IKLAN

Sabtu, 7 Januari 2012

Status Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan

Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambil kira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysiaterdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:


1-Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.

2-Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

3-Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.

4-Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.


5-Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.

6-Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.


7-Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

Keputusan Muzakarah Kebangsaan lain berkaitan:
Alkohol Menurut Pandangan Islam
Alkohol Sebagai Penstabil Minuman Ringan

e-Fatwa


Mari Uji Otak Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Lihat carta dibawah ini katakan apa warnanya bukan perkataannya..selamat mencuba..



Terima kasih: eerashera


15 Fakta Yang Jarang Diketahui Orang Tentang Konflik di Palestin dan Israel

SAVE PALESTINE FOREVER SAVE PALESTINE FOREVER

Spoiler for 1 :

 Tahukah anda bahawa sehingga tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan keterangan kekosangan kerja dengan perkataan: "jawatan kosong hanya untuk bangsa Yahudi", "anda cari seorang pekerja dengan syarat bangsa Yahudi"? [Buktinya rasisnya bangsa yahudi]

Spoiler for 2 :

Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negara Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk memunculkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?

Spoiler for 3 : 

Tahukah anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk menjadi koalisi utama dalam kabinetnya?Padahal parti itu berideologi radikal dengan persepsi pokok membersihkan Israel dari bukan bangsa Yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

Spoiler for 4 :

Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yusuf yang juga pengasas Parti Syas (parti ketiga terbesar di Israel) mendukung aksi militer Israel untuk menghancurkan warga Palestin?  bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya Paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah rangkaian radio terbesar di Israel: "Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan azab yang pedih. Kerana dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga Arab, dan wajib bagi setiap Yahudi untuk menembakkan rudal dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga Arab untuk menghabisinya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk "... ...
[Sadis ni..Seorang yang super rasis!!!...]

Spoiler for 5 : 
Tahukah anda bahawa pelarian Palestin adalah pelarian yang terbesar di dunia? [Mereka tersebar di banyak penjuru dunia antaranya Lebanon,Arab,Malaysia,Qatar,Indonesia.dll]

Spoiler for 6 : 
Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah Yahudi? [Belum tahu nanti anda cari..dah tahu bagus sangat ni]

Spoiler for 7 :
Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan larangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Perisikan Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaan nya?

Spoiler for 8 : 
Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merosakkan seluruh  prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor (S3)? Hal ini apabila dilihat dari jumlah peratusan penduduknya. [Semoga gara2 ini palestin boleh kembali maju]


Spoiler for 9 : 

Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa Arab dari Israel?

Spoiler for 10 :

Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang hak asasi manusia antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? Kerana mereka dihalang mentandatangani perjanjian OSLO?
[PBB seolah-olah menganggap Palestin bukan manusia]

Spoiler for 11: 
Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al-Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi? [Pintarnya mereka memainkan dan menbalikan fakta padahal palestin diserang tahun 1948]

Spoiler for 12 :
Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan undang-undang Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin? [Warga awam dilarang keras terlibat dalam medan pertempuran]

Spoiler for 13 :
Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka.Insiden yang memilukan adalah pembunuhan tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam khemah pelarian nya? [Sangat memilukan]

Spoiler for 14 : 
Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pelbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Kubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya? [Pasti nanti dikatakan ada konspirasi lainya...]

Spoiler for 15 :

Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara racism dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum ia pimpin? [Saya setuju dengan pak mandela]

diterjemah dari : www.klikunic.com


P/s: Jika benarlah apa yang dikatakan memang sungguh betul-betul memilukan...



Jumaat, 6 Januari 2012

TAHUKAH ANDA Pengambilan Multi Vitamin Sebenarnya Aktiviti Tidak Sihat?



PENGAMBILAN pil multivitamin di kalangan jutaan penduduk dunia adalah langkah sia-sia kerana ia sebenarnya mendatangkan lebih banyak keburukan kepada kesihatan.

Menurut bekas penasihat pemakanan kerajaan Britain, Brian Ratcliffe, sejumlah RM3.6 bilion dihabiskan dalam pengambilan multivitamin setiap tahun yang sebenarnya sihat dan tidak memerlukan pil tersebut.

Jelasnya lagi, antara keburukan pengambilan pil tersebut seperti minyak ikan sebagai multivitamin ialah ia mampu meningkatkan fenomena tulang rapuh pada masa akan datang kerana pengambilan vitamin A secara berlebihan tanpa disedari.

Kebanyakan pengguna mengambil pil multivitamin kerana kebimbangan tidak berasas terhadap kesihatan mereka serta dipengaruhi oleh iklan pihak farmasi./duniajunko



RM4.07juta Sokong Nafi Uthmaniyah Zalim


NEKKAZ menunjukkan cek RM4.07 juta untuk membayar denda.
NEKKAZ menunjukkan cek RM4.07 juta untuk membayar denda.
PARIS: Seorang ahli perniagaan kaya Perancis melancarkan dana sejuta euro (RM4.07 juta) untuk membantu sesiapa yang didenda di negara itu kerana menafikan pembunuhan rakyat Armenia oleh Turki hampir satu kurun lalu adalah penghapusan suatu bangsa. 

Rachid Nekkaz yang sebelum ini menawarkan untuk membayar denda wanita Islam yang dihukum kerana memakai tudung kepala menutup muka, berpendapat sasaran sebenar rang undang-undang Perancis dalam isu itu adalah orang Islam kerana Turki adalah negara Islam.
Parlimen Perancis belum menjadikannya kesalahan untuk menafikan bahawa pembunuhan penduduk Armenia pada 1915 oleh kerajaan Uthmaniyah Turki sebagai pembunuhan beramai-ramai.
Rang undang-undang itu diluluskan di Parlimen 22 Disember lalu, menyebabkan Turki yang berang memanggil balik dutanya dan menggantung hubungan dan kerjasama tentera. 

Dalam isu purdah, Nekkaz dilaporkan menyokong Hind Ahmas, 32, yang dijatuhi hukuman menjalani ‘kursus kewarganegaraan’ selama 15 hari kerana melanggar larangan memakai tutup muka dua minggu lalu. Wanita itu juga didenda 150 euro (RM610.64). 

“Ada kemungkinan dia akan dipenjarakan,” kata Nekkaz kepada stesen FRANCE 24. – Agensi /Berita Harian




Najwa Latif di Kota Bharu sempena ‘Ladies Night’


PENGKALAN CHEPA, 6 Jan: Artis baru yang terkenal dengan lagu ‘Cinta Muka Buku’ Najwa Latif bakal membuat persembahan di Kelantan sempena program ‘Kelantan Got Talent, Ladies Night’.

Program tertutup khusus untuk golongan wanita sahaja itu akan diadakan di Kelantan Trade Cantre kira-kira 2.30 petang dan pukul 8.45 malam untuk Ladies Night, pada 23 Januari ini.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar (gambar) ketika memberitahu media berkata, program berkenaan dianjur bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru dalam hiburan.

“Saya sedar ramai anak-anak kita serta kaum wanita kita yang boleh menyanyi atau membuat persembahan, cuma bakat saja tidak dicungkil.

“Program ini kita anjur juga untuk menghibur kaum wanita, kerana hiburan itu fitrah manusia yang memerlukan hiburan, cuma program ini tertutup macam biasalah khusus untuk kaum wanita sahaja,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis rebranding Perdana Resort oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam.

Katanya lagi, majlis itu bermula jam 2.40 petang dan ianya terbuka kepada kaum wanita berusia 15 tahun ke atas, termasuk rakan media di kalangan wanita./ HD



Payahnya Buat Tempahan Pizza Pada Abad 2850



Rakaman Percakapan telepon pesanan Pizza tahun 2850.

Operator : terima kasih anda telah menghubungi Pizza Hot, boleh saya bantu....

Pelanggan : heloo, saya nak pesan Pizza

Operator : Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonan seterusnya.

Pelanggan : OK, sekejap. No nya : 790615-08-5331

Operator : Ok Encik Rahmat bin Hujan,berumur 41 tahun, encik tinggal di Jalan Hang Tuah no.161, Seksyen 18/34-Donkey, Shah Alam. nombor telefon rumah: 03-77726378, No pejabat: 03-51912870 ext 999 dan no telefon bimbit: anda 016-6666222, encik menelefon dari mana?

Pelanggan : dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no tel saya?

Operator : Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.

Pelanggan : Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza - pakej family

Operator : Itu bukan idea yang bagus encik

Pelanggan : kenapa pulak?

Operator : Dari medical record cik , encik memiliki tekanan darah tinggi dan kolesterol yang berlebihan dari paras normal.

Pelanggan : Jadi awak rekemenkan apa?

Operator : Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza

Pelanggan : Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?

Operator : Hmmm minggu lalu encik baru pinjam buku yang berjudul "Popular Hokkien Dishes" dari perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.

Pelanggan : Ok lah. Ikut jek la. So, berapa harga pekej family yg saya pesan tadi?

Operator : Tapi pakej family kami takkan cukup untuk anak encik yang berjumlah 7 orang .., jumlah keseluruhan adalah RM80.00

Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.

Operator : Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad Visa encik dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak RM4050.00 sejak bulan Ogos lalu , itu belum termasuk caj denda untuk tunggakan bayaran bulanan rumah encik.

Pelanggan : Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum penghantar pizza sampai ke rumah saya.

Operator : Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun encik dalam kesemua empat bank iaitu Maybank, BCB, Ambank dan Public Bank menunjukkan baki kurang dari RM1.00

Pelanggan : Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash kat sini. Berapa lama Pizza akan di hantar?

Operator : sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa terlalu lama dan tak suka menunggu, encik boleh ambil sendiri dengan motor kapcai encik.

Pelanggan : APAAAAA.... ????

Operator : Menurut catatan kami, encik memiliki motor kapcai tahun 2015 dengan no pendaftaran BWW 2114 betul kan encik..?

Pelanggan : Cis! Melampau betul! Celaka gile. Sape bagi bukak rekod orang lain sesuka hati ni? ada yang nak kena belasah ni??!!

Operator : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan. Takkan encik dah lupa tarikh 15 Mei 2010 encik pernah kena tahan lokap sebulan sebab bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Pelanggan : (Terdiamm....)

Operator : Ada nak tambah yang lain encik?

Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej family ada percuma 2 botol coca cola kan?

Operator : Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada juga mengidap DIABETES, jadi kami tidak mau mengambil sebarang risiko.....

Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN SAJA SEMUA!

Operator : Terima kasih atas panggilan pesanan encik, untuk sebarang komen, kritikan dan pandangan, encik boleh mengisi form online pada website kami,username dan passwordnya tercetak pada bahagian bawah kotak pizza yang encik pesan... terima kasih kerana telah menghubungi Pizza Hot....



Kredit: Udanglipan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik