51.Emas di dalam bentuk debu sekalipun ianya tetap berharga
52. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K (2856 °C, 5173 °F)
53. Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.
54.Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.
55.Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.
56. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.
57.Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.
58.Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.
59.Emas terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.
60.Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim .
61.Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.
62. Kijang Emas Malaysia, pertama kali dicetak pada bulan Disember 2000 oleh Royal Mint Malaysia. Malaysia adalah negara ke-12 di dunia yang mengeluarkan syiling emas sendiri dan bergabung dengan jajaran emas Maple Leaf Gold Kanada, Amerika Gold Eagle, Australia Gold Nugget, dan Afrika Selatan Krugerranh .
63. Emas boleh ditemui disetiap benua yang ada di bumi dan ini termasuklah di Benua Artik dan juga Antartika.
64. Perlombongan pertama yang telah direkodkan ialah di Nubia ataupun Mesir iaitu 4,400 tahun yang lampau
65. Pada bulan Mac tahun 2008, harga emas telah melepasi USD 1,000 untuk pertama kalinya bagi satu aun atau 31.105gm.
66. Perkataan dalam bahasa Inggeris iaitu 'gold' dikatakan mungkin berasal daripada bahasa terawal Eropah Indo-Asia seperti 'ghol' ataupun 'ghel' yang bermaksud kuning, hijau ataupun bercahaya.
67. Orang-orang Indian Amerika percaya dengan memakan emas boleh menyebabkan
mereka terbang .
68.Untuk menghasilkan hanya 1 aun emas, sebanyak 4,000 gelen air diperlukan.
69. Suhu 1064.43 darjah Celcius diperlukan untuk melebur emas.
70. Sebanyak 30tan bijih perlu dikeluarkan terlebih dahulu hanya untuk menghasilkan satu aun emas.
71. Satu aun emas boleh ditukar menjadi selembar benang sepanjang 50 batu.
72. Kubah Masjid Al Aqsa dilitupi sepenuhnya sengan daun-daun emas.
73. Dunia kita lebih banyak menghasilkan besi bagi setiap jam daripada ia menghasilkan emas sejak manusia mengumpulnya.
74. Sejak tahun 1910, lebih 3/4 daripada emas yang dikeluarkan didunia telah di gunakan.
75. Satu aun emas juga boleh diketuk menjadi dekeping emas berkeluasan 15 meter persegi.
76. Selain daripadatembaga,emas adalah satu lagi bahan logam yang manusia telah temui sejak 5,000 tahun yang lampau.
77. Sejak sekian lama, para ahli kimia telah berusaha untuk menukar bahan logam biasa kepada emas tetapi hanya dengan penemuan Nuklear pada zaman moden sahaja mereka mampu melakukannya namun kos untuk melakukannya melebihi nilai sebenar emas yang dikeluarkan.
78. Emas merupakan penyimpan nilai yang terunggul.Jika anda menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas anda dijamin untung. Bak kata guru ku Syukor Hashim, "Beli emas-untung, jual beli emas-untung ,beli emas lepas tu ngangah pun-untung jugak.kalau kena dengan caranya lah."
79. Emas adalah aset yang sangat mudah ditunaikan. Samada dijual atau dipajak.
80. Kadangkala, ada peluang yang datang dekat depan mata dan kita perlukan tunai
segera. Emas boleh membantu.
segera. Emas boleh membantu.
82. Sesiapa yang memiliki emas,.tentunya ia memiliki eset lain.Kenapa tak percaya...kalau ada duit beli aje emas .
83. Bagi kita rakyat Malaysia, dengan emas, berbagai perkara dan tujuan boleh dilakukan antaranya :
- Sebagai penyimpan kekayaan (harga emas stabil/naik dalam jangkamasa panjang).
- Sebagai pelaburan - untung beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi
- Sebagai barang kemas sebab nak nampak cantik.
- Hantaran kahwin
85. Semakin jatuh nilai USD, maka semakin melonjak harga emas. Dengan ekonomi yang meleset kini, menyimpan emas sememangnya satu langkah yang tepat.
86. Emas tidak pernah tidak laku.Cuba tengok kedai emas, orang tak beli emas pun muka tokey emas tu.. "Muka masih atak senyum ma. Apa meliaga ada gelenti untong punye ..? Meliaga ematla atak tau ka?! " (Meniaga emaslah tahu ke tidak ?!) ."
87. Jadikan simpanan emas menggantikan simpanan tetap dalam bank. Katakanlah kita simpan emas 20 tahun, anggaran kenaikan 25% setahun. Agak-agak berape tu kalau simpan 20 tahun? Pakcik Kayo..!
Akhirkata saya harap sesiapa yang membaca fakta tentang emas ini dari awal hingga akhir dapatlah sedikit ilmu tentang emas ni ,teruskan mencari jangan henti mencari ilmu tentang Emas ini.Akan tetapi ilmu yang baik dan bermanfaat itu adalah ilmu yang dapat di amalkan oleh kita semua umat dunia ini, ilmu bukan hanya untuk dihafal sahaja tapi untuk di amalkan jua betul dak? Mulalah sekarang , ada duit belilah emas mulakanlah walaupun dengan 1gram .
Adakah Sahabat semua rasa sangsi tentang Pelaburan Emas ini ...Marilah kita dengar dan tonton bersama Video di bawah ini. Apakah kata Pakar Pelaburan Dan Mantan Presiden Bursa Malaysia ini tentang emas okay. Selamat beramal..
.
Susunan Ibnu Marzuq.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan