Kesan ujikaji ke atas otak
Sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat saya katakan selepas mengetahui perkara ini. Siapa sangka pada waktu seribu empat ratus tahun yang lalu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagaimana mengesan penipuan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas.
Sebelum dipaparkan apakah
ayat tersebut, ingin saya kongsikan bersama anda tentang suatu kaedah
yang digunakan pada masa kini untuk mengesan pembohongan. Kaedah
tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic
atau lebih dikenali sebagai FMRI.
Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak
sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat
mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik
dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh
dikesan melalui kaedah FMRI.
Keadah FMRI digunakan untuk mengetahui aktiviti otak
Ujikaji Ke Atas Ubun-Ubun Otak Manusia
Fakta mengesahkan, di
dalam otak seorang yang sedang melakukan pembohongan terdapat tujuh
kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat
hanya 4 kawasan yang aktif.
Mengapa hal ini berlaku?.
Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi
mengaktifkan kawasan-kawasan yang bergerak balas dalam otak untuk
menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. Ketika proses
pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya
kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial
inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga
kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga
aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate
gyrus.
Sekarang saya kongsikan
keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi kajian dilakukan dengan
susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah membuktikan penemuan yang
baru dijumpai ini.
Ketahuilah,
sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) Nescaya Kami
tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.
(Al-Alaq ayat 15-16)
Sebelum kami mengulas
dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, kami mohon saudara sudari
pembaca mengambil kitab tafsir Al-quran dan rujuk pada ayat yang kami
paparkan di atas.
Jika saudara melihat ayat
tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir
Ibn Kathir (ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat tersebut
bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan.
Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah
ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenaran atau pembohongan dapat
dikenalpasti.
Subhanallah, apa lagi
yang boleh kita katakan selain Al-Quran sememangnya diturunkan sebagai
panduan kepada seluruh Umat manusia. Berimanlah dengannya dengan
sebenar-benar Iman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan