IKLAN

Sabtu, 24 Mac 2012

Biodata Ustaz Don Daniyal dan Gambarnya Bersama Masyarakat


Assalamualaikum.
30 Minit Bersama Ustaz Don - melonjakkan nama muda ini, seorang ustaz berkaliber dengan cara tersendiri - Don Daniyal, namanya sahaja sudah cukup menjadi tarikan ... apatah lagi jika ditambah Ustaz di depannya. Alhamdulillah, ini salah seorang ustaz yang berjaya menarik minat golongan muda dan juga yang dah tak lagi muda.


Kemesraan Ustaz Don Daniyal bersama masyarakat juga menjadikannya seorang yang senang didekati, ramah dan tidak lokek dengan ilmu. Hakikatnya, cara penyampaian yang santai telah menarik minat ramai orang untuk mendalami apa itu Islam dan ajaran dalam Islam termasuklah umat Islam sendiri.

Ustaz Don bersama Ustaz Azhar Idrus,antara Ustaz yang menjadi perhatian sekarang ini.

Dikongsikan gambar-gambar Ustaz Don Daniyal bersama masyarakat setempat.

Foto Ustaz Don Daniyal Berdakwah



Biodata Ustaz Don

Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang..
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir

TRIVIA

Surah yang sering atau dibaca... Surah Al-Kahfi.

Pendakwah dikagumi... ramai, salah seorangnya Datuk Dr Haron Din.

Jika menjadi bapa satu hari nanti... mahu mendidik anak seperti Rasulullah s.a.w. walaupun mustahil, tetapi berharap dapat menjadi ayah yang baik seperti ayah saya.

Jenama kacamata pilihan... Rayban.

Kumpulan muzik yang diminati... Linkin Park. Menurut Ustaz Don, sebahagian lirik lagu kumpulan itu yang dibacanya tidak keterlaluan dan ada yang berunsur kehidupan dan kemanusiaan.

Status... tunangan kepada Husna Mohd Zain, pelajar jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir.

Penuhi masa lapang... kerja grafik dan fotografi.




P/s: Bujang lagi tu… tapi dah bertunang..melepass ar..Sorry :)

Ni gambar dia bertunang;
gambar tunang ustaz don daniyal


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik