IKLAN

Ahad, 9 Disember 2012

Kehidupan Warga AS Diselamatkan oleh Ubat-Ubatan Buatan Iran

Gambar: yourmiddleeast.com
Sekatan ekonomi yang diberikan Amerika Syarikat kepada Iran, dinilai mengancam kehidupan warga Negeri Uncle Sam yang sedang sakit. Soalnya, bekalan ubat-ubatan dari Iran ternyata sudah menyelamatkan hidup warga AS. 

Laporan yang diterbitkan di Wall Street Journal itu menyebut Jabatan Pertahanan AS memerlukan hasil penyelidikan dan pengeluaran ubat-ubatan Iran, bagi tentera AS di Afghanistan yang terkena gigitan ular kobra, dan ular jenis lain khas dari Asia barat daya. Komando Sentral AS menyarankan para tentera itu diberikan ubat bantuan dari Iran, Razi Vaksin dan Serum Research Institute sebagai terapi antivenin (antibisa).

"antivenin dari Iran adalah yang terbaik," puji Kolonel Rob Russell, Pengarah Perubatan di apotek yang dikendalikan Hospital di Britain dan berdekatan dengan pangkalan Tentera AS di Afghanistan Selatan. 

Press TV, Selasa (4/12), menyatakan pemberian ubat dari Iran lantaran kerana antivenin buatan AS tidak dapat bertindak pada gigitan ular dari Afghanistan.

Nah sekarang, sekatan AS yang melarang pemindahan dana melalui bank bakal membuat pembelian ubat-ubatan dan peralatan perubatan di Iran semakin sukar. 

Tidak dapat tidak, polisi itu bakal mengancam kehidupan berjuta-juta pesakit yang menderita hemofilia, hepatitis, kencing manis, dan talasemia. 

Akibat sekatan AS, pada November lalu, seorang remaja mengidap pesakit hemofilia di Iran meninggal dunia kerana kekurangan ubat-ubatan. "Hukuman ini merupakan tindakan kejam yang bertentangan dengan rasa kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa tentang hak asasi manusia," kata seorang pegawai Iran, Dr Ismail Salami.

Hukuman AS diberikan kepada Iran berikutan tuduhan program senjata nuklear. AS menuduh Iran membangunkan tenaga nuklear untuk menghasilkan senjata nuklear. Tapi Negeri Para Mullah itu selalu membantah dakwaan tersebut. (IPABI Online / HM / ROL)


Disunting dari: ipabionline.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik