air dari Lubang Telinga
Air yang masuk ke telinga dan tidak dibersihkan dengan segera boleh menyebabkan masalah. Jika saluran telinga basah, maka perlindungan pada saluran telinga akan hilang dan berisiko mengalami infeksi jangkitan telinga bernanah dan sebagainya.
Sebaiknya ketika air ada didalam rongga telinga kita, jangan panik dan agar anda bertenang. Berhati-hati jangan dikorek-korek dengan cotton pengorek telinga atau benda-benda yang lainnya.
Berbagai Petua/cadangan/cara...anda boleh mencubanya.Ini sebagai ikhtiar kita sahaja, kalau tak menjadi jangan marahkan aku pulak... aku cuma ingin berkongsi..Cubalah InsyaAllah berjaya.
1. Gerakkan kepala
Gerakkan kepala dari satu sisi ke sisi yang lain dalam gerakan goyang ke arah bahu,dan kembalikan telinga ke posisi normal dan gerakkan kembali pada arah yang berlawanan. Masukkan jari ke telinga untuk membuat tekanan yang cukup untuk mengeluarkan air. atau...
Jika telinga yang masuk air adalah telinga sebelah kiri maka tutup yang sebelah kanan dengan jari tangan kanan dan menyerongkan kepala ke kanan. Tangan kiri masukkan air ke telinga kiri dan ketika sudah terasa masuk ke bahagian dalam akan menyerongkan kepala ke kiri agar semua air yang ada di lubang telinga kita boleh keluar semua.
2. Berbaring
Jika masih belum keluar juga, cuba anda berbaring / tidur dengan posisi mengiring dengan telinga yang masuk air itu berada di bawah / menempel di bantal. Biasanya air akan keluar dengan sendirinya.InsyaAllah.
Jika masih belum keluar juga, cuba anda berbaring / tidur dengan posisi mengiring dengan telinga yang masuk air itu berada di bawah / menempel di bantal. Biasanya air akan keluar dengan sendirinya.InsyaAllah.
3. Keringkan dengan pengering rambut
Miringkan kepala dan mengeringkannya dengan tuala kering juga boleh membantu air keluar. Hembusan pengering rambut yang ditetapkan dengan kepanasan yang rendah ke dalam telinga juga boleh membantu mengeringkan telinga. Uji pengering rambut pada kulit terlebih dahulu untuk memastikan kepanasannya tidak berlebihan.
4. Campuran larutan alkohol dan cuka
Menurut American Academy of Family Physicians, campuran larutan alkohol dan cuka putih juga boleh membantu mengeringkan air yang masih tersisa di saluran telinga anda.
Masukkan 3-5 titis campuran larutan ini ke dalam telinga dengan kepala dimiringkan dan biarkan selama beberapa saat. Anda akan mendengarkan bunyi berongga di telinga yang bermaksud telinga anda mulai kering.
Ulangi cara diatas jika masih belum berhasil dan jika tidak juga selesai masalah ini adalah lebih baik berjumpa dengan doktor kesayangan anda.
Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia Terus Merudum

Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu kepada 60 tahun ini, menurut Transparency International Malaysia (TI-M).
Bercakap pada majlis mengumumkan keputusan itu di Subang Jaya pagi ini, Timbalan Presiden TI-M Mohamad Ali Hasan berkata, Malaysia mencatatkan markah atau skor sebanyak hanya 4.3. Ini kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009.
Katanya, walaupun kejatuhan itu hanya membabitkan 0.1 mata tahun ini, namun ia masih membimbangkan kerana kerajaan telah berusaha memulakan beberapa usaha-usaha anti-rasuah.
"Mengapa ia harus jatuh? Kerajaan telah menganjurkan beberapa program (anti-rasuah). Persepsinya adalah bahawa program itu tidak berkesan," katanya.
Pada tahun 2003, Malaysia berada pada kedudukan 37 dalam kaji selidik yang membabitkan 146 negara. Bagi 2010, kaji selidik itu melibatkan 178 negara.-
malaysiakini.
Manakala Bernama melaporkan...Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, Malaysia yang menduduki tempat ketiga di kalangan negara Asia Tenggara selepas Singapura dan Brunei, memungut 4.4 mata daripada 10 mata untuk berada di depan Thailand yang mendapat 3.5 mata (tempat ke-78) dan Indonesia dengan 2.8 mata (tempat ke-110).
“Denmark, New Zealand dan Singapura terikat pada kedudukan pertama dengan memungut 9.3 mata. Statistik Malaysia tidaklah merosot malah kekal. Negara kini berada di tengah-tengah (antara baik dan tidak baik).
Bertapa hebatnya kita membeli isu terkini
Fakir miskin terpedaya
Orang kaya semakin kaya
Bagaimana kita nak maju asyik mereka rembatkan
AP senang didapat
Projek besar diorang rembat
45 hitam biru mencari-cari
tujuan
Aku dia kita mangsa
Hal kecil menjadi besar
Apa lagi yang kita semua perlu lakukan
Bangsa kita keluar malam
Maruah bangsa semakin curam
(Korus)
Ingat kita takut?!
Apa mengarut?!
Kita tunjukkan!
RAKYAT KEDEPAN!
Bertahun-tahun akan kita merasai sengsara
Peperangan yang tak sudah!
Cari harta mengambil tanah!
Walau sekarang kita hidup hidup dah cukup mudah
Tak cukup tamak harta
Cari makan mereka kata
(Dikir Barat)
Bak Kata
Cerita pendek
Kita harus
Kerja sama
Jaga jaga
Jaga nama
Kalau jatuh
Depa pijak
Kerja sama
Boleh maju
Jangan malas
Jangan tipu
Makan rasuah
Tikam belakang
Semua ini
Buat rosak
Tukar cara
Kita fikir
Baru hapus
KORUPSI!!!!
Tukar cara
Kita fikir
Baru hapus
KORUPSI!!!!
Rabu, 30 November 2011
Kumpulan Kata-Kata Hikmah dan Bijaksana yang Islamik
Perbanyaklah kamu mengingati mati, kerana hal itu boleh membersihkan dosa dan menyebabkan kamu zuhud atau tidak cinta kepada dunia. (Rasulullah S.a.w)
Berteman dengan orang bodoh yang tidak mengikuti ajakan hawa nafsu adalah lebih baik bagi kamu, daripada berteman dengan orang alim tapi selalu suka terhadap hawa nafsu. (Ibnu Attailllah as Sakandari)
Keluarlah dari dirimu dan serahkanlah semuanya pada Allah, lalu penuhi hatimu dengan Allah. Patuhilah kepada perintahNya, dan larikanlah dirimu dari laranganNya, supaya nafsu badaniahmu tidak memasuki hatimu, selepas itu keluar, untuk membuang nafsu-nafsu badaniah dari hatimu, kamu harus berjuang dan jangan menyerah kepadanya dalam keadaan bagaimanapun juga dan dalam tempoh bila-bila masa juga. (Syeikh Abdul Qadir al-Jailani)
Kejahatan yang dibalas dengan kejahatan pula adalah sebuah akhlak ular, dan kalau kebajikan dibalas dengan kejahatan itulah akhlak buaya, lalu bila kebajikan dibalas dengan kebajikan adalah akhlak anjing, tetapi kalau kejahatan dibalas dengan kebajikan itulah akhlak manusia. (Nasirin)
Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu akan menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) sedangkan harta terhukum. Kalau harta ia akan berkurang apabila dibelanjakan, tetapi ilmu akan bertambah apabila dibelanjakan@diajarkan. (Sayidina Ali bin Abi Talib)
Orang yang suka berkata jujur akan mendapat 3 hal, iaitu: kepercayan, CINTA dan RASA HORMAT (Sayidina Ali bin Abi Talib)
Ketahuilah bahawa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rosak. (Sayidina Ali bin Abi Talib)
Sabar mempunyai dua sisi, sisi yang satu adalah sabar, sisi yang lain adalah bersyukur kepada Allah. (Ibnu Mas'ud)
Kebersamaan dalam suatu masyarakat menghasilkan ketenangan dalam segala kegiatan masyarakat itu, sedangkan saling bermusuhan menyebabkan seluruh kegiatan itu tergantung. (Bediuzzaman Said Nursi)
Menghidupkan kembali agama bererti menghidupkan suatu bangsa. Hidupnya agama bererti cahaya kehidupan. (Bediuzzaman Said Nur)
Orang yang terkaya adalah orang yang menerima pembahagian (takdir) dari Allah dengan senang hati. (Ali bin Husein)
Seseorang yang melihat kebaikan dalam pelbagai hal bererti mempunyai fikiran yang baik. Dan seseorang yang mempunyai fikiran yang baik mendapatkan kenikmatan dari hidup. (Bediuzzaman Said Nur)
Dia yang menciptakan mata nyamuk adalah Zat yang menciptakan matahari.(Bediuzzaman Said Nursi)
Penderitaan jiwa mengarahkan keburukan. Putus asa adalah sumber kesesatan dan kegelapan hati, pangkal penderitaan jiwa. (Bediuzzaman Said Nursi)
Takutlah kamu akan perbuatan dosa di saat sendirian, di saat inilah saksimu adalah juga hakimmu. (Ali bin Abi Talib)
Pangkal daie semua kebaikan di dunia mahupun di akhirat adalah taqwa kepada Allah. (Abu Sualeman Addarani)
Barang siapa tidak dicuba dengan bencana atau kesusahan, maka tidak ada sebuah kebahagiaan pun di sisi Allah. (Adh-Dhahhak)
Niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan, oleh kerana itu, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk. (Imam An Nawawi)
Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat yang baik. Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak mencari rezeki yang lebih baik daripada sabar. (Umar bin Kattab)
Orang yang paling aku sukai adalah dia yang menunjukkan kesalahanku. (Umar bin Khattab)
Dibawah ini adalah kumpulan dari kata bijaksana yang diambil dari salah seorang Ustaz yang terkenal di Indonesia iaitu, AA Gym.
Semakin ingin menunjukkan diri kita agar diakui, dihormati, maka semakin tertekan, tegang dan melelahkan batin, dan biasanya makin tidak disukai.
Tak jujur adalah penjara, yang membuat diri dicengkam takut terbongkar, mudah untuk berdusta, nikmat apapun tak akan ternikmati, maka jujur adalah hidup merdeka.
Hati yang bersih akan peka terhadap ilmu, apa-apa yang dilihat, didengar, dirasakan jadi samudera ilmu yang membuatnya kian bijak, arif dan tepat dalam menyikapi hidup ini.
Mustahil semua orang akan menyukai kita - walau kita berbuat baik semaksimum mungkin. Tak usah aneh dan kecewa, terus saja berbuat yang terbaik, kerana itulah yang kembali kepada kita.
Keberanian untuk mengatakan tak tahu untuk yang tak diketahuinya jauh akan lebih menenangkan dan dihormati daripada selalu ingin kelihatan serba tahu atau serba berpengatahuan.
Konflik biasanya terjadi kerana saya benar dan kamu salah, berilah kesempatan hati mengatakan kita benar dan dia pun boleh jadi benar, Insya Allah akan mudah cari penyelesaian.
Orang yang paling mulia di antara manusia adalah orang yang paling banyak mengingati mati dan paling siap menghadapinya dengan bekal amal soleh.
Yang penting bagi pimpinan bukan memaksa anggotanya mentaati kepada perintahnya, tapi membuat mereka faham apa yang terbaik yang harus dilakukannya dengan penuh kesedaran.
Sikap emosional merupakan ciri belum mahir mengendalikan diri. Bagaimana mungkin dapat mengawal orang lain dengan baik, bila diri sendiri kurang terkawal.(AA Gym.)
Semoga semua mendapat manfaat dari kata-kata hikmah dan bijaksana diatas, dapat membantu kita semua menjadi muslim yang beriman dari sebelumnya. Dan jika ada kesalahan dalam kata-kata motivasi islami di atas,saya mohon untuk ditegur. Semoga berguna untuk anda semua. Jadi semua ini boleh membantu kita menjadi manusia yang lebih baik tak kiralah agama apa yang anda anuti.
Bagi umat Islam yang mempunyai kata-kata bijaksana dan tentunya harus islami. Mari kita bersama berkongsi supaya pahala kita bertambah menjadi pahala jariah bila kita tiada lagi di dunia ini! WallahuA'lam.
Kredit :blogbintang.com
Selasa, 29 November 2011
5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat
Gambar badrulhisham.
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.
Ayat PENGASIH Untuk Dikasihi Ramai

Ayat Pengasih ini boleh diamalkan oleh Suami/isteri Dan Para Pekerja Agar disayangi oleh Bos anda masing-masing,tapi jangan lupa Solat yang lima waktu tu jangan ditinggalkan pulak.. wajib tu..
Amalkan membaca Surah Yusuf ayat 4 (izqola yusufu....lisajidin) 3x tiap-tiap lepas solat.InsyaALLAH muka anda berseri-seri dan disayangi ramai.
إِذۡ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَـٰٓأَبَتِ إِنِّى رَأَيۡتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوۡكَبً۬ا وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ رَأَيۡتُہُمۡ لِى سَـٰجِدِينَ (٤
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". Suruh Yusuf ayat 4 .
Langgan:
Catatan (Atom)








