IKLAN
Sabtu, 17 Ogos 2013
Ahad, 11 Ogos 2013
Saksikan Hujan Meteor di Malaysia Malam Esok
meteor shower. © Environmentalgraffiti.com
Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa Malaysia malam esok sehingga subuh pada hari Selasa.Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mhd Fairos Asillam berkata, pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.
“Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.
“Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata, apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.
“Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar,” katanya.
Beliau berkata, waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. – BERNAMA @http://www.utusan.com.my
Perisikan Israel Dedah Sebab Morsi Perlu Disingkir

MESIR – Satu rakaman video memamarkan ucapan Ketua Perisikan Israel Jeneral Afif Khufifi dimuat naik ke laman youtube mendedahkan sebab kenapa kepimpinan Islam di Mesir yang diterajui Presiden Dr Muhammad Morsi perlu “dihancurkan”.
Ucapannya pada satu himpunan besar itu antara lain menyebut Morsi perlu disingkirkan kerana pemikirannya adalah Ikhwanul Muslimin dan cubaan menegakkan syariat dan khilafah Islam di Mesir.
Mesirkini yang membuat terjemahan dan ringkasan dari petikan ucapan itu melaporkan, Afif melahirkan kebimbangan terhadap pemikiran Ikhwanul Muslimin yang hari ini berkembang pesat di Timur Tengah.
Ianya termasuk Mesir, Turki, Tunisia, Maghribi, Libya, Gaza, dan lain-lain, malah sudah berupaya membina kekuatan di Syria dan Jordan.
Kekuatan Ikhwanul Muslimin
katanya ada di pelbagai bidang, tidak hanya sebagai gerakan politik,
mereka juga mengisi kehidupan sosial dan berinteraksi dengan manusia.
“Ada dua agenda besar yang kini sedang digencarkan Ikhwan. Pertama, mempromosikan negara khilafah dan penerapan syariat.
“Definisinya ada di Mesir, sebagai negara demokrasi yang melaksanakan sistem syura yang merupakan satu konsep permesyuaratan yang diakui dalam Islam.
“Kedua, adalah strategi lebih luas iaitu memperkuat pertahanan mereka di tengah-tengah pengaruh rejim tidak demokratik, pada masa sama demokrasi tidak boleh memadamnya dengan mudah, sebagaimana terlihat di Turki dan Gaza,” tulisnya merujuk ucapan Afif dalam bahasa Hibrew itu.
Afif juga mendakwa, Universiti Al Azhar akan menjadi kekuatan penerapan Syariat tersebut bagi mengukuhkan legitimasi hukum yang sedang diterapkan oleh kerajaan Mesir.
Dua misi besar ini menurutnya, akan menguatkan Ikhwanul Muslimin dalam perjuangan mereka.
Maka katanya, parti-parti sealiran Ikhwan yang kini berkembang di Mesir, Gaza dan Tunisia sedang bergerak menuju ke arah kepemimpinan Islam dan mereka akan bertanggungjawab menjadi peneraju utama.
Malah kata Afif, tanggungjawab ini tidak
lagi diterjemahkan sebagai pucuk-pucuk kecil, tapi sudah menjadi
kembang yang utuh dan kuat.
“Jadi rampasan kuasa terhadap Ikhwan adalah bertujuan untuk menghalang tegaknya daulah Islamiyah (kerajaan Islam) di Mesir.
“Penggulingan atas Morsi sebenarnya kerana takut pada kejayaannya, bukan kerana kegagalannya.“ – tulis Mesirkini
[LIHAT VIDEO] Ucapan Afif KhufifiMungkin Dosa Dr Mursi terlalu banyak...
Rupa-rupanya terlalu banyak DOSA Dr Mursi patutlah dia digulingkan!!
1.Dosa
Mursi adalah karena mengembangkan terusan Suez menjadi pasar bebas
dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan pndapatan sebanyak
5.6 juta dollar pertahun, akan meningkat 100 juta dollar pertahun.
2.Dosa
Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pencen sebanyak 200 % lebih,
sementara harga-harga barang tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.
3.Dosa
Mursi adalah membangun kilang samsung terbesar di Arab di provinsi Bani
Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.
4.Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata terpakai dari Amerika.
5.Dosa
Mursi adalah membuat kilang innar (sejenis tablet/ipad), untuk seluruh
rakyat agar dapat memakai barang elektronik bermutu dengan harga
berpatutan.
6.Dosa
Mursi paling besar adalah dia selalu sholat berjamaah di masjid, hafal
al Qur'an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki org
padanya.
7.Dosa Mursi adalah kerana berusaha membina tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif di Mesir.
8.Dosa Mursi adalah karena ia mampu menarik pelabur asing dan mendapat kepercayaan pelabur asing di Mesir.
9.Dosa
Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga
kerja sama dalam bidang ekonomi kedua negara akan meningkat.
10.Dosa Mursi adalah krana mampu membuka peluang kerja baru untuk 600 ribu lebih orang penganggur.
11.Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa keluar ke luar negara oleh Husni Mubarak dan kroni2nya.
12.Dosa Mursi adalah menegakkan keadilan dan berusaha menghapuskan penipuan
Kerana
dosa-dosa itulah maka Mursi digulingkan oleh sisa-sisakroni Mubarak,
liberal, sekular, komunis,. Mereka kecewa kerana Mursi telah gagal
membawa Mesir ke arah kehancuran
[Dari seorang mahasiswa Mesir via Ria Syamil Yuliasari]
http://hasnulhadiahmad.com
http://hasnulhadiahmad.com
Cara Pelik Orang Syiah Solat

Cara Orang Syiah Solat
Syiah mengamalkan ajaran yang lari dari ajaran Ahli
Sunnah dan jauh dari wahyu, golongan ini mereka-reka hukum dan
mengadakan perkara bid’ah yang sesat dan menyesatkan, moga-moga kita
dijauhi daripada golongan Syiah ini yang merosakkan akhidah umat Islam.
Sejak berlakunya revolusi Syria barulah kita mengetahui tentang niat
mereka sebenarnya, mereka cukup membenci kaum Ahli Sunnah sehingga
mereka menghalalkan darah ahli sunnah. Dan kita sebagai Umat Islam
janganlah membenarkan mereka ( Syiah ) daripada berpijak di bumi
tercinta ini.
Di bawah ini antara gambar-gambar cara ibadah orang Syiah yang bercanggah dengan Islam:


Banyak pihak mengatakan bahwa orang Syiah melakukan solat sama seperti orang-orang Islam namun hanya untuk sekadar taqiyyah (berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syiah. Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta dan berbohong”. Pentingnya taqiyyah disisi Syiah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka.






Wanita syiah sedang bersujud di perkuburan syiah (Sujud di kubur ulamak mereka), sangat bercanggah dengan ajaran Islam, jauhilah diri kita dari golongan yang sesat ini.



Akhir zaman Yahudi akan jadi kawan baik mereka (Syiah)




Tersangatlah sesat gologan ni ! Tolong umat Islam jangan keliru ! berpegang lah pada Al-Quran dan Hadis.
Jom sebarkan! jangan biarkan Syiah menyesatkan umat Islam dan meratah daging umat Islam. Sebarluaskan risalah ini jika anda prihatin terhadap ancaman yang melanda akidah umat Islam.
Wallahu’alam….
Sumber: hasnulhadiahmad.com
Sabtu, 10 Ogos 2013
Ciri-ciri Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah
Mbah Mangli dari Magelang bermazhab Syafi’i dipeluk oleh Sayyid Muhammad dari Makkah bermazhab Maliki.
Susunan: Tok Kelana
1.0 Siapakah Ahlus-Sunnah Wal Jamaah?
Seluruh Ummat Islam sudah tahu istilah Ahlus-Sunnah wal-Jamaah. Semua berharap dan mengaku mereka Ahlus-Sunnah. Namun siapakah sebenarnya Ahlus-Sunnah wal-Jamaah? Adakah ia merupakan jamaah atau kumpulan tertentu? Apakah ciri-ciri mereka?
Ahlus-Sunnah wal-Jamaah adalah satu-satunya golongan yang mendapat jaminan dari junjungan Nabi صلى الله عليه وسلم sebagai golongan yang selamat!
Mereka adalah yang berpegang kepada Nabi saw dan sunnah khalifah baginda serta bersatu dalam jamaah muslimin. Sementara golongan-golongan yang lain telah tersesat dan terkeluar dari jamaah muslimin atau jamaah Rasulullah ini - iaitu mereka terkeluar dari jamaah yang diwariskan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم .
Dari Abu Hurairah Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda;
"Bangsa Yahudi telah terpecah menjadi 71 golongan, kaum Nasrani telah terpecah menjadi 72 golongan, dan Ummatku akan terpecah menjadi 73 golongan. Semuanya masuk neraka kecuali satu". Kemudian para sahabat bertanya, "Siapa mereka Ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Mereka yang mengikutiku dan sahabat-sahabatku." - Hakim, Ibnu Majah
Dalam sebuah hadis lain pula;
Daripada 'Irbad bin Sariyah katanya, bahawa pada suatu hari selepas sembahyang pagi (iaitu lepas subuh) Nabi Salla Allahu 'Alaihi WaSallam menyampaikan pengajaran yang cukup maksudnya, maka dari itu keluarlah air mata orang ramai, dan hati mereka pun menjadi takut, maka (dalam hal itu) berkatalah seorang lelaki,
"Sesungguhnya nasihat itu adalah seperti nasihat mengucap selamat tinggal, apakah yang tuan hamba ingin mewasiatkan kepada kami wahai Rasulullah?"
Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
"Aku berwasiat kepada kamu sekelian supaya bertaqwa kepada Allah, supaya mendengar dan taat, walaupun dia seorang hamba abdi bangsa Habsyi (yang diangkat menjadi ketua kamu sekelian); maka sesungguhnya sesiapa dari kalangan kamu yang hidup (bila sampai masanya) dia akan melihat berlaku perselisihan yang banyak, dan bendaklah kamu berjaga-jaga daripada (mengadakan) perkara-perkara baru (dalam urusan agama), maka sesungguhnya itu adalah kesesatan; maka sesiapa di kalangan kamu yang mendapat perkara demikian itu hendaklah dia mengikuti sunnahku dan sunnah para khulafa' ar-rasyidin yang mendapat hidayat daripada Allah, dan hendaklah kamu berpegang kepada sunnah itu dengan gigi geraham kamu". - Riwayat Tirmizi - Hadith hasan sahih
Berdasarkan pemerhatian ulama billah Nabi s.a.w telah memberikan beberapa petunjuk yang jelas di dalam hadis-hadis yang di atas, berkenaan dengan ciri-ciri umum golongan yang selamat, di antaranya;
Kunci pertama : Mereka yang mengikuti sunnahku;
Kunci kedua : Mereka yang mengikuti sunnah sahabatku.
Kunci ketiga : Tinggalkan bid'ah
Kunci Keempat : Golongan atau Jamaah
Sunnah Nabi sebahagian besarnya sudah pun jelas, dan semua golongan mengakui akan kebenarannya. Salah satu perkara yang menjadi pokok perselisihan adalah berkenaan wasiat Nabi saw, "sunnah khalifahku" Di sinilah bermulanya perpecahan. Hanya orang-orang yang terbuka hati akan melihat siapa yang sebenarnya yang dimaksudkan Nabi saw dengan "sunnah sahabatku."
Sementara kebanyakan orang melihat makna "sahabat Nabi" sebagai umum; ahli ma'rifat melihatnya sebagai pewaris Nabi yang menerima ilmu sahabat nabi secara musyafahah dari satu generasi ke generasi berikutnya tidak putus hingga ke akhir zaman ini,
Apa yang dimaksudkan dengan bid'ah (mengada-ngadakan perkara baru) dalam agama yang tersebut di dalam hadis di atas adalah isyarat Nabi s.a.w kepada golongan-golongan yang memisahkan diri jamaah kaum muslimin dan membuat bid'ah fahaman sendiri yang sesat. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan orang lain.
Golongan yang pertama sekali memisahkan diri jamaah kaum muslimin adalah kaum Khawarij, kemudian diikuti oleh kaum Jabariyah. Kemudian timbul Mu'tazilah, Mujassimah, Rafidah dll yang kesemuanya berjumlah semuanya 72 golongan yang memisahkan diri. Inilah golongan-golongan bid'ah, iaitu golongan yang mengadakan fahaman-fahaman yang menyimpang dari fahaman Ahlus-Sunnah.
Bukanlah maksud "bid'ah" tersebut sebagaimana kupasan sesat kaum wahabbiyah di zaman ini mengatakan tawassul, ziarah kubur dsb sebagai bid'ah, sedangkan semua amalan tersebut adalah bersandarkan hadis Nabi s.a.w.
Sementara itu yang dimaksudkan dengan "jamaah" bukanlah bermakna satu-satu jamaah tertentu, tetapi ia umum jamaah muslimin yang berpegang kepada ciri-ciri ummat Islam yang disebutkan oleh ulama2-ulama Mu'tabarah dahulu.
Raudhah: di antara taman-taman syurga...
2.0 Bagaimana mengenali golongan yang selamat ini?
Bagaimana mengenali Ahlus-Sunnah wal-Jamaah? Apakah ciri-ciri mereka?
Pada zaman ini banyak pihak mendabik dada konon merekalah Ahlus-Sunnah wal-Jamaah sedangkan perbuatan dan ucapan mereka menyimpang jauh dari pegangan Ahlus-Sunnah wal-Jamaah. Ini termasuklah puak Wahabbiyyah, Talafiyah, Takrifiyah. Pada hakikatnya golongan ini adalah 'penjelmaan' semula daripada fahaman sesat mujassimah.
Orang awam yang tiada ilmu akan mudah terpengaruh dengan dakwaan dan hujjah-hujjah batil mereka. Kesesatan tersebut disemarakkan lagi dengan terbitnya golongan pelajar-pelajar muda lulusan agama. Dengan hanya membekalkan Iilmu syari'ah atau beberapa hadis yang mereka pelajari di bilik-bilik kuliah, mereka mula mencabar ilmu ulama-ulama mu'tabarah terdahulu.
Jadi bagaimana cara untuk menyelamatkan iman dari "kuman bahaya wahabbiyyah" dan juga fahaman sesat yang lain? Jadi kita perlu mentelaah secara saksama dari perkataan-perkataan ulama mu'atbarah yang diakui oleh seluruh ummat Islam seperti Imam Jailani, Shaikh Ibnu Ata'illah, Imam Al-Ghazali, Imam Hanbali, Imam Shafie, Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan lain-lainnya.
Berikut adalah himpunan ciri-ciri penting pendirian Ahlus-Sunnah wal-Jamaah yang dipetik dari Kitab Al-Ghunyah Li Talibil Haqq dan Ihya Ulumuddin serta kitab-kitab mu'tabar yang lain. Mudah-mudahan bermanafaat.
1. PENGERTIAN IMAN
Iman adalah meyakini dengan hati, mengucapkan dengan lisan dan memanifestasikannya dengan amal perbuatan. Iman bererti pembenaran oleh hati yang disertai pengetahuan tentang apa yang dia benarkan itu.
Sedangkan menurut syari'at, iman bererti pengetahuan tentang Allah dan sifat-sifatNya disertai ketaatan atas semua hal yang wajib dan yang sunnat dan menghindari berbagai larangan dan maksiat. Atau iman bererti agama, syari'at dan millah, kerana agama bererti suatu yang dianuti disertai dengan ketaatan dan penghindaran dari larangan dan segala yang haram. Itu merupakan sifat iman.
Islam juga termasuk dalam iman. Setiap iman adalah Islam, tetapi bukan setiap Islam itu iman, kerana Islam bererti penyerahan diri dan ketundukan. Setiap mukmin pasti menyerahkan diri dan tunduk kepada Allah, tetapi tidak setiap yang berserah diri beriman kepada Allah. Kerana dia menyerahkan diri kerana takut pedang. Dengan demikian iman merupakan nama yang mencakup berbagai sebutan, baik dalam wujud perbuatan mahupun ucapan, sehingga mencakup segala bentuk ketaatan.
2. IMAN DIPERKUAT DENGAN ILMU DAN DIPERLEMAH OLEH KEBODOHAN.
Firman Allah :
فَأَمَّا الَّذِينَ ءامَنُواْ فَزَادَتْهُمْ إِيمَـناً وَهُمْ يَسْتَبْشِرُونَ
"Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya). - At-Taubah, 9 :124
3. IMAN DAPAT BERTAMBAH DAN BERKURANG.
Ahlus-Sunnah berpendirian iman bertambah dengan ketaatan dan menjauhi segala larangan Allah. Sementara ia berkurang dengan berkurangnya ketaatan dan bertambahnya maksiat seseorang.
Firman Allah :
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايَـتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَـناً وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. - Al-Anfal, 8 : 2
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas dan Abu Hurairah serta Abu Darda' , mereka berkata : "Iman itu dapat bertambah dan berkurang."
4. IMAN BUKAN MAKHLUK
Berdasarkan kata Imam Ahmad Bin Hambal apabila ditanya orang, apakah iman itu makhluk? Beliau menjawab, "Barangsiapa mengatakan bahawa iman itu makhluk bererti dia telah kafir, kerana demikian bererti dia telah menentang Al-Qur'an"
Iman adalah cahaya Ilahi yang melimpah ke dalam hati seseorang hamba. Wadah yang menanggung iman, iaitu hati adalah makhluk, tetapi zat iman bukan makhluk.
5. DILARANG BERKATA : "AKU PASTI MU'MIN"
Seorang mu'min tidak boleh mengatakan "Aku pasti mu'min". Tetapi katakanlah : "Aku ini orang mu'min InsyA Allah." Ini akan menolak pendapat Mu'tazilah yang mengatakan, "Aku pasti mu'min".
Pendapat kami berdasarkan kata-kata Sayyidina Umar, "Barangsiapa mengaku dirinya mu'min (yakni pasti mu'min), bererti dia telah kafir!
6. PENGERTIAN ISLAM
Islam merupakan ungkapan dari dua kalimat syahadat yang disertai dengan ketenangan hati dan diiringi menjalani semua kewajipan. Perintah Allah yang wajib dikerjakan dengan sungguh-sungguh dan sempurna. Segala tegahan Allah yang haram ditinggalkan tanpa rasa berbelah bahagi.
Kewajipan asas adalah; Mendirikan rukun Islam yang lima: i) Mengucapan dua kalimah syahadat dengan keyakinan; ii) Mendirikan solat; iii) Berpuasa di bulan Ramadhan; iv) Menunaikan zakat; v) Mengerjakan haji bagi yang bekuasa.
Selain daripada kewajipan asas tersebut, banyak lagi kewajipan lain yang perlu ditunaikan mengikut ukuran dan tingkatan tuntutannya; iaitu
- Berbakti kepada ibu-bapa
- Berkhidmat kepada guru atau ulama pewaris Nabi
- Berda'wah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
- Berjihad fisabilillah dan lain-lain.
Kemudian wajib pula menjauhi segala yang diharamkan; iaitu
- Berzina
- Minum arak
- Berjudi
- Bertenung nasib
- Membunuh jiwa tanpa hak
- Menipu
- Merampas harta tanpa hak
- Menganiaya atau menzalimi makhluk Allah
- Mengumpat
- Khianat dan banyak lagi.
7. PENGERTIAN IHSAN
Ihsan adalah penghambaan yang tulus ikhlas kepada Allah yang tiada sedikitpun syirik di dalam penyembahannya. Ibadahnya semata-mata kerana Allah, kerana kasihnya, kerana cintanya; bukan kerana menuntut atau mengaharap sesuatu sama ada duniawi atau ukhrawi.
Dalam tasawwuf, maqam ihsan dilihat sebagai maqam tertinggi bagi seseorang hamba Allah dalam penghampirannya kepada Allah. Ini berdasarkan Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :
"Hendaklah engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihatNya, jika engkau tidak melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihat engkau." - riwayat Bukhari
Hadis ini tidak dapat ditafsirkan dengan pengetahuan akal semata-mata. Ia adalah penghayatan hati dan ruh yang terhasil daripada mujahadah di jalan Allah sebagaimana yang ditunjukkan oleh para imam, sheikh toriqat Sufiyyah!
8. WAJIB BERPEGANG KEPADA SALAH SATU MAZHAB FIQH
Pendirian Ahlus-Sunnah wal-Jamaah adalah: Wajib bagi seseorang yang belum sampai ke taraf mujtahid, berpegang kepada salah satu mazhab fiqh yang diakui oleh ulama-ulama Ahlus -Sunnah. Sebaik-baiknya berpegang kepada salah satu daripada mazhab fiqh yang masyhur, iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Shafie atau Hanbali.
Seseorang yang belum bertaraf mujthaid, hanya boleh berpegang kepada salah satu mazhab pada suatu masa dalam mengerjakan ibadahnya. Dan disyaratkan dia mesti mengetahui, iaitu telah mempelajari selok-belok mazhab tersebut. Apa yang cuba disampaikan adalah: Harus seseorang berpindah kepada mazhab lain dengan syarat dia mengetahui selok-belok hukum di dalam mazhab tersebut; bukan kerana ikut-ikutan sahaja.
Mujtahid adalah; Seseorang yang alim di dalam ulmul Qur'an, mengetahui nasikh-mansuh, alim dalam hadis Nabi, mengetahui hadis sahih - hadis maudhu', ilmu usul, berbagai lughah bahasa Arab dan banyak lagi disiplin ilmu yang berkaitan sehingga melayakkan dia untuk menerbitkan hukum untuk dirinya sendiri.
Beberapa kemusyklian:
Ada golongan yang mendakwa mereka hanya merujuk al-Qur'an dan hadis Nabi dan tidak berpegang kepada mazhab fiqh. Alasan mereka ialah Nabi tidak bermazhab, di mana sahabat juga tidak bermazhab.
Jawapan:
(i) Sahabat Nabi hidup bersama Nabi, semua kemusykilan mereka ajukan kepada Nabi untuk penjelasan. Tiada perbezaan pendapat kerana sumbernya satu, iaitu kata-kata Nabi. Apabila zaman berlalu, sahabat-sahabat telah bertebaran di seluruh dunia, ilmu yang sampai kepada generasi berikutnya berbeza-beza di sebabkan adanya perbezaan periwayatan sahabat. Inilah yang menjadikan berlakunya perbezaan pendirian imam-imam mazhab, iaitu ijtijhad mereka sesuai dengan apa yang mereka terima menurut pandangan masing-masing.
(ii) Al-Qur'an adalah kalamullah yang suci. Setiap perkataannya mengandungi makna-makna yang jelas dan mudah difahami dan juga makna-makna yang tersembunyi. Ada ayat-ayat yang bersifat umum, ada yang bersifat khusus, ada ayat-ayat muhkamat dan ada ayat-ayat mutasyabihat. Untuk memahami semua jenis ayat-ayat Allah yang suci ini, seseorang perlu memiliki ciri-ciri penting yang melayakkan dia untuk mentafsirkannya; Di antara yang paling penting ialah bersifat taqwa, telah hafal seluruh Al-Qur'an dan hafal juga hadis-hadis Nabi berkaitan, mengetahui berbagai lugah bahasa Arab dan lain-lain lagi.
(iii) Hadis-hadis Nabi berjumlah ratusan ribu bahkan mungkin mencecah sampai juta hadis. Untuk menerbitkan sesuatu hukum, seseorang perlu memahami hadis-hadis Nabi yang banyak dari berbagai periwayatan. Orang awam yang jahil tidakkan dapat melakukannya.
(iv) Semua Mazhab yang masyur dan diakui adalah pada hakikatnya pancaran Al-Qur'an dan hadis Nabi juga. Para imam cuma menghimpunkannya menjadi satu disiplin ilmu yang tersusun agar orang-orang awam dapat mengamalkan Islam dengan mudah tanpa tercari-cari akan hukumnya. Sebagai contoh yang mudah - untuk mengerjakan solat kita hanya perlu merujuk kepda kitab fiqh dalam bab solat. Di sana ada dijelaskan hukum halal haram, sah batal dsb.
(v) Kita cuba tanya orang-orang mendakwa bahawa mereka cuma rujuk Al-Qur'an dan hadis Nabi dan tidak mahu mengikut mazhab - bagaimana agaknya mereka melakukan wudhu? Bagaimana mereka mengerjakan solat? Cuba tunjukkan di manakah dalam Al-Qur'an atau hadis Nabi yang menunjukkan tentang rukun solat yang 13 dan wudhu yang 6 itu? Cuba tunjukkan di mana sah dan batalnya solat? Cuba keluarkan hukum-hukum tersebut dengan sendiri. Boleh?
Jika perkara-perkara asas agama seperti solat pun, mereka tidak dapat keluarkan hukum dengan sendiri, maka akurlah dengan pegangan dan anjuran ulama Ahlus-Sunnah. Jangan terpedaya oleh tipu-daya syaitan dan nafsu sendiri!
9. WAJIB MENGAMALKAN TASAWWUF
Seluruh ulama AhlusSunnah berpendirian wajib bagi setiap muslim mengamalkan tasawwuf. Tasawwuf adalah ilmu yang membicarakan tentang ehwal hati, segala penyakit hati, sifat-sifat tercela dan sifat-sifat terpuji, sekalian syirik khafi serta menunjukkan jalan membaiki hati tersebut melalui zikrullah dan mujahadah. Seluruh ilmu ini adalah bersumberkan Al-Qur'an dan Hadis Nabi صلى الله عليه وسلم
Ilmu tasawwuf yang wajib diamalkan ada diterangkan dalam kitab-kitan ulama Ahlus-Sunnah seperti Ihya Ulumuddin, Minhajul Abidin, I'anatut-Talibin, Sirrus-Salikin dan Hidayatus-Salikin.
Berkata Imam Ghazali رضي الله عه :
"Bermula ilmu tentang qalbu dan mengenal penyakitnya berupa iri hati, riya' dan semisalnya adalah fardhu 'ain."
Seseorang muslim tidak akan dapat menjadikan dirinya sebagai hamba Allah dengan hanya mengamalkan ilmu fiqh semata-mata. Adalah wajib baginya menghimpunkan kedua-duanya; iaitu ilmu fiqh dan ilmu tasawwuf untuk kesejahteraan zahir dan batin.
Seperti kata Imam Malik رضي الله عه :
"Sesiapa yang mengamalkan fiqh tanpa tasawwuf, maka dia fasiq. Sesiapa mengamalkan tasawwuf tanpa fiqh, maka dia zindiq. Mengimpun keduanya itu yang haq." / Kredit:Elias Hj Idris
Pemahaman Ahlus Sunnah Wal Jama’ah
1. Ahlus Sunnah berpegang teguh terhadap sunnah Nabi Shallallahu'alaihi Wasallam, berbeza dengan golongan lain yang beragama dengan berdasar pada akal, perasaan, hawa nafsu, taqlid buta atau ikut-ikutan saja.
2. Ahlus Sunnah mencintai Al Jama'ah, yaitu persatuan ummat di atas kebenaran serta membenci perpecahan dan semangat kekelompokan (hizbiyyah). Berbeza dengan golongan lain yang gemar berkelompok-kelompok, membawa bendera-bendera hizbiyyah dan bangga dengan label-label kelompoknya.
Perlu diketahui juga bahawa istilah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah muncul untuk membezakan ajaran Islam yang masih murni dan lurus dari Rasulullah Shallallahu'alaihi Wasallam dengan ajaran Islam yang sudah tercampur dengan pemikiran-pemikiran menyimpang seperti pemikiran Jahmiyah, Qodariyah, Syi'ah dan Khawarij.
Sehingga orang-orang yang masih berpegang teguh pada ajaran Islam yang masih murni tersebut dinamakan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.
Imam Malik rahimahullah pernah ditanya: "Siapakah Ahlus Sunnah itu? Ia menjawab: Ahlus Sunnah itu mereka yang tidak mempunyai laqb (julukan) yang sudah terkenal. Yakni bukan Jahmiyah, bukan Qadariyah, dan bukan pula Syi'ah ". (Lihat Al-Intiqa fi Fadlailits Tsalatsatil Aimmatil Fuqaha. Hal.35 oleh Ibnu Abdil Barr).
Sehingga orang-orang yang masih berpegang teguh pada ajaran Islam yang masih murni tersebut dinamakan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.
Imam Malik rahimahullah pernah ditanya: "Siapakah Ahlus Sunnah itu? Ia menjawab: Ahlus Sunnah itu mereka yang tidak mempunyai laqb (julukan) yang sudah terkenal. Yakni bukan Jahmiyah, bukan Qadariyah, dan bukan pula Syi'ah ". (Lihat Al-Intiqa fi Fadlailits Tsalatsatil Aimmatil Fuqaha. Hal.35 oleh Ibnu Abdil Barr).
Walaupun pada kenyataannya orang-orang yang berpemikiran menyimpang tersebut, seperti Jahmiyah, Qodariyah, Syi'ah dan Khawarij juga sebahagian mengaku sebagai Ahlus Sunnah.
Sehingga hal ini mencetuskan para Imam Ahlus Sunnah untuk menjelaskan mata-mata pemahaman Ahlus Sunnah, agar umat dapat menapis pemahaman-pemahaman yang tidak sesuai dengan Al Qur'an dan Sunnah.
Salah satunya dari Imam Ahlus Sunnah yang merinci mata-mata tersebut adalah Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah dalam kitabnya Ushul As Sunnah.
Sehingga hal ini mencetuskan para Imam Ahlus Sunnah untuk menjelaskan mata-mata pemahaman Ahlus Sunnah, agar umat dapat menapis pemahaman-pemahaman yang tidak sesuai dengan Al Qur'an dan Sunnah.
Salah satunya dari Imam Ahlus Sunnah yang merinci mata-mata tersebut adalah Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah dalam kitabnya Ushul As Sunnah.
Secara ringkas, mata-mata yang dijelaskan Imam Ahmad tentang pemahaman Ahlus Sunnah Wal Jama'ah diantaranya adalah:
1.Beriman kepada takdir Allah,
2.Beriman bahawa Al Qur'an adalah Kalamullah (perkataan Allah), bukan makhluk dan bukan perkataan makhluk,
3.Beriman tentang adanya mizan (timbangan) di hari Kiamat, yang akan menimbang amal manusia,
4.Beriman bahawa Allah 'Azza Wa Jalla akan berbicara dengan hamba-Nya di hari Kiamat,
5.Beriman tentang adanya azab kubur dan adanya pertanyaan malaikat di dalam kubur,
6.Beriman tentang adanya syafa'at Nabi Shallallahu'alaihi Wasallam bagi ummat beliau
7.Beriman bahawa Dajjal akan muncul,
8.Beriman bahawa iman seseorang itu tidak hanya keyakinan namun juga merangkumi perkataan dan perbuatan, dan iman boleh naik dan turun,
9.Beriman bahawa orang yang meninggalkan solat boleh terjerumus dalam kekufuran,
10.Patuh dan taat pada penguasa yang muslim, baik soleh mahupun fajir (banyak bermaksiat). Selama ia masih menjalankan solat dan *kepatuhan hanya pada hal yang tidak melanggar syariat saja,
11.Tidak memberontak kepada penguasa muslim,
12.Beriman bahawa tidak boleh menetapkan seorang muslim pasti masuk syurga atau pasti masuk neraka,
13.Beriman bahawa seorang muslim yang mati dalam keadaan melakukan dosa tetap disholatkan, baik dosanya kecil atau besar.WallahuA'lam.
Yulian Purnama (NahiMunkar.com)
Jumaat, 9 Ogos 2013
15 Ciri-Ciri Orang Syiah

Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut "Taqiyah". Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:
1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.
2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma'sum atau wakilnya.
3) Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.
4) Pengikut Syiah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.
5) Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu / tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat tidak di dekat orang lain.
6) Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.
7) Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlussunnah.
8) Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingat Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein radhiyallahu anhum.
9) Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum.
10) Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid'ah.
11) Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.
12) Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Quran kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah kerana Al-Qur'an yang benar menurut mereka iaitu al-Quran yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.
13) Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
14) Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut'ah dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah.
15) Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan dengan harapan anak perempuannya juga turut menganut Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan zina mut'ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada hakikatnya ketika ada seorang yang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut'ah. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan bolehnya mut'ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah.
Kesimpulannya, ciri-ciri mereka sangat banyak. Selain yang kami sebutkan di atas masih banyak ciri-ciri yang lain sehingga tidak mungkin bagi kita untuk menjelaskan semuanya di sini. Namun cara yang paling praktikal ialah dengan memerhatikan raut wajah. Wajah mereka merah padam jika anda mencela Khomeini dan Sistani, tapi bila anda mengutuk Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan Hafshah, atau sahabat-sahabat yang lain radhiyallahu anhum tidak ada sedikit pun tanda-tanda kebimbangan di wajahnya
Akhirnya, dengan hati yang terang Ahlussunnah dapat mengenali pengikut Syiah dari wajah hitam mereka kerana tidak mempunyai keberkatan, jika anda perhatikan wajah mereka maka anda akan membuktikan kebenaran kadar ini dan inilah hukuman bagi siapa saja yang mencela dan meremehkan para sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam dan para ibunda kaum Muslimin radhiyallahu anhunn yang dijanjikan syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Pembohong! Orang yang Mengaku Cinta Nabi, Tapi Menghina Isteri dan Sahabat
Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud, direktor of Casis Universiti Teknologi Malaysia, menilai bahawa seorang yang mengaku sebagai sahabat seseorang tak mungkin akan menjelekkan keluraga sahabatnya.
"Satu sikap yang penuh kontradiksi dan pembohongan yang besar jika ada orang yang ingin bersahabat dengan kita, atau mengaku sahabat kita, tetapi terang-terangan menghina dan mengkritik ibu bapa dan saudara kita yang kita tahu tidak terjebak dengan kelemahan yang dikatakan orang itu." Tuturnya pada ahad (4/8/13).
Profesor yang beberapa kali berkunjung ke Insist dan MIUMI ini, lalu mengaitkan tentang erti sahabat tersebut kepada orang-orang yang mengaku cinta kepada Nabi Muhammad namun justru menghina sahabat terbaik beserta isteri-isteri beliau.
Menurutnya, Para ahli keluarga, sahabat Rasulullah saw, isteri-isteri Baginda serta semua sarjana berwibawa adalah guru-guru kita yang lebih kita muliakan dari ibu bapa dan saudara sendiri, kerana merekalah uraian mata rantai keilmuan yang menemukan kita dengan kata-kata dan ajaran Al rasul saw, insan terakhir yang menerima Wahyu Allah sw.t.
Jika mereka itu dihinakan dan diremeh-temehkan dengan sifat-sifat munafik dan jahat, bagaimana orang-orang yang mentohmah fitnah ini akan menganggap kita yang jauh lebih rendah darjat keilmuan dan akhlaknya?.
...Renungkanlah. [Bumisyam]/Underground Tauhid
Lihat -www.youtube.com-Siapa Syiah
Disebalik Cara Bersin, Membongkar Keperibadian Seseorang
Menurut NBC News, bersin merupakan reaksi spontan. Bersin terjadi ketika tubuh mengesan bakteria atau unsur lain yang membahayakan kesihatan tubuh. apa yang uniknya, sesungguhnya bersin setiap orang tidaklah sama. Ada yang berbunyi keras dan menimbulkan kelucuan, juga bersin kecil yang mirip dengan suara tikus. Dari gaya bersin itulah keperibadian seseorang dapat diketahui.
"Untuk mengetahui hubungan bersin dengan jenis keperibadian, pengkaji berasal dari Atlanta, Patti Wood, melakukan penyelidikan terhadap 500 responden," tulis akhbar Tampa Bay Times. Hasil kajian itu menunjukkan ada empat keperibadian berdasarkan keadaan cara bersin.
1. Orang yang bersin dengan suara keras dan berkali-kali diperkirakan memiliki keperibadian yang demonstratif atau suka menunjukkan perasaannya, karismatik, serta seadanya.
2. Orang yang mencuba menahan suara bersin biasanya bersifat sopan, ramah, dan tenang.
3. Orang yang bersin dengan keras dan cepat pada umumnya memiliki bakat menjadi pemimpin yang bersikap tegas.
4. Orang yang selalu menutup mulut ketika bersin memiliki kebiasaan yang rapi, metodis, dan selalu berdisiplin.
Peneliti lain, Dr Alan Hirsch, berpendapat bersin tidak hanya menunjukkan keperibadian seseorang. Ahli saraf dan psikiatri di Chicago ini berkata,dengan melihat jenis bersin seseorang, dia dapat menguak kehidupan seks mereka.
Jadi, apabila seseorang merasa tertekan dengan kegiatan seksnya, ia cenderung bersin tertahan. Sedangkan orang yang menikmati seksnya, akan bersin dengan kuat dan keras."
orangmuo.com
Langgan:
Catatan (Atom)








