IKLAN

Selasa, 1 Mac 2011

Idea Simpan Wang Sambil Turunkan Berat Badan



SEOUL - Sebuah bank di Korea Selatan menawarkan sebuah akaun simpanan unik untuk menarik perhatian pelanggan, di mana orang ramai boleh menyimpan wang sambil menurunkan berat badan.

Bank Hana, sebuah cabang perbankan dari Kumpulan Kewangan Hana di Seoul, dikatakan dapat merealisasikan kedua rancangan itu sekali gus.

Akaun simpanan 'bersenam untuk kadar faedah tinggi' dicipta berikutan obsesi penduduk negara itu yang mahu mengekalkan bentuk badan yang langsing dan kekal sihat.

"Semakin banyak kalori dibakar, lebih tinggi kadar faedah yang diberi. Jika pelanggan hilang lebih lima peratus daripada berat badan mereka dalam masa setahun, atau memegang kad keahlian pusat senaman, pihak bank akan memberi kadar faedah istimewa," menurut kenyataan bank itu.

Akaun simpanan itu dilaporkan mencapai 400 bilion won (RM1.08 bilion) daripada hampir 50,000 pelanggan sejak 2008.

Sumber: Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik