Marilah kita semua tengok gambar-gambar di bawah ini,semua gambar ini di rakamkan dari seluruh pelusuk dunia .Aku harap kita semua tak tanya dan tiada alasan lagi dekat mana kita solat ni.. ?!
" RnR Plaza Tol , Rumah, Surau dan Masjid jauh lagi ni .. !?"
Koleksi gambar Puluhan ribu solat di Dataran Tahrir,
Mesir
Solat Sebentar ketika ber Demontrasi
"Hari ini merupakan hari terakhir, hari ini adalah yang terakhir," kata
para penunjuk perasaan.
Suasana di Dataran Tahrir kelmarin umpama satu pesta dengan nyanyian beramai-ramai para penunjuk perasaan anti-Hosni.
Solat sebelah teksi
Sembahyang kat belakang tembok
kat stesen keretapi, Iskandariah Mesir
Sembahyang jumaat kat atas jalan raya
Sembahyang jemaah kat atas bumbung keretapi
Solat bertemankan payung masa musim hujan
solat hari raya puasa di Indonesia
solat kat Kuala Lumpur masa hari raya puasa tahun 1997
Begitulah rutin hidup orang Islam di bumi Allah ini.
Assalammualaikum,Satu Dunia.Selepas kita semua tengok video diatas tadi, jangan pulak ada di antara yang takut nak Solat sebab takut hantu .Kita bukannya budak lagi dah bangka dah...itu gambaran dan imagenasi penerbit video ini sahaja.Apa yang kita ingat itu yang akan datang kepada kita. Wallahuaqlam.
Kenapa orang yang solat tetapi dipanggil celaka? Biar betul, kalau orang yang solat pun celaka, apa lagi yang tak solat betul tak? Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang yang solat tetapi celaka ini.Artikel ini sebagai pesanan untuk diriku sendiri juga.Kadangkala kita alpa dengan nikmat dunia yang sementara ini.
.
Sebenar ayat ini dirujuk dalam Al-quran, dalam surah Al- Ma’un ayat ke – 4
yang bermaksud
“Maka celakalah orang yang solat”.
Pada ayat ke-5 Allah menjelaskan bahawa orang-orang yang mendapat celaka dalam solatnya ialah : “(Iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya.”
Saahuun; maknanya ialah lupa.
Yang di maksudcelakaadalah apabila seseorang telah melakukan solat, tetapi solat itu tidak membawa manfaat dan kebaikan sama sekali. Ini kerana tidak dikerjakannya dengan sungguh-sungguh ; masih setengah-setengah dalam menjalankannya.
Tidak peduli apakah solatnya sudah betul atau tidak, dan solat hanya sebagai menjalankan kewajipan sahaja.
Tidak timbul kesedaran sebagai seorang Hamba Allah, “maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu”(QS. al-Kaustar ; 2), yang sepatutnya kita memperhambakan diri kepada Allah dan mengerjakan solat sebagaimana yang diperintahkan Allah dalam Al-Quran.
Dan termasuk orang yang celaka kerana solatnya adalah ketika dalam menjalankan solat dengan tidak penuh khusyuk, Allah Taala telah menyeru dalam al-Qur’an “peliharalah semua solat dan solat wusta, dan laksanakanlah (solat) kerana Allah dengan khusyuk ”(QS. Al-Baqarah : 238).
“Tidak ada bagi seorang yang datang kepadanya solat wajib, lalu ia memperbaiki wudhuknya, khusyuknya dan rukuknya, kecuali solat itu akan menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu, selama ia tidak melakukan dosa-dosa besar, dan hal ini untuk setiap masa”. (HR. Muslim).
Solat yang khusyuk adalah solat yang dikerjakan dalam keadaan berharap, cemas, dan cinta, serta dengan takbir yang sempurna, lantunan ayat yang tartil, rukuk dengan tawadhuk, sujud dengan diliputi kerendahan hati serta keikhlasan. Tentu tidak lupa harus sesuai dengan syariat.
PETUA AGAR SOLAT KITA LEBIH KHUSUK :
“Shalatlah seperti solat orang yang hendak berpisah , seakan-akan ini adalah solat yang terakhir dalam hidup kita dan seakan-akan kita melihat-Nya, walaupun kita tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihat kita, seperti yang disabdakan oleh Rasulullah saw, “Jika kamu berdiri untuk melaksanakan solat, maka solatlah seperti solatnya orang-orang yang akan berpisah (meninggal).” (HR. Ibnu Majah)
Dan solat itu juga dilakukan pada waktu yang telah di tentukan, Allah Taala berfirman “Sungguh, solat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman” (QS. an-Nisa : 103) tidak megakhirkan waktu solat atau juga tidak solat di luar waktunya.
Seperti apa yang kita lihat sekarang ini, ramai orang yang mengakhirkan solatnya kerana sayang hendak meninggalkan cerita di TV, kerana hendak menyiapkan kerja harian dan sebagainya.
Sabda Nabi saw. “Sebaik-baik amal adalah solat pada awal waktunya.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Cara-cara mengkhusyukkan solat ini dipetik daripada buku ‘Hidup Bertaqwa’ yang ditulis oleh Al-Ustaz Hj. Ismail Kamus. Marilah kita sama-sama renungkan dan amalkan semoga solat kita diterima olehNya, Insyaallah. Mudah-mudahan solat kita tidak menjadi kain buruk yang dilemparkan ke muka kita akibat tidak khusyuk.
1. Sentiasa melaksanakan solat secara berjemaah.
2. Menjaga makan minum terjamin halalnya.
3. Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.
5. Mengambil wudhu’ dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apakala air melalui di tiap-tiap anggota.
6. Memakai pakaian yang bersih dan suci.
7. Tempat sujud dipastikan tiada gambar yang mengganggu fikiran.
8. Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.
9. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya.
10. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita.
11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir.
12. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, salawat ke atas Nabi S.A.W., Istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.
13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam solat.
14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.
15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa ruku’ dan sujud.
16. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan kita bersolat.
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :“Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”
Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat.
Tok,Nek, Pakcik,Makcik, Abang,Kakak, Adik ,Saudara dan Saudari JOM SOLAT ...
Jangan lepaskan Peluang anda bersama One Drop Perfumes menjana pendapatan sampingan dari rumah.
Program PPC (Pay Per Click) akan menolong anda menjana pendapatan sampingan dari rumah. Program PPC ini adalah mudah dan senang untuk digunakan dimana anda sebagai ahli hanya mempromosikan URL PPC anda kepada kawan-kawan ataupun teman sepejabat.
Setiap kali URL PPC anda dilawat, maka anda akan diberikan POIN mengikut Pakej yang telah anda daftarkan, selain itu juga, sekiranya ada ahli baru mendaftar melalui URL PPC anda, anda akan menerima POIN tajaan. Kumpulkan seberapa banyak Poin daripada hasil lawatan pelawat melalui URL PPC anda dan juga pendaftaran prospek baru dari URL PPC anda.
Selepas anda kumpulkan Poin tersebut, anda boleh tukarkan kepada WANG TUNAIatau PRODUK ONE DROP PERFUMES....
Untuk menyertai, terdapat 4 Pakej Istimewa telah disediakan iaitu PAKEJ PERCUMA, PAKEJ STANDARD, PAKEJ ADVANCE & PAKEJ SUPREME..... Setiap pakej memberikan mata ganjaran (Poin) yang berbeza.... Yuran tersebut dikenakan sekali sahaja, dan tujuan yuran dikenakan kepada Pakej Standard, Pakej Advance & Pakej Supreme adalah bagi tujuan pembelian Produk One Drop kami. ( Sila Klik Di Sini )
Apa lagi anda tunggu, sertailah kami dan hasilkan pendapatan Sampingan anda
sekarang.Pendaftaran adalah PERCUMA sekiranya anda belum ada Modal...
Memiliki kekayaan yang sangat berlimpah-ruah memang tidak dapat dinikmati banyak orang. Mungkin dari seluruh penduduk di dunia ini, hanya ada segelintir saja yang dapat dikatakan billioner. Siapakah mereka?
1. Lakshimi Mittal
Asal Negara: India
Kewarganegaraan: Inggris
Usia: 56 tahun
Status Perkawinan: Menikah, 2 anak
Perkiraan Kekayaan: 32 billion (US$)
Sumber Pendapatan: Besi
Perkiraan jumlah wang yang telah disumbang untuk amal: 6/10 dari jumlah hartanya.
2. Warren Buffet
Asal Neqara: Amerika
Kewarganegaraan: Amerika
Usia: 76 tahun
Status Perkawinan: Duda, 3 anak
Perkiraan Kekayaan: 52 billion (US$)
Sumber Pendapatan: Pelaburan
Perkiraan jumlah wang yang telah disumbang untuk amal: 6/10 dari jumlah hartanya.
3. Prince Al Waleed Bin Talal Al Saud
(keponakan Raja Saudi Arabia)
Asal Neqara: Saudi Arabia
Kewarganeqaraari: Saudi Arabia
Usia: 49 tahun
Status Perkawinan: Menikah, 2 anak
Perkiraan Kekayaan: 23,7 billion (US$)
Sumber Pendapatan: Pelaburan
Perkiraan jumlah wang yang telah disumbang untuk amal: 6/10 dari jumlah hartanya.
4. Bill Gates
Asal Negara: Amerika
Kewarganegaraan: Amerika
Usia: 52 tahun
Status Perkawinan: Menikah, 3 anak
Perkiraan Kekayaan: 59,2 billion (US$)
Sumber Pendapatan: Microsoft
Perkiraan jumlah wang yang telah disumbang untuk amal: 6/10 dari jumlah hartanya.
5. Ingvar Kamprad
Asal Negara: Swiss
Kewarganegaraan: Sweden
Usia: 80 tahun
Status Perkawinan: Menikah, 4 anak
Perkiraan Kekayaan: 33 billion (US$)
Sumber Pendapatan: Ikea
Perkiraan jumlah wang yang telah disumbang untuk amal: 8/10 dari jumlah hartanya.
6. Carlos Slim Helu
Asal Negara: Mexico
Kewarganegaraan: Mexico
Usia: 67 tahun
Status Perkawinan: Duda, 6 anak
Perkiraan Kekayaan: 67,8 billion (US$)
Sumber Pendapatan: Telekomunikasi
Perkiraan jumlah wang yang telah disumbang untuk amal: 9/10 dari jumlah hartanya.
Transparency International telah menyiarkan senarai terkini dan kedudukan Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index (CPI) untuk tahun 2010 bagi 178 negara di dunia. secara ringkasnya indeks persepsi rasuah yang telah dikeluarkan secara tahunan semenjak 1995 adalah merupakan senarai kedudukan aktiviti rasuah yang dianggap wujud di kalangan pegawai-pegawai dan ahli politik awam di sesebuah negara.
Transparency International memberikan fokus kepada perkhidmatan awam dan menakrifkan rasuah sebagai salah satu bentuk penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan oleh negara untuk keuntungan peribadi. Agensi tersebut juga mempunyai metodologi tersendiri yang digunapakai untuk mengukur kedudukan persepsi rasuah. Senarai kedudukan dan ranking indeks persepsi rasuah bagi tahun 2010 adalah seperti jadual di bawah ini:
Dimulai dengan negara-negara yang tinggi kadar rasuah( score-1.1 ) kepada negara yang kurang kadar rasuahnya( score- 9.3 )
Berdasarkan indeks persepsi rasuah tersebut, secara ringkasnya Malaysia menduduki tangga ke 56 dalam senarai tersebut. Di samping itu di kalangan negara-negara Islam Qatar menduduki tangga teratas dengan di tangga ke 19 dan diikuti oleh Emiriah Arab Bersatu atau UAE di tangga ke 28. Rasuah dan korupsi merupakan isu global yang melanda setiap negara, yang membezakan adalah banyak dan sedikit jumlah atau kekerapan aktiviti rasuah yang dilakukan. Apa lagi analisa yang boleh di ekstrak daripada senarai di atas ni? Untuk mendapatkan keterangan lanjut dan laporan lebih lengkap boleh rujuk di laman rasmi transparency international. Bersama-sama kita memerangi jenayah rasuah, Rasuah pemusnah bangsa dan negara. Sumber: http://myjazmanie.com/
Pandangan Islam Terhadap Rasuah
Rasuah didefinisikan oleh para ulama fiqh sebagai semua harta/wang yang yang diberikan kepada seseorang pemerintah, hakim, atau pegawai kerajaan dengan maksud untuk memperolehi keputusan mengenai suatu kepentingan yang semestinya wajib diputuskan tanpa pembayaran dalam bentuk apapun. Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan nash-nash Al-Qur’an dan Hadis. Allah swt berfirman:
“Dan janganlah ada diantara kalian yang memakan harta benda sebahagian yang lain dengan jalan yang batil, dan janganlah menggunakannya sebagai umpan (untuk menyuap) para hakim dengan maksud agar kalian dapat memakan harta orang lain dengan jalan dosa, padahal kalian mengetahui (hal itu)”[TMQ Al Baqarah (2): 188].
Abu Dawud meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Rasululah saw bersabda:
“Laknat Allah terhadap pemberi dan penerima rasuah di dalam kekuasaan” .
At Tirmidzi meriwayatkan sebuah hadis serupa berasal dari Abdullah bin ‘Amr, bahawasanya Rasulullah bersabda:
“Laknat Allah terhadap pemberi dan penerima rasuah”
Hadis lain mengenai ini juga diriwayatkan oleh Ahmad, Thabrani, Al-Bazar dan Al-Hakim, berasal dari Tsuban yang mengatakan:
“Rasulullah saw melaknati pemberi , penerima rasuah, dan orang yang menyaksikan rasuah.”
Abu Dawud juga meriwayatkan, Rasulullah saw bersabda:
“Barang siapa yang kami berikan tugas untuk melakukan suatu pekerjaan dan kepadanya telah kami beri rezeki (imbalan gaji), maka apa yang diambil olehnya selain itu adalah kecurangan.”
Adakalanya rasuah juga diberikan oleh seseorang dengan maksud agar pegawai yang berkenaan tidak menjalankan tugas yang menjadi kewajibannya sebagaimana semestinya. Rasuah seperti inilah yang sangat dihinakan oleh para sahabat Nabi saw, bahkan mereka menolaknya dengan tegas.
Negara kecil ini dengan jumlah keseluruhan penduduk kurang daripada 500 000 merupakan sebuah negara keajaiban di Eropah. Negara ini merupakan antara 8 negara terkecil di dunia. Dari atas ke bawah itu hanya sekitar 50 batu dan terlebar sekitar 30 batu.
2. Qatar – $75,900
Negara berbahasa Arab ini mempunyai kurang daripada juta orang dan mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom hanya pada tahun 1971. Qatar digunakan untuk menjadi sebuah negara Islam yang miskin tetapi kerana penemuan minyak dan gas alam di tahun 1940-an, itu benar-benar berubah. Dengan tidak adanya cukai pendapatan ini adalah salah satu negara paling tidak dikenakan cukai di dunia, sementara masih menawarkan sebahagian besar perkhidmatan kepada penduduk secara percuma.
3. Norway – $55,600
Norway adalah salah satu dari sedikit negara yang sangat maju di Eropah yang bukan sebahagian daripada Kesatuan Eropah. Ini minyak dan gas alam negara kaya memiliki kos hidup lebih dari 30% lebih tinggi daripada di Amerika Syarikat. Pada tahun 2006 hanya Rusia dan Arab Saudi mengeksport minyak lebih dari Norway.
4. Kuwait $55,300
Dalam bahasa Arab Kuwait diterjemahkan menjadi “Benteng dibina berhampiran air”. Selain menjadi di pantai Teluk Parsi negara ini telah dikenal tetangga seperti Arab Saudi dan Iraq. Kuwait mempunyai sandaran kelima di dunia terbukti minyak terbesar – sekitar 10% dari jumlah keseluruhan dunia. Menjadi sebuah negara tanpa cukai, sekitar 80% dari pendapatan kerajaan berasal dari eksport minyak. Setelah perekonomian paling tidak kedua di Timur Tengah, Kuwait memiliki salah satu ekonomi yang paling cepat berkembang di wilayah ini.
5. United Arab Emirates – $55,200
Negara ini kaya dengan minyak dan gas memiliki ekonomi yang sangat maju yang menjadikannya salah satu yang paling maju di dunia. Mempunyai lebih banyak wang daripada mereka tahu apa yang harus dilakukan, mereka telah membina pulau buatan banyak dan baru saja selesai membangun struktur tertinggi di dunia – Burj Khalifa. Ini adalah 828 meter, yang sekitar 2 kali setinggi Empire State Building di New York. Dianggarkan bahawa sekitar 1/4th total pembinaan berlaku di dunia ini mengambil tempat di Dubai – salah satu kota terbesar di Emiriah Arab.
6. Singapore – $48,900
Negara negara kecil ini terdiri daripada 63 pulau dan beberapa daratan dengan luas total hanya 270 batu persegi (704 km persegi). Dengan Hong Kong, Korea Selatan dan Taiwan dianggap salah satu Harimau Asia Timur. Singapura mempunyai pelabuhan tersibuk di dunia dan merupakan yang terbesar pusat perdagangan matawang asing 4 di dunia. Singapura secara meluas diyakini ekonomi paling perniagaan-ramah di dunia.
7. U.S.A – $46,000
Apa yang membuat AS berasingan dari kebanyakan negara-negara lain dalam senarai ini adalah ukurannya. Sementara kebanyakan negara lain dalam senarai ini adalah salah satu yang terkecil di dunia, Amerika Syarikat memiliki penduduk lebih dari 300 juta dan tanah seluas 3,79 juta batu persegi (9.830.000 sq km). Amerika Syarikat juga rumah dengan jumlah terbesar Milyarder di dunia. Hal ini berspekulasi bahawa sebagai Miliarder yang tinggal di Amerika Syarikat sebagai di seluruh dunia.
8. Ireland – $45,600
Negara ini merupakan ahli Kesatuan Eropah telah sering dikagumi sebagai salah satu ekonomi pengetahuan yang paling moden di dunia. Ireland adalah pembuat perisian komputer terbesar di dunia. Sebuah kajian yang dilakukan oleh The Economist kedudukan si Macan Celtic mempunyai kualiti hidup terbaik di dunia.
9. Equatotial Guinea – $44,100
Republik Guinea Khatulistiwa ialah sebuah negara di Afrika Tengah. Kebanyakan orang tidak pernah mendengarnya. Negara ini menjadi terkenal selepas tahun 1996 apabila cadangan minyak besar ditemui di negara hanya 0,5 juta orang. Sementara yang satu pengeluar terbesar minyak di Afrika, sedikit yang telah dibuat untuk memperbaiki keadaan hidup masyarakat. Rasuah yang meluas dan sebahagian besar orang biasa hidup dalam kemiskinan. Jurang antara kaya dan miskin mungkin adalah yang terbesar di dunia.
10. Switzerland – $39,800
Negara pembuat keju ini dianggap sebagai salah satu negara yang paling neutral di dunia. Selama Perang Dunia 2, orang-orang dari negara-negara Eropah lain mendepositkan wang mereka di bank-bank Switzerland, mengetahui bahawa wang mereka akan lebih aman di sana daripada di negara asal mereka. Beberapa syarikat terkenal termasuk Nestle Switzerland, Logitech, Rolex dan Credit Suisse.
KUALA LUMPUR - RajaGula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien yang telah kembali ke perniagaan gula tahun lalu mendahului senarai orang terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan bernilai RM50.04 bilion,demikian menurut kaji selidik majalah Malaysian Business keluaran semalam.
Tempat kedua pula diduduki oleh taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan (RM45.78 bilion) dan diikuti oleh Pengerusi Kumpulan Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow yang naik satu kedudukan kepada tempat ketiga dengan jumlah kekayaan dianggarkan RM12.77 bilion.
"Usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pula menduduki tempat ketujuh dengan nilai kekayaan sebanyak RM8.84 bilion," jelas kenyataan tersebut.
Tempat kelapan senarai berkenaan diduduki oleh isteri mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas Kumpulan Genting, Puan Sri Lee Kim Hua dengan kekayaan yang dianggarkan bernilai RM7.43 bilion.
"Terdapat tiga pendatang baru dalam senarai itu dengan dua daripadanya merupakan kemasukan kali pertama.
Mereka ialah Pengarah Urusan Mah Sing Group Bhd., Tan Sri Leong Hoy Kum; Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Supermax Corporation Bhd., Datuk Seri Stanley Thai dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Tan Chong Motors Holdings Bhd., Datuk Tan Heng Chew," ujarnya.
Sumber: Kosmo
Siapa yang paling kaya
Memiliki harta yang melimpah-ruah belum tentu menjadikan seseorang itu bahagia .
Lantas, siapakah yang sejatinya paling kaya di dunia ini ?
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Jika kamu berada dalam keadaan yang sihat, keamanan terjaga, dan mempunyai makanan ketika itu, kamu sudah memiliki seluruh dunia". ( Hadis riwayat Ibnu Majah )