IKLAN

Selasa, 5 Julai 2011

Cara Tidur Yang Ada Style

Salam...Setiap orang ada cara tidur yang tersendiri dan unik...

Jom kita tengok macam-macam style tidur yang ada..


1.Posisi 'tidur nyenyak'
3.bp.blogspot.com/-8s0_H3rs7jw/TeZhAi5m09I/AAAAAAAAAlA/W2Dwf6O1ohA/s320/1.jpg


2. Posisi tidur 'meniarap'
1.bp.blogspot.com/-RJ02uxkLRyA/TeZhRzQkQRI/AAAAAAAAAlE/H8XJFC90p9c/s1600/2.jpg


3. Posisi 'tidur menggeliat'
3.bp.blogspot.com/-kalMgmGHEoU/TeZhXC9yvjI/AAAAAAAAAlI/LGHKqUUlHKc/s1600/3.jpg


4. Posisi tidur 'bergumpal kesejukan'
2.bp.blogspot.com/-IK7nx9ZJPLQ/TeZh-hx6MAI/AAAAAAAAAlM/3L2JtxcmEZs/s320/4.jpg


5. Posisi tidur 'peluk anak dengan kasih sayang'
2.bp.blogspot.com/-P0infqydLOM/TeZiKF3E9eI/AAAAAAAAAlQ/9bG513p1pLA/s320/5.jpg


6. Posisi tidur 'pelukan laki bini'

4.bp.blogspot.com/-g8Z1UKWwF4k/TeZiitX_srI/AAAAAAAAAlU/ViP7mc5SPNU/s320/6.jpg


7. Posisi tidur 'bujang terlentang'
1.bp.blogspot.com/-xj9wQPtsTbU/TeZismgoEAI/AAAAAAAAAlY/HDU30l3zJaA/s320/7.jpg


8. Posisi tidur 'lepas penat blogwalking'

3.bp.blogspot.com/-dZZ0_9H3u3Q/TeZizXxhWpI/AAAAAAAAAlc/Sd0fXIYX0M8/s1600/8.jpg


9. Posisi tidur 'Tak Hengat Dunia'
4.bp.blogspot.com/-8-KlDNg64fM/TeZi9VgP8RI/AAAAAAAAAlg/R3JQ_-zU3Ts/s320/9.jpg        

Kataku: Awas! jangan tiru aksi ini dirumah ..ingat pinggang nak guna lama beb..wakaka

Cara Membezakan Kucing Sebenar dan Kucing Jelmaan Jin

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

"Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat." [Surah Yasin Ayat 9]


Ayat tersebut boleh dijadikan sebagai doa pelindung sama ada untuk melindungi diri, keluarga atau harta. Semasa membaca perkataan "sadda" yang bermaksud benteng/dinding, bayangkan perkara yang ingin dilindungi itu dibentengkan oleh benteng yang sangat hebat. Petua ni saya ambil dari rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 yang membicarakan topik sihir. Dah lupa nama ustaz tu, tapi yang ingat beliau merupakan seorang pengamal perubatan Islam.

Selain tu nak kongsi jugak mengenai ciri-ciri kucing jelmaan jin yang dikongsi dalam perbincangan tersebut:

1. Berwarna hitam.

 
2. Petua untuk membezakan kucing sebenar dengan kucing jelmaan jin, perhatikan pada mata kucing tersebut sama ada berkelip atau tidak. Sekiranya berkelip, maka itu adalah kucing sebenar. Jika tidak, itu adalah kucing jelmaan jin.

 
3. Cara mudah untuk membuatkan mata kucing tersebut berkelip, pegang kepala kucing kemudian garu/usap di bawah leher/tengkuk kucing tersebut. Kucing sebenar pasti akan berkelip matanya sekiranya ia diperlakukan sebegitu, manakala kucing jelmaan jin tetap tidak akan menutup matanya (berkelip).

 
4. Jika kucing tersebut adalah jelmaan jin, suruh kucing itu keluar dalam cara apa sekalipun.


Selain kucing, ustaz tu pun ada kongsi macam mana untuk membezakan antara ular sebenar dengan ular jelmaan jin. Kaedah yang sama, perhatikan mata ular, berkelip atau tidak.
 

sumber

Kataku:Jin pun macam manusia juga mereka dipertanggungjawabkan untuk menyembah Allah S.W.T

Mengapa Kucing Disayangi Nabi

koleksi gambar anak kucing bersama teman teman



Anda sekalian pasti sering denger kalau Nabi amat menyayangi kucing, sememangnya Nabi sangat sayang terhadap semua binatang dan mereka semua diperlakukan baik oleh Nabi.
Banyak kisah-kisah tentang kucing (karena kucing memang binatang yang banyak berkeliaran disekitar manusia). Bahkan Nabi juga memiliki kucing peliharaan. Setiap Nabi menerima tamu di rumah, Nabi SELALU mendukung mueeza (nama kucingnya) dan diletakkan dipehanya. Nabi bahkan berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyanyangi keluarga sendiri.

Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi disayangi nabi:
‘Mueeza selalu mengiau ketika mendengar azan, seolah-olah ia memahami azan tersebut.
Pernah juga ketika Nabi mengambil jubahnya,  Muezza  (kucingnya)  berada atas jubahnya.. Nabi pun memotong bahagian lengan jubah yang ditiduri Mueeza, tujuannya supaya tidak mengganggu Muezza.
Setelah Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merndapatkan nabi. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengurut lembut ke badan kucing itu.
Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Bahkan diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahawa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

 

Fakta-fakta ilmiah keistimewaan KUCING

 

Fakta pertama: Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteri. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar dapat membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Fakta kedua: Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.
Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel dengan usapan.

Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian khusus. Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapatkan adalah:
  1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
  2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
  3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.
  4. Sekalinya ada kuman yang ditemukan saat proses penelitian, kuman itu masuk kelompok kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
  5. Tidak ditemukan kelompok kuman yang beragam.
Berbagai sumber yang dapat dipercaya dan hasil penelitian laboratorium menyimpulkan bahwa kucing tidak memiliki kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.
Fakta ketiga: Dan hasil penelitian kedokteran dan percobaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemukan bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih dari manusia.
Bahkan di zaman dahulu kucing dipakai untuk terapi. Dengkuran kucing yang 50Hz baik buat kesihatan, selain itu mengusap kucing juga boleh menurunkan stress

10 Sebab Ilmu Lebih Bermanfaat Daripada Harta

1. Ilmu itu pusaka ataupun warisan para Nabi. Sebaliknya harta itu pusaka Qarun.

2. Ilmu itu menjaga dan memelihara kita. Tetapi harta, kita pula yang terpaksa menjaga dan memeliharanya.

3. Orang yang berharta banyak musuhnya seperti pencuri dan penyamun, dan sentiasa pula bimbang akan hartanya itu. Sebaliknya orang yang berilmu ramai sahabat dan sentiasa selamat.

4. Harta jika selalu digunakan akan berkurangan. Sebaliknya ilmu jika selalu digunakan akan bertambah.

5. Orang berharta kerap dipanggil dengan gelaran bakhil atau cela. Tetapi orang berilmu sering dipanggil dengan nama yang baik dan mulia.

6. Harta perlu dijaga supaya tidak dicuri tetapi ilmu tidak perlu menjaganya daripada kecurian.

7. Harta akan dihisab kelak tetapi ilmu akan memberi syafaat di akhirat kelak.

8. Harta akan rosak sekiranya disimpan tetapi ilmu tidak akan rosak walau selama manapun disimpan.

9. Harta mengeraskan hati tetapi ilmu melembutkan hati.

10. Pemilik harta selalu merasakan dirinya hebat, malah ada yang merasakan dirinya Tuhan seperti Qarun. Tetapi pemilik ilmu selalu merasakan dirinya lemah dan hamba Allah.

Jadi, yang manakah lebih bermanfaat? Ilmu atau harta? Sindri mau ingat la kan..


Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad. Jangan kedekut ilmu. Sampaikanlah walau satu ayat. Ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain juga merupakan antara tiga amalan yang berlanjutan pahalanya selagi diamalkan walaupun kita sudah meninggal dunia.

Kataku : Aku harap blog aku dapat memberi manfaat kepada kalian semua dan semoga dapat sedikit pahala untuk menjadi bekal dilorong gelita.

Lelaki Cuba Dibantu Rupa-Rupanya Penyamun

PETALING JAYA: Niat seorang jurugambar membantu seorang lelaki dalam kesusahan bertukar tragedi apabila dia dipukul, ditendang dan disamun menyebabkan kerugian kira-kira RM5,000 dalam kejadian di Taman Perumahan Desa Temuan Damansara Perdana, di sini, semalam.


Kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, bermula apabila mangsa berusia 30 tahun mahu membantu lelaki itu yang berdiri seorang diri di tepi jalan di susur keluar Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).


Ketika mangsa memberhentikan kereta di sebelah suspek yang berusia 20-an dan mahu bertanya masalah tiba-tiba satu tumbukan singgah di muka menyebabkannya panik.


Sumber polis berkata, sebaik muka ditumbuk, suspek mengeluarkan pemutar skru dan membuka pintu kereta lalu mengarahkan mangsa memandu kenderaannya.


“Mangsa yang panik memandu kereta itu dan ketika tiba di lampu isyarat, suspek menyuruhnya memberhentikan kereta sebelum dua rakannya menaiki Proton Waja muncul.


“Suspek menyuruh mangsa berpusing di taman perumahan itu kira-kira dua jam untuk sebelum melakukan jenayah,” katanya di sini, semalam.


Sumber berkata, selepas puas berpusing, suspek mengarahkan mangsa memberhentikan kereta sebelum menariknya keluar dan membelasahnya.


“Suspek melarikan beberapa barangan berharga termasuk telefon, komputer riba, wang RM70 dan kunci kereta dengan nilai keseluruhan RM5,000,” katanya. (CI)

Artis, Sukar Jadi Mukmin Sejati- Azmi Mustapa

PETALING JAYA 5 Jun 11: Pelakon Azmil Mustafa mendakwa sukar bagi seseorang itu untuk menjadi mukmin sejati sekiranya mereka bergelar artis. Dia berkata selama bergelar artis dia mengakui banyak dosa yang telah dilakukan.

"Saya rasa agak susah untuk menjadi seorang mukmin apabila hidup sebagai seorang artis kerana seperti yang kita tahu kehidupan artis lebih terdedah kepada keseronokan.

"Saya akui pelbagai dosa yang telah saya lakui sepanjang menjadi artis. Sehingga sekarang, ada yang masih menganggap saya sebagai artis dan mengenali saya dengan nama Ali Setan," ujarnya dalam satu temubual di Hotel De Palma, Ampang ketika meraikan mangsa Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat.

Tambahnya: "Saya menganggap situasi ini sebagai lumrah hidup. Jadi, saya perlu berhati-hati dalam menjaga tingkah laku.

"Saya juga gemar bergaul dengan rakan artis yang suka berkongsi tentang kehebatan Rasulullah seperti kumpulan Rabbani."

Bagaimanapun, Azmil belum bersedia untuk berdakwah kepada rakan artis lain kerana bimbang sekiranya timbul konflik pada masa hadapan.

"Saya sudah faham dan lalui pengalaman menjadi artis, jadi saya takut untuk berdakwah di kalangan mereka.

"Lagipun saya belum cukup kuat untuk bergaul dengan mereka semula. Saya rasa halangannya terlalu berat dan bimbang andai saya gagal untuk berdakwah kepada mereka," ujarnya lagi.

Sejak berubah, dia membawa diri ke Syria dan menetap di sana bersama-sama keluarga selama lima tahun. Menyentuh tentang perancangan masa depan, Azmil yang kembali ke negara ini sejak lima bulan lalu memilih untuk menetap di sini selama-lamanya.

"Saya akan melakukan kerja yang menjurus ke arah kebaikan dan terlibat dengan pertubuhan yang bergerak secara bebas.

"Saya merancang untuk melakukan sebuah majlis dengan media untuk menceritakan tentang pengalaman saya selama berada di Syria," ujarnya yang turut mengakui hilang punca pendapatan sepanjang lima bulan kembali ke negara ini.

Dia yang baru menjalani pembedahan jantung akui sering menghadapi masalah kesihatan.

"Saya tetap bersyukur dengan kurniaan Allah dan setelah menjalani pembedahan jantung, doktor menasihatkan saya agar tidak terlalu aktif dan banyak berehat di rumah.

"Bagaimanapun, saya akan meluangkan masa jika dijemput memberikan usrah dan berkongsi pengalaman yang dilalui sebelum ini. Saya akan cuba bawakan perspektif yang kontemporari seiring dengan dunia sekarang," jelasnya.

Komen weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, Alllah SWT masih sayangkan Azmi. Dia tentu bentangkan laluan mennuju taqwa. Dia turunkan penyakit, Dia berikan ubatnya. Dia tingkatkan darjat seseorang, Dia juga tambah ujian dan kematangan. Itulah anugerah Allaah SWT.. (IH)

Ahad, 3 Julai 2011

Fakta Tentang Madu Dan Kayu Manis

Madu adalah makanan yang hanya terdapat di planet ini yang tidak akan merosakkan atau reput. Dalam madu realiti sentiasa madu . Walau bagaimanapun, apabila ditinggalkan di tempat yang dingin dan  gelap untuk masa yang lama ia akan melakukan apa yang saya panggilan "crystallizing". . Apabila ini berlaku saya longgarkan penutup, rebus air, dan letakkan bekas madu dalam air panas, di luar panas dan biarkan ia cair.
Jangan mendidihkan madu atau meletakkannya didalam microwave.  Bila anda berbuat demikian anda akan membunuh enzim dalam madu.
 
 Fakta pada Madu dan Kayu manis:
 
Pakar-pakar pemakanan dalam beberapa kajian mendapati bahawa campuran madu dan kayu manis boleh menjadi penawar kebanyakan penyakit.  Madu dihasilkan dalam kebanyakan negara di dunia.  Saintis hari ini juga menerima madu sebagai 'Ram Ban' (amat berkesan) sebagai ubat untuk semua jenis penyakit.
 Madujuga  boleh digunakan tanpa sebarang kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit.
Sains hari ini mengatakan bahawa walaupun madu adalah manis, jika diambil dalam dos yang betul sebagai ubat, ia tidak mencederakan pesakit kencing manis.
Berita Mingguan, dalam sebuah majalah di Kanada, dalam terbitan bertarikh 17 Januari 1995 yang telah memberikan senarai penyakit berikut yang boleh disembuhkan dengan madu dan kayu manis yang dikaji oleh saintis barat:

PENYAKIT JANTUNG:
Buat pes madu dan serbuk kayu manis, sapukan pada roti,sebaiknya roti gandum berserat  dan ia boleh kerap dimakan untuk sarapan pagi.  Ia mengurangkan kolesterol di arteri dan menyelamatkan pesakit daripada serangan jantung. Juga,bagi mereka yang telah mempunyai serangan ini , jika mereka melakukan proses ini setiap hari, ia dapat membantu dari serangan yang seterusnya.Proses diatas sering digunakan untuk melegakan nafas dan menguatkan degupan jantung.  Di Amerika dan Kanada,  Jabatan kejururawatan telah merawat ramai pesakit dengan jayanya dan telah mendapati bahawa apabila usia semakian meningkat, arteri dan vena hilang fleksibiliti dan tersumbat; madu dan kayu manis dapat memulihkan arteri dan vena anda.
 
ARTHRITIS:

 Pesakit Artritis boleh mengambil setiap hari, pagi dan malam, satu cawan air panas dengan dua sudu madu dan satu sudu kecil serbuk kayu manis.  Jika diambil secara tetap walaupun artritis kronik boleh sembuh . Dalam kajian yang dijalankan di Universiti Copenhagen, didapati bahawa apabila doktor merawat pesakit mereka dengan campuran satu sudu madu dan setengah sudu teh serbuk kayu manis sebelum sarapan, mereka mendapati bahawa dalam tempoh seminggu, daripada 200 orang yang dirawat, praktikal 73 pesakit telah betul-betul lega sakitnya, dan dalam tempoh sebulan, kebanyakannya semua pesakit yang tidak dapat berjalan atau bergerak kerana artritis mula boleh  berjalan tanpa rasa sakit.
 
JANGKITAN PUNDI KENCING :

Ambil dua sudu makan serbuk kayu manis dan satu sudu kecil madu dalam segelas air suam dan diminum.  Ia memusnahkan kuman dalam pundi kencing.
 
KOLESTEROL:

Dua sudu madu dan tiga sudu Serbuk Kayu manis dicampur dalam 16 auns air teh, yang diberikan kepada pesakit kolesterol, didapati mengurangkan tahap kolesterol dalam darah sebanyak 10 peratus dalam tempoh dua jam.  Seperti yang disebut untuk pesakit artritis, jika diambil tiga kali sehari, apa-apa kolesterol kronik akan sembuh.  Menurut maklumat yang diterima dalam sebuah Journal berkata, madu murni yang diambil dengan makanan harian melegakan aduan kolesterol.  Anda boleh mula menggunakan satu mangkuk Mentega Madu dan serbuk kayu manis setiap minggu.
 
SELESEMA
Mereka yang menghidap selesema biasa atau teruk perlu mengambil satu sudu besar madu suam dengan 1 / 4 sudu serbuk kayu manis setiap hari selama tiga hari.  Proses ini akan menyembuhkan batuk yang paling kronik, sejuk, dan membersihkan sinus. 
 
SAKIT PERUT
Madu diambil dengan serbuk kayu manis adalah  penawar sakit perut dan juga ulser perut hilang ke akarnya.
 
GAS @ ANGIN
: 
Menurut kajian yang dilakukan di India dan Jepun, ia menunjukkan bahawa jika Madu diambil dengan serbuk kayu manis dapat  melegakan gas dalam perut.

SISTEM IMUN:

Penggunaan madu dan serbuk kayu manis secara kerap dapat menguatkan sistem imun dan melindungi tubuh daripada serangan bakteria dan virus .Saintis telah mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar.  Penggunaan berterusan dengan Madu dapat menguatkan sel darah putih untuk melawan penyakit bakteria dan virus.  

SENAK:
Serbuk kayu manis ditaburkan pada dua sudu madu diambil sebelum makan dapat mengurangkan keasidan didalam sistem penghadaman yang  paling banyak makanan.
 
INFLUENZA: 
Seorang saintis di Sepanyol telah membuktikan bahawa madu asli mengandungi 'Bahan' yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari selesema.
 
PANJANG UMUR
Teh yang  dicampur dengan madu dan serbuk kayu manis, apabila diambil secara tetap, dapat memanjangkan usia InsyaAllah, ambillah diambil empat sudu madu, satu sudu serbuk kayu manis, dan tiga cawan air dan rebus untuk membuat seperti teh.
 Adunan ini membuat kulit segar dan lembut pada usia tua.  Kehidupan dan kesihatan  juga akan  meningkat  walaupun berusia 100 tahun, alangkah baiknya anda melaksanakan kerja-kerja ini  mula dari sekarang .
 
JERAWAT

Ambil madu dan serbuk kayu manis sapu pada jerawat sebelum tidur dan basuh keesokan harinya  dengan air suam.  Jika dilakukan setiap hari selama dua minggu, ia menghilangkan jerawat dari akarnya.
 
JANGKITAN KULIT:

Menggunakan madu dan serbuk kayu manis di bahagian yang yang terjejas menjadi penawar ekzema seperti  kurap, dan semua jenis jangkitan kulit.
 
MENGURANGKAN BERAT BADAN:

 Ambil secara  harian pada waktu pagi setengah jam sebelum sarapan pagi ketika perut kosong, dan pada waktu malam sebelum tidur, minum madu dan serbuk kayu manis direbus dalam satu cawan air. Jika diambil secara tetap, ia dapat  mengurangkan berat walaupun orang yang paling gemuk  Selain itu,  campuran minuman  ini tetapi ianya  tidak membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun orang itu  makan makanan yang berkalori tinggi.


KANSER:
Kajian terbaru di Jepun dan Australia telah menunjukkan bahawa kanser perut dan tulang telah sembuh dengan jayanya.
Pesakit kanser secara hariannya  perlu mengambil satu sudu besar madu dengan satu sudu teh serbuk kayu manis selama satu bulan tiga kali sehari.
 

KELETIHAN

Penyelidikan terbaru telah menunjukkan bahawa kandungan gula dalam madu lebih bermanfaat dan bukannya menjejaskan kekuatan badan. 
Warga emas, yang mengambil madu dan serbuk kayu manis di bahagian yang sama, lebih peka dan fleksibel.  Dr Milton, yang telah melakukan kajian, mengatakan bahawa satu sudu separuh daripada madu yang diambil dalam segelas air dan ditaburi dengan serbuk kayu manis, yang diambil setiap hari selepas membersihkan tubuh dan pada waktu petang kira-kira 3 petang, apabila kecergasan badan mula berkurangan,jika diamalkan ia dapat  meningkatkan kecergasan badan dalam masa seminggu .. 
   
NAFAS BERBAU
Orang Amerika Selatan, perkara pertama yang mereka buat pada waktu pagi, adalah berkumur dengan satu sudu teh serbuk kayu manis dan madu dicampur dengan air panas, menjadi nafas mereka tetap segar sepanjang hari.  
 
KEHILANGAN PENDENGARAN: 
Amalkan secara harian mengambil madu dan serbuk kayu manis  pada waktu pagi dan malam , yang diambil dalam bahagian yang sama dapat  mengembalikan pendengaran.  Ingat sewaktu anda kanak-kanak dahulu? setelah rotibakar disapu dengan mentega kemudian serbuk kayu manis ditaburkan di atasnya!
 
 Anda mungkin mahu berkongsi maklumat ini dengan rakan-rakan anda semua ,Setiap orang memerlukan maklumat untuk membantu mereka lebih sihat dan kuat untuk mentaati yang maha ESA, apa yang mereka lakukan  terpulang kepada mereka ~ berkongsilah dengan teman-teman anda semua, benda yang baik eloklah disebarkan .Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik