IKLAN

Isnin, 18 Mac 2013

Penemuan Saintis, Daun Bertasbih Menuji NYA



UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG  


SEBUAH majalah sains terkenal, Journal of Plant Molecular Biologies, menyebutkan bahawa sekumpulan ilmuwan yang membuat kajian mendapatisuara halus keluar dari sebahagian tumbuhan yang tidak dapat didengar oleh telinga biasa. Suara tersebut berjaya disimpan dan dirakam dengan sebuah alat perekam tercanggih yang pernah ada.

Ilmuwan itu selama hampir 3 tahun meneliti fenomena yang mencengangkan ini berhasil menganalisis denyutan atau detik suara tersebut sehingga menjadi isyarat-isyarat yang bersifat cahaya elektrik (kahrudhoiyah ) dengan sebuah alat canggih yang bernama Oscilloscope. Akhirnya mereka dapat menyaksikan denyutan cahaya elektrik itu berulang lebih dari 1000 kali dalam satu detik!

Prof. William Brown yang memimpin para pakar sains untuk mengkaji fenomena tersebut mengisyaratkan setelah dicapainya hasil bahawa 'tidak ada penafsiran ilmiah' atas fenomena tersebut. Padahal seperti diakui oleh  profesor, pihaknya telah menyerahkan hasil penelitian mereka kepada universiti-universiti serta pusat-pusat kajian di Amerika juga Eropah. Tetapi semuanya tidak sanggup menafsirkan fenomena itu, bahkan semuanya tercengang tidak tahu berkomentar apa-apa lagi.

Pada kesempatan terakhir, fenomena tersebut dihadapkan dan dikaji oleh para pakar dari Britain, dan di antara mereka ada seorang ilmuwan Muslim yang berasal dari India. Setelah 5 hari mengadakan kajian dan penelitian ternyata para ilmuwan dari Inggeris tersebut angkat tangan. Maka ilmuwan Muslim tersebut mengatakan:

“Kami umat Islam tahu tafsir dan makna dari fenomena ini, bahkan semenjak1,400 tahun yang lalu!”

Maka para ilmuwan yang hadir pun tersentak dengan pernyataan tersebut, dan meminta dengan sangat untuk menunjukkan tafsir dan makna dari kejadian iti. lmuwan Muslim segera memetik firman Allah SWT

  • “…Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.” (QS. Al-Isra`: 44)
Tidaklah suara denyutan halus tersebut melainkan lafazh jalalah (nama Allah) sebagaimana tampak dalam layar. Maka keheningan dan kehairanan yang luar biasa menghiasi aula di mana ilmuwan Muslim tersebut berkata.
  • Subhanallah, Maha suci Allah! Ini adalah salah satu mukjizat dari sekian banyak mukjizat agama yang haq ini! Segala sesuatu bertasbih mengagungkan nama Allah. 
Akhirnya orang yang bertanggung jawab terhadap penelitian pengkajian ini,iaitu profesor William Brown menemui ilmuwan Muslim itu berdiskusi tentang agama yang di bawa oleh seorang Nabi yang ummi (tidak dapat baca tulis) sebelum 1,400 tahun lalu tentang fenomena ini. Maka ilmuwan tersebut pun menerangkan kepadanya tentang Islam, setelah itu ia memberikan hadiah al-Qur`an dan terjemahnya kepada profesor itu.

Selang beberapa hari setelah itu, profesor William mengadakan ceramah di Universiti Carnich – Miloun, ia mengatakan:

“Dalam hidupku, aku belum pernah menemui fenomena semacam ini selama 30 tahun menekuni pekerjaan ini, dan tidak ada seorang ilmuwan pun dari mereka yang melakukan pengkajian yang sanggup menafsirkan apa makna dari fenomena ini. Begitu pula tidak pernah ditemui kejadian alam yang bisa menafsirinya. Tetapi satu-satunya tafsir yang dapat kita temukan adalah dalam al-Qur`an.

Hal ini tidak memberikan pilihan lain buatku selain mengucapkan syahadatain: “Aku bersaksi bahawa tidak ada ilah yang haq melainkan Allah, dan bahawa Muhammad adalah hamba dan utusannya!”

Seorang profesor ini telah mengumumkan Islamnya di hadapan para hadirin yang sedang terperangah. Allahu akbar! Kemuliaan hanyalah bagi Islam, ketika seorang ilmuwan sedar dari kelalaiannya, dan mengetahui bahawa agama yang haq ini adalah Islam! (IH/DZ/Faiz) 



Sabtu, 16 Mac 2013

Bayi Jatuh Tingkat Lapan Terselamat


hkcscheer.net

NEW YORK - Seorang wanita maut selepas dipercayai terjun bersama anaknya dari tingkap tingkat lapan apartmen West Harlem, namun bayi lelaki berumur 10 bulan itu dilaporkan terselamat, menurut polis New York, kelmarin.

Tingkap di apartmen West Harlem ini tidak dilengkapi jeriji besi. Foto: CBS

Tingkap di apartmen West Harlem ini tidak dilengkapi jeriji besi. Foto: CBS



Saksi, Steven Dominiquez, 18, memberitahu dia melihat bayi tersebut melantun beberapa kali sebelum jatuh ke tanah dalam keadaan tertiarap berhampiran mayat ibunya, Cynthia Wachenheim, 45.

"Saya terkejut selepas mendengar bayi itu meraung dengan kuat. Dia amat bernasib baik kerana terselamat," katanya.

Difahamkan, bayi malang itu kini dirawat di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Hasil siasatan awal polis mendapati Wachenheim turut meninggalkan tujuh nota di bawah katilnya dan tiada tanda berlaku pergelutan di rumahnya.

Menurut dalam laporan AP rakaman kamera pengawasan juga menunjukkan suami mangsa meninggalkan rumah mereka kira-kira sejam sebelum kejadian.
sinarharian


Jumaat, 15 Mac 2013

50 sen-Tanda Komando Kita Sudah Sampai Rumah Kiram...




50

Gempar, seluruh filipina hari ni gempar apabila seorang budak menunjukan wang syiling 50sen yang baru milik Malaysia yang diberikan kepadanya dihadapan rumah Kiram oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam dan mengambil gambar rumah Kiram dari Jarak Dekat.

Teringat aku masa Komando kita letak setem Malaysia di Kompleks Pertahanan Udara Singapura 
Di Bukit Batok..


Mandikan Kenderaan Dengan Air Yasin Untuk Elak Kemalangan

Beberapa orang saudara terdekat ada menyebut sebelum ini amalan seperti yang dinyatakan dalam tajuk di atas. Motosikal, kereta atau kenderaan yang baru dibeli sebaiknya dimandikan dengan air Yasin untuk mengelak sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada pengguna.


Apakah hukum menyiram kenderaan dengan air Yasin untuk mengelak bala?

Soalan ini diutarakan kepada Ustaz Azhar Idrus dalam program televisyen di Astro OASIS. Moh tengok dan dengar apa jawapan beliau.


ATAU


Sekian, harap maklum. Semoga kita dielakkan daripada ditimpa kemalangan.

kongsakongsi

(Video) Ustaz Haslin Baharim (Ustaz Bollywood) Dah Jadi Artis, Rakamkan Album Pertama.. Best Giler!!!


Haslin Baharin (kiri) dan Syed Abdull Kadir Al Joofre semasa pelancaran album mereka.
KUALA LUMPUR: Pendakwah, Haslin Baharim atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Bollywood berjaya merakamkan album pertamanya yang mengandungi 19 buah lagu hanya dalam masa separuh hari.

Haslin, 44, berkata, kelebihan itu terjadi selepas dia melakukan solat hajat yang secara seterusnya memudahkan proses rakaman album Zikir Zindagi itu.
"Bukan saya nak riak atau pun meninggi diri tetapi sekadar berkongsi pengalaman mengenai kelebihan yang Allah berikan itu telah melancarkan proses rakaman album saya. Ia berlangsung dari pukul 10 pagi dan tamat kira-kira 5 petang.

"Alhamdulillahlah semuanya berjalan lancar dan saya berharap zikir yang ditampilkan dapat membantu masyarakat Islam untuk mengingati, memuji dan mengagungkan kebesaran Allah," katanya.
Haslin ditemui pada majlis pelancaran album Zikir Zandagi dan Ratib Al Hadad di Restoran Hadramawt di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Haslin berkata, beliau pada mulanya enggan merakamkan album tersebut kerana malu dan tidak yakin dapat menyanyi dengan baik.
Namun apabila memikirkan tujuan asal penerbitan album adalah untuk berdakwah, beliau mengubah fikiran.
"Album ini menampilkan zikir-zikir yang berunsurkan inspirasi sebagai taruhan utama buat para pendengar. Di samping itu ia dapat mendekatkan pendengar kepada Allah," jelasnya.
Menurut Haslin, album tersebut mengalunkan zikir dan doa menggunakan lenggok seakan-akan lagu hindustan.
Penyanyi nasyid lulusan Universiti Islam Abu Bakar, Karachi, Pakistan ini turut menyelitkan bahasa Urdu dalam album tersebut.
"Zikir Munajat, doa dan bacaan ayat suci al-Quran bakal membawa perbezaan ketara kerana ia dibacakan dengan lenggok berlagu dan bermelodi Hindustan selain menampilkan penggunaan bahasa Urdu dalam beberapa zikir pilihan," jelasnya.
Sementara itu, pendakwah Syed Abdull Kadir Al Joofre pula memilih memuatkan himpunan doa dan zikir susunan Imam Abdullah Alawi Al Haddad menerusi album Ratib Al Hadad.
"Istimewanya mengenai album ini zikir yang diperdengarkan mempunyai sejarah tersendiri yang mana merupakan zikir dan doa daripada al-Quran dan hadis yang kemudiannya disusun oleh Imam Abdullah Alawi Al Hadad berdasarkan inspirasi pada malam Lailatul Qadar, 27 Ramadan 1071 Hijrah," katanya.
Kedua-dua album tersebut edaran Unicdotmy Pro Sdn Bhd dan telah pun berada di pasaran.


Khamis, 14 Mac 2013

Fakta menarik tentang Durian Belanda



Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu? 

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser. 

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus. 

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik. 

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup. 

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini : 

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo. 

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan. 

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan. 

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik. 

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah : 

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas. 

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan! 

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat. 

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan! 

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. 

Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan ! 

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa? 

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan. 

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka. 

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini. 

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar. 

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan. 

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan. 

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza. 

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo! 

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru. 

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu. Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. 

Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi. 

[Sumber] sajanakcerita

Jenis Pekerjaan Yang Perlu Dijauhi Pada Akhir Zaman

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam telah memberi amaran kepada umatnya untuk berwaspada dengan pekerjaan-pekerjaan yang haram ini. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menyebutkan salah satu tanda rosaknya akhlak umat manusia dengan ketidak pedulian mereka terhadap cara mencari harta kekayaan. Di antara mata pencarian yang dilarang adalah:

a. Pekerjaan yang berupa kesyirikan dan sihir, seperti dukun/bomoh , paranormal, peramal nasib, dan hal-hal yang sejenis dan semakna dengannya.
b. Pekerjaan yang menuju kesyirikan, seperti membuat patung, melukis gambar makhluk yang bernyawa, dan perkara-perkara yang sejenis dan semakna dengannya.

c. Menjual beli hal-hal yang diharamkan oleh syariat, seperti bangkai, babi, darah, anjing, patung, lukisan makhluk yang bernyawa, minuman keras, dadah, dan lain sebagainya.

Dari Abu Mas'ud al-Ansari ra bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam melarang harta dari harga jualan anjing, upah wanita pezinaan, dan upah seorang dukun. 

Dari Abu Juhaifah ra ia berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam telah melarang harta hasil jualan darah, penjualan anjing, upah budak perempuan yang bekerja untuk berzina (upah mucikari). Beliau melaknat perempuan yang membuat tatu, perempuan yang meminta ditato, orang yang memakan harta riba, orang yang memberi riba, dan orang yang membuat patung. "

Dari Jabir bin Abdillah ra bahawasanya ia telah mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda di Mekah pada tahun penaklukkan Mekah: "Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan penjualan khamer, bangkai, babi, dan patung." Maka ada seseorang bertanya: "Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat anda tentang menjual lemak bangkai, kerana ia boleh digunakan untuk mengecat perahu, meminyaki kulit, dan orang-orang biasa menggunakannya untuk minyak lampu penerangan? "Maka beliau menjawab:" Tidak boleh menjualnya, ia tetap haram. "

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam lantas bersabda: "Semoga Allah memerangi kaum Yahudi. Ketika Allah mengharamkan atas mereka lemak bangkai, mereka mencairkannya lalu menjualnya dan memakan harganya. "4)

Dari 'Aisyah radiyalaahu' anhuma ia berkata: "Ketika diturunkan ayat-ayat di akhir-akhir surat Al-Baqarah tentang riba (ayat 275 dan sebagainya), Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam keluar ke masjid dan membacakannya kepada masyarakat. Beliau Shallallahu 'Alaihi wa Sallam kemudian mengharamkan perdagangan khamer, minuman keras.5)

d. Memakan harta riba.

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah riba yang masih ada pada diri kamu, jika kamu benar-benar beriman. Jika kamu tidak mahu melakukannya, maka terimalah pengumuuman perang dari Allah dan Rasul-Nya. "(QS Al-Baqarah [2] :278-279).

e. Menimbun bahan-bahan perdagangan ketika harganya murah dan diperlukan oleh masyarakat dengan tujuan meraih keuntungan yang berlipat kali ganda pada ketika harganya melambung tinggi. Dari Ma 'mar bin Abdullah al-Ansari ra dari Rasulullah Shallallahu' Alaihi wa Sallam, beliau bersabda:

"Barang siapa menimbun, ia telah berbuat salah." Dalam lafaz yang lain: Tidak ada orang yang melakukan penimbunan selain orang yang berbuat salah. "

Dari Umar bin al-Khattab ra, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: "Sesiapa menimbun bahan makanan yang diperlukan oleh kaum muslimin, Allah Subhanahu wa Ta'ala akan menimpakan penyakit lepra dan kebangkrutan kepadanya. "

f. Perjudian.

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak (minuman keras), perjudian, berkorban untuk berhala-berhala, dan mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah oleh kalian perbuatan-perbuatan tersebut agar kamu mendapat keberuntungan.

Sesungguhnya syaitan bermaksud menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran meminum arak dan melakukan perjudian dan menghalang-halangi {melalaikan} kalian dari dzikir kepada Allah dan dari solat. Maka mengapa kamu tidak mahu berhenti? (Surah Al-Maidah [5]: 90-91).

g. Memakan harta anak yatim secara zalim.

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka). (Surah An-Nisa '[4): 10).

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu. (Surah An-Nisa '[4]: 29).

i. Mencuri atau merompak.

Pencuri laki-laki dan pencuri perempuan, maka potonglah (pergelangan) tangan-tangan mereka sebagai hukuman dari Allah atas kejahatan mereka. (Surah Al-Maidah [5]: 38).

j. Mengurangkan timbangan dan sukatan.

Kecelakaan bagi orang-orang yang melakukan penipuan dalam timbangan, iaitu kalau menyukat milik orang lain untuk dirinya, ia meminta disempurnakan. Namun, apabila mereka menyukat barang dagangan mereka untuk orang lain, ia merugikan orang lain (dengan mengurangkan sukatan). (Surah Al-Muthaffifin: 1-3).

k. Korupsi dan penipuan terhadap rakyat.

Dari Ma'qil bin Yasar ra ia berkata: Saya mendengar Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam telah bersabda: "Tidak ada seorang hamba pun yang diberi amanah oleh Allah untuk menjadi pemimpin sebuah masyarakat lalu ia tidak memimpin mereka dengan ketulusan (kejujuran), kecuali ia tidak akan mendapatkan bau syurga. "Dalam lafaz Muslim:" ... kecuali Allah mengharamkan syurga atasnya. "8)

l. Menunda-nunda bayaran gaji pekerja dan pekerja atau mengurangkan hak-hak mereka.



Dari Abu Hurairah ra dari Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, beliau bersabda: "Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman' Ada tiga golongan yang Aku menjadi musuh mereka; orang yang memberikan sumpah setia dengan menyebut nama-Ku lalu ia mengkhianati, orang yang menjual orang merdeka lalu ia memakan hasil penjualannya, dan orang yang menggaji seorang pekerja lalu si buruh menyelesaikan pekerjaannya sementara ia tidak mahu membayar upahnya. "

detikislam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik