IKLAN

Jumaat, 1 April 2011

Glup! Mi Segera Beracun... ?!

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.
Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.
Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.    
Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010  
10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera      
Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.    
Kalsium Sulfat: Kapur Paris.  
Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma
Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

Kandungan COKE,PEPSI Didakwa Penyebab KANSER

PETIKAN KOSMO 19 FEBRUARI 2011

PPIM : KAMI BUKAN SAHAJA BOIKOT COKE KERANA MEREKA PENYOKONG KUAT YAHUDI, TETAPI JUGA MEREKA MENGHINA ISLAM DAN TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN. KAMI TELAH BANYAK MEMBUAT PENYELIDIKAN DAN BANYAK MAKLUMAT TELAH DIKUMPUL TENTANG KEBURUKAN COKE. JAUHI COKE!!! KITA BANYAK LAGI PILIHAN PRODUK TEMPATAN!

Sabtu, 19 Mac 2011

Masjid Di Kutub Utara

Islam ade di mana-mana sahaja di dunia ini..tidak kira la di Asia ker,Timur Tengah ker, Afrika  mahupun Amerika sendiri, pasti akan kedengaran azan bila masuk waktunyer..termasuklah di kutub utara..tempat yg beku...huhuhu..sejuk la kat sane..biarpun aku tak pernah pergi lagi tapi aku bangga melihat masjid yang indah itu di sana...jum kita tengok.



 

Akibat Tsunami: Ikan Memenuhi Mexico? Bergambar

Di tepi pantai Acapulco di Mexico, jutaan ikan memenuhi persisiran pantai seakan² tompok tumpahan mintak. Jika dilihat secara dekat. Anda akan dapat melihat jutaan ikan sardin, ikan teri, dan ikan kembung melonjak-melonjak di sepanjang pantai tersebut. Persoalannya .. adakah ini kesan dari gegaran gempa bumi dan tsunami di Jepun ? Siapa tahu !

Kesan Tsunami 
& Gempa Bumi Jepun
Macam tompokan minyak! 
Kesan Tsunami 
& Gempa Bumi Jepun
Seorang lelaki cuba menagkap ikan mengunakan sauk 

Kesan Tsunami 
& Gempa Bumi Jepun
Cuba untuk menghampiri kumpulan ikan terbabit

Kesan Tsunami 
& Gempa Bumi Jepun
Jutaan ikan !

Kesan Tsunami 
& Gempa Bumi Jepun
Dapat tangkap ikan seekor pun.. jadi la !

Kesan Tsunami 
& Gempa Bumi Jepun
 

Malapetaka Di Jepun Telah Dinyatakan Di dalam AL-QURAN

 Maha suci Allah...semua yg berlaku di dunia ini adalah ketentuan olehNYA...termasuklah kejadian tsunami yg melandan negara jepun beberapa hari lepas..jum baca apa yg telah dinyatakan dalam AlQuran ttg tsunami yg melanda jepun

 
1. Tarikh yg berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432     Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4. 

Rahsia  angka tahun ini :  Jujuz 14 Ayat Quran ke 4. 

Rujuk di Quran. 
 

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya". 

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3. 

di ambil pula lokasi latititude dan longitude. 

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun. 

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30 
so next 3+0 = 3. 
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun. 

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun.. 

so 1+4+4+6 =15 
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku. 

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat. 

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan. 
 

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman. 
7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
8. WauAllahhu Allam.                                                                                     
sumber : sini
Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat. 

Sabtu, 12 Mac 2011

Rakaman Gempa Bumi & Tsunami Besar Jepun 11/3/2011

Di saat ini, tiada siapa yang dapat menolong kita kecuali ALLAH S.A.W. .Setiap kejadian  didunia ini tentu ada sebab musababnya. Ilmu kita amat cetek berbanding ilmu Allah s.a.w. Semua yang berlaku ini untuk menjadi iktibar kepada kita semua sebagai makhluk Allah s.a.w BERSABARLAH..Yang  baik itu datang dari Allah s.a.w,Yang silap dan jahil itu  dari diri kita sendiri. Wallahuaqlam.

BismillahirRahmanirRahim
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

 

1.Terjemahan Al-Fatihah

[1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Semoga kita dapat rasakan sesuatu dihati dan berkata " Ya Allah, Kerdilnya aku ini..".







Bijak Memanfaat Pusingan Biologi

 
image source
 
 Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.” (al-Furqaan : 47)
 
Terjemahan ayat di atas menjelaskan bahawa tubuh badan manusia mempunyai sistemnya yang tersendiri yang dikenali sebagai pusingan biologi atau biological rhythm. Sistem inilah menyebabkan kita mengantuk dan kurang bertenaga pada waktu malam dan cergas pada waktu siang. Ia dikawal oleh hormon-hormon. Justeru itu, kita perlu memahami cara sistem ini bekerja dan bijak memanfaatkannya.
 
Memahami Fisiologi Pusingan Biologi
Pada waktu malam, badan manusia melalui kelenjar pineal, akan mengeluarkan sejenis hormon yang bernama melatonin. Hormon ini mempengaruhi bahagian otak yang dikenali sebagai hipotalamus dan ia menyebabkan kita tidur. Kadar melatonin berada pada tahap optimum dalam darah pada jam 1.30 pagi hingga 2.00 pagi semasa tidur. Selepas itu, kadarnya menurun dan ia berada pada tahap paling rendah apabila bangun daripada tidur pada jam 6.00 pagi.
 
Pada waktu siang pula, hormon kortisol mempengaruhi kita semasa kita aktif melakukan pelbagai aktiviti. Hormon ini berfungsi melajukan jantung dan pernafasan pada waktu siang. Hormon kortisol juga dikenali sebagai hormon stres kerana ia berada pada tahap paling tinggi apabila individu mengalami tekanan.
 
Daripada sudut pusingan biologi, waktu yang dianggap paling produktif adalah antara jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Sebaiknya kita melakukan kerja-kerja utama dalam hidup kita pada waktu ini. Selepas itu di antara waktu tengah hari dan awal petang, tubuh kita akan menjadi lesu dan lemah. Para saintis menamakan fasa ini sebagai a secondary sleep gate. Justeru itu, tidurlah sekejap pada waktu ini jika mempunyai kesempatan.
 
David F.Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka Sleep and Alertness : Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping menggalakkan kita tidur pada waktu tengah hari. Kajian menunjukkan mereka yang secara rutin tidur selama 30 minit pada waktu tengah hari mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghidap penyakit jantung berbanding orang lain. Di sudut agama, tidur sekejap pada waktu tengah hari dikenali sebagai qailulah dan ia pernah dilakukan oleh Nabi SAW.
 
Selepas itu, kita akan memasuki fasa produktif yang kedua antara jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Gunakanlah waktu ini untuk membaca dan merancang aktiviti sebelum berehat untuk tidur.
 
Tidur sebagai Ibadah
 
Tidur adalah ibadah. Ia perlu dijaga dan dimanfaatkan bagi melaksanakan pelbagai ibadah. Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim ada menitikberatkan soal tidur sebagai ibadah yang diterjemahkan seperti yang berikut:
“Apabila seseorang kamu mengantuk ketika hendak bersolat maka hendaklah dia tidur sampai dia tahu apa yang dibacanya.”
 
Semasa tidur sel-sel di dalam badan melalui proses pemulihan yang mana badan manusia akan mengeluarkan hormon pertumbuhan yang berfungsi memperbaiki sel-sel yang rosak Justeru itu mengambil minuman yang mengandungi kafein sebelum tidur boleh mengganggu proses ini dan menambahkan keletihan pada waktu siang.
 
Penyimpanan maklumat jangka panjang di dalam otak juga berlaku semasa tidur. Mereka yang suka tidur lewat boleh mengganggu proses penyimpanan maklumat ini. Menurut Penolong Profesor Carla B. Green dari Pusat Sains Kebangsaan untuk Pusingan Biologi, mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam boleh menjejaskan pusingan biologi individu dan menjejaskan fungsi otak bagi mengingati semula maklumat yang dibaca.
 
Tidur dapat memantapkan sistem darah dan jantung. Menurut Dr. Tom Mackay, seorang pakar penyakit-penyakit system pernafasan di Pusat Tidur Kebangsaan, Edinburgh Royal Infirmary, Scotland merumuskan, kurang tidur akan menyebabkan beberapa perubahan kimia berlaku dalam badan. Keadaan ini meningkatkan risiko individu menghidap penyakit kencing manis, jantung dan strok.
 
Tidur juga memantapkan sistem pertahanan badan. Kajian menunjukkan individu yang tidur 3 hingga 4 jam sehari kurang daripada kadar biasa mudah mengalami tekanan dan stres. Ini akan melemahkan sistem pertahanan badan dan menjadikannya mudah dijangkiti kuman. Berapakah jumlah jam yang diperlukan untuk tidur secara optimum pada waktu malam? Keperluan tidur individu berbeza dengan individu yang lain. Mereka yang tidur 6 hingga 7 jam secara purata setiap malam adalah lebih sihat dan hidup lebih lama daripada mereka yang tidur lebih dari 8 jam atau kurang 4 jam.
 
Sunah Nabi dan Pusingan Biologi
 
Secara tidak langsung, Nabi SAW mengambil kira kehendak pusingan biologi apabila baginda menyuruh para sahabat melayani keperluan badan. Baginda sendiri melayani hak dan keperluan jasmani bertujuan menyihatkan diri sebagai persiapan untuk beribadah. Pernah pada suatu masa, ada di kalangan para sahabat yang tidak mahu tidur dan tidak mahu berkahwin. Ada pula sahabat yang berazam untuk berpuasa secara berterusan.
 
Lantaran perkara ini, maka Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Demi Allah, akulah manusia yang paling takutkan Allah dan paling bertakwa kepada-Nya tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku bersolat dan tidur dan aku juga berkahwin. Sesiapa yang tidak mengikut sunnahku ini, dia tidak termasuk dalam golonganku.” Hadis ini dijelaskan oleh Bukhari dan Muslim. Nabi SAW juga pernah melakukan qailulah atau istilah para saintis hari ini iaitu a secondary sleep gate. Ini kerana di antara waktu tengah hari dan awal petang badan manusia menjadi lemah dan lesu. Maka dengan tidur sekejap itu akan dapat mengembalikan kesegaran tubuh badan kita.
 
Penutup
Jasad boleh dikiaskan seperti sebuah kederaan yang sentiasa dipacu oleh manusia. Bagi mencapai kejayaan, manusia perlu menyelenggara kenderaannya dengan baik supaya ia dapat dinaiki demi mencapai cita-cita. Justeru, pastikan kita bangun awal setiap pagi untuk bersembahyang Subuh, sebaik-baiknya secara berjemaah dan jika berkesempatan tidurlah sekejap (lebih kurang 20 minit) pada waktu tengah hari.
 
Sumber: Jakim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik