IKLAN
Isnin, 19 Ogos 2013
Punk di Myanmar Membela Umat Islam dan Mengkritik Sikap Fasis Biksu Buddha
Punk di Myanmar yang sedang berkumpul di sebuah acara
Burmese New Year
Water Festival di Rangoon (Photo: Reuters / Soe Zeya Tun)
Punk bukan hanya soal rambut mohawk dengan cat merah muda, jaket kulit
atau tatto bergambar tengkorak dibadan, tapi di Myanmar mereka berani
mengkritik sikap warga Myanmar yang diam melihat kekerasan yang dialami
umat Muslim disana.Sekumpulan band Punk terang-
terangan menentang sami Buddha yang menjadi provokator kekerasan terhadap umat Islam di Myanmar. Mereka berani bersuara disaat warga Myanmar lain diam atas pembunuhan itu.
"Jika mereka benar-benar sami, aku akan tenang, tetapi mereka tidak," kata Kyaw Kyaw, vokalis kumpulan Punk Rebel Riot. Dia mengecam para sami dan gerakan anti-Muslimnya yang dikenali dengan nama "969."
"Mereka anggap diri mereka nasionalis, namun nyatanya fasis! Tidak seorang pun ingin mendengarnya, tapi itu benar. "Ujar Kyaw dilansir dari Todays Zaman, Selasa (06/8/2013).
Sami radikal berada di garis depan dalam kempen berdarah terhadap Muslim, dan hanya sedikit di bangsa ini yang majoriti beragama Budha dari 60 juta orang yang bersedia untuk bercakap melawan mereka. Bagi banyak orang, menjadi Buddha merupakan bahagian penting dari menjadi Myanmar, dan Biksu adalah anggota masyarakat yang paling terhormat, tidak tercela. Mereka menganggap umat Muslim sebagai "Orang Luar" dan ancaman bagi budaya dan tradisi Myanmar.
Kumpulan Punk lain mengatakan bahawa Umat Budha harus melihat kembali ajaran Budha sesungguhnya.
"Semua yang saya dapat katakan adalah, orang harus melihat pada ajaran Buddha dan bertanya pada diri sendiri, apakah ini ajaran Budha?" Kata Ye Ngwe Soe, vokalis dari band "No U Turn" beraliran punk rock yang paling popular di negara itu.
Dia bahkan menulis sebuah lagu yang berjudul "Perang Manusia", lagu ini dibuat setelah melihat kekerasan yang dialami Muslim Rohingya di negara bahagian Rakhine beberapa waktu lalu yang mulai menjalar ke daerah lain.
"Ketika saya pergi ke beberapa kawasan bandar, saya mendengar mereka bercakap tentang gerakan" 969 "dan membenci Muslim dengan melakukan kekerasan. Seharusnya tidak seperti ini. "Ungkap Ye Ngwe Soe lebih lanjut.
Menurut pemerhati cara terbaik untuk melawan pemikiran kekerasan orang-orang seperti Biksu Wirathu itu adalah dengan memberi ruang bagi warga myanmar lain yang anti kekerasan dan lebih mengedepankan sikap toleran.
Namun para Biksu dan aktivis awam yang anti kekerasan tidak cukup berani mengeluarkan suara dan pendapatnya ketika terjadi dialog lintas agama berkaitan permasalahan ini.
"Saya yakin banyak dari mereka fikir ini sesuatu yang sudah diluar batas kemanusiaan, tetapi mereka kebanyakan tidak berani mengatakan hal tersebut secara terbuka," kata Bertil Lintner, seorang wartawan Sweden yang telah menulis beberapa buku tentang Myanmar.
"Jika mereka melakukannya mereka akan diserang dengan dianggap tidak nasionalis, musuh agama, dan dituduh berteman dengan Muslim. ... Ini adalah situasi yang sangat sukar. "Ungkap Bertil.
Arker Kyaw, seorang seniman grafiti street art yang mempunyai teman Muslim yang sebahagiannya adalah pemuzik dan DJ juga menyatakan keprihatinannya atas kekerasan yang telah didera komuniti Muslim beberapa tahun ini.
Lewat video dan muzik Arker Kyaw mengumpulkan orang dari pelbagai latar belakang agama yang berbeza untuk mendedahkan perpaduan terhadap rakan muslim mereka.
"Jangan bimbang, sekurang-kurangnya antara kami, semuanya baik-baik saja," kata remaja berusia 20 tahun ini.
Tapi ketika ditanya apakah ia tidak tergoda untuk menjawab provokasi kumpulan "969" yang menyebarkan pelekat dan tanda-tanda di dinding seluruh Yangon dengan keahliannya sebagai seniman grafiti, ia menjawab, "Tidak. Ini sangat rumit, dalam hal ini, saya fikir lebih baik kita memantau saja, sekurang-kurangnya saya boleh mempengaruhi orang di sekeliling saya bahawa tindakan gerakan "969" ini tidak berperikemanusiaan dan intoleran. "[Islamedia]
Kredit: www.undergroundtauhid.com
Ahad, 18 Ogos 2013
Kisah BENAR Memilukan Seorang Rakyat MESIR Mencari Jenazah Bapa
Berdasarkan cerita dari anaknya (anak si syahid biiznillah) Sarah Muahammad Ali Muhammad Ibrahim :
Sesungguhnya bilangan para jenazah terlampau tinggi, dan para jenazah ini telah dibahagikan ke banyak hospital, kami yang ingin mencari jenazah Ayah terdiri daripada saya, Umar, Dr Ahmad kawan ayah saya dan Rasya sahabat kami, kami tidak tahu bagaimana mahu memulakan pencarian kecuali dengan mengagihkan setiap seorang ke satu tempat.
Ahhhhh, bertapa hancur luluhnya perasaan dan sakitnya hati saya apabila terhidu bau kematian dan saya berseorangan mencari dan membelek setiap satu jenazah dan cuba untuk mengenal pasti tanpa ada pertolongan dari sesiapa.
Sesudah itu kami menelefon antara satu sama lain bertanyakan hasil pencarian :
"Awak sudah jumpa dia?"
"Belum lagi, awak?"
"Belum"
"Ok, awak dah tengok elok-elok?"
"Ya, saya sudah tengok elok-elok, saya dah belek-belek setiap satu dari mereka, awak dah tengok elok-elok?"
"Sudah"
"Awak pasti?"
"Ya"
"Ok, kalau begitu cari lagi, mana tahu kalau awak terlepas pandang, dan saya juga akan cari sekali lagi"
"Baiklah"
Kemudian selepas beberapa minit kami bercakap di telefon sekali lagi.
"Sarah, awak sudah jumpa ke belum?"
"Belum lagi wahai Umar"
"Ok, berdekatan awak ada tak mayat yang terbakar (rentung)?"
"Ya"
"Baik, awak tengok elok-elok andai awak terjumpa apa-apa barang milik si mati yang boleh menentukan identitinya"
"Baik"
Selepas beberapa minit..
"Umar, mana beg ayah yang ada kesan darah tu?"
"Saya dah bawa balik rumah"
"Ok, letak dalam plastik dan ikat elok-elok"
"Kenapa"
"Sebab ada empat mayat rentung secara total dan tanpa apa-apa identiti, dan hanya satu cara untuk kenal pasti adalah dengan ujian DNA , dan saksi mengatakan ayah berada di tempat yang terbakar."
"Baiklah wahai Sarah, tetapi ni maknanya kita hanya akan tahu keputusannya selepas sebulan"
"Kita nak cakap apa pada ibu? Ibu mesti tidak dapat mengawal dirinya"
"Kita terpaksa membohonginya"
"Maksudnya kita nak cakap apa?"
"Awak fikirkan, dan saya juga akan fikir kemudian kita akan bercakap dengannya"
Maka perbualan kami menyusuri 48 jam ini hanyalah berkaitan kematian dan jenazah, mangsa cedera dan mangsa terbakar. Hati-hati kami perit, terus berdiri di atas kedua kaki kami dengan kekuatan yang tidak tahu dari mana datangnya.
Seumur hidup kami tidak pernah terbayang bahawa kami akan terpaksa berjalan di dalam lautan darah di antara jenazah-jenazah, dan itu hanyalah kerana kami mencari jenazah ayah kami yang sudah meninggal, bukan yang hidup.
Kemudian,
Selepas 48 jam berada di antara para jenazah, 600 jenazah, 40 jenazah yang rentung.
Kami berpusing-pusing di antara rumah-rumah mayat dan hospital-hospital, meneliti wajah-wajah, memeriksa jenazah-jenazah dan mendekatkan muka kami pada setiap wajah, sehingga kami tidak tahu apa perasaan yang sewajarnya kami rasa, sama ada untuk bersedih setelah menjumpainya atau merasa lega kerana telah menemui jenazahnya.
Kami terpaksa melangkah jenazah-jenazah kerana tiada ruang untuk bergerak, kaki kami berulang-alik di dalam darah, kami dekatkan wajah untuk mengecam, tapi kecederaan menyukarkan pengecaman.
Kami periksa jenazah yang rentung dan meneliti sebaik mungkin, mungkin kami akan menemui sebarang tanda pengenalan ayah.
Bau jenazah menyelubungi persekitaran kami.
Darah telah membasahi tudung-tudung kami.
Tembakan sentiasa dilepaskan kemana saja kami pergi,
Kami tetap yakin kami akan menemuinya.
Selepas kami hampir putus harapan, ada seseorang menghubungi kami dan mengatakan bahawa jenazah ayah telah dibuang dari kenderaan di tepi jalan berhampiran rumah mayat, saya terus berlari.
Akhirnya kami menemuinya..
Satu peluru menembusi lehernya,
dan satu peluru menembusi pipi ke belakang telinganya.
Kami gembira menemuinya seolah-olah kami telah menemui jenazah ayah dalam keadaan hidup,
Ayah telah pergi...

Sumber : محمد مرسي رئيساً للجمهورية
Kredit:www.mohamadazhan.com
Gambar dan Punca Ustaz Azhar Idrus Kemalangan (5 Foto)
Menurut sumber, kejadian itu berlaku di kawasan lampu isyarat berhadapan dengan bangunan Desa Murni. Ustaz Azhar Idrus dan
isteri tidak mengalami sebarang kecederaan, hanya bahagian depan kereta
Voklwagen miliknya yang hancur. Pemandu proton iswara itu pula
mengalami kecederaan ringan.
Kemalangan itu dikatakan berpunca daripada kecuaian pemandu proton
iswara yang keluar terus dari simpang tanpa melihat sebarang kenderaan
dari sebelah kiri dan kanan. Nampak gayanya, Ustaz Azhar Idrus terpaksa mengeluarkan senyuman meweknya untuk meredakan keadaan orang ramai.
Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar kemalangan ngeri melibatkan
kereta Voklwagen milik Ustaz Azhar Idrus dan proton iswara.
Kredit:http://plbgaimacam.blogspot.com
P/s: Ust. memang tak cedera,mungkin poketnya sedikit cedera..malang tak berbau,sesiapa pun boleh kena,berhati-hatilah di jalan raya.
Petua-Petua Menguatkan Memori dan Mengurangkan Migrain
Salam wbt.,
Sebelum saya terhilangkan petua berguna ni dari wall FB, eloklah rasanya
diabadikan di sini Petua menguatkan memori dan menghilangkan migrain.
Orang yang share petua ni seorang alim yang menuntut di Afrika Selatan
dan petua ini diminta dari syaikh beliau. Dan menurut beliau, setelah
mengamalkan petua² ni, beliau merasakan memorinya semakin kuat dan
cerdas akal fikiran serta migrain pun hilang. Jom sama² kita baca, amal
dan sampaikan.
1) Jangan bermaksiat walau sekecil maksiat sebab itu raja segala kekuatan akal dan memori,lagi banyak tinggal maksiat,lagi kuat otak kita.
3) Amalkan adab-adab sunnah pada setiap masa samada tidur, makan, minum, masuk tandas, dalam tandas, belajar dan sebagainya.
4) Yang terpenting, amalkan sunnah selepas salam ketika solat iaitu letakkan tapak tangan kanan di dahi sejurus selepas salam dan baca Allahuakbar sekali, kemudian baca astagfirullahal’azim sebanyak 3X tetapi pada kali yang ketiga, kuatkan sedikit dan lanjutkan sedikit bacaannya. Kemudian baca doa: “bismillahillazi laailahailla huwarrahmanir rahim, Allahumma Azhib ‘Annil Hamma wal Huzna..” , kemudian selawat 3X dan baca “Ya Qowiyyu ” 10X dengan niat dan doa dalam hati supaya Allah kuatkan akal kita…
Satu lagi tips, hendaklah yakin betul² pada Allah dan istiqomah (berterusan) mengamalkan petua² ini.
Petua keempat tu dah lama saya tengok
emak saya sendiri amalkan, dan diakui memori emak lebih kuat dari saya
yang jauh lebih muda ni. InsyaAllah, azam nak amalkan ni. Lebih² lagi
penghafaz² al-Quran dan mereka yang sedang menuntut ilmu, petua ni amat
berguna.
Ini pula jenis² makanan penguat memori kajian orang barat;

ummihanei.com/Open Minda
Sabtu, 17 Ogos 2013
Pegawai tertinggi tentera Mesir ini dibunuh kerana enggan melakukan serangan di Medan Raba'ah

Pegawai tertinggi tentera Mesir yang telah dibunuh kerana enggan untuk melancarkan serangan di medan Raba'ah dan Nahdah semalam.
____
-kerengga
Erdogan: “Para Fir’aun Itu Bakal Segera Hadapi Musa”, Turki Tarik Duta Besarnya Dari Mesir

Perdana
Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mengkritik habis-habisan pemerintah
Barat berhubung kejadian di Mesir. Erdogan menyatakan bahawa “Musa akan datang dan kezaliman Fir’aun tersebut akan berakhir!”
Pernyataan ini disampaikan oleh Erdogan semalam, Khamis (15/8/2013) dalam satu sidang Akhbar di Bandar Antarbangsa Esenboga sebelum keberangkatannya ke Turkmenistan.
“Demokrasi di seluruh dunia akan dipersoalkan jika Barat tidak mengambil tindakan serius soal ini,” tegas Erdogan.
Erdogan mengutuk insiden Rabu berdarah di Kaherah. Ia menyebutnya sebagai ‘pembaitaian".
"Mereka yang tinggal diam menghadapi pembantaian ini sama bersalahnya dengan mereka yang melakukan (pembantaian) ini. Majlis Keselamatan PBB perlu segera membahas (masalah pembantaian ini)." katanya.
“Mereka yang diam dan acuh tak acuh terhadap pembunuhan yang terjadi di Mesir, merupakan penyebab utama hal ini,” tambahnya.
Selain itu, Turki berpendapat, Barat telah mengamalkan dwi-standard yang sangat ketara dalam menghadapi situasi di Mesir.
"Saya sampaikan pada negara-negara Barat. Anda tetap diam mengenai hal di Gaza, anda tetap diam terhadap apa yang berlaku di Syria... kini anda masih diam pada pembantaian di Mesir. Jadi kenapa anda berbicara tentang demokrasi, kebebasan, nilai-nilai global, dan hak asasi manusia?" kecam Erdogan lantang terhadap sikap Barat dan sindiran pedas terhadap negara Islam lain yang berdiam diri.
“Tentera bertanggung jawab atas kudeta pembunuhan ini. Barat tidak pernah menyatakan apa yang terjadi di Mesir secara terbuka, meskipun mereka mengakui hal ini dalam pembicaraan peribadi di balik pintu tertutup,” demikian Erdogan.
Sehubungan dengan itu, Turki juga telah memanggil pulang duta besarnya untuk Mesir, menyusul insiden berdarah yang telah mengorbankan tak kurang dari 638 orang dan mencederakan 4.000 orang.
Pemanggilan pulang duta tersebut dilakukan untuk perundingan setelah pembantaian di Mesir, dan tidak dapat dipastikan sampai bila duta besar tersebut akan kembali semula ke Kaherah.
Turki menjadi salah satu negara yang paling keras mengkritik kudeta tentera terhadap pemerintahan Presiden Mesir yang digulingkan, Muhammad Mursi.
Kredit:greenboc.
Langgan:
Catatan (Atom)