IKLAN

Rabu, 7 Disember 2011

Fakta Tentang Kaabah Yang Cuba Disembunyikan Dunia


 

Ternyata GMT Bukan Di Greenwich, Tapi Di Kaabah (Fakta Ilmiah) 

Sedikit cerita tentang GMT @ Greenwich..
Greenwich merupakan sebuah daerah di pinggir sungai Themes wilayah selatan, Britain. Greenwich mula terkenal selepas sebuah persidangan antarabangsa (1884) yang membincangkan mengenai garis bujur akhirnya sepakat menetapkanGreenwich sebagai wilayah yang tepat dilalui oleh garis bujur 00,sebuah garis khayal yang membahagikan dunia menjadi dua bahagian, sebelah barat garis bujur barat 0 0 , disebut bujur barat dan sebelah timur garis bujur 0 0 disebut bujur timur.

Waktu Greenwich kemudian dijadikan rujukan waktu dan dasar pembahagian zon masa bumi yang dikenali sebagai Universal atau biasa disebut  Greenwich Mean Time (GMT) .

Hal inilah yang mendasari perhitungan waktu antara satu tempat dengan tempat yang lain. Sebagai garis bujur utama (0 0 ).Setiap perbezaan 15 0 ke arah barat menjauhi bujur utama, masa akan menjadi lebih lambat satu jam, sebaliknya setiap 15 0 ke arah timur bujur utama, perputaran waktu akan menjadi lebih cepat satu jam.

Kini kita memahami kenapa bumi dibahagikan kepada 24 standard masa (24 Jam) dengan masing-masing standard masa berbeza di antara satu jam atau 15 0 bujur (lingkaran bola dunia = 360 0 , 360 0 dibahagikan 15 0 = 24).
Oo... begitu, aku pun baru tahu..
 
Mari baca yang seterusnya..

Kaabah, rumah Allah untuk sejuta umat muslim merindukan ingin berkunjung dan menjadi tetamu - tetamu Allah yang maha pencipta. Kiblatnya (arah) ummat Islam dalam melaksanakan solat, dari mana-mana negara semua ibadah solat menghadap ke kiblat ini. 

Istilah Ka'bah adalah bahasa al quran dari kata "ka'bu" yg bererti "mata kaki" atau tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. Ayat 5/6 dalam Al-quran menjelaskan istilah itu  "Ka'bain" yang bererti 'dua mata kaki' dan ayat 5/95-96 mengandungi istilah 'ka'bah' yang ertinya nyata "mata bumi" atau "paksi bumi" atau kutub pusingan utara bumi. 

Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. 
Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, "Planet Bumi ternyata menggantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?."



Para angkasawan telah mendapati bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut ghaib yang sepertinya ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan kajian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berpenghujung), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil gambar planet Marikh, radiasi tersebut masih terus berlanjut. 

Para penyelidik Muslim mempercayai bahawa radiasi ini mempunyai ciri-ciri dan menghubungkan antara Ka'bah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Makkah Pusat Bumi 

Prof. Hussain Kamel mencari suatu fakta mengejutkan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.

Untuk tujuan ini, ia menarik garis-garis di atas peta, dan selepas itu ia melihat dengan saksama kedudukan ketujuh benua terhadap Makkah dan jarak masing-masing. Ia memulai dengan menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan unjuran garis bujur dan garis lintang.


Setelah dua tahun dari pekerjaan yang sukar dan berat itu, ia dibantu oleh program-program komputer untuk menentukan jarak-jarak yang benar dan variasi-variasi yang berbeza, dan banyak hal lain. Ia kagum dengan apa yang ditemui, bahawa Makkah merupakan pusat bumi.


Ia menyedari kemungkinan menggambar suatu lingkaran dengan Makkah sebagai titik pusatnya, dan garis luar lingkaran itu adalah benua-benuanya. Dan pada masa yang sama, ia bergerak bersamaan dengan keliling luar benua-benua tersebut. (Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos 1978).

Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an, menekankan hasil yang sama ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi masa daratan itu diciptakan.

Telah menjadi teori yang mapan secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Makkah.

Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan dimaksud untuk membuktikan bahawa Makkah adalah pusat dari bumi. Bagaimanapun, kajian ini diterbitkan di dalam banyak majalah sains di Barat.
Allah berfirman di dalam al-Quran al-Karim sebagai berikut:

'Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya ..' (Asy-Syura: 7)

Kata 'Ummul Qura' bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang penting di dalam budaya Islam.

Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Selain itu, kata 'ibu' memberi Makkah keunggulan di atas semua bandar lain.

Makkah atau Greenwich 

Berdasarkan pertimbangan yang saksama bahawa Makkah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian-kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang bermula empat dekad yang lalu.

Ada banyak hujah ilmiah untuk membuktikan bahawa Makkah merupakan wilayah sifar bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut, dan ia tidak melewati Greenwich di Britain. GMT dipaksakan kepada dunia ketika majoriti negeri di dunia berada di bawah jajahan Inggeris. Jika waktu Makkah yang diterapkan, maka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui waktu solat.
Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit


Ada beberapa ayat dan hadis nabawi yang menyiratkan fakta ini. Allah berfirman, 'Wahai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.' (Ar-Rahman: 33) 

Kata aqthar adalah bentuk jamak dari kata 'qutr' yang bererti dia, dan ia merujuk pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter. 

Dari ayat ini dan dari beberapa hadis dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, maka itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit. 

Selain itu ada hadis yang mengatakan bahawa Masjidil Haram di Makkah, tempat Kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi (maksudnya tujuh lapisan pembentuk bumi)/dunia-unik


WallahuA'lam..









Selasa, 6 Disember 2011

Lebih 7,000 Orang Yang Berasal Dari Malaysia Kini Mendiami Australia Selatan


GEORGE TOWN: Lebih 7,000 orang yang berasal dari Malaysia kini bermastautin di Australia Selatan termasuk ibu negerinya Adelaide.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Hal Ehwal Pelbagai Kebudayaan, Kecemasan dan Polis Australia Selatan, Jennifer Rankine yang kini sedang dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang.

Beliau juga berkata, secara puratanya terdapat juga lebih kurang 2,000 hingga 3,000 pelajar Malaysia di Australia Selatan buat masa ini.

“Malah terdapat ahli perniagaan dan pakar-pakar perubatan dari Malaysia yang kini sedang berkhidmat di Australia Selatan dan kami sangat-sangat menghargai jasa dan juga sumbangan mereka kepada pembangunan negeri kami," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Komtar pada Isnin.

Jennifer juga berkata, ini adalah lawatannya yang pertama ke Malaysia dan beliau dapati negara ini sangat cantik dan mengujakan./
mstar



Karikatur Yang Membuatkan Kita Merenungi Kehidupan Ini




Sedar atau tidak sedar kadang-kadang setiap hari kita selalu menggunakan topeng untuk menutup kemunafikan pada diri kita. Wajarkah kita lakukan demikian setiap hari??? 


Jadilah orang tua yang menyayangi anak-anak. Jangan biarkan mereka bagaikan orang yang terasing di dalam keramaian. Berilah masa dan bimbinglah anak-anak kita dengan penuh kasih sayang 


Berikanlah sedikit perhatian kita kepada mereka yang memerlukan. Banyak di antara saudara-saudara kita yang masih menunggu huluran tangan cinta kita 


Ketamakan kita sebagai manusia sering membuat kita gelap mata. Bila sudah menjadi Penguasa maka akan terasa sangat berat untuk meninggalkannya. Segala daya dan upaya akan dilakukan untuk mengkekalkannya... 


Bukan hanya perbezaan warna kulit, status sosial pun menjadi benteng keangkuhan kita. Bukankah di mata Tuhan kita adalah sama???

Renung-renungkan dan Selamat Beramal...

Sumber : www.exelroze





Isnin, 5 Disember 2011

Al-Qur'an Tertua Di Dunia


Disebuah sudut gelap di ibu negara Uzbekistan, Tashkent, terdapat satu peninggalan yang bersejarah bagi umat Islam, iaitu Al-Qur'an tertua di dunia. Al-Quran ini berasal dari masa pemerintahan khalifah ketiga iaitu Uthman bin Affan.


Saidina Uthman bin Affan merupakan perintis pembukuan Al-Quran pertama, yang sebelumnya Al-Quran hanya dihafal atau ditulis di atas lembaran kayu dan tulang unta. Pembukuan Al-Quran pertama ini dilakukan Uthman bin Affan ketika berada di Madinah. Pembukuan Al-Quran ini selesai pada tahun 651 atau 19 tahun selepas kematian Rasulullah SAW.

Pembukuan ini dilakukan Uthman untuk mengelakkan perselisihan dan perbezaan versi dari ayat Al-Quran, sehingga beliau memutuskan untuk membukukannya. DiTashkent, Al-Quran ini disimpan di sebuah kawasan yang dikenali dengan nama Hast-Imam lokasi yang jauh dari orang ramai.

Tempat lokasi simpanan Al-Quran ini berdekatan dengan makam saintis dari abad ke-10, Kaffel Sashi. Simpanan Al-Quran ini berada di kawasan bangunan yang menjadi pusat aktiviti Mufti Uzbekistan atau pimpinan keagamaan tertinggi di negara ini.

Al-Quran bertulis pertama yang dibukukan ini sangatlah berharga, kerana ia   di simpan dalam sebuah peti kaca yang melekat ke dinding. Malangnya, kerana sudah berusia beratus-ratus tahun, Al-Quran ini tidak utuh lagi. Saat ini yang tinggal hanya tinggal sepertiga sahaja atau sekitar 250 halaman lagi. Ayat-ayatnya ditulis dalam bahasa Bahasa Hejaz dan ditulis di atas kulit rusa.

Disebutkan bahawa Khalifah Uthman membuat lima salinan Al-Quran ini dan menyebarkannya ke pelbagai wilayah Islam. Selain yang ada di Tashkent, salinan lain juga masih tersimpan di Topkapi Palace di Istanbul, Turki.

Tidak jauh dari lokasi simpanan Al-Quran, ada juga sebuah rumah yang   menyimpan benda bersejarah yang lain, iaitu helaian rambut Rasulullah SAW. Selain Al-Quran tertua, helaian rambut ini juga menjadi salah satu koleksi bersejarah yang dimiliki Asia Tengah dalam keterkaitan mereka dengan sejarah Islam.

Dilokasi yang sama juga terletak perpustakaan yang menyimpan kekayaan dengan berbagai koleksi bersejarahnya. ''Dianggarkan di perpustakaan itu ada sekitar 20 ribu buku dan tiga ribu naskhah berbagai tajuk,''ujar Ikram Akhmedov, pembantu kepada mufti.

Buku atau kitab itu rata-rata adalah buku tentang sejarah abad pertengahan, astronomi, dan perubatan. Namun ada juga Al-Quran dan buku-buku tentang ilmu hukum. ''Namun benda yang tertua di perpustakaan ini adalah Al-Quran yang berasal dari abad ketujuh atau dari masa pemerintahan khalifah Uthman bin Affan,''jelasnya.

Dengan adanya Al-Quran yang tertua di dunia ini mengingatkan kita bertapa kawasan Asia Tengah ini memberikan peranan sangat penting dalam sejarah perkembangan agama Islam. Ini juga merupakan fakta yang tidak boleh dinafikan, bahawa harta karun umat Islam berada di negara yang dulunya merupakan pecahan negara komunis yang terbesar di dunia, Kesatuan Soviet.

Sejarah sampainya Al-Quran dari dinasti pemerintahan Uthman bin Affan ke Tashkent ini sangatlah luar biasa. Setelah kematian Uthman bin Affan, sebahagian orang menyatakan bahawa Al-Quran ini dibawa oleh Ali bin Abi Thalib ke Kuffah atau yang sekarang dikenali sebagai Iraq.

Tujuh ratus tahun kemudian, ketika Tamerlane (penakluk rantau Asia Tengah) datang ke daerah ini, ia mencari Al-Quran ini dan membawanya keibukotanya di Samarkand, Al-Quran ini berada di Samarkand lebih dari empat abad, hingga orang Rusia menakluk bandar ini pada tahun 1868.

Saat itu, Gabenor Rusia menghantar Al-Quran ini ke St Petersburg dimana Al-Quran ini kemudian disimpan di perpustakaan kerajaan. Namun setelah pecahnya revolusi Bolshevik, Lenin yang sangat bernafsu menguasai daerah umat Islam menghantar Al-Quran ini ke Ufa atau yang kemudian dikenali sebagai Bashkortostan.

Namun akhirnya, setelah berkali-kali diminta oleh Muslim Tashkent, Al-Quran ini akhirnya kembali lagi ke Asia Tengah pada tahun 1924. Sejak saat itu, Al-Quran ini ditempatkan di Tashkent dan berlangsung hingga saat ini. Sejak awal kewujudannya, Al-Quran ini telah menarik banyak orang termasuk pemimpin umat Islam untuk mengunjunginya. Sehingga dirasakan sangat aneh kerana Al-Quran ini masih ditempatkan di lokasi tersebut.

Barangkali ini merupakan ketakutan kerajaan Uzbekistan yang banyak diwarisi oleh nilai-nilai dari era komunis Soviet. Hingga kini mereka masih tidak mempercayai Islam kerananya mereka juga masih memandang Islam dengan penuh kecurigaan.

Mufti yang juga menguruskan serta menjaga kewujudan benda-benda ini menyatakan bahawa Al-Quran ini tidak dipertontonkan dan dijaga agar tidak terlalu menarik banyak perhatian. Ini dilakukan untuk menjaganya dari hal-hal negatif yang mungkin berlaku.


Disunting dari: 
wisben.com





Sabtu, 3 Disember 2011

Solat Sunat Gerhana Bulan Pada 10 Disember, Juga Panduan Mendirikannya

Solat sunat sempena gerhana bulan akan diadakan di Masjid Negara Pada 10 disember 2011 ni.Penolong Pegawai Perhubungan Awam Unit Perhubungan Awam dan Pusat Sumber Masjid Negara, Azri Zainal Abidin berkata, program itu bermula pukul 7 malam hingga 10 malam.



Program ini akan diadakan di Dewan Solat Utama Masjid Negara,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Azri seterusnya berkata, orang ramai dijemput hadir ke program tersebut sebagai tanda kesyukuran dan menginsafi kejadian alam kurniaan Allah.

Menurutnya, maklumat lanjut mengenai program itu boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Masjid Negara www.masjidnegara.gov.my. 

Sumber



PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN


HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad ( مـؤكـدة )
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi”.

Syari’at Solat Kusuf (gerhana matahari) & Khusuf (gerhana bulan), hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.
Dari ’Aisyah r.a. berkata : ”Telah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah saw. Lalu Nabi mengutus seorang munadi (penyeru) mengumandangkan: “As-solatu Jami’ah”. Kemudian baginda solat 4 kali ruku’ pada 2 raka’at dan 4 kali sujud.”

Cara-cara Solat Gerhana

Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.


Niat solat gerhana
Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I’tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I’tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir
10. Salam
 Berzikir dan beristighfar.
Abu Musa berkata: “Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu.
 Berlindung daripada azab kubur.
Diriwayatkan oleh Aisyah ra: “Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur.”
 Bersedekah.
Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah.”
Memerdekakan hamba.
Asma’ ra berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW menyuruh memerdekakan hamba ketika berlaku gerhana matahari. “Dalam satu riwayat: “Gerhana bulan.”
Inilah sunnah Baginda SAW ketika berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari. Sudah menjadi kewajiban kita selaku ummat Rasulullah saw untuk kembali menghidupkan sunnahnya. Rasulullah saw telah berwasiat kepada ummatnya agar kita sentiasa berpegang teguh pada Al-Quran & sunnah.
Persoalan gerhana hanyalah satu dari sunnah fi’liyyah (perbuatan) Rasulullah yang kini kian dilupakan. Menjadi tugas kita ummat baginda untuk kembali menghidupkan sunnahnya. Wahai sahabatku bangkitlah, kerana hanya ditangan kitalah pewaris Al-ghuraba’ itu ada.
Ayuh anak muda, bangkit hidupkan sunnah Rasul mu!
Sumber:pmiupm.net


Amalan Ketika Malapetaka Menimpa di Sekeliling Rumah

Pada akhir zaman ini eloklah banyak duduk di rumah. Ini kerana di luar rumah sana sarat dengan ujian fitnah akhir zaman. Duduk di rumah sambil bermuraqabah adalah cara yang paling praktkal menyelamatkan diri dan keluarga.. Jangan keluar kecuali atas urusan penting!


Assalamualaikum...

Baru2 ini maulana sheikh kami mengatakan bahawa dunia akan berhadapan dengan saat2 kesukaran pada masa akan datang...

Sekiranya malapetaka, peperangan, bala dan fitnah akhir zaman terjadi maka sebaik-baiknya kita hendaklah:

"DUDUKLAH DENGAN TENANG DI DALAM RUMAHMU"

Ini kerana duduk di dalam rumah sambil bermuraqabah adalah cara yang terbaik menyelamatkan diri dari sebarang anasir2 jahat di sekeliling rumah yang datang menyerang.

Sekiranya berlaku huru hara dan peperangan di negaramu hendaklah:

  1. Masuklah ke dalam rumah dan kuncilah segala pintunya
  2.  Tutuplah segala lampu yang menerangi rumah anda.
  3. Ambil wuduk, bentangkah sajdahmu  dan solatlah pada waktunya atau solat sunat 2 rakaat.
  4. Duduklah di atas tikar solatmu dan bacalah solawat munjiyyat sebanyak 40 kali.
  5. Bacakanlah Ayatul Kursiy mengadap 4 arah atas dan bawah.... Insya Allah rumahmu akan selamat.
Jangan banyak keluar dari rumah..

Surah an Naml ayat 18:

"18. (Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".

'Udkhuluu masakinakum".... Masuklah kamu ke dalam rumah2 kamu semuanya.. "


Semoga Allah Taala menyelamatkan kita dari fitnah2 akhir zaman.. Amin Ya Rabb..

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!






Kalau Sudah Ketagih Macam-Macam Orang Boleh Buat...

Merokok itu merbahayakan kesihatan anda, seandai menghisap rokok melalui mulut tak boleh...tetapi  berbeza dengan lelaki ini, Ia menghisap rokok dengan kelopak matanya.. mungkin ini salah satu cara untuk menghilangkan ketagihan mungkin juga.. dahsyat... tidakkah ini memudaratkannya..


"Jangan cuba aksi ini di rumah...silap-silap boleh buta mata anda"




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik