IKLAN

Rabu, 9 Mac 2011

Petua Keselamatan Untuk Pemandu Wanita

Awas!! Hati-hatilah..


  • Kunci kereta anda sebaik sahaja anda memasuki kereta anda. Pastikan pintu di kunci walaupun sebelum anda menghidupkan enjin kereta anda. 

  • Apabila anda berhenti dijalan raya, pastikan pintu anda berkunci dan jarak antara kereta anda dengan kereta hadapan tidak begitu rapat. Ini mengelakkan penjenayah daripada mencari peluang untuk memasuki kereta anda dan seterusnya menyerang anda. 
  • Letakkan kereta anda di tempat yang terang dan selamat, walaupun anda meninggalkan kereta anda tidak lama.Jangan lupa tanggalkan 'SmartTag' anda simpan ditempat yang selamat.  Perhatikan sekeliling anda sebelum keluar daripada kenderaan anda. Jika seseorang dengan tiba-tiba menghampiri anda dengan tujuan menyerang, hidupkan enjin dan keluar daripada kawasan tersebut secepat mungkin. 
  • Sebelum memasuki kereta pastikan tempat duduk hadapan dan belakang kosong dan seperti biasa kunci kereta sudah tersedia di tangan anda .
  • Apabila anda di ekori di kawasan tempat letak kereta, dan anda masih lagi jauh daripada kereta anda, cuba menginsut di bawah kereta berhampiran. Posisi ini menyukarkan penjenayah untuk menyerang anda yang berada di bawah kereta.
  • Jika penyerang berjaya memasuki kereta anda ketika anda berada di dalamnya, gunakan segala kekuatan anda untuk keluar daripada kereta tersebut. Walaubagaimanapun, jika anda masih tidak berjaya melepaskan diri, pandu kereta anda melanggar pendua jalan, tembok, tiang dan apa sahaja yang dapat menyebabkan kemalangan kecil. Ketika penyerang anda beralih perhatian gunakan peluang ini untuk keluar secepat mungkin daripada kereta anda. Lari sekuat hati sambil menjerit meminta pertolongan. Cuba menarik perhatian orang untuk menolong anda. 
  • Jangan berhenti untuk menolong orang yang anda tidak kenali ketika keretanya rosak, sebaliknya apa yang anda boleh lakukan untuk menolong ialah dengan memandu ke pondok telefon berdekatan dan menelefon polis atau bantuan lain.
  • Jika tayar anda pancit di tengah jalan, teruskan juga pemanduan ketempat yang selamat, terang dan ramai orang. Lebih baik merosakkan tayar anda daripada mengambil risiko untuk mengabaikan keselamatan anda.
  •  Jika anda terlibat di dalam kemalangan, duduk di dalam kereta anda sehingga polis sampai. Di dalam kemalangan kecil terdapat pemandu yang akan meminta keterangan pemanduan seperti lesen dan insuran. Tunjukkan lesen dan insuran anda melalui cermin sahaja. 
  • Jika anda diekori ketika di dalam perjalanan, jangan memandu pulang kereta anda sebaliknya pandu kereta anda ke balai polis atau balai bomba yang berhampiran. Bunyikan hon kereta anda. Jika tidak, pandu kereta anda ke stesen minyak atau ke kawasan tumpuan orang ramai dimana anda dapat menelefon polis. 
  • Jangan tinggalkan kereta anda melainkan anda pasti bahawa anda akan dapat memasuki bangunan dengan selamat. Cuba dapatkan nombor pendaftaran kereta serta mengecam kereta yang mengekori anda.
  • Jika boleh, cuba setkan di setiap 'keypad' pada telefon bimbit anda dengan nombor-nombor penting. Sebagai contoh.. keypad No.1 - letak 999 yakni Polis dan  orang-orang penting  pada nombor  seterusnya bertujuan jika ada  kecemasan anda tak perlu mendail, cuma tekan pada keypad yang anda setkan itu . Jika tak tahu setkannya pergi kedai Telefon Bimbit berdekatan minta bantuan mereka. ( Pastikan juga bateri telefon anda di cas serta telefon anda boleh membuat panggilan  dan Prepaid) ...........
Salam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik