IKLAN

Jumaat, 18 April 2014

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh Maut Kemalangan Di Lebuhraya Utara-Selatan


Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinangkerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.


Gempar!!! Gambar-gambar Kemalangan Maut Karpal Singh!!!














kulaanniring.blogspot.com

Harimau Jelutong – Karpal Singh Dalam Kenangan – 19 April 1940 – 17 April 2014



Mendiang Karpal Singh Ram Singh atau Karpal Singh (28 Jun 1940 – 17 April 2014), ialah seorang ahli politik dan peguam terkenal di negara ini.
Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan juga sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor, George Town, Pulau Pinang.
Beliau mengalami kemalangan dengan motosikal pada awal tahun 2005 menyebabkan beliau mengalami masalah neuromotor di sebelah lengan kiri dan terpaksa menggunakan kerusi roda.
Manakala, awal malam tadi, beliau dan rakannya Michael Cornandez beserta dengan anak Karpal, Ram Singh telah terlibat dalam kemalangan di KM301.6 Lebuhraya Utara Selatan menuju ke arah utara yang menyebabkan kematian Karpal dan Michael.
Kehidupan Awal
Karpal Singh dilahirkan di George Town, anak kepada pengawal keselamatan dan penternak separuh masa Ram Singh.
Ram telah berpindah dari India ke Pulau Pinang pada tahun 1921.
Leluhur Karpal merupakan petani dari kampung Samna Pind, berhampiran Amritsar, dalam daerah Punjab.
Beliau mendapat pendidikan awal di St. Xavier’s Institution,George Town,Pulau Pinang.
karpal 1
Mengikut catatan peribadinya, Karpal melawat kampung tersebut pada tahun 1963 ketika melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Singapura (1966) dan pada tahun 1974 apabila bapanya terbunuh dalam kemalangan di sana.
Beliau mula menyertai politik setelah menjadi ahli DAP pada tahun 1970. Beliau pernah menyandang jawatan Naib Pengerusi DAP dan Timbalan Pengerusi DAP.
Beliau ialah daripada etnik Punjabi dan juga sebagai seorang peguam yang handal. Beliau amat mahir dalam berhujah dan menerima jolokan sebagai “Harimau Jelutong” kerana beliau amat sukar untuk ditewaskan dalam pertandingan kerusi Parlimen Jelutong sebelum pilihanraya umum pada 1999.
Di Parlimen
Pada 7 September 2004, Karpal Singh diberi peluang sama ada meminta maaf dalam masa 3 hari dan hadapi penggantungan selama 10 hari daripada menyertai Parlimen ataupun penggantungan selama 6 bulan dengan segala kemudahan sebagai ahli parlimen ditarik balik. Beliau kemudian enggan meminta maaf dan digantung selama 6 bulan.
Pada 23 Oktober 2008, Karpal Singh digantung selama dua hari daripada menghadiri Persidangan Dewan Rakyat kerana didakwa mencabar kewibawaan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan menuduh beliau bersikap ‘tidak serius dan main-main’ selepas berlaku pertikaman lidah antara beliau dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ketika pemimpin pembangkang itu mencelah pada sesi lisan.
Pada 7 April 2010, Karpal Singh digantung 10 hari kerana mencerca ‘diktator’ terhadap Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Puncanya Speaker menolak usul Tian Chua (PKR-Batu) merujuk Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN/UMNO-Pasir Salak) ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen.
Beliau pernah dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA pada tahun 1987 dalam Operasi Lalang.
Pendirian Politik
Karpal Singh menyatakan bahawa beliau tetap tidak akan menerima pembentukan sebuah negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS meskipun sudah meminta maaf di atas kenyataannya yang menyebut ‘langkah mayat saya dulu sebelum tegak negara Islam’.
Bagaimanapun, beliau bersetuju jika PAS terus memperjuangkan Islam sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama rasmi manakala kebebasan agama lain dihormati.
Karpal Singh turut menafikan bahawa pimpinan atasan DAP juga menerima penjelasan berhubung perkara larangan isu kalimah Allah, sebaliknya beliau menyatakan kecewa dengan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkahwin dengan Gurmit Kaur dan dikurniakan lima anak. Salah seorang anaknya,Gobind Singh Deo merupakan Ahli Parlimen Puchong setelah menang di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 yang lalu.
Isu Dan Kontroversi
Perogol patut dihukum mati
Pada 31 Julai 2010, Karpal Singh selaku Pengerusi DAP Kebangsaan menggesa perogol kanak-kanak dijatuhi hukuman mati.
Sekarang, Seksyen 376 (2) (e), Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah hanya penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.Dalam kebanyakan kes jenayah berat, beliau menjadi peguam bela.-Mynewshub
(Sumber: Wikipedia) 

*Peringatan kepada insan yang lupa akan kata-kata jahiliah lama...jangan tunggu sampai esok untuk mohon maaf akan lancang bicara, gunakan akan kesempatan yang  ada kerana saat ini kita masih bernyawa..Wassalam dan WallahuA'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik