IKLAN

Isnin, 21 April 2014

Tawadhu’ Seorang Insan Yang Bernama Nik Aziz


Allahhu Akhbar : Terkesan Hiba Bila Ramai Yang Melihat Gambar Terbaru TG NIK Aziz NIk Mat.
Dmp Baling's photo.

Dia tetap hebat di mana-mana pun.... Hatta di atas alas mengelap kaki di muka pintu... Demikianlah Allah memuliakan sesiapa yang dikehendakiNya... Pimpinan @ guru kami Tg Nik Abdul Aziz Nik Mat..Semoga Allah memilihara kesihatannya.Semoga beliau Tabah Dalam menghabiskan sisa Perjuangan sebelum berpindah Ke sana..
Allahurobbi 
beliau tidak minta dilebihkan..
Allahuakbar Allah

kachipemas.blogspot.com





Maafkan kesilapan saya - Tuan Guru Nik Abdul Aziz


TG NIK ABDUL AZIZ

KOTA BHARU 29 Mac - Bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan bergenang air mata hari ini memohon maaf di atas segala kesilapannya sepanjang 23 tahun mentadbir negeri ini.

Malah beliau yang juga Mursyidul Am Pas menganggap sakit yang dialaminya sekarang adalah 'kifarat' atas dosa yang dilakukan selama memimpin negeri ini.
Permohonan maaf itu dibuat ketika beliau menyampaikan kuliah subuh di Masjid Pulau Melaka di sebelah rumahnya di sini pagi ini.

"Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan.

"Ini sakit saya mungkin Allah nak kifarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan," katanya yang dipetik daripada akaun laman sosial, Facebooknya di sini hari ini.

Turut hadir di kuliah itu ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nik Abdul Aziz, 83, merupakan Menteri Besar paling lama dalam sejarah memerintah negeri ini.

Tokoh yang dikenali dengan pelbagai kenyataan kontroversi itu menerajui pemerintahan negeri ini selama lima penggal bermula pada tahun 1990 sehingga 2013.

Beliau melepaskan teraju pemerintahan kepada timbalannya, Datuk Ahmad Yakob selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu kerana masalah kesihatan.

Dalam wawancara eksklusif bersama Mingguan Malaysia pada 12 Januari lalu, beliau buat pertama kalinya mendedahkan mengenai keadaan kesihatannya seperti masalah prostat sehingga terpaksa membawa beg plastik untuk menyalurkan air kencing dan bateri bagi menguatkan jantungnya.

Difahamkan pada masa kini, Nik Abdul Aziz yang lebih dikenali dengan panggilan 'tok guru' terpaksa lebih kerap berulang alik ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk menerima rawatan./www.utusan.com.my


P/s: Harapan setiap insan ingin dapat merasainya saat itu, jangan pula (minta dijauhkan) , jika dipanjangkan usia nanti  diharapkan dikala umur Xtra itu, kita tidak  bercakap yang bukan2 kepada agama, saudara, rakan dan taulan dll hendaknya...Amin. WallahuA'lam.  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik