IKLAN

Isnin, 11 November 2013

Ustaz Fitri Abdullah- Kisah Benar Bekas Penganut Hindu

 

Assalamualaikum dan selamat petang. Petang ini kita dengar kuliah Ustaz Fitri Abdullah kisah benar beliau memeluk agama Islam.
Semoga manfaat kepada semua. kerna hidayah milik Allah,Wallahualam.

 


 Kredit: http://pemudattbc.blogspot.com

Setelah Peluk Islam, Muhammad Ali Sedar Ia Bukan “The Greatest”

Tahun berapapun anda lahir, jika anda menggemari tinju, nama Muhammad Ali tak akan menjadi asing. Ali, dalam dunia tinju dianggap sebagai sosok besar kerana sikap dan prestasinya di atas gelanggang. Namun yang paling membuat ia sangat terkenal adalah kerana ia seorang Muslim. Atau tepatnya ketika ia memutuskan untuk menjadi seorang Muslim.

Sebelum masuk Islam, Ali menjuluki dirinya sendiri dengan “The Greatest” kerana dia adalah petinju terbaik pada masanya. Bahkan para pengamat olahraga mengakuinya sebagai petinju terbaik abad itu. Sejarah tinju belum pernah mengenal petinju sehebatnya. Dia berlaga dengan tangkas di gelanggang dan memukul KO lawannya, lalu berseru dengan bangga, “I Am The Greatest”.

Akan tetapi setelah masuk Islam, dia membuang julukan ini, kerana tidak sadar bahawa hanya ada satu yang Maha Besar di alam semesta ini.

Terlahir dengan nama Casius Mercelus Clay, setelah masuk Islam, ia mengganti namanya menjadi Muhammad Ali Clay.

Berikut adalah paparannya ketika masuk Islam.

“Aku dilahirkan di Kentucky, Amerika Syarikat. Daerah yang dikenal dengan ayam goreng khas yang memakai namanya, yang juga terkenal dengan perbezaan etnik yang kental.

Sejak kecil aku sudah merasakan perbezaan perlakuan ini kerana aku berkulit coklat. Barangkali hal inilah yang mendorongku untuk belajar tinju agar boleh membalas perlakuan jahat teman-temanku yang berkulit putih. Dan kerana aku mempunyai bakat serta otot yang kuat sehingga memudahkan jalanku.

Ketika belum genap berusia 20 tahun, aku sudah menang di pertandingan heavyweight di Sukan Olimpik Rom tahun 1960.

Hanya beberapa tahun kemudian aku berhasil merebut juara dunia heavyweight dari Sony Le Stone dalam pertarungan paling pendek, kerana hanya beberapa minit aku berhasil menjadi juara dunia. Dan di antara tepuk riuh para pendukung dan kilatan-kilatan alat kamera, aku berdiri didepan jutaan penonton yang mengelilingi ring dan kamera TV Islam, mengucapkan dua kalimat syahadat dan mengganti namaku menjadi Muhammad Ali Clay. Untuk memulai sebuah peperangan baru melawan kebatilan yang menghalangiku mengumumkan ke-Islaman-ku semudah ini.

Perpindahanku ke agama Islam adalah hal yang wajar dan selaras dengan fitrah-fitrah yang Allah ciptakan untuk manusia. Kembaliku ke fitrah kebenaran memerlukan waktu bertahun-tahun untuk berfikir, ini dimulai tahun 1960, ketika seorang teman muslim menemaniku pergi ke masjid untuk mendengarkan pengajian tentang Islam. Ketika mendengarkan ceramah, aku merasakan panggilan kebenaran memancar dari dalam jiwaku, menyeruku untuk menggapainya, yaitu kebenaran hakikat Allah, agama dan makhluk.

Perjalanan keimananku berlangsung bertahun-tahun dalam bentuk perbandingan antara Islam dan Masehi, satu perjalanan yang amat berat, kerana orang-orang disekitarku menghalangiku, keadaan masyarakatku rusak, kebenaran dan kebatilan bercampur aduk, ditambah lagi dengan doktrin gereja yang menggambarkan keadaan orang-orang muslim yang lemah dan terbelakang yang diakibatkan oleh ajaran Islam itu sendiri.

Tapi Allah memberiku petunjuk, dan menerangi jalan pilihanku sehingga aku dapat membezakan antara realiti umat Islam sekarang dengan hakikat Islam yang abadi. Aku meyakini bahwa Islam membawa kebahagiaan untuk semua orang. Tidak membeza-bezakan warna kulit, etnik dan ras, semuanya sama dihadapan Allah azza wa jalla. Yang paling utama di sisi Tuhan mereka adalah yang paling bertakwa. Aku meyakini sedang berada didepan sebuah kebenaran yang tak mungkin berasal dari manusia.

Aku membandingkan ajaran Triniti dengan ajaran Tauhid dalam Islam. Aku merasa bahwa Islam lebih rasional. kerana tidak mungkin tiga Tuhan mengatur satu alam dengan rapi seperti ini. Ini suatu hal yang mustahil terjadi dan tak akan memuaskan orang yang berakal dan mahu berfikir. Aku merasakan betapa orang-orang Islam menghormati Isa A.S. dan ibunya. Menempatkan mereka pada kedudukan yang sama.


Ini hanya ada dalam Islam atau ajaran Nasrani yang masih murni. Aku membaca terjemahan Al-Qur’an dan akupun bertambah yakin bahawa Islam adalah agama yang hak yang tidak mungkin dibuat oleh manusia. Aku cuba menggabungkan diri dengan komuniti muslim dan aku mendapati mereka dengan perangai yang baik, toleransi dan saling membimbing. Hal ini tidak aku dapatkan selama bergaul dengan orang-orang Nasrani yang hanya melihat warna kulitku dan bukan keperibadianku.” -adaptasi dari islampos 

Gambar Terkini Suspek Kes Bunuh Pegawai AmBank Didedah

 
Pengawal keselamatan yang terlibat dalam kes menembak mati seorang pengurus operasi Ambank di Subang Jaya bulan lalu tiba di Mahkamah Majistret di sini untuk direman bagi membantu siasatan.
 
 

 
Suspek tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 3.18 petang dengan kawalan ketat pasukan polis yang membawa senjata berat dari Kota Tinggi, Johor, lokasi di mana dia ditahan.

Suspek memakai kemeja T berwarna hitam dan beseluar jeans.
 
 http://bloginfo4uall.blogspot.com
 

Rabu, 30 Oktober 2013

Biadap! Artis Ini 'Ditendang' Kerana Enggan Buka Tudung...


DIBERITAKAN...

Kadang kala dugaan orang yang dah berhijrah menutup aurat akan bertudung mempunyai dugaan yang tidak diduga. Memetik portal Utusan semalam, Nana atau Siti Nordiana diduga agar dibuka tudungnya ketika sebelum waktu persembahan dimulakan.

Dan akibatnya, Nana 'ditendang' keluar kerana enggan memberikan kerjasama atau berdegil kerana menegakkan iman di dalam dirinya. Baguslah macam itu, membuktikan yang Nana ikhlas dalam menjalankan kewajipan menutup aurat.  

</
"Sebolehnya saya tidak mahu bercerita berhubung perkara inikerana ia bukanlah suatu perkara yang manis tetapi apabila adapihak bertanya, tidak salah rasanya kita berkongsi.

"Perkara ini berlaku pada sambutan Aidilfitri yang lalu di negarajiran, pada mulanya nama saya sudah tersenarai sebagai salah seorang penyanyi yang akan membuat persembahan.

"Tetapi pada waktu tersebut, mereka tidak tahu saya sudah berhijab, jadi beberapa hari sebelum tarikh persembahan mereka meminta saya untuk membuka tudung dan pastinya saya tidak bersetuju dengan permintaan mereka.

"Disebabkan itu juga, nama saya digugurkan pada saat-saat akhir. Saya tidaklah berasa kecewa atau terkilan kerana saya percaya, rezeki ada di mana sahaja dan yang penting adalah usaha kita,"
 
Nana

www.ibnuhasyim.com

Doa Menemani Rasulullah s.a.w di Syurga


 

Oleh: Badrul Tamam


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيمَانًا لَا يَرْتَدُّ، وَنَعِيمًا لَا يَنْفَدُ، وَمُرَافَقَةَ مُحَمَّدٍ فِي أَعْلَى جَنَّةِ الْخُلْدِ
“Ya Allah saya meminta kepada-Mu keimanan yang tidak akan berubah dengan kemurtadan, kenikmatan yang tiada putus, dan (aku memohon kepada-Mu) agar menjadi pendamping Muhammad shallallahu'alaihi wasallam di darjat tertinggi dari syurga yang kekal." (HR. Ahmad dengan sanad shahih)

Diriwayatkan dalam Musnad Ahmad, dari hadits Ibnu Mas’udRadhiyallahu 'Anhu, ia berkata: pernah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam masuk ke masjid bersama Abu Bakar dan Umar, beliau di antara keduanya. Saat itu Ibnu Mas’ud sedang sholat. Dia membaca surat al-Nisa’ dan sudah menyelesaikan seratusan ayat. Kemudian Ibnu Mas’ud berdoa dalam posisi berdiri di sholatnya. Kemudian NabiShallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

 “Mintalah pasti engkau diberi, mintalah pasti engkau diberi.”
Kemudian bersabda: Barangsiapa suka untuk membaca Al Qur'an dengan benar sebagaimana diturunkan, maka hendaknya dia membacanya seperti bacaan Ibnu Ummi Abd.”
Saat waktu sudah pagi, Abu Bakar datang menemuinya untuk menyampaikan khabar gembira kepadanya. Abu Bakar menanyainya, “Apa yang kamu minta kepada Allah semalam?”

Ibnu Mas’ud berkata, Aku berdoa:
 
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيمَانًا لَا يَرْتَدُّ، وَنَعِيمًا لَا يَنْفَدُ، وَمُرَافَقَةَ مُحَمَّدٍ فِي أَعْلَى جَنَّةِ الْخُلْدِ
“Ya Allah saya meminta kepada-Mu keimanan yang tidak akan berubah dengan kemurtadan, kenikmatan yang tiada putus, dan (aku memohon kepada-Mu) agar menjadi pendamping Muhammad Shallallahu'alaihi Wasallam di darjat tertinggi dari syurga yang kekal.”

Keterangan:

Menemani Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam adalah kenikmatan yang agung dan keutamaan yang mulia. Kerananya para sahabat beliau adalah manusia-manusia termulia dari umat ini. sebabnya, setelah iman dan amal shalih- mereka dipilih dan ditakdirkan oleh Allah membersamai beliau Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Menemani sang utusan dengan iman mengangkat kedudukan mereka di atas manusia-manusia mulia sesudahnya. Ini kebersamaan dengan beliau di dunia, lalu bagaimana dengan membersamai beliau di akhirat?

Pastinya, membersamai beliau Shallallahu 'Alaihi Wasallam di akhirat jauh lebih utama lagi. Pastinya, orang yang menemani beliau di syurga berada pada tingkatan tertingginya. Kerananya kita temukan beberapa sahabat sangat berkeinginan membersamai atau menemani beliau di sana.
 
Diriwayatkan dalam Shahih Muslim, Rabi'ah bin Ka'ab Al Aslamy Radhiyallahu 'Anhu bercerita bahawa dia pernah bermalam bersama Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Kemudian ia meyiapkan air wudhu dan keperluannya. 

Rasulullah lalu bersabda kepadaku: Mintalah sesuatu kepadaku. Saya (Rabi’ah) berkata: Saya meminta agar saya boleh bersamamu di syurga. Beliau menjawab: Adakah permintaan selain itu. Saya berkata: hanya itu saja. Beliau lalu bersabda: Maka bantulah aku atas dirimu (untuk memohon kepada Allah oagar memenuhi permintaanmu) dengan memperbanyak sujud (sholat).” (HR. Muslim) pernah bersabda kepadanya, “Mintalah sesuatu kepadaku”, lalu ia berkata, “Saya meminta agar saya boleh menemanimu di syurga,” sementara orang selainnya meminta sesuatu yang memenuhi perutnya atau menutupi kulitnya.” (Madarij al-Saalikin: 3/147)

Hadits ini juga menjadi dalil bahawa membersamai Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam di akhirat kelak tidak diperoleh hanya dengan berangan-angan semata, harus dibuktikan dengan amal nyata seperti komitmen dengan sunnah-sunnah beliau, memperbanyak shalat atas beliau, memperbanyak shalat sunnah, dan memperbaguskan akhlak mulia. Kemudian semua itu disempurnakan dengan berdoa kepada AllahSubhanahu Wa Ta'ala. Wallahu Ta’ala Alam.

Jumaat, 25 Oktober 2013

Seorang Nenek yang Buta dari Tunisia, Disembuhkan Allah ketika di Bukit Arafah


Ibu Nafisah Al-Qurmazi


ARAB SAUDI – Jumaat (18/10/13) dalam sebuah persitiwa yang menunjukkan keagungan Islam dan ibadah haji, seorang nenek dari Tunisia yang telah kehilangan penglihatan sejak satu setengah tahun lalu, boleh melihat semula saat ia wukuf di atas bukit Arafah pada hari Isnin lalu (14/10/13).

Wanita yang berusia 70 tahun itu lantas sujud syukur saat ia dapat kembali melihat. Ia boleh melihat khemah tempat ia tinggal. Orang-orang di sekitarnya yang menyaksikan hal itu bersorak mengumandangkan takbir dan tahlil di khemah para jemaah haji delegasi dari Tunisia yang berada di bawah Yayasan Jamaah Haji Negara Arab.

Ibu Nafisah Al-Qurmazi, itulah nama wanita yang berasal dari Tunisia ini. Beliau pun berjalan tanpa bantuan dari siapa pun. 

“Allah memuliakanku dengan mengembalikan penglihatanku. Puji syukur atas nikmat-Nya yang Ia beri akan di atas tanah yang suci ini dan di hari yang suci (Arafah)” tutur Nafisah.

“Ibu Nafisah banyak berdoa kepada Allah Aza wa Jalla saat berada di Arafah, setelah Allah memudahkan ia untuk mengerjakan Haji, agar Allah memberikan kesembuhan penglihatannya dengan penuh khusyuk. Allah pun mengabulkan doanya. Orang-orang di sekitarnya agak terkejut. Ia boleh berjalan sendiri tanpa dituntun orang lain, yang sebelumnya beliau tidak berjalan kecuali dibantu salah seorang anaknya” ujar salah seorang petugas khidmat lapangan.[usamah/imo]


Di terjemah edit & dari (voa-islam.com)

Pengarah Filem Hina Nabi Menangis Mohon Keampunan ALLAH


PENGARAH FILEM HINA NABI MENANGIS MOHON KEAMPUNAN ALLAH

Pengarah filem hina Nabi menitis air mata semasa haji
Arnold Van Doorn, bekas penerbit filem yang menghina Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjadi tetamu Allah menunaikan kewajiban haji pada tahun ini, air matanya tidak henti-henti saat tiba di Mekah.

Dia mencari saat yang paling bahagia ketika ini. Van Doorn akan menghasilkan filem yang bertentangan dengan filemnya yang terdahulu bertajuk Sayyidul Basyar (Penguhulu Manusia).

Melalui kenyataan kepada harian Saudi Okaz, dia mencari apa yang dia cita-citakan dalam Islam. Dia mengingatkan masa lalunya yang memerangi Islam dan seperti orang yang menangkap angin. Dia datang ke baitullah untuk meminta ampun dan meminta kepada Allah untuk menghapuskan kesalahannya di masa lalu.

Setelah kepulangannya dari haji, dia bertekad berkhidmat untuk Islam dan muslimin dengan mengerjakan suatu projek besar pembuatan filem yang menggambarkan Nabi adalah Nabi yang rahmat.


btmmari.blogspot.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik