IKLAN

Selasa, 15 Februari 2011

Petua dan Rahsia Sihat 109 Tahun

KUANTAN: Pada usia mencecah 109 tahun, warga emas Kaminah Sarjo yang memiliki 71 cucu, 70 cicit, 50 piut dan 20 miut masih memiliki tahap ingatan serta penglihatan baik selain masih mampu menguruskan diri sendiri.
Ibu kepada sembilan anak berasal dari Jawa Tengah, Indonesia masih mampu mencucuk benang ke lubang jarum tanpa menggunakan cermin mata. “Petua menjaga kesihatan yang diamalkan sejak muda hingga sekarang ialah makan pelbagai jenis ulam terutama tauge segar. Selain itu saya juga suka masakan pedas dan sambal.

“Selain makan tidak terlalu kenyang, kita perlu sentiasa melakukan suruhan Allah seperti solat dan puasa. Apabila sentiasa berdamping dengan Tuhan, hati senang, penyakit dapat dielakkan.
“Doa setiap kali lepas solat juga penting dalam usaha mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah,” katanya yang kini tinggal bersama anaknya, Tumijan Gonu, 69, di Felda Bukit Goh, di sini.

Kaminah berkata, dengan mengingati Allah, hati akan tenang seterusnya mampu menjalani kehidupan lebih ceria bersama keluarga tanpa rasa bosan dan rimas. Menurutnya, perhatian diberikan ahli keluarga juga memberi keselesaan kepadanya walaupun empat adik-beradiknya serta kebanyakan saudara-mara sudah tiada.

“Saya bersyukur masih dipanjangkan umur tanpa menghidap penyakit kronik, mungkin ada hikmah di sebalik usia lanjut ini,” katanya yang tidak mampu berjalan selepas terjatuh di bilik air dua bulan lalu.
Namun, menurutnya, dia sentiasa berdoa suatu hari nanti mampu berdiri dan berjalan seperti sebelum ini.

Kaminah yang meminati kuih apam kukus inti kelapa datang ke Malaysia ketika berusia 20 tahun dan menetap di beberapa penempatan di Johor, sebelum dia dan arwah suaminya yang meninggal pada usia 120 tahun menetap di Felda Bukit Goh.
Bagi Tumijan, walaupun ibunya lanjut usia dia masih mengingati pelbagai perkara berkaitan ahli keluarga, sahabat dan beberapa peristiwa menarik ketika zaman mudanya.

Menurutnya, setiap hari ibunya berbual dengan cucu dan cicitnya mengenai pelbagai perkara, termasuk isu semasa.

Sumber: Harian Metro

Isnin, 14 Februari 2011

Siapakah Kekasihmu Muhammad s.a.w. Atau Valentine


Foto Saya
 Sumber gambar carian Google

Salam. Satu dunia.Pada tanggal 14 febuari setiap  tahun   setiap orang  diantara kita menyambut hari kononnya Hari Kekasih yang tak ada manfaat pun pada bangsa malah agama kita. Sebagai umat Islam kita perlu memilih kekasih yang bukan sahaja  betul, malah  perlu dan wajib memilih yang Benar . Kekasih yang boleh menyelamatkan kita dari  bakaran Api Neraka yang membara .
Apakah  Valentine itu  yang menolong kalian di akhirat kelak..tidak bukan?.Banyak  sudah fatwa  dikeluarkan dari tanam Arab hingga ke Nusantara ini  yang mengharamkan umat Islam menyambutnya,tak lain dan tak bukan untuk menjaga akidah kita semua,Bukankah  Ulama' itu pewaris para Nabi .Apalah maknanya dan macam tak kena aje, kita kata kita ni sayangkan Nabi tapi Pewaris  yang mendukung ajaran para nabi kita tak ikut malah mencemuh mereka pulak..Apa pun Tepuklah dada, tanyalah iman kalian masing-masing.

Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii as solah as solah” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya hingga menjelang kewafatan Baginda masih mengingat supaya bersolat menunjukkan masej itu amat-amatlah penting dan jelas sekali untuk kita semua.

Solat kita macamana ?! Ada setengah antara umat kita yang berada di mana- mana sahaja dan juga dihospital (bukan semua tapi ramai) bukan sakit kronik pun sampai tak boleh bergerak,sepatut bila masuk hospital kita makin ingat dan dekat padaNya .Suruh solat macam -macam alasan diberikan bukan lama pun tak sampai pun 10minit.Tapi tenguk tv dan skrin komputer  berjam-jam boleh pulak .Dan yang pelik binti ajaib dengan kaki berbalut  boleh pulak pi cari rokok  berjam-jam   tawaf keliling kampong hanya ingin membeli sekotak rokok.Begitu juga yang berniaga di pasar malam dan bazar malam, macamana nak dapat  rezeki yang halal dan berkat..kesian ..Bagaimana  kita kata  kita ni cintakan Nabi?!

Anda umat Islam kenalkah anda akan Nabi ,Tak kenal  maka tak Cinta.
 


 1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry. Sumber
2. Tidak Sah Syahadah seseorang itu tanpa menyebut nama Muhammad.. Rasulullah .
3. Tidak Sah Solat seseorang itu  tanpa menyebut nama Muhammad.. Rasulullah.
4. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.
5. Tidak sempurna iman seseorang itu jika tidak mengasihi Nabi lebih dari diri dan keluarga nya sendiri.
6. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.
7. Barang siapa yang menghina Sunnah Nabi boleh membuatkan seseorang itu kufur ataupun murtad. Istifar bebanyak.
8. Sabda Nabi.s.a.w,"Berpeganglah kamu dengan AlQuran dan Sunnah ku nescaya kamu takkan sesat selamanya.
9. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.
10.  Dan jangan lupa..kerana Nabi Muhammad berjanji siapa yang berjuang dalam Islam akan bersama- samaNYA di Syurga nanti, Maka  Para sahabat , pedagang -pedagang  dari Arab dan lain-lain tempat belayar sampai ke Nusantara ini membawa Nur Islam. Jika tidak tak tahulah kita ni Islam ke tidak dan Terima Kasih juga kepada Sultan dahulu kala kerana mereka Islam satu negara dan negeri turut Islam.Sedangkan bapa saudara Nabi yang menjaga dan menyayangi Nabi Allah tidak memberi hidayah kepadanya.Iman dan Islam itu mahal harganya dari segala isi dunia ini kalau kita mengatahuinya.Alhamdulillah.
11. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.
12. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.
13. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan bertapa besar cintanya kepada umatnya.
14. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.
15. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.
16. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.
17. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.
18. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah. 
19. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”
20. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl. Sumber 
21. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.
22. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam
23. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.
24.Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

 Faedah Selawat Kepada Rasulullah S.A.W
**السلام عليكم ورحمة الله**

قال الرسول صلى الله عليه وسلم:”من صلى علي في يوم الف صلاة لم يمت حتى يبشر بالجنة”

Sesiapa  berselawat kepada Rasulullah 1000 selawat setiap hari, dia akan dapat mendiami Syurga.


قال الرسول صلى الله عليه وسلم:
“من صلى علي في اليوم مائة مرة قضى الله له مائة حاجة سبعين منها لآخرته وثلاثين منها لدنياه”

Sesiapa berselawat 100 kali dalam sehari, Allah SWT akan menunaikan 100 hajatnya, Diantaranya 70 untuk hajat Akhirat dan 30 untuk hajat dunia.

قال الرسول صلى الله عليه وسلم:”من صلى علي حين يصبح عشرا وحين يمسى عشرا ادركته شفاعتي يوم القيامة“

Sesiapa berselawat 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali untuk waktu petang, dia akan mendapat shufaat daripada Rasulullah SAW pada hari Qiamat.

قال الرسول صلى الله عليه وسلم:
“من صلى علي واحدة صلى الله عليه عشر صلوات وحط عنه عشر خطيئات ورفع له عشرة درجات

Sesiapa berselawat satu kali,Rasulullah akan akan membalas kepadanya penghapusan 10 dosa di atas kesalahannya dan meninggikan 10 Darjat. 

Mari kita semua berselawat " Allahu massolli A'ala Muhammad " 

Sumber: http://peribadirasulullah.wordpress.com

Peta Dunia kalau Dibalik Terbentuk Tulisan Allah SWT dan Nabi Muhamaad S.A.W.
Ternyata peta dunia kalau di balik terbentuk tulisan Allah swt dan Nabi Muhamaad saw, bagi yang belum tahu.
Qs.6 An’aam:75. “Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan di langit dan bumi dan agar dia termasuk orang yang yakin.”

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEid6UFXkiwHnVsH4JFL_LqjjV-yogaJ19eFNQXagfYzAxMFYM1QYqdpHBMHU1T590MNKRx7l7OpNAvhn5cHmQyzNT-T4x9z-zpbQ_-cav-gP9g4PB40WElpFQQLcVbhz5_aO8X11xDhve4/s1600/ALLAH.jpg

Sumber : http://www.divainglasses.com/subhanallah-ternyata-peta-dunia-kalau-di-balik-terbentuk-tulisan-allah-swt-dan-nabi-muhammad-saw.html

Keagungan Rasulullah S.A.W 

Saidatina Aisyah memberi tahu ayahnya tentang kebiasaan  Nabi Muhammad S.A.W lakukan setiap pagi yang baru diketahui oleh Abu bakar sehari setelah Nabi Muhammad SAW wafat.

Pada suatu pagi sehari setelah Nabi Muhammad SAW wafat, Saidina Abu bakar mendatangi rumah Nabi dan bertemu dengan Aisyah, kemudian Abu bakar bertanya kepada Aisyah.

Abu bakar : Wahai anakku, adakah sunah-sunah yg diajarkan Muhammad yg belum aku lakukan ?
Aisyah : Tidak ada ayahku, bahkan engkau lebih tahu sunah-sunah itu dibandingkan aku, tetapi ada satu kebiasaan Muhammad SAW yg belum engkau ketahui .
Abu bakar : kebiasaan apa itu wahai anakku ?
Aisyah : setiap pagi Muhammad SAW selalu memintaku membungkus nasi untuk di bawa ke pasar dan diberikan kepada pengemis buta yahudi .
Abu Bakar : kalau begitu segera buatkan aku sebungkus nasi agar boleh kuberikan kepada pengemis itu.
Setelah itu Abu bakar membawa sebungkus nasi itu dan mencari pengemis tersebut,setelah bertemu dengan pengemis tersebut lalu Abu bakar memberikan nasi itu,lalu pengemis itu berkata;
Pengemis : Siapa kau ? kau bukan orang yg biasa memberikan aku makanan.
Abu bakar : Aku orang yg selalu memberimu makanan setiap pagi.
Pengemis : BUKAN !!! orang yg memberiku makan setiap pagi selalu mendukungku ketempat sejuk lalu menyuap makanan dengan tangannya sampai makanan itu habis dan kalau ada makanan yg keras yg tidak boleh aku kunyah, dia mengunyahkan makanan itu untukku.
Mendengar pengemis itu berkata, Abu Bakar menangis. lalu pengemis itu bertanya;
Pengemis : Mengapa engkau menangis ?
Abu Bakar diam, lalu pengemis itu berkata lagi.
Pengemis : Janganlah engkau mengikuti ajaran Muhammad, agama yg diajarkannya itu sihir (pengemis itu berkata lantang).
Abu bakar hanya mampu menangis, lalu Abu Bakar berkata.
Abu bakar : Tahukah engkau siapa yg selalu memberimu makanan setiap pagi hari ? Muhammad S.A.W lah yg selalu memberikan mu makanan setiap pagi.

Pengemis itu terdiam dan lalu menangis,seketika itu pengemis tersebut menyebut dua kalimat syahadat lalu masuk Islam.
Subhanallah .

Sumber : isuhangat

5 Keistimewaan Nabi Muhammad Shalallahu’alaihi wasallam
  1. Semua Nabi sebelum Nabi Muhammad Shalallahu’alaihi wasallam diutus hanya kepada kaumnya, sedangkan Nabi Muhammad Shalallahu’alaihi wasallam diutus kepada seluruh umat alam semesta.
  2. Dihalalkannya harta rampasan perang, dimana kaum sebelumnya masih diharamkan mengambilnya.
  3. Bumi sebagai tempat sholat dan untuk bersuci. Yaitu sebagai masjid dimanapun manusia berada dan dibolehkannya tayammum sebagai pengganti wudhu.
  4. Diberi kemenangan dengan membuat takut musuh selama jarak perjalanan satu bulan. Allah akan menggetarkan hati semua musuh Allah dan Nabi-Nya walaupun pasukan Islam belum ada di hadapan mereka dan masih ada dalam perjalanan yang berjarak 1 bulan.
  5. Diberi syafa’at. Nabi Muhammad Shalallahu’alaihi wasallam adalah yang pertama kali membuka pintu surga dan kaumnya juga adalah yang pertama kali masuk surga. Dan beliau Shalallahu’alaihi wasallam juga akan membanggakan jumlah umatnya yang lebih banyak daripada pengikut Nabi-Nabi yang lain di hari kiamat kelak. Syafa’at beliau Shalallahu’alaihi wasallam akan digunakan untuk memberi pengampunan kepada umatnya sesuai dengan kehendak Allah.
Hadits shahih Muslim :
Dari Jabir bin Abdullah Al-Anshari radiyallahu’anh, ia berkata: Rasulullah shalallahu’alaihi wasallam bersabda: “Aku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada seorang nabi sebelumku. Semua nabi sebelumku diutus hanya kepada kaumnya, sedangkan aku diutus kepada semua manusia yang berkulit merah dan hitam. Dihalalkan bagiku harta rampasan perang yang tidak pernah dihalalkan kepada seorang pun sebelumku. Bumi diciptakan untukku dalam keadaan suci menyucikan dan sebagai mesjid. Barang siapa yang menemui waktu salat, maka salatlah di tempat ia berada. Aku diberi kemenangan dengan membuat takut musuh selama jarak perjalanan satu bulan. Dan aku juga diberi syafaat.“

Pandangan Tokoh Non-Muslim terhadap Nabi Muhammad. 

Mahatma Gandhi (Komen mengenai karakter Nabi Muhammad SAW di YOUNG INDIA ):
Pernah saya bertanya-tanya siapakah tokoh yang paling mempengaruhi manusia… Saya lebih dari yakin bahawa bukan pedanglah yang memberikan kebesaran pada Islam pada masanya. Tapi ia datang dari kesederhanaan, kebersahajaan, keberhati-hatian Muhammad; serta pengabdian luar biasa kepada teman dan pengikutnya, tekadnya, keberaniannya, serta keyakinannya pada Tuhan dan tugasnya. Semua ini (dan bukan pedang ) menyingkirkan segala halangan. Ketika saya menutup halaman terakhir volume 2 (biografi Muhammad), saya sedih kerana tiada lagi cerita yang tersisa dari hidupnya yang agung.

Sir George Bernard Shaw (The Genuine Islam,’ Vol. 1, No. 8, 1936.)
Jika ada agama yang berpeluang menguasai Inggeris bahkan Eropah – beberapa ratus tahun dari sekarang, Islamlah agama tersebut.” Saya sentiasa menghormati agama Muhammad kerana potensi yang dimilikinya. Ini adalah satu-satunya agama yang bagi saya memiliki kemampuan menyatukan dan mengubah peradaban. Saya sudah mempelajari tentang Muhammad , peribadi agung yang jauh dari kesan seorang anti-kristian, dia harus dipanggil ’sang penyelamat kemanusiaan’ Saya yakin, apabila orang semacam Muhammad memegang kekuasaan tunggal di dunia moden ini, dia akan berhasil mengatasi segala permasalahan sedemikian hingga membawa kedamaian dan kebahagiaan yang diperlukan dunia:

Ramalanku, keyakinan yang dibawanya akan diterima Eropah di masa datang dan memang ia telah mulai diterima Eropah disaat ini. Dia adalah manusia teragung yang pernah memijakkan kakinya di bumi ini. Dia membawa sebuah agama, mendirikan sebuah bangsa, meletakkan dasar-dasar moral, memulakan sekian banyak gerakan pembaruan sosial dan politik, mendirikan sebuah masyarakat yang kuat dan dinamik untuk melaksanakan dan mewakili seluruh ajarannya, dan ia juga telah merevolusi fikiran serta perilaku manusia untuk seluruh masa yang akan datang.

Dia adalah Muhammad (SAW). Dia lahir di Arab tahun 570 masihi, memulakan misi mengajarkan agama kebenaran, Islam (penyerahan diri pada Tuhan) pada usia 40 dan meninggalkan dunia ini pada usia 63. Sepanjang masa kenabiannya yang pendek (23 tahun) dia telah mengubah Jazirah Arab dari paganisme dan pemuja makhluk menjadi para pemuja Tuhan yang Esa, dari peperangan dan perpecahan antara suku menjadi bangsa yang bersatu, dari kaum pemabuk dan pengacau menjadi kaum pemikir dan penyabar, dari kaum tak berhukum dan anarki menjadi kaum yang teratur, dari keruntuhan moral. Sejarah manusia tidak pernah mengenal tranformasi sebuah masyarakat atau tempat sedasyat ini dan “bayangkan ini terjadi dalam kurun waktu hanya sedikit di atas DUA DEKAD.”

MICHAEL H. HART (THE 100: A RANKING OF THE MOST INFLUENTIAL PERSONS IN HISTORY, New York, 1978)
Pilihan saya untuk menempatkan Muhammad pada urutan teratas mungkin mengejutkan semua pihak, tapi dialah satu-satunya orang yang sukses baik dalam pandangan sekular mahupun agama. (hal. 33). Lamar tine, seorang sejarawan terkemuka menyatakan bahwa: Jika keagungan sebuah tujuan, kecilnya fasiliti yang diberikan untuk mencapai tujuan tersebut, serta menakjubkannya hasil yang dicapai menjadi kayu ukur kegeniusan seorang manusia; siapakah yang berani membandingkan tokoh hebat manapun dalam sejarah moden dengan Muhammad?

Tokoh-tokoh itu membangun pasukan, hukum dan kerajaan saja. Mereka hanyalah menciptakan kekuatan-kekuatan material yang hancur bahkan di depan mata mereka sendiri. Muhammad bergerak tidak hanya dengan tentara, hukum, kerajaan, rakyat dan dinasti, tapi jutaan manusia di dua per tiga wilayah dunia saat itu; lebih dari itu, ia telah merubah amalan-amalan pemujaan, sesembahan, agama, fikiran, kepercayaan serta jiwa… Kesabarannya dalam kemenangan dan tujuannya yang dipersembahkan untuk satu tujuan tanpa sama sekali berhasrat membangun kekuasaan, sembahyang-sembahyangnya, dialognya dengan Tuhan, kematiannya dan kemenangan-kemenangan (umatnya) setelah kematiannya; semuanya membawa keyakinan umatnya hingga ia memiliki kekuatan untuk mengembalikan sebuah kepercayaan.

Kepercayaan yang mengajarkan ketunggalan dan keghaiban (immateriality) Tuhan yang mengajarkan siapa sesungguhnya Tuhan. Dia singkirkan tuhan palsu dengan kekuatan dan mengenalkan tuhan yang sesungguhnya dengan kebijakan. Seorang ahli falsafah yang juga seorang pemidato, pendakwah, perajurit, ahli hukum, penakluk idea, pegembali kepercayaan-kepercayaan rasional dari sebuah ajaran tanpa pengidolaan, pendiri 20 kerajaan di bumi dan satu kerajaan spiritual, ialah Muhammad. Dari semua standard bagaimana kehebatan seorang manusia diukur, mungkin kita patut bertanya: adakah orang yang lebih agung dari dia?”

(Lamar tine, HISTOIRE DE LA TURQUIE, Paris, 1854, Vol. II, pp 276-277)
“Dunia telah menyaksikan banyak peribadi-peribadi agung. Namun, dari orang orang tersebut adalah orang yang sukses pada satu atau dua bidang saja misalnya agama atau ketenteraan. Hidup dan ajaran orang-orang ini seringkali diselimuti kabut waktu dan zaman. Begitu banyak spekulasi tentang waktu dan tempat lahir mereka, cara dan gaya hidup mereka, sifat dan detail ajaran mereka, serta tingkat dan ukuran kesuksesan mereka sehingga sulit bagi manusia untuk mencontohi ajaran dan hidup tokoh-tokoh ini.

Tidak demikian dengan orang ini. Muhammad (SAW) telah begitu tinggi menggapai dalam berbagai bidang fikir dan perilaku manusia dalam sebuah episod cemerlang sejarah manusia. Setiap detik dari kehidupan peribadi dan ucapan-ucapannya telah secara tepat didokumentasikan dan dijaga dengan teliti sampai saat ini. Keaslian ajarannya begitu terjaga, tidak saja oleh kerana pembawaan yang dilakukan para pengikut setianya tapi juga oleh para penentangnya. Muhammad adalah seorang agamawan, reformis sosial, teladan moral, administrator massa, sahabat setia, teman yang menyenangkan, suami yang penuh kasih dan seorang ayah yang penyayang – semua menjadi satu. Tiada lagi manusia dalam sejarah melebihi atau bahkan menyamainya dalam setiap aspek kehidupan tersebut – hanya dengan keperibadian seperti dialah keagungan seperti ini dapat diraih.”

K. S. RAMAKRISHNA RAO, Professor Philosophy dalam bookletnya,
“Muhammad, The Prophet of Islam” Keperibadian Muhammad, hhmm sangat sulit untuk menggambarkannya dengan tepat. Saya pun hanya boleh menangkap sekilas saja: betapa ia adalah lukisan yang indah. Anda boleh lihat Muhammad seorang Nabi, Muhammad seorang pejuang, Muhammad seorang peniaga, Muhammad seorang negarawan, Muhammad seorang pendakwah ulung, Muhammad seorang pembaharu, Muhammad seorang pelindung anak yatim piatu, Muhammad seorang pelindung hamba sahaya, Muhammad seorang pembela hak wanita, Muhammad seorang hakim, Muhamad seorang pemimpin agama.
Dalam setiap perananya tadi, dia adalah seorang pahlawan. Di saat ini, 14 abad kemudian, kehidupan dan ajaran Muhammad tetap selamat, tiada yang hilang atau berubah sedikit pun. Ajaran yang menawarkan harapan abadi tentang ubat atas segala penyakit kemanusiaan yang ada dan telah ada sejak masa hidupnya. Ini bukanlah setakat dakwaan seorang pengikutnya tapi juga sebuah simpulan tak terelakkan dari sebuah analisis sejarah yang kritis dan tidak berat sebelah.

PROF. (SNOUCK) HURGRONJE:
Liga bangsa-bangsa yang didirikan Nabi umat Islam telah meletakkan dasar-dasar persatuan internasional dan persaudaraan manusia di atas bersifat yang universal yang menerangi bangsa lain. Buktinya, sampai saat ini tiada satu bangsa pun di dunia yang mampu menyamai Islam dalam pencapaiannya mewujudkan idea persatuan bangsa-bangsa. Dunia telah banyak mengenal konsep ketuhanan, telah banyak individu yang hidup dan misinya lenyap menjadi legenda. Sejarah menunjukkan tiada satu pun legenda ini yang menyamai bahkan sebahagian dari apa yang Muhammad capai.
Seluruh jiwa raganya ia curahkan untuk satu tujuan: menyatukan manusia dalam pengabdian kapada Tuhan dalam aturan-aturan ketinggian moral. Muhammad atau pengikutnya tidak pernah dalam sejarah menyatakan bahawa ia adalah putera Tuhan atau kelahiran semula Tuhan atau seorang jelmaan Tuhan dia selalu sejak dahulu sampai saat ini menganggap dirinya dan dianggap oleh pengikutnya hanyalah sebagai seorang pesuruh yang dipilih Tuhan.

THOMAS CARLYLE in his HEROES AND HEROWORSHIP
(Betapa menakjubkan) seorang manusia sendirian dapat mengubah suku-suku yang saling berperang dan kaum nomad menjadi sebuah bangsa yang paling maju dan paling berperadaban hanya dalam waktu kurang dari dua dekad. “Kebohongan yang dipropagandakan kaum Barat yang diselimutkan kepada orang ini (Muhammad) hanyalah mempermalukan diri kita sendiri. Sesosok jiwa besar yang tenang, seorang yang mahu tidak mahu harus dijunjung tinggi. Dia diciptakan untuk menerangi dunia, begitulah perintah Sang Pencipta Dunia.

EDWARD GIBBON and SIMON OCKLEY speaking on the profession of ISLAM write:
Saya percaya bahawa Tuhan adalah tunggal dan Muhammad adalah pesuruh-Nya adalah pengakuan kebenaran Islam yang simple dan seragam. Tuhan tidak pernah dihinakan dengan pujaan-pujaan kemakhlukan; penghormatan terhadap Nabi tidak pernah berubah menjadi pemujaan berlebihan; dan prinsip-prinsip hidupnya telah memberinya penghormatan dari pengikutnya dalam batas-batas akal dan agama
(HISTORY OF THE SARACEN EMPIRES, London, 1870, p. 54).

Muhammad tidak lebih dari seorang manusia biasa. Tapi ia adalah manusia dengan tugas mulia untuk menyatukan manusia dalam pengabdian terhadap satu dan hanya satu Tuhan serta untuk mengajarkan hidup yang jujur dan lurus sesuai perintah Tuhan. Dia selalu menggambarkan dirinya sebagai hamba dan pesuruh Tuhan dan demikianlah juga setiap tindakannya.

SAROJINI NAIDU, penyair terkenal India (S. Naidu, IDEALS OF ISLAM, vide Speeches & Writings, Madras, 1918, p. 169):
Inilah agama pertama yang mengajarkan dan mempraktikkan demokrasi; di setiap masjid, ketika azan berkumandang dan jemaah telah berkumpul, demokrasi dalam Islam terwujud lima kali sehari ketika seorang hamba dan seorang raja berlutut berdampingan dan mengakui: Allah Maha Besar… Saya terpukau lagi dan lagi oleh kebersamaan Islam yang secara naluri membuat manusia menjadi bersaudara.

DIWAN CHAND SHARMA:
Muhammad adalah dipenuhi kebaikan, pengaruhnya dirasakan dan tak pernah dilupakan orang-orang terdekatnya. (D.C. Sharma, THE PROPHETS OF THE EAST, Calcutta, 1935, pp. 12)

James A. Michener, “Islam: The Misunderstood Religion,” in READER’S DIGEST (American edition), May 1955, pp. 68-70.
Muhammad, seorang inspirator yang mendirikan Islam, dilahirkan pada tahun 570 masihi dalam masyarakat Arab penyembah berhala. Yatim semenjak kecil dia secara khusus memberikan perhatian kepada fakir miskin, yatim piatu dan janda, serta hamba sahaya dan kaum lemah. Di usia 20 tahun, dia sudah menjadi seorang usahawan yang berjaya, dan menjadi pengelola perniagaan seorang janda kaya. Ketika mencapai usia 25, majikannya melamarnya. Meskipun usia perempuan tersebut 15 tahun lebih tua Muhammad menikahinya dan tetap setia kepadanya sepanjang hayat isteri.

Seperti dengan para nabi lain, Muhammad memulai tugas kenabiannya dengan sembunyi2 dan ragu2 kerana menyedari kelemahannya. Tapi Baca adalah perintah yang diperolehnya, -dan meskipun sampai saat ini diyakini bahwa Muhammad tidak pamdai membaca dan menulis dan keluarlah dari mulutnya satu kalimat yang akan segera mengubah dunia: Tiada tuhan selain Allah. “Dalam setiap hal, Muhammad adalah seorang yang mengedepankan akal. Ketika puteranya, Ibrahim, meninggal disertai gerhana dan menimbulkan anggapan ummatnya bahwa hal tersebut adalah wujud rasa sedih Tuhan kepadanya, Muhammad berkata:

Gerhana adalah sebuah kejadian alam biasa, adalah suatu kebodohan mengkaitkannya dengan kematian atau kelahiran seorang manusia. “Sesaat setelah ia meninggal, sebagian pengikutnya hendak memujanya sebagaimana Tuhan dipuja, akan tetapi pengganti kepemimpinannya (Abu Bakar) menepis keinginan ummatnya itu dengan salah satu pidato agama terindah sepanjang masa: Jika ada diatara kalian yang menyembah Muhammad, maka ketahuilah bahawa ia telah meninggal. Tapi jika Tuhanlah yang hendak kalian sembah, ketahuilah bahwa Ia hidup selamanya. (Ayat berkaitan: Q.S. Al Imran, 144)

W. Montgomery Watt, MOHAMMAD AT MECCA , Oxford , 1953, p. 52.
Tabahnya menempuh tentangan atas keyakinannya, ketinggian moral para pengikutnya, serta pencapaiannya yang luar biasa semuanya menunjukkan integritinya. Mengira Muhammad sebagai seorang penipu hanyalah memberikan masalah dan bukan jawapan. Lebih dari itu, tiada gambaran hebat yang digambarkan begitu buruk di Barat selain Muhammad
Annie Besant, THE LIFE AND TEACHINGS OF MUHAMMAD, Madras , 1932, p. 4.
“Sangat mustahil bagi seseorang yang memperlajari karakter Nabi Bangsa Arab, yang mengetahui bagaimana ajarannya dan bagaimana hidupnya untuk merasakan selain hormat terhadap beliau, salah satu utusanNya. Dan meskipun dalam semua yang saya gambarkan banyak hal-hal yang terasa biasa, namun setiap kali saya membaca ulang kisah-kisahnya, setiap kali pula saya merasakan kekaguman dan penghormatan kepada Guru Bangsa Arab tersebut.”

Bosworth Smith, MOHAMMAD AND MOHAMMADANISM, London , 1874, p. 92.
Dia adalah perpaduan Caesar dan Paus; tapi dia adalah sang Paus tanpa pretensinya dan seorang caesar tanpa Legionnairenya (kepercayaan Kristian) : tanpa tentera, tanpa pengawal, tanpa istana, tanpa pengahasilan tetap; jika ada seorang manusia yang pantas untuk berkata bahawa dialah wakil Tuhan penguasa dunia, Muhammad lah orang itu, karena dia memiliki kekuatan meski ia tak memiliki segala peralatan atau penyokongnya.

John William Draper, M.D., L.L.D., A History of the Intellectual Development of Europe, London 1875, Vol.1, pp.329-330
Empat tahun setelah kematian Justinian, pada 569 AD, telah lahir di Mekkah Arabia seorang manusia yang sangat besar pengaruhnya terhadap ummat manusia
John Austin, “Muhammad the Prophet of Allah,” in T.P.. ’s and Cassel ’s Weekly for 24th September 1927 .
Dalam kurun waktu hanya sedikit lebih dari satu tahun, ia telah menjadi pemimpin di Madinah. Kedua tangannya memegang sebuah tuas yang siap menggoncang dunia.

Professor Jules Masserman
Pasteur dan Salk adalah pemimpin dalam satu bidang intelektual. Gandhi dan Konfusius pada hal lain serta Alexander, Caesar dan Hitler mungkin pemimpin pada kategori kedua dan ketiga . Jesus dan Buddha mungkin hanya pada kategori kedua. Mungkin pemimpin terbesar sepanjang masa adalah Muhammad, yang sukses pada ketiga kategori tersebut. Dalam skala yang lebih kecil Musa melakukan hal yang sama

Rujukan:ertihiduppadamemberi.blogspot.com

“Pasport Rasulullah”
Saiz Compact


Alhamdullilah saya telah di beri kesempatan untuk berkongsi produk yg terbaik ini. Kali ini saya ingin kongsi sedikit perihal “Pasport Rasulullah”. Passport Rasulullah ini merupakan naskah kecil yang amat berguna untuk kita mengenali lebih dekat akan Nabi Muhammad s.a.w. Ia penuh dengan fakta dan maklumat yang patut kita ketahui akan nabi kita Muhammad s.a.w.

9 kelebihan untuk mendapatkan “Pasport Rasulullah”


  • Nama-nama isteri nabi ?

  •   Nama anak-anak nabi dari isteri yang mana ?

  • Tarikh lahir nabi & tarikh wafat nabi adalah pada 12 Rabiul Awal juga ?

  • 10 amanat akhir Rasulullah?

  • Jumlah anak nabi dan jumlah yang hidup?

  • Pelan rumah nabi ?

  • Menteri-menteri Rasulullah?

  • Perkara-perkara khusus kepada Rasulullah? 
  • Helaian kertas BEWARNA? 

Memang naskah ini kecil iaitu saiz pasport international tapi ia cukup padat dan mudah di baca. Jika kita nak baca Sirah yang lengkap mungkin kita tak terbaca. Harga pasaran adalah RM29.90 termasuk kos penghantaran melalui pos laju bagi seluruh Semenanjung Malaysia. Untuk 10 naskah, kami hadiahkan senaskah untuk anda. Melebihi 50 naskah, harga boleh dirunding.1000naskah. 
Pengedar diperlukan SEGERA… HARGA RUNTUH…!!

Milikilah segera Pasport Rasulullah untuk anda & juga keluarga anda bagi lebih mengenali Nabi kita Muhammad s.a.w. Jika anda sayang Baginda saw, sila dapat naskah anda, atau hadiahkan kepada yang tersayang. Tawaran ini sehingga stok masih ada.
HARGA RM29.90 PROMOSI SEKARANG RM26.00 …!!
PENGEDAR DI PERLUKAN SEGERA
155015066648 Mohd Syahrizal Rahim
(**sila SMS pembayaran, NAMA, NO. TEL & ALAMAT utk proses penghantaran ke 010-2212334)
Pertanyaan Hubungi: 010-2212334

Susunan: Abdullah Marzuki

Jumaat, 11 Februari 2011

Sambut Hari Valentine Bererti Raikan Kejatuhan Islam Di Sepanyol



Jakim lancar 'anti hari Valentine' esok ( Klik disini - aktiviti esok )
Sila ramai-ramai ke sana ya…opssss! Sambut Valentine dengan Fahrin Ahmad ok jugak apa*
14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine's Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.


SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.

# Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

# Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan 'From your Valentine' (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

# Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

# Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum Menyambut Hari Valentine

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur'an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. – al-Hajj : 67

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri." – Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.

Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur'an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. – Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke empat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-'Utsaimin berkata: "Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar."

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa' : 32

Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: "Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine's Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil."

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". –Al-Baqarah (2) : 120

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". – al-Hijr (15) : 39-40

Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: "Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam".

Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.
 

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus 

Khamis, 10 Februari 2011

Petua Langsai Hutang Kad Kredit

mengurangkan beban hutang kad kredit

Bosan dgn panggilan dari pihak bank meminta menjelaskan hutang kad kredit?
 Bayar bayaran minima setiap bulan tetapi hutang masih sangat tinggi?
Ingin dapat tunai daripada kad kredit anda tetapi dah pakai had limit?
Ingin jimat kadar faedah bulanan?
Ingin kurangkan bayaran bulanan? Bayaran bulanan tinggi dan memberi tekanan kepada kewangan anda?
Kami dapat membantu dengan Zero Interest Easy Payment Plan dimana anda boleh menstruktur semula hutang kad kredit anda supaya anda bayar kurang setiap bulan dan jimat interest. Hutang anda masih dengan bank yang sama dan bukan dengan pihak ketiga.

Cara Zero Interest Easy Payment Plan Dilaksanakan

Anda mungkin pernah membeli item mahal dengan plan ansuran zero interest. Contoh, katakan anda membeli perabot bernilai RM2,400. Kedai itu mempunyai kemudahan bayaran ansuran mudah dari bank untuk pemegang kad kredit. Katakan anda memilih untuk mengguna kemudahan ini dan ingin memilih tempoh 24 bulan untuk menjelaskan hutang. Maka, bank tidak akan caj keseluruhan RM2,400 ke atas kad kredit anda. Sebaliknya, bank hanya akan caj ke kad kredit anda sebanyak RM100 (RM2,400/24) setiap bulan selama 24 bulan tanpa faedah! Ini menjimatkan pembeli kerana tidak perlu membayar faedah 18% setahun dan boeh dibayar secara ansuran.
Inilah kaedah yang kami gunakan dalam program kami.(Sila klik disini)

Perkiraan Penjimatan Faedah Hutang Kad Anda

perkiraan penjimatan interest dan bayaran bulanan
Dengan cara ini, hutang tertunggak anda akan transfer ke zero interest easy payment plan dan anda tidak lagi dikenakan caj kadar faedah setiap bulan. Ini bermaksud anda dapat jimat dan peluang untuk membayar semua hutang tertunggak cerah. Berikut adalah contoh perkiraan penjimatan apabila menggunakan kaedah ini:
Credit Limit : RM 12,000.00
Outstanding Balance : RM 10,000.00
Sekiranya anda pilih untuk melangsaikan hutang kad kredit anda sebanyak RM 10,00.00 kepada ‘Pelan Bayaran Mudah’ untuk tempoh 36 bulan.
Caj Perkhidmatan 36 bulan : 19% x RM 10,000.00 = RM 1,900.00
Ansuran Bulanan = (RM10,000.00 + RM 1,900.00)/ 36 bulan
Jumlah Ansuran Bulan Selama 36 bulan = RM 11,900/ 36 bulan
= RM 330.55 sebulan

Apa Jadi Apabila Anda Hanya Membayar Jumlah Minima Setiap Bulan?

bayaran minima bulanan

 Dengan hanya membayar jumlah minima setiap bulan, hutang kad kredit RM 10,000 akan selesai sepenuhnya selepas lebih 89 pembayaran atau 7.4 tahun dengan jumlah faedah berbayar RM 4,055.
Dengan Pelan Bayaran Mudah anda dapat membayar semua hutang tertunggak dalam 2 atau 3 tahun.

10 Kelebihan Menstrukturkan Hutang Kad Kredit Anda

  1. Membolehkan anda melangsaikan hutang kad kredit anda sehingga dalam masa 3 tahun..
  2. Membersihkan rekod bank anda dan tiada lagi “black list”
  3. Penjimatan kadar faedah sehingga 12% setahun
  4. Mengurangkan kadar bayaran minimum sehingga 44.4 %
  5. Guarantee 100% approval
  6. Jimat interest tahunan dan bulanan kad kredit
  7. Dapat mengelakkan dari disenarai hitam “blacklist” CTOS dan CCRIS
  8. Bayaran minimum bulanan hanya RM50
  9. Kad kredit anda masih boleh digunakan seperti biasa.
  10. Pembayaran masih pada BANK kad yang sama.
Kepada sesiapa yang tiada hutang boleh ambil Cash Advance dengan bayaran plan easy payment zero interest.

Syarat Permohonan

(1) Kad kredit anda mesti masih aktif
(2) Perkhidmatan kami terhad kepada kawasan:
  • Kuala Lumpur
  • Selangor
  • Johor Baru

Bukti dan Testimoni

langsai hutang

bukti
Jika anda ingin menambah lebih lagi petua ataupun  tip, ilmu tentang pengurusan kewangan peribadi  (sila klik disini).

Sumber: www.debt-creditcard.net


Rabu, 9 Februari 2011

Kebaikan Bila Kita Berhenti Merokok

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda kebaikan berhenti merokok. 

Di sini saya akan beritahu anda apa yang anda akan rasa kebaikan dari semasa ke semasa faedah sekiranya anda berhenti merokok.

# 20 minit : Tekanan darah dan denyutan nadi serta suhu tangan dan kaki
anda akan mula kembali normal.

# 8 jam : Kandungan nikotin berbahaya dalam badan anda
dari rokok yang anda ambil sebelum ini akan berkurangan kepada 6.25%.
# 12 jam : Kandungan oksigen dalam darah akan meningkat ke tahap normal
dan kandungan karbon monoksida akan berkurangan.
# 24 jam : Tahap kebimbangan untuk mendekati proses pemberhentian.
# 48 jam : Kerosakan saraf, deria rasa dan bau akibat kesan 'racun' yang disedut
dari rokok menjadi semakin pulih.
# 72 jam : 100% Keseluruhan badan akan merasai tindak balas dan lebih
dari 90% racun-racun yang berbahaya dalam badan akan keluar melalui
pembuangan kumbahan dalam badan. Sistem saluran pernafasan semakin lancar
dan anda mula merasai ketenangan kesan dari perubahan ini.
# 5 - 8 hari :  Di kala ini kebanyakan bekas perokok akan mula melawan
rasa ketagihan setiap hari. Setiap 1 saat dirasakan seperti sejam dalam
pertarungan melawan ketagihan. Di waktu inilah perlunya kekuatan semangat
dan senjata yang boleh digunakan.
# 10 hari - 2 minggu : Kebiasaanya bekas perokok akan mula mendapat
kekuatan bahawa diri mereka sebenar-benarnya boleh berhenti merokok.
Kadar pemulihan sudah mula menampakkan hasil dan rasa ketagihan sudah
mulai hilang. Pada waktu ini tekanan darah kembali normal seperti mereka
yang tidak merokok.
# 2 - 4 minggu : Kesan-kesan merokok seperti kemarahan, keresahan,
tidak fokus, tidak boleh tidur, keletihan dan tekanan perasaan telah berhenti
sepenuhnya. Jika simptom ini masih berlaku anda dinasihatkan berjumpa
dengan doktor pakar. (Mungkin bukan disebabkan oleh simptom merokok).
# 21 hari : Tahap keransangan otak untuk tidak bergantung dengan rokok
menjadi normal sama seperti orang yang tidak merokok.
# 2 minggu - 3 bulan : Sistem perjalanan darah kembali lancar dan
mengurangkan risiko terhadap serangan sakit jantung. Mulut anda semakin
bersih dan tidak berbau. Kereputan gigi akibat rokok telah mula berhenti.
# 1 - 9 bulan : Kesan-kesan merokok seperti sesak nafas, batuk-batuk dan
kelesuan telah berkurang. Paru-paru semakin bersih dan pembentukan
sel saraf dalam paru-paru menjadi normal. Keseluruhan kesihatan dalam
badan semakin meningkat.
# 1 tahun : Risiko serangan sakit jantung disebabkan pembuluh darah
tersumbat akibat asap rokok telah menurun.
# 5 - 15 tahun : Risiko penyakit berbahaya seperti Stroke,
kanser paru-paru, kanser mulut dan tekak telah menurun berbanding
mereka yang masih merokok.
# 15 tahun : Anda telah selamat sepenuhnya dalam perjuangan menentang
bahaya merokok sekaligus meletakkan anda setaraf dengan orang-orang yang
tidak merokok. Tahap kesihatan jantung anda kini adalah sama seperti mereka
yang tidak pernah merokok.
Jadi, terpulanglah kepada anda, untuk membuat pilihan.
Memilih untuk hidup yang lebih sihat atau lebih sengsara di kemudian hari.
(klik disini)

Tiada siapa yang boleh merubah diri anda kecuali diri anda sendiri.
Kerana anda yang menentukannya.
Bebaskan diri anda dari rokok berbahaya.

Susunan: Abdullah Marzuki

Selasa, 8 Februari 2011

Pesta Banjir Di Kelantan Bermula, Rezeki Lebih Untuk Peniaga

KOTA BAHARU, 7 Nov (Bernama) -- Kelantan yang mula dilanda banjir sejak semalam sebenarnya ibarat pesta bagi sesetengah penduduknya yang sememangnya menunggu kedatangan musim tengkujuh ini. Bagi mereka banjir bukanlah sesuatu yang perlu ditakutkan kerana ketika inilah bermulanya pesta mandi-manda ketika rumah mereka mula digenangi air hampir 1 meter. 

 Musim tengkujuh ini bukan sahaja memberi makna keriangan bagi kanak-kanak tetapi juga bagi peniaga kecil-kecilan untuk berniaga di tempat yang dikunjungi ramai seperti di Jalan Pantai Cahaya Bulan dan berhampiran Tambatan Diraja yang kedua-duanya terletak di sini.

Jalan Pantai Cahaya Bulan terutama di Kampung Cina dan di Tambatan Diraja merupakan dua kawasan yang lebih awal menerima "kunjungan" banjir di jajahan ini.

Tinjauan di Tambatan Diraja umpamanya, ramai peniaga mengambil kesempatan berniaga dan sebut apa sahaja jenis kudapan seperti pisang goreng, cucur, putu halba, colek buah sehinggalah kepada jagung bakar semuanya ada di situ.

Bagi Johan Ali, 42, peniaga pisang goreng, baginya musim tengkujuh merupakan bulan rezeki kerana memperolehi lebih rezeki daripada biasa.

"Seronok berniaga musim banjir ini. Rezeki pun dapat lebih...kadang-kadang lebih RM70 sehari kalau rajin," katanya ketawa sambil ditemani isterinya, Misihah Khatib, 43.

Johan yang tinggal di Kampung Lembah Sirih di sini berkata di Tambatan Diraja adalah pilihannya untuk berniaga pada musim ini kerana ia merupakan tumpuan ramai melihat limpahan air Sungai Kelantan selain merupakan tempat menyukat paras air utama sungai itu.

"Encik lihatlah betapa meriahnya mereka datang ke sini bukan sahaja mahu bermain air tetapi mahu menikmati pisang goreng saya," katanya.

Di Kampung Cina pula kelihatan ramai kanak-kanak yang cukup riang bermandi- manda tanpa ditemani ibu bapa yang dikhuatiri boleh mengundang bencana lemas.

Mohd Asyraf Zahid, 9, yang bermain bersama rakan-rakannya berkata beliau tidak takut untuk mandi malah sebaliknya memang menunggu kedatangan musim banjir.

"Saya tak takut untuk mandi dan kawan-kawan saya yang lain pun seronok mandi dengan bawa pelampung masing-masing," katanya yang turut memaklumkan rumahnya juga sedang ditenggelami air ketika ini.


"Mak dengan abah duduk rumah kemas barang-barang," katanya bila ditanya kenapa ibu dan bapanya tidak ada bersama.

Di tepi jalan di kampung itu kelihatan Azlina Azmi, 25, dan rakannya Norsuraya Ismail, 36, tidak menang tangan membungkus putu halba yang menjadi kegemaran rakyat Kelantan ketika musim hujan.

"Seronok bang bila berniaga musim hujan ini. Mereka mandi dan lepas tu beli putu saya bila lapar," katanya.Apa pun yang berlaku rakyat Kelantan perlu mengambil ingatan agar berhati-hati serta mengawasi anak-anak ketika banjir ini dan harus akur untuk berpindah sekiranya pihak berkuasa mengeluarkan arahan.

Setakat ini seorang lelaki, Mohd Mazlan Yajid, 28, dikhuatiri lemas apabila dilapor hilang ketika mandi di Sungai Banggol Kerian, Pasir Puteh semalam. 

Musim Tengkujuh Tak Semesti Buruk! Boleh ambil Kesempatan Buat Duit Mahsyuk!   Anda ada ambil kesempatan...?

Sumber: Bernama

8 Program Buat Duit yang Panas pada 2011

Kalau nak dikutkan, memang banyak peluang buat duit kat Malaysia nih. Baik offline ataupun online. Dari segi offline, 1001 pekerjaan kita boleh buat. Tak kiralah korang seorang doktor, guru, penarik beca, menteri, pegawai bank, penjual insurans, penjual kebab, penebar roti canai atau apa pekerjaan pun, pasti ada kerja yang boleh kita lakukan. Dari segi online pula, kita ada bloggger, content provider, webmaster, internet marketer, software developer dan sebagainya. Pendek kata, banyak kerja yang kita boleh pilih dan lakukan. Cuma, kita nak atau tak nak ajer.

Kini, sudah banyak lambakan program-program yang aku boleh listkan sebagai premium di Malaysia yang boleh bantu kita bagi sedikit pendapatan terutamanya melalui blog-blog kita tu. Antaranya..

Innity. Program ni memang antara yang pertama wujud dan memberi peluang kepada blogger dan webmaster untuk buat duit dengan blog masing-masing. Ketika syaratnya masih tidak ketat, tidak ramai yang pandang program Innity ni. Tapi, bila banyak blogger yang berjaya buat duit dan masing-masing berkongsi tentang pendapatan dan hasil yang mereka dapat dari Innity, aku rasa ramai yang menyusul jejak langkah mereka. Akibatnya, pemilihan blog untuk Innity semakin ketat. Aku sendiri dah rasa macam payah nak submit blog baru. Satu blog aku kena reject sebab tak cukup trafik walauupun aku trafik dari blog itu sangatlah tinggi. Nak buat macam mana, bukan rezeki aku. Itu kes Innity.

Advertlets. Program ini agak kontroversi. Memang ada yang dah dapat bayaran. Cuma tidak berapa ramai seperti mana program Innity ataupun Nuffnang. Cek Advertlets dah jarang aku nampak dan aku rasa Advertlets kena buat post-moterm kalau nak tarik blogger melayu. Blogger berbangsa cina, memang tak ada masalah dan ada yang kat Advertlets berat sebelah kepada blogger cina. Betul atau tidak, korang fikir dan cari jawapannya sendiri. Tapi Advertlets juga merupakan salah satu syarikat yang jadi pemangkin kepada penggerak industri blog di Malaysia. Itu pasti.

Nuffnang. Program yang sentiasa panas setiap tahun. Beratus ribu blogger yang telah menyertai Nuffnang dan aku rasa beribu yang pernah dapat cek dari Nuffnang. Aku rasa idea Nuffnang untuk mengekalkan bayaran melalui cek sangatlah tepat berbanding menggunakan bank. Bukan apa, bagi aku sendiri, aku suka terima bayaran dengan menggunakan cek. Macam ada sedikit nilai sentimental disitu. Setakat ni, banyak gak cek nuffnang yang aku dapat. Sikit hari lagi, boleh capai minimum payout dan boleh request untuk payout. Berbanding dengan program Advertlets dan Innity, Nuffnang merupakan program yang mempunyai banyak blogger yang berminat untuk buat duit dengan blog mereka. Senang cerita, Nuffnang ni bayar, bersistematik dan membayar.

Youthsays. Ini lebih kepada sebuah komuniti yang mengkhususkan kepada golongan remaja. Dan ketika aku join komuniti ini, memang agak teruja. Banyak gak event yang aku tak dapat ikut dan aku rasa sayang melepaskannnya. Tapi benda dah jadi, biar ajelah. Dan kini setelah mengorak langkah dengan membuat banyak perubahan, Youthsays menjadi salah satu tempat yang tidak asing bagi blogger dan remaja di Malaysia. Banyak blogger yang berjaya buat duit dari Youthsays, begitu juga aku. Akhirnya, aku dah dapat bayaran pertama dari Youthsays. Huh, bukan senang tu.

Churpchurp. Ya, satu lagi program dibawah syarikat Nuffnang. Kiranya macam adik-beradik aje. Cuma pada awalnya Churpchurp lebih kepada pemasaran twitter dan menjadi pihak ketiga yang menguruskan jual beli bersandarkan tweet di Twitter para pengguna terutamanya para blogger di Malaysia. Senang cerita, kita boleh buat duit dengan Churpchurp jika tahu caranya dan peraturannya. Aku juga dah dapat bayaran kedua dari Churpchurp. So far, agak puas hati sebab kerjanya tidaklah menyusahkan aku. Cuma main-main tweet ajer..

ManggaAd. Bersandarkan kepada salah satu majalah yang popular, mereka mengorak langkah kepada pengiklanan online yang hampir serupa dengan Innity. Yang bezanya buat setakat ini, mereka tidak menerima bayaran berdasarkan klik dan cuma membayar berdasarkan jumlah view atau impression. Pendek kata, banyak trafik, banyaklah income ManggaAd korang nanti. Setakat ni, lom cukup payout. Baru RM60 lebih aje dan aku kena tunggu dapatkan RM40 lagi untuk dapat bayaran yang pertama.

HeartBeat. Program ini lebih kepada menjual barangan cenderahati dan hadiah yang unik. Hadiah-hadiah tersebut pastinya unik dan mempunyai keaslian tersendiri dan banyak blogger yang cuba mengintai-intai peluang untuk dapat buat duit dengan Heartbeat dengan jayanya. Heartbeat mempunyai cara buat duit yang tersendiri. Boleh dapat melalui jualan, klik dan pelbagai cara lagi. Bagi yang belajar tentang dunia blogging ni, mungkin tak berapa faham apa kejadahnya Heartbeat ni. Mungkin ulasan tentang HeartBeat semalam boleh bantu korang faham dengan lebih lanjut tentang program ini.

701panduan. Ini yang terbaru setakat ini dan aku baru sahaja cuba dalam sebulan lebih. Dapatlah kumpul dalam RM30 dan masih kena tunggu lagi dalam RM20 lebih untuk capai bayaran yang pertama. Aku pasti, ramai yang tak tahu tentang program ini dan aku rasa korang boleh cuba untuk buat duit dengan program 701panduan ni. Pengalaman aku ketika daftar, mereka akan mintak data trafik korang untuk direview sebelum mereka menerima korang ke program mereka. Ala-ala Innity jugaklah. Tapi mereka bayar kita melalui nilai klik. Agak besar juga ratenya. 1 klik bersamaan dengan RM0.30. Kalau dapat 100 klik, leh dapat RM30. Ohh, maknanya aku dah dapat lebih dari 100 klik rupa-rupanya. Tahniah untuk diri aku..

Ps: Itu belum lagi dengan program-program affiliate tempatan yang giat dibuka kepada ramai blogger. Belum lagi cerita pay per lead dan juga program-program seperti Adsense dan Bidvertiser. Yang pasi, jika mahu buat duit dengan blog, kita kena ambil langkah pertama dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik