IKLAN

Ahad, 7 Ogos 2011

Jeddah Akan Bina Menara Tertinggi Didunia!Dunia Akhir Zaman...


DUBAI: Sebuah menara tertinggi di dunia akan dibina di Jeddah. Menara yang berharga SR4.6 bilion (RM3.63 bilion) itu akan dibina oleh Kingdom Holding milik jutawan Saudi, Putera Alwaleed bin Talal.

Satu perjanjian antara Kingdom Holding dengan Kumpulan Bin Laden juga telah ditandatangani. Menara setinggi lebih satu kilometer itu mengandungi unit hotel, pangsapuri, kondominium mewah dan ruang pejabat.

Mungkinkah ini menara itu?

Apabila siap, menara itu akan menggantikan bangunan Burj Khalifa yang setinggi 828 meter, sebagai menara tertinggi di dunia. Bangunan Burj Khalifah dibina oleh Emaar Properties dengan kos pembinaan sejumlah AS1.5 billion (RM4.4 bilion).

Menara itu merupakan fasa pertama dalam Kingdom City, yang dibina di bahagian utara bandar pelabuhan Laut Merah. Menurut kenyataan Kingdom Holding, rakan niaga mereka, Kumpulan Bin Laden akan memiliki 16.63 peratus saham dalam Jeddah Economic Co manakala Kingdom Holding pula memegang 33.35 peratus dalam pelaburan itu.

sumber : siasahkini.blogspot.com


Kataku : Apakah ia bermanfaat dan  memberi kebaikan kepada ummah atau satu lagi projek pembaziran... kita nak tunggu dan lihat sahaja ke?!

Gadis Kelihatan 'Hamil ' Setiap Kali Selepas Makan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEicVxWIJdBTaBVLhNt8BwCHZkuQvIFt4e8KhvDho5Ha6T-aC9jb_4bguwJkdsuEWnaOIYmlY2F9IwuX-ORYKjYJtA2t-RXLdGQ0Jxt9lg_KdFqNV9p2hKdWRq4SaYKj11_YP6upAXFEQH0/s1600/1.jpg

CANNOCK, Britain - Perut seorang gadis, Kerri Dowdswell akan membesar seperti dia sedang hamil setiap kali selepas makan, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, perut gadis berusia 23 tahun itu akan kembali kepada keadaan normal beberapa jam selepas itu.

"Saya kerap kali ditanya bila akan bersalin dan ia agak tidak menyelesakan apabila berada dalam keadaan seperti ini," katanya yang berasal dari Cannock, Staffordshire.

Masalah tersebut membuatkan dia terpaksa memakai seluar untuk ibu bersalin setiap kali keluar makan.

Setakat ini, doktor-doktor masih bingung kerana mereka masih tidak mengetahui punca kejadian itu.

Kerri menghidap penyakit itu semasa dia mendapat haid buat kali pertama.

Menurut gadis itu, perutnya akan membesar dalam tempoh 15 minit semasa dia makan.

Namun, katanya, ada ketika perutnya mengambil masa selama beberapa jam selepas waktu makan untuk kelihatan seperti wanita hamil.

Kerri berkata, perutnya itu akan kembali normal beberapa jam selepas ia membesar. - Agensi 
 
(sumber) 

Promosi BLOG Secara Percuma ! C`AYOB

 

Salam semua, segmen ini  kepada blogger seluruh Malaysia..Cik Ayob tuan Tanah kepada Blog C' Ayob nak promosikan blog korang selama sebulan... sepanjang puasa ini. Maklumlah, ada antara blog korang ini....banyak follower tapi tak banyak orang view.....ada juga kurang follower...banyak orang view...bestkan?!

Promosi akan di buat seperti slideshow di blog ini...mantopkan!!!

Aku suka blog ini  selain penampilan yang ringkas ia juga  bermaklumat ,  Saya suka tagline blog ni .... 


"Harta Akan Habis Digunakan Tanpa Ilmu Tetapi Ilmu Akan Berkembang Jika Ianya Digunakan."
 
Terima kasih C'Ayob sebab buat segmen nak promo blog ni. Saya tanpa segan silu..benda yang baik apa nak malu-malukan... lebih-lebih promo percuma , saya mengharap ramai lagi ambil kesempatan ini untuk membolehkan apa yang anda tulis di blog dikongsi oleh ramai orang.

Jom kita ramai-ramai ke rumah  C' AYOB: KLIK SINI

Komputer Pun Ada Jantina Ke ?

Ketahui jantina sebenar komputer anda
Aliff Cullen baru sahaja menemui cara bagaimana untuk mengetahui samada komputer anda jantina komputer anda. Agak menarik dan seronok juga. Tanpa melengahkan masa. Aliff Cullen tunjuk cara tersebut di bawah:


Cara-caranya adalah:
1. Sila buka notepad. Lepas tuh taip perkataan di bawah ( jangan copy+paste; kalau tak, tak menjadi )
CreateObject(“SAPI.SpVoice”).Speak”I love YOU”
2. Kemudian, sila save notepad tadi dengan nama;

i love you.vbs

Selamat mencuba!!! ^_^

* untuk pengguna operasi sistem Windows jeeee 
Tekan Sini!

(sumber)

Kadar Zakat Fitrah 2011 Seluruh Negeri Di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Amacam Puasa hari ok? harap oklah ya..hujung-hujung ini ada yang rehat-rehat kat rumah,ada yang qada' tidor macam esok dah takda lagi.. dah le tu bangkit2..tidur-tidur juga yang lima jangan dilupakan.Ada yang dah mula buat persedia berbuka puasa nanti dan ada yang dah mula buat kuih raya... awalnya...?! , dan ada yang dah mula membelah untuk persediaan menyambut hari raya aidilfitri...tapi jangan lupa pulak satu lagi kewajipan selepas berpuasa yakni  membayar zakat , wajib tu bagi yan mampu..ada berbagai  jenis zakat Klik Sini yang patut dikeluarkan bukan sahaja zakat fitrah.


Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam)



Syarat Zakat Fitrah
  1. Islam
  2. Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
  3. Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5


Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
  • Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
  • Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
  • Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
  • Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Jadi,sesiapa yang dah cukup syaratnya,janganlah cari alasan untuk tidak menunaikan perkara yang wajib ni ye..Termaktub dah dalam rukun Islam..:)


Kredit : price91  

Kisah Ibu Yang Ditinggalkan Si Tanggang

Johor Baharu: “Makcik tetap menanti kepulangan mereka setiap kali menjelang Aidilfitri biar pun Ina sanggup menipu kononnya mahu bercuti ke New Zealand, sedangkan dia sebenarnya berhijrah ke sana semata-mata mahu melepaskan tanggung jawab menjaga mak cik,” kata warga emas, Robiah Razali, 66, di sini, semalam.

Menceritakan kisah malang hidupnya, Robiah berkata, dia hidup sebatang kara di perumahan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Desa Bukit Mutiara, Tebrau, selain menagih kasih dan ihsan jiran selepas kedua-dua anaknya tidak lagi mempedulikannya.

Robiah berkata, anak sulungnya, Salim Ahmad, 40, melepaskan tanggung jawab untuk menyaranya dengan alasan tiada pekerjaan tetap di Kuala Lumpur manakala anak bongsunya, Ina, 36, gagal menghubunginya sejak lima tahun lalu apabila berhijrah ke New Zealand.

Menurut Robiah, keadaan itu menyebabkan dia terpaksa menguruskan hidupnya bersendirian biar pun dimamah usia selain menghidap kencing manis.

“Mak cik bukan mahu mengaibkan anak tetapi sekurang-kurangnya dapat meringankan beban di hati jika dapat berkongsi nasib malang ini.

“Mak cik kehilangan suami, Ahmad Budin, pada 1978 ketika berusia 33, sejak itu mak cik tidak pernah terlintas untuk berkahwin semula demi anak, mak cik membesarkan serta menyekolahkan anak dengan bekerja sebagai tukang masak di restoran selain wang pencen suami,” katanya.

Menurut Robiah, masalah timbul selepas kedua-dua anaknya berumah tangga dan kehadiran warga emas berkenaan dalam keluarga mereka dianggap sebagai beban.

Robiah berkata, kini dia terputus hubungan dengan Salim mahu pun Ina yang tidak lagi menziarahinya, termasuk pada Aidilfitri.

“Ina turut tergamak menipu mak cik dengan memberi alasan mahu bercuti ke New Zealand, sedangkan dia merancang meninggalkan mak cik dan kini hidup mewah di sana.

“Keadaan itu mengakibatkan mak cik terpaksa bergantung sepenuhnya kepada wang pencen bulanan arwah suami berjumlah RM350 yang perlu diagihkan untuk membayar sewa rumah,” katanya.

Menurut Robiah, setiap kali bersahur, dia hanya meminum susu kerana bimbang kehabisan barangan dapur, namun bersyukur mempunyai jiran berhati mulia yang sanggup berkongsi makanan ketika berbuka puasa.

Katanya, jiran juga pernah menyumbangkan bantuan ketika dia terputus bekalan makanan selain membelikan basikal elektrik bagi memudahkan pergerakannya untuk ke surau.

“Biarpun terguris dengan perbuatan anak, mak cik tidak pernah lupa mendoakan kebahagiaan mereka.

“Ibu mana yang tidak mengingati anak, mak cik harap dapat bertemu kembali dengan mereka dan cucu pada Aidilfitri ini dan seperti biasa, mak cik akan memasak juadah kegemaran mereka,” katanya.



Robiah antara 100 penerima yang ditemui pada Penyampaian Bantuan Ibu Tunggal di PPRT Bukit Mutiara sumbangan ahli perniagaan, Baazlan Ibrahim selain Scenic Route Sdn Bhd yang diwakili pengarah eksekutifnya, Brian Tan Chong Beng.

Scenic Route Sdn Bhd menaja sumbangan berbentuk barangan keperluan asas berjumlah RM4,000 dan menurut Brian, program julung kali syarikatnya itu bertujuan meringankan beban golongan memerlukan. -hm

Ibu Bapa Warna Lain Anak Pulak Warna Lain


Puteri Sarah dan ibu bapanya amacam? percaya tak? haha lain kan mak bapak dengan anaknya. inilah namanya rezeki,yang budak tu namanya Puteri Sarah. Memang budak ni jadi bualan orang ramai. ye lah, sangat berbeza dari muka mak ayah dia. Masa Puteri sarah lahir tahun 2008, doktor pun tak caya manalah tahu kot-kot tersilap ambik anak kan. Buat ujian DNA memang sah puteri sarah ni anak mereka berdua. Doktor jugak mungkin anggap Puteri Sarah ada albino tetapi,sebenarnya dia normal. Itulah anugerah Allah tak siapa menyangka.

( sumber )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik