IKLAN

Ahad, 3 Mac 2013

Cara Muhammad Ali Menasihati Anak-anak Perempuannya Agar Berhijab


Satu insiden yang berlaku apabila anak perempuan Muhammad Ali tiba di rumahnya memakai pakaian yang agak mendedahkan.

Berikut adalah cerita seperti yang diberitahu oleh salah seorang daripada anak-anak perempuannya:

Apabila kita tiba dirumah, seorang pemandu diiringi adik perempuan saya, Laila, dan saya sehingga ke dalam rumah.

Seperti biasa, ayah telah bersembunyi di sebalik pintu menunggu untuk menakut-nakutkan kami. Kami disapa dengan pelukan dan ciuman oleh ayah.

Ayah saya melihat saya dan beliau berkata sesuatu yang saya tidak akan lupa sampai bila-bila iaitu.

"Hana, segala-galanya yang dicpta Allah SWT berharga di dunia dilindungi dan sukar untuk kita dapat.

Di manakah kita boleh dapat berlian? Jauh ke dalam tanah, ditutup dan dilindungi.

Di manakah kita boleh dapat mutiara? Jauh di bawah lautan, ditutup dan dilindungi dengan cangerang yang indah.

Di manakah kita boleh dapat emas? Jauh ke dalam lombong, ditutup dengan lapisan dan lapisan batu. Kita perlu bekerja keras untuk mendapatkannya. "

Dia memandang saya dengan mata yang serius.

"Tubuhmu suci wahai anakku. Kau jauh lebih berharga daripada berlian dan mutiara, dan harus ditutupi dan dilindungi juga. "


halimislam


Jumaat, 1 Mac 2013

Air Panas Poring Dipercayai Mungkin Boleh Sembuh Penyakit Kulit


Foto dari usabanong

RANAU, Sabah - Jika ada yang bercerita mengenai kawasan rekreasi air panas, mungkin ia perkara biasa tetapi tidak di Poring, di mana air panasnya dipercayai mungkin boleh memulihkan penyakit kulit.

Menurut penduduk setempat, Salabiah Mahmood, 45, yang telah berniaga empat tahun di hadapan kawasan Poring Hot Spring (PHS) berkata air panas itu mengandungi asid sulfurik, yang boleh menyembuhkan penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal.

"Nak percaya atau tidak terpulanglah kepada individu itu sendiri kalau tak nak niat mengubati penyakit, niat sahajalah untuk beriadah pun bagus jua bah," katanya ketika ditemui Bernama.

Beliau berkata, mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah celcius mampu membuka ruang yang dapat mengeluarkan toksin dalam badan.

"Mandi air panas juga dipercayai dapat membantu menurunkan paras gula dalam darah selain menyembuhkan sakit otot dan menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik.

Beliau menyarankan waktu yang sesuai untuk berendam ialah antara 10 hingga 25 minit.
  
Perkataan Poring berasal daripada bahasa masyarakat Kadazandusun yang diberikan bagi sejenis spesies pokok buluh yang tumbuh di kawasan itu.

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke PHS mengambil masa kira-kira dua jam kerana jalannya yang bengkang-bengkok dan mencabar.

Namun, yang pasti, tidak akan ada perasaan bosan kerana di sepanjang perjalanan terbentang luas pemandangan indah Gunung Kinabalu.

PHS terletak kira-kira 40 km dari Taman Negara Kinabalu dan kira-kira 13 kilometer (km) dari Ranau dan terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.
  
Poring Hot Spring, yang terletak dalam Taman Kinabalu, diwartakan sebagai Taman Negara pada 1964. Manakala diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada Disember 2000 dan menjadi satu daripada tarikan pelancongan negara.

Di Poring, para pelancong berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dan setinggi 41 meter di atas pokok.

Apabila berada di atas laluan kanopi pula pengunjung dapat menghayati pemandangan Hutan Borneo dan jika bernasib baik berpeluang melihat hidupan liar yang berhabitat di sekitar kawasan itu.

Terdapat tempat menarik lain yang berdekatan dengan PHS antaranya Air Terjun Kipungit dan Langganan, Gua Kelawar, Taman Kupu-Kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid.  - Bernama

1
Foto dari AzimAshaary

Alfatihah,Senarai Komando PDRM Yang Cedera dan Maut Dalam Insiden Lahad Datu

Alfatihah kita ucapkan kepada mereka yang terkorban dalam insiden pertempuran antara unit komando PDRM dan pasukan penceroboh kesultanan Sulu yang berlaku di Lahad Datu sebentar tadi.

Berikut adalah mereka2 yang maut dan cedera dalam pertempuran tersebut ;

WAJAH PEJUANG NEGARA @ ASY-SYAHID | Allahyarham Insp Zulkifli yang terkorban di Lahad Datu 1 MAC 2013...

 

Al-fatihah...Semoga keluarga beliau tabah dan sabar..

*UPDATE: Berikut adalah senarai anggota komando PDRM atau VAT69 yang terkorban dan cedera sewaktu serangan mortar dalam krisis Lahad Datu :

1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)

2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)

3. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)

4. Koperal 135383 Azman B. Ampong (cedera di punggung/peha) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)

5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan di Hospital Sandakan).

Semoga rakyat Malaysia terus tabah dan memberikan sokongan kepada anggota kita yang bertugas.

SUMBER: Sabahan.FM
 /sozcyili


Selasa, 26 Februari 2013

Jangan Jawab Atau Dail Semula Nombor Ini



Ada orang yang menerima panggilan dari +375602605281, +37127913091 atau sebarang nombor yang bermula dengan +375 atau +371 atau 081, hanya satu deringan dan terus putus dengan meninggalkan pesanan “missed call”…

Jika anda membuat panggilan semula ke nombor tersebut, anda akan dicas sebanyak $15-$30, dan semua senarai contact akan disalin dalam masa 3 saat.


Jika anda mempunyai maklumat akaun bank dalam telefon pintar anda, mereka boleh menyalinnya. Kod +375 dari Belarus dan kod +371 dari Latvia. Jangan jawab atau panggil balik nombor-nombor tersebut.

Tolong hantar dan kongsi maklumat ini dengan rakan dan keluarga anda.

SUMBER Mynewshub


Kat sini aku nak tambah lagi beberapa nombor telefon dari Malaysia yang sering menganggu jutaan penguna telefon..Kaedahnya mudah saja, buat panggilan ke nombor anda, sebut nama penuh anda, kenalkan diri dari syarikat insuran dan mintak semua pengenalan diri termasuk maklumat bank..

Kalau anda perasan kesemua panggilan dari ejen insuran ini bermula huruf "A" contoh Adam, Ahmad, Asyraf, Amirul..Jika telefon anda dihubungi oleh nombor ini sila abaikan ataupun terus reject..Kalau nak tahu betul atau tak cubalah jawab..

+603-27874200
+603-20366888
+603-27263500
+603-21681680
+603-20357230

medantempur
Kredit: Open Minda  


Ahad, 24 Februari 2013

Ian Brown (The Stone Roses): "Kisah-kisah di dalam Al-Quran sangat mengagumkan"


stoneroses
Setelah vakum pada tahun 1996 lalu, dan sempat mengatakan bahawa mereka akan mengadakan reunion pada tahun 2011 lalu, The Stone Roses - Band yang popular dengan lagu-lagu hits nya seperti Elephant Stone, Made of Stone, She Bangs the Drums, dan I wanna be Adored - melalui website rasminya www.thestoneroses.org mengumumkan bahawa mereka akan tampil di Jakarta pada tarikh 23 Februari 2013 

Hal ini juga disahkan oleh Flux and Play - pihak promoter yang mengurus kedatangan Band ini ke Indonesia.

Selain itu ada sisi yang menarik dari Band ini, yakni sang vokalis Ian Brown yang pernah dipenjarakan pada tahun 1999 mengatakan bahawa selama di dalam penjara ia banyak mempelajari tentang Islam, hal ini bermula apabila adiknya memberikan kitab suci Al-Quran kepadanya, Brown mengatakan bahawa "kisah-kisah" yang terdapat di dalam Al-Quran sangat menggugah hati.

Meskipun begitu, sayang sekali Ian Brown tidak berpindah agama sebagai seorang Muslim.Seperti yang diberitahu dalam Stereoboard.com, Ian hanya mengaku menjadi muslim ketika di dalam penjara demi mendapatkan makanan yang lebih baik di antara penghuni penjara lain yang bukan muslim.

Semoga kekagumannya terhadap Al-Qur'an kelak boleh benar-benar membuka pintu hatinya dari hidayah Allah SWT. 

Disunting dari -Underground Tauhid


Pelajar Bukan Islam Belajar Di Sekolah Agama Dapat Perhatian



Seorang pelajar cina, Lim Jia Piau Edward, 10 tahun dan bersekolah di darjah empat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRKJ(C) Tanjong Karang yang telah dihantar oleh kedua ibubapanya untuk belajar di Sekolah Rendah Agama (SRA) Seri Desa Tanjong Karang sejak tahun lalu telah mendapat perhatian daripada Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo.

Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang itu telah turun sendiri ke sekolah berkenaan untuk bertemu sendiri dengan pelajar tersebut yang kini sedang belajar di darjah 2.

Saya rasa jarang, orang bukan beragama Islam, dihantar oleh kedua ibubapanya untuk belajar di SRA untuk mendalami matapelajaran Islam. Saya terharu dengan keberanian ibubapa pelajar tersebut yang berani menghantar anak mereka untuk belajar di sekolah berkenaan, katanya lagi.


Sepanjang saya bertugas sebagai pendidik sebelum bersara lebih setahun yang lalu, belum pernah orang bukan Islam dihantar oleh kedua ibubapanya untuk belajar di sekolah agama. Semoga dengan ini, Allah akan membukakan hidayah kepada kedua ibubapanya... katanya lagi yang juga merupakan bekas Guru Besar di SRA Bukit Belimbing dan telah bersara pada tahun 2011.

Saya telah menyemak sendiri bacaan fatihah dan doa-doa yang telah dihafal dan beliau dapat membaca dengan baik sebagaimana pelajar-pelajar beragama Islam yang lain, katanya lagi.

Sewaktu ditemui, bapanya Lim Bun Siang dan ibunya, Gan Huey Teng, yang mempunyai perniagaan sendiri di Tanjong Karang, mengakui memang berhasrat untuk menghantar sendiri anaknya untuk belajar di sekolah agama supaya anaknya itu dapat menguasai Bahasa Arab dan Jawi serta matapelajaran lain dengan baik. -sgburong/greenboc


Sabtu, 23 Februari 2013

Hukum Mencium Tangan Dan Membongkokkan Badan Ketika Bersalaman




[Pertama] Hukum Mencium Tangan

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H) mengatakan yang bermaksud;

“Berkaitan mencium tangan; dalam soal ini terdapat banyak hadis dan atsar dari kalangan salaf yang secara keseluruhan menunjukkan bahawa hadis tersebut sahih dari Nabi. Oleh sebab itu, kami berpendapat dibolehkan mencium tangan seorang ulama (yang ahli sunnah, bukan ahli bid’ah – pent.) jika memenuhi beberapa syarat berikut ini.

1. Perbuatan mencium tangan tersebut tidak dijadikan sebagai kebiasaan. Sehingga ulama tertentu terbiasa menghulurkan tangannya kepada murid-muridnya. Demikian juga para murid terbiasa mengambil barakah dengan mencium tangan gurunya. Ini kerana Nabi sendiri jarang sekali tangannya dicium oleh para shahabat. Jika demikian maka tidak boleh menjadikannya sebagai kebiasaan yang dilakukan terus-menerus sebagaimana kita ketahui dalam perbahasan kaedah-kaedah fiqh.

2. Perbuatan mencium tangan tersebut tidaklah menyebabkan ulama tersebut merasa sombong dan merasa lebih baik daripada yang lain serta menganggap dirinyalah yang paling hebat berbanding yang lain.

3. Perbuatan mencium tangan tersebut tidak menyebabkan hilangnya sunnah Nabi yang sudah diketahui seperti sunnah bersalaman. Bersalam atau berjabat tangan adalah satu amal yang dianjurkan berdasarkan perbuatan dan sabda Nabi. Bersalaman tangan adalah salah satu sebab gugurnya dosa-dosa orang yang melakukannya sebagaimana terdapat dalam beberapa hadis. Oleh itu, tidak sepatutnya sunnah berjabat tangan ini ditinggalkan kerana mengejar suatu amalan yang hanya berstatus mubah (dibolehkan).” (Silsilah al-Ahaadits ash-Shahihah 1/159, Maktabah Syamilah)

[Kedua] Membongkokkan atau menundukkan badan sebagai penghormatan

Hadis daripada Anas B. Malik radhiyallahu ‘anhu, Kami bertanya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيَنْحَنِي بَعْضُنَا لِبَعْضٍ قَالَ لَا قُلْنَا أَيُعَانِقُ بَعْضُنَا بَعْضًا قَالَ لَا وَلَكِنْ تَصَافَحُوا

“Wahai Rasulullah, adakah sebahagian kami boleh membongkokkan (atau menundukkan) badan kepada sebahagian yang lain (yang ditemui)?” Rasulullah bersabda, “Tidak boleh.” Kami bertanya lagi, “Adakah kami boleh berpelukan jika saling bertemu?” Beliau bersabda, “Tidak boleh. Yang benar hendaklah kalian saling bersalaman.” (Sunan Ibnu Majah, no. 3692. Dinilai hasan oleh al-Albani)

Anas B. Malik radhiyallahu ‘anhu berkata:

قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ الرَّجُلُ مِنَّا يَلْقَى أَخَاهُ أَوْ صَدِيقَهُ أَيَنْحَنِي لَهُ قَالَ لَا قَالَ أَفَيَلْتَزِمُهُ وَيُقَبِّلُهُ قَالَ لَا قَالَ أَفَيَأْخُذُ بِيَدِهِ وَيُصَافِحُهُ قَالَ نَعَمْ

“Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, adakah kami boleh saling menundukkan (atau membongkokkan) badan apabila salah seorang dari kami bertemu dengan saudaranya atau sahabatnya?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Lelaki tersebut bertanya lagi, “Adakah boleh mendakapnya (memeluknya) dan menciumnya?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Lelaki itu bertanya lagi, “Adakah boleh mengambil tangannya dan bersalaman dengannya?” Rasulullah menjawab, “Ya.”.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 2728. Dinilai hasan oleh at-Tirmidzi dan al-Albani)

Imam al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H) berkara:

وَرَوَى أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ: قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيَنْحَنِي بَعْضُنَا إِلَى بَعْضٍ إِذَا الْتَقَيْنَا؟ قَالَ:" لَا"، قُلْنَا: أَفَيَعْتَنِقُ بَعْضُنَا بَعْضًا؟ قَالَ" لَا". قُلْنَا: أَفَيُصَافِحُ بَعْضُنَا بَعْضًا؟ قَالَ" نَعَمْ"

Diriwayatkan daripada Anas B. Malik, beliau berkata, “Kami bertanya:

“Wahai Rasulullah bolehkah kami saling membongkokkan (menundukkan) badan apabila kami bertemu?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Anas bertanya, “Untuk saling berpelukan di antara satu dengan lain?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Anas bertanya lagi, “Dengan saling bersalaman di antara satu dengan yang lain?” Rasulullah menjawab, “Ya.” (Tafsir al-Qurthubi, 9/265)

Imam al-Qurthubi mengatakan:

وَإِذَا سَلَّمَ فَإِنَّهُ لَا يَنْحَنِي، وَلَا أَنْ يُقَبِّلَ مَعَ السَّلَامِ يَدَهُ، وَلِأَنَّ الِانْحِنَاءَ عَلَى مَعْنَى التَّوَاضُعِ لَا يَنْبَغِي إِلَّا لِلَّهِ. وَأَمَّا تَقْبِيلُ الْيَدِ فَإِنَّهُ مِنْ فِعْلِ الْأَعَاجِمِ، وَلَا يُتَّبَعُونَ عَلَى أَفْعَالِهِمُ الَّتِي أَحْدَثُوهَا تَعْظِيمًا مِنْهُمْ لِكُبَرَائِهِمْ

“Tidak boleh bersalaman (atau menghulur tangan) diiringi dengan membongkokkan badan dan mencium tangan. Membongkokkan badan dalam maksud atau tujuan kerendahan hati hanya boleh ditujukan kepada Allah (Subhanahu wa Ta’ala). Adapun mencium tangan, itu adalah perbuatan orang-orang ajam (selain ‘Arab) yang dilakukan dengan maksud memuliakan orang-orang tuanya.” (Tafsir al-Qurthubi, 9/266)

Makanala Syaikh al-Albani rahimahullah dalam ash-Shahihah, tentang perbuatan mencium tangan (tanpa menundukkan kepala), beliau mengatakan (secara ringkas):

Dibolehkan mencium tangan dari kalangan ulama (orang-orang soleh dan berilmu) dengan beberapa syarat. (Ulama yang dimaksudkan adalah ulama Ahlu Sunnah wal-Jama’ah). [Pertama] Antaranya tidak dijadikan sebagai kebiasaan, kerana para sahabat Nabi sendiri tidak biasa mencium tangan Nabi. Dan orang yang dicium tangannya tersebut tidak menghulurkan tangannya supaya dicium.

[Kedua] Tidak menjadikan orang yang dicium tangannya tersebut riya’, sombong, dan merasa lebih baik dari yang lain.

[Ketiga] Tidak menghilangkan sunnah bersalaman tangan sebagaimana biasa yang dianjurkan oleh Sunnah Rasulullah. (Rujuk Silsilah al-Ahaadits ash-Shahihah, 1/159)

Adapun perbuatan saling berpelukan (berdakapan) dibenarkan apabila pulang dari musafir atau setelah lama tidak bertemu. Tetapi jika menjadikan ianya sebagai kebiasaan (selain dari ketika balik safar), maka tidak dibolehkan (makruh). Ini sebagaimana diriwayatkan dari amalan para sahabat Nabi.

كان أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم إذا تلاقوا تصافحوا، و إذا قدموا من سفر تعانقوا

“Bahawasanya para sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila bertemu mereka saling bersalaman, dan apabila pulang dari safar (bermusafir), mereka saling berpelukan.” (Majma’ az-Zawa’id, 8/75. Kata al-Haitsami, “Diriwayatkan oleh ath-Thabrani dalam al-Ausath dan para perawinya adalah perawi kitab ash-Shahih.” Dinilai sahih oleh al-Albani)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا

“Tidaklah dua orang muslim yang bertemu kemudian saling bersalaman melainkan dosa keduanya akan diampunkan (oleh Allah) sebelum ia berpisah.” (Musnad Ahmad, no. 18547. Sunan Abu Daud, no. 5212. Sunan at-Tirmidzi, no. 2727. Sunan Ibnu Majah, no. 3693. Dinilai sahih oleh al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik