IKLAN

Selasa, 6 Mac 2012

Struktur dan Proses Terbentuknya Hujan

Awan-awan kecil (kumulus) berarak
menuju daerah pertemuan di dekat
cakrawala, di mana kita boleh melihat
sebuah awan cumulonimbus yang besar
(Clouds and Storms, Ludlam, plate 7.4.)
Para saintis telah mempelajari pelbagai jenis awan dan menyedari bahawa awan pembawa hujan terbentuk dengan sistem yang tertentu. Bentuknya pun tertentu dan berkaitan dengan jenis angin dan jenis awan. Salah satu awan pembawa hujan adalah awam cumulonimbus. Ahli cuaca telah mempelajari pembentukan jenis awan ini dan bagaimana ia menghasilkan hujan, ais, serta petir. Mereka mendapati bahawa awan cumulonimbus melewati urutan berikut ini untuk menghasilkan hujan:

1. Awan didorong oleh angin: Awan cumulonimbus mulai terbentuk ketika angin mendorong beberapa awan kecil (awan cumulus) ke daerah tempat berkumpulnya awan-awan ini.

2. Penyatuan: Kemudian awan-awan kecil ini bergabung, menyatu dan membentuk awan yang lebih besar.
3. Penumpukan: Ketika awan-awan kecil ini bersatu, dorongan ke atas pada bahagian dalam awan yang semakin besar ini meningkat. Dorongan ke atas pada bahagian tengah awan lebih kuat berbanding dengan pada bahagian pinggir. Alhasil tubuh awan ini tumbuh semakin besar secara menegak, sehingga seolah-olah awan ini ditompok-tompok. Pertumbuhan ke atas ini menjadikan tubuh awan mencapai daerah yang lebih sejuk pada lapisan atmosfera atas. Di sanalah titisan-titisan air dan butiran ais terbentuk dan mula tumbuh semakin besar. Ketika butiran air dan ais ini telah besar dan berat berbanding dengan dorongan ke atas yang menyokong mereka, jatuhlah air dan ais ini sebagai gerimis, hujan ataupun hujan ais.

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran:

ألم تر أن الله يزجي سحابا ثم يؤلف بينه ثم يجعله ركاما فترى الودق يخرج من خلاله

Tidaklah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bahagian-bahagian) nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya ... [An Nuur (24): 43]


(A) Awan-awan kecil yang terpisah-pisah.
(B) Ketika awan-awan kecil ini bergabung bersama,
dorongan ke atas pada bahagian tengah awan yang
lebih besar semakin meningkat sehingga,
awan ini tumbuh ke atas. Butiran air diberikan
tanda bintik-bintik hitam. (The Atmosphere,
Anthes and others, hal. 269.)
Para ahli kaji cuaca mengetahui butiran pembentukan awan, strukturnya dan cara kerjanya setelah melalui pelbagai macam penelitian, pengamatan menggunakan alat-alat canggih. Mereka baru boleh menceritakan proses tersebut dengan bantuan alat-alat moden seperti pesawat, satelit, komputer, belon udara dan peralatan yang lain. 


Mereka harus mempelajari angin serta arah pergerakannya. Mereka harus mengukur kelembapan udara dan variasinya serta menentukan jenis dan kepelbagaian tekanan udara. Kelanjutan ayat di atas, setelah menyebutkan awan dan hujan, adalah membicarakan ais dan petir:

... dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, (yaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) ais itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan- nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. [An Nuur (24): 43]

Para ahli kaji cuaca telah mendapati bahawa awan cumulonimbus yang menghasilkan hujan ais ini dapat mencapai ketinggian hingga 7 hingga 9 kilometer. Dapat kita bayangkan bahawa awan ini memang ukurannya benar-benar seperti gunung sebagaimana yang disebutkan di dalam ayat Al-Quran di atas: "... dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, (yaitu) dari ( gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, ... ".


Awan cumulonimbus. Setelah ditumpuk
ke atas, air hujan turun darinya.
(Weather and Climate, Bodin, hal. 123.)


Ayat di atas juga menghubungkan awan, ais dan terjadinya petir atau kilat. Apakah ais merupakan faktor penentu pembentukan kilat? 


Mari kita kaji sebuah buku berjudul: Meteorology Today. Di sana diterangkan bahawa sebuah awan akan menjadi bercas elektrik ketika bongkahan ais jatuh melalui daerah di dalam awan yang mengandungi kristal ais dan titis air super-sejuk. Ketika titis-titis air ini bertumbukan dengan bongkahan ais, mereka langsung membeku dan melepaskan panas. 


Panas ini menjadikan permukaan bongkahan ais lebih hangat dari kristal-kristal ais di sekelilingnya. Ketika bongkahan ais bertumbukan dengan kristal ais, sebuah peristiwa penting berlaku: elektron mengalir dari benda yang lebih sejuk ke benda yang lebih hangat. 


Oleh itu, kini bongkahan ais menjadi bercas negatif. Hal serupa juga terjadi saat titisan air super-sejuk bertumbukan dengan bongkahan ais dan melontarkan butiran-butiran halus ais bermuatan positif. Zarah-zarah yang lebih ringan dan bercas positif ini kemudian terangkat ke bahagian atas dari awan. 


Sementara itu, bongkahan ais yang kini bermuatan negatif jatuh turun dan berkumpul di bahagian bawah awan. Kerana itulah kini terjadi perbezaan muatan elektrik antara bahagian atas dan bawah awan. Muatan negatif ini kemudian dilepaskan dalam bentuk kilat atau petir.

Demikianlah, Allah telah menerangkan sebuah fakta ilmiah yang baru terungkap oleh ilmu pengetahuan moden. Sebuah keajaiban saintifik yang tidak mungkin diketahui butiran oleh orang-orang di zaman diturunkannya Al-Quran. Allahu Akbar! [Al-habib]

wisbenbae


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik