IKLAN

Khamis, 26 April 2012

Resepi Masakan Sunnah S.a.w – Bubur Talbinah.


Sumber gambar -kang-iil


Diriwayatkan daripada Aisyah isteri Nabi r.a katanya: “Apabila ada keluarganya yang meninggal dunia, para wanita berkumpul. Kemudian setelah mereka beredar kecuali keluarga dan orang-orang tertentu, beliau menyuruh untuk memasak seperiuk bubur Talbinah (bubur tepung), kemudian dibuat pula Tharid (sejenis makanan yang diperbuat dari campuran roti dan daging), lalu disiram dengan bubur Talbinah tersebut, kemudian beliau berkata: Makanlah! Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Bubur Talbinah itu boleh menyegarkan hati orang yang sakit dan dapat menghilangkan sebahagian dari kesedihan.” 

(Diriwayatkan oleh Muslim dan Bukhari)


Pengenalan

Talbinah ialah sejenis minuman yang dibuat daripada biji Syaeer (Hordeum Valgare) bersama kulitnya, ia dicampur dengan susu dan madu lebah asli untuk menambahkan rasa manis. Minuman ini dinamakan Talbinah kerana warnanya seperti warna susu. Ia digunakan sebagai pemakanan tambahan dan juga sebagai rawatan alternatif pelbagai penyakit kronik masa kini yang sukar dirawati melalui kaedah moden.

Kandungan Nutrisi Talbinah

Talbinah mengandungi bahan-bahan seperti : B Glucane yang berfungsi menurunkan kadar kolesterol dalam darah, Vitamin E yang boleh melemahkan enzim-enzim yang mensintesis kolesterol , mengandungi Potasium yang berfungsi menurunkan tekanan darah, mengandungi Melatonin yang berfungsi menurunkan kolesterol, menurunkan tekanan darah, mengubati Parkinson, meningkatkan ketahanan tubuh, mengubati gangguan tidur, mengubati kanser dan mengubati kemurungan.

Ia juga mengandungi Lysine yang berfungsi membangun kesihatan tubuh, Mineral-mineral yang berfungsi membangunkan kesihatan tubuh, mencergaskan sistem ketahanan tubuh dan mengawal pengeluaran hormon dari kelenjar-kelenjar. Selain itu ia juga mengandungi serat (fiber), vitamin-vitamin A,C ,D,E dan B Complex serta bahan-bahan lain yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.


Khasiat Talbinah

Oleh kerana Talbinah mengandungi bahan-bahan yang sangat baik untuk kesihatan dan sangat banyak faedahnya, maka Rasulullah SAW telah mengesyorkan penggunaan Talbinah untuk mengatasi pelbagai jenis penyakit, samada berkaitan dengan fizikal mahupun kejiwaan, diantaranya ialah :

1) Menenangkan Hati Pesakit

Talbinah ialah minuman yang berkhasiat, sifatnya yang lembut dan mudah dihadam. Ia sangat baik untuk menenangkan hati pesakit. Talbinah juga sangat baik untuk diminum oleh pesakit yang baru sembuh dari penyakit, iaitu ketika pesakit masih berada dalam keadaan diantara sakit dan sembuh (an naqahah). Dalam satu riwayat dari Imam Ahmad yang bermaksud : Aisyah RA telah berkata “Adalah Nabi Saw apabila diberitahu kepadanya bahawa seseorang telah sakit dan tidak memakan makanan, lalu bersabda Rasulullah SAW “Hendaklah kamu menyediakan Talbinah dan berilah minum Talbinah itu kepadanya (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad )

Di dalam satu hadis riwayat Tarmizi katanya : Adalah nabi SAW apabila ahli rumahnya ditimpa sakit, baginda SAW memerintah supaya dibawa minuman dari Syaeer lalu dibuat untuk mereka (riwayat Tarmizi dan beliau berkata hadis ini adalah Hasan lagi Soheh).

2) Membantu Menghilangkan Kesedihan dan Kemurungan ( Depression )

Terdapat satu hadis bahawa Rasulullah SAW telah mengesyorkan penggunaan Talbinah bagi mereka yang ditimpa musibah. Diriwayatkan bahawa Aisyah RA apabila berlaku kematian dikalangan ahli keluarganya, ia meminta supaya dibawa Talbinah lalu dimasak, kemudian disediakan roti dari Syaeer (tharid) lalu dituangkan Talbinah ke atas tharid tersebut, lalu ia berkata kepada perempuan-perempuan yang hadir : makanlah roti ini kerana saya mendengar Rasulullah SAW bersabda :

Maksudnya: “Talbinah dapat menenangkan hati pesakit, ia dapat meringankan kesedihan” (riwayat Bukhari dan Muslim).

Dan Nabi SAW bersabda tentang Talbinah ini, maksudnya :

“Sesungguhnya Talbinah dapat menguatkan hati orang yang ditimpa kesedihan dan membersihkan hati pesakit, sebagaimana seorang kamu membersihkan kotoran dari mukanya”.


Diantara bahan yang dapat melawan penyakit kemurungan (depression) yang terdapat didalam Talbinah adalah seperti Asid Amino, Minerals, Vitamin B dan Anti Oksidan.

3) Merawat Penyakit Pada Sistem Penghadaman

Talbinah dapat menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya untuk menghadam serta menghilangkan kesakitan. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

“Hendaklah kamu menggunakan suatu yang tidak disukai tetapi berfaedah iaitu Talbinah, Demi nyawaku yang berada didalam kekuasaan Allah, sesungguhnya ia (Talbinah) pasti menyucikan perut seorang kamu sebagaimana dia menyucikan kotoran dari mukanya” (riwayat Ibn Majah dan disahihkan oleh Hakim dan disepakati oleh Al Zahabi )

Rasulullah telah menamakan Talbinah dalam hadis di atas dengan suatu yang tidak disukai kerana kebanyakan orang tidak suka memakannya kerana rasanya yang tidak sedap. Talbinah dapat membantu merawat penyakit pada sistem penghadaman seperti penyakit sembelit yang lama, mengawal dari kanser usus, mengawal dari penyakit Celiac Disease (iaitu penyakit yang menghalang fungsi saluran-saluran kecil di dalam perut daripada menyerap lemak-lemak, vitamin-vitamin dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh) dan merawat kegemukan serta merawat penyakit-penyakit merbahaya yang lahir dari kegemukan.

4) Membantu Mengurangkan Kolesterol Dalam Darah
Kolestrol bergerak dalam darah melalui sistem pengangkutan tubuh yang dinamakan protein-protein lemak (Lipoproteins). Peranan kolesterol yang paling penting ialah mengangkut lemak di dalam saluran darah ke semua destinasi tubuh, kerana lemak tidak boleh beredar dalam saluran darah dengan sendiri. Kebiasaannya sistem pengangkutan ini berjalan lancar tetapi apabila terlalu banyak lemak dimakan, badan memerlukan lebih banyak kolesterol untuk mengerakkannya, maka kolesterol akan bertambah.

Lipoproteins terbahagi kepada dua jenis, iaitu LDL yang dikenali dengan kolesterol jahat kerana serpihannya senang melekat pada dinding saluran darah dan HDL yang dikenali sebagai kolesterol baik dimana ia berfungsi mencari dan menyelamatkan serpihan LDL yang terlekat pada dinding saluran darah dan membawanya balik ke hati lalu dikitar semula. Kajian-kajian yang dibuat menunjukkan bahawa Talbinah sangat berperanan mengurangkan kadar kolesterol jahat didalam darah manusia.

5) Talbinah Dapat Mengatasi Penyakit Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi ialah keadaan dimana tekanan darah berlaku ke atas dinding saluran-saluran darah. Talbinah dapat mengatasi penyakit tersebut kerana ia kaya dengan Potasium yang berfungsi seimbangkan garam dan air dalam tubuh. Selain itu Talbinah berfungsi melancarkan air kencing yang dapat membebaskan tubuh daripada lebihan bahan cecair.

6) Talbinah Dapat Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah

Talbinah kaya dengan serat (fiber) yang boleh larut dan fiber yang tidak boleh larut (Soluble Fibers & Insoluble) yang diperlukan oleh tubuh. Fiber-fiber tersebut mengawal kadar gula dan lemak dalam darah.

7) Mengawal Dari Penyakit Kanser Dan Melambatkan Penuaan (Awet Muda)

Oleh kerana Talbinah kaya dengan serat (fiber), antioksidan dan vitamin, maka ia boleh mengatasi masalah pergerakan oksigen yang bergerak secara bersendirian didalam tubuh yang boleh menjadi punca penyakit-penyakit kanser. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan doktor dari Universiti Waskingson di Amerika membuktikan bahawa Talbinah boleh mengatasi penyakit kanser tersebut. Selain itu kandungan vitamin A yang kaya dalam Talbinah juga membantu mengawal penyakit kanser daripada merebak.

8) Talbinah Dapat Mengatasi Penyakit Kesukaran Tidur (Insomnia)

Talbinah dapat membantu mengatasi penyakit kesukaran tidur kerana ia mengandungi hormon Prostaglofin, iaitu hormon yang menyebabkan tidur. Bila pengeluaran hormon ini berlaku secara semulajadi dalam tubuh, maka masalah kesukaran tidur tidak akan terjadi. Makanan berkhasiat seperti Talbinah baik untuk membantu mengaktifkan pengeluaran hormon Prostaglofin tersebut yang menghalang Insomnia.

9) Talbinah Menguatkan Sistem Ketahanan Tubuh

Talbinah memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah pertembungan oksigen yang bergerak secara berasingan dalam tubuh dengan lemak-lemak yang tidak boleh di cerna pada dinding sel yang menyebabkan kerosakan sel-sel tubuh. Zarah-zarah Oksigen biasanya akan berpasangan dan apabila ia berasingan ia akan bergerak secara tidak menentu untuk mengejar pasangannya yang menyebabkan berlaku pertembungan.

Bahan anti-oksidan yang terdapat dalam Talbinah akan mengaktifkan sistem ketahanan tubuh untuk mengawal dinding-dinding sel bagi menentang kuman-kuman yang merosakkan nya. Zarah oksigen yang berasingan tersebut jika ia berkumpul pada dinding saluran darah ia boleh menyempitkan saluran darah dan jika ia berkumpul pada kulit ia boleh menyebabkan berlaku penuaan yang cepat dan mewujudkan kedutan pada kulit dan jika ia berkumpul di bahagian otak ia boleh melemahkan daya ingatan dan berkemungkinan akan menghilangkan daya ingatan tersebut. Kandungan vitamin A dan E yang banyak di dalam Talbinah dapat mengatasi masalah tersebut daripada berlaku./
crcradix

RESEPI BUBUR TALBINA:
Bubur Talbinah sebenarnya adalah bubur barley. Biji barley yang dimaksudkan ialah bukan biji barley mutiara yang seperti kita buat air barley tetapi biji barley yang masih belum dikisar. Masih fibernya melekat pada beras barley itu. Biasanya bubur ini diperbuat daripada biji barley yang ditepungkan dan tepung itu dimasak dengan air atau susu dan madu tetapi Ibn al-Qayim menerangkan “talbina” sebagai sup yang dicampur dengan yogurt.


Cara-cara Membuatnya:


1. Ambil 2 sudu besar tepung Barli dan masukan kedalam bekas 1 1/2 cawan air atau susu dan masak 10-15 minit. Bila buburnya masak, maniskan dengan satu sudu besar madu.
2. Boleh juga dibuat sup dengan air diganti dengan air stok ayam atau daging dengan sayur-sayuran.
Bubur Talbinah berkhasiat untuk mengubati penyakit fizikal dan Mental, terutamanya adalah untuk pengubatan penyakit jantung, darh tinggi, lemah jantung, kurangkan paras kolestrol, ganguan tidur dan juga penyakit parkinson. Resepi masakan bubur talbiah ini telah berubah mengikut peredaran masa tetapi bahan utama ialah biji Barley atau Hordeum Vulgare atau Di Indonesia digelar “jelai”. Walau pun bijirin oat juga mempunyai ciri-ciri kebaikan kesihatan  yang sama dengan barley tetapi bubur Talbinah ini mempunyai keistimewaan sendiri kerana ia adalah resepi dari Rasullulah s.a.w. Nabi Besar Kita yang tiada tolok bandingannya.

TIP-TIP UNTUK MASAK SUP BARLEY:
1. Biji barley perlu dibasuh dulu seperti cara basuh beras.
2. Perlu dibahagian 3 bahagian. Satu bahagian barley, satu bahagian lagi air dan satu bahagian lagi stok (air daging yg telah reneh) daging atau ayam.
3. Mendidihkan dengan api keras . Apabila telah mendidih perlahnkan api dan ‘reneh’ (simmering)  selama 90 minit. Selepas itu bolehlah ditambah rasa atau bahan-bahan makanan lain bersama sup anda. Seperti daging, celery, karot atau lain-lain sayuran yang anda suka.
P/S: Mamak Haji sendiri dah lama tak buat bubur Talbinah ini kerana kesukaran mendapatkan biji barley yang belum dikisar dan lebih suka membuat air barley dan bubur teruju (biji gandum). Biji barley yang belum dikisar memang banyak digunakan dalam perubatan Cina. Di Mesir atau di Jeddah mamak haji pernah jumpa “tepung Talbina” dijual kedai-kedai biasa. Ada juga yang membuat “tepung Talbina” untuk dijual dalam kotak yang mempunyai sachet didalamnya sebagai makanan perubatan di Indonesia. Tepung Talbinah punyai potensi besar dalam perniagaan makanan. Kalau ada yang ingin berniaga tepung ini, memang idea yang terbaik. Mulakan dalam bulan Ramdhan ini. Kalau ada pembaca yang minat ingin membaca kitab-kitab masakan dari dunia Islam silam sila cari kitab-kitab ini:
1.Kitab karangan Abu Muhammad al-Muzaffar Ibn Nasr Ibn Sayyar al-warraq dari Baghdad: ” Al-Kitab Al- Tabih (kitab ini mengenai hidangan kurun ke-10 dan ditulis pada tahun 1226.
2. Kitab Al- tabij fi- I- Maghrib wa- I – Andalus fi’asr al-muwahhidin – kitab masakan Andulusia.
3. Kitab wasf al-Ati’ima al – Mu’tada  - kitab masakan kurun ke-14 dan ditulis pada tahun 1373.
4. Dokumen dan catatan pengurusan Raja Akhbar dari kerajaan Empayar Moghul Islam di India yang menerangkan terperinci menu masakan dan juga harga setian bahan masakan. – Kitab Ain-I-Akhbari.
5. Manuskrip resepi “Ni’matnama” dari Sultan kerajaan Mandu ( Uttar Pradesh) Islam di India. Pada  kurun ke-15.
Nota: Dalam pada itu jangan lupa juga dengan khasiat rempah Jintan Hitam atau digelar ” Hab’aatus Sauda“. Hadis dari Bukhairi dan Muslim : ” Hendaknya kalian mengambil jintan hitam kerana jintan hitam mengandungi ubat untuk segala jenis penyakit kecuali As- Saam (mati)”.
Kepada saudara yang bertanya berkenaan Bubur Talbinah, sekiranya ada kekurangan harap maafkan. Mamak haji juga perlu belajar banyak lagi. Terima Kasih banyak kerana ingatkan Mamak haji tentang syiar Islam yang maha agong ini. Wassalam./balannambiar.wordpress.com


Isnin, 23 April 2012

Azan Flower - Mekar Semasa Azan Berkumandang


Bunga Azan

Subhanallah, laungan Azan yang mengalun merdu ternyata mampu membangunkan bunga-bunga yang tertidur. Stesen televisyen CNN, pernah menayangkan sebuah dokumentari yang menunjukkan keajaiban laungan azan.

Bunga-bunga yang pada awalnya kuncup berubah menjadi mekar ketika azan berkumandang. Fenomena mengagumkan yang terjadi di Azerbaijan ini (juga terdapat di Turki) telah  mendapat perhatian dari media Barat. Lihat keajaiban bunga azan di dalam video di bawah ini.


Kredit : zharifalimin

REVOLUSI ARAB TERBUKTI SATU KONSPIRASI


Tidak lama dahulu, ketika tercetusnya kebangkitan rakyat di Tunisia yang kemudiannya menjalar hingga ke Mesir sebelum ke Libya, para pengkaji sosial politik berteraskan agama seperti Sheikh Imran N Hosein, telah menyebut, ia adalah salah satu daripada rancangan pihak Yahudi Zionis. Pandangan beliau juga pernah dikongsi oleh beberapa orang blogger di Malaysia. Namun, dek kerana terlampau taksub dengan al-kisah kebangkitan Islam diakhir zaman yang sememangnya akan berlaku suatu hari nanti, maka ramailah umat Islam yang terpengaruh dengan seni tipu-daya musuh-musuh Allah SWT ini. Mereka tidak sedar bahawa kesemua yang berlaku seperti kebangkitan kuasa rakyat hinggalah kepada kejatuhan para diktator telah terlebih dahulu dimaklumkan oleh kelompoksecret society. Konspirasi Yahudi atau dalam makna kata lainnya, tipu muslihat Yahudi telah dinyatakan di dalam Al-Quran : 
Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka) dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya. {1} 

Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat, Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya). Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa. {2}
Firman Allah SWT di dalam Al-Quran sendiri telah membuktikan betapa tidak akan redha bangsa Yahudi terhadap umat Islam. Beberapa hari yang lepas portal berita Islam terbesar Indonesia, Era Muslim telah menerbitkan satu artikel bertajuk Imran Hosein Dan Konspirasi Timur Tengah. Artikel tersebut adalah manifestasi daripada persoalan yang diutarakan oleh seorang individu bernama MuammarF berkaitan hujah ulama terkemuka dunia, Sheikh Imran N Hosein pada 2003!

Soalan : Apakah benar, jatuhnya para ditaktor di Timur Tengah dan kebangkitan Islam di Timur Tengah adalah sebahagian daripada sandiwara Zionis ?

Jawapan : Alasan Syeikh Imran Hossein mendakwa akan berlakunya revolusi Timur Tengah memang sangat wajar. Sejak lama dahulu, Rabbai Fischmann, anggota Jewish Agency for Palestine, di depan UN Special Committee of Enquiry pada 9 Julai 1947 sudah mengatakan bahawa The Promised Land untuk bangsa Israel memanjang dari Sungai Nil hingga ke Eufrat. Ia termasuk sebahagian dari Syria dan Lubnan. Wilayah itu mencakupi wilayah Timur Tengah, tidak terkecuali Arab Saudi.

Jika anda perhatikan, siapakah yang beruntung dari terbongkarnya kabel diplomatik yang dilancarkan wikileaks antara Amerika dengan Negara-negara sekutunya? Israel atau dunia Islam? Di tengah krisis yang menerpa hampir seluruh Negara Timur Tengah, menariknya hanya Israel negara yang relatif masih bertahan.

Sejak tahun 2006, seperti dilaporkan oleh The Armed Forces Journal, dalam sebuah laporan berjudul The New maps of muslim world and middle east tergambar jelas rencana perubahan peta dunia Islam dimana Amerika Syarikat akan memecah berbagai dunia Islam. Yang menariknya adalah Saudi yang akan dipecah menjadi tiga bagian: Sunni, Syiah, dan sacred state (seperti daerah istimewa).

Dan melihat kepada persitiwa akhir-akhir ini, bukan tidak mungkin rencana AS itu akan cepat terwujud. Kedudukan Arab Saudi sekarang diserang dari pelbagai sudut. Dari dalam, mereka dihentam liberalisme. Sedangkan di Selatan mereka akan dikikis oleh Syiah Yaman. Para ahli politik dunia Arab menyebut bahawa perang antara Arab Saudi dan Iran sudah berlangsung di sempadan Saudi-Yaman. Houthi yang lebih taat kepada Iran dan mempunyai persamaan ideologi dijangka akan menyebarkan mazhab Syiah di Jazirah. {3} 

Kita memang sangat setuju dengan kejatuhan para diktator Arab di berbagai negara Islam. Namun menggantikan Mubarak, Ben Ali, dan Gaddafi dengan sistem demokrasi juga adalah tidak bagus. Dimana ada demokrasi, pasti disana ada Yahudi. Sekarang kita boleh lihat dengan jelas adakah parti-parti Islam yang komitmen untuk menjadikan negarannya dengan konstitusi syariat pasca revolusi?

Di Tunisia, Abdul Hamid Jalashi dari Parti An Nahdhah, mengatakan, “Kami Akan Bekerja Untuk Membangun Masyarakat Sekuler Pluralistik.” Di Mesir, dalam pertemuan dengan senator Demokrat (10/12) dari Massachusetts, pejabat Ikhwanul berjanji untuk menghormati hak-hak sivil dan perjanjian antarabangsa yang telah ditandatangani pada masa lalu, termasuk mengkaji kembali perjanjian damai Mesir dengan Israel.

Di Maroko, lebih teruk. Dalam sebuah wawancara Al-Arabiya dengan pimpinan Parti Keadilan dan Pembangunan Maroko, Abdullah bin Kiran, menegaskan bahawa akan memerintah sebagai parti politik dan bukan sebagai parti beragama. “Agama milik masjid dan kami tidak akan ikut campur dalam kehidupan peribadi warga,” ujarnya. Bin Kiran juga membantah bahawa partinya akan memaksakan jilbab pada perempuan Maroko.

Di Libya, kedutaan besar Israel akan berdiri disana pasca tumbangnya Gaddafi. Jurucakap pembangkang Libya, Ahmad Shabani yang juga merupakan orang yang rapat dengan Israel. Kepada Koran Hareetz Israel, (2/8/11), Shabani pernah meminta Israel untuk turun padang menengahi keadaan yang kacau bilau di Libya. “Kami meminta Israel menggunakan pengaruhnya di masyarakat internasional untuk mengakhiri rejim Gaddafi dan keluarganya,” katanya.

Kenapa Israel sangat berkepentingan terhadap isu Libya? Kerana dalam senarionya, Libya akan dijadikan penguat pangkalan pertahanan Israel untuk mematangkan rencana mereka menguasai pangkalan Geopolitik Timur Tengah. Dengan meletakkan kepentingan Zionis di Libya, Mesir, Tunisia, Al Jazair, Somalia, dan Sudan, ia akan mengukuhkan jalur kekuatan ekonomi Israel dan otomatis membentuk tatanan dunia baru yang semakin meng-hegemoni. Wallahua'lam. (Muhammad Pizaro Novelan Tauhidi) {4} 
Semua yang berlaku di Timur Tengah kini adalah tipu muslihat Yahudi Zionis sebagai salah satu usaha mereka untuk menyambut Antichrist. Tidak percaya? Berikut adalah beberapa petikan menarik yang dipetik daripada buku-buku dan hujah beberapa tokoh Kristian dan Yahudi : 
Third World War, which will begin between Israel and her Arab neighbors and spread to the entire world. Literally, out of the smoke and destruction of this Third World War, Antichrist will come striding! {5}

"...secara keseluruhannya, secara rahsia pemuka Yahudi sedang menyediakan tempat kembalinya Raja mereka (dibaca Dajjal) dari jalur keturunan Nabi Daud untuk memimpin dunia dan gerakan Freemason yang bertindak sebagai jaringan dan objektif kita. Gerakan Freemason telah digunakan bagi memanipulasi masyarakat (dunia) ke arah pelan yang dipilih oleh pemuka Yahudi untuk menguasai dunia." {6} 
Dan dibawah adalah kenyataan rasmi daripada seorang cendiakawan Katholik Russia, Prof Sergei Nilus, yang dibunuh sebelum sempat melancarkan buku keduanya yang mendedahkan perancangan Yahudi Zionis dalam penantian kemunculan Raja mereka. Ia dipetik dari buku beliau bertajuk The Great Within The Small. 
….sudah hampir empat tahun Protokol-Protokol Para Ilmuwan Zionis ini berada di dalam simpanan saya. Hanya Tuhan sajalah yang mengetahui, betapa saya telah berusaha untuk membawanya ke pengetahuan ramai – tetapi sia-sia – malah untuk memberikan amaran kepada mereka yang berkuasa, dengan mendedahkan punca-punca keributan yang melanda Rusia yang seolah-olah bersikap tidak acuh….."

“…..hanya sekarang, apabila saya khuatir ianya mungkin sudah terlambat, saya telah berjaya menerbitkan hasil kerja saya ini, dengan harapan ia dapat memberi amaran kepada mereka yang masih mempunyai telinga untuk mendengar dan mata untuk melihat."

“…seseorang itu tidak dapat meragui lagi bahawa kemenangan kerajaan Raja Israel dicapai setelah dunia mengalami kemorosotan samalah seperti kuasa Syaitan, dengan kuasa dan sifatnya yang menggerunkan; Raja yang dilahirkan dari keturunan Zionis (Yahudi) iaitu AntiChrist (Dajjal) – makin hampir untuk menduduki takhta empayar sejagat (masyarakat dunia)….”

“….peristiwa-peristiwa dicetuskan dalam jangkamasa yang pantas di dunia: perkelahian, peperangan, kebuluran, khabar angin, wabak penyakit, gempa bumi – kesemuanya yang kelihatan mustahil sebelumnya, pada hari ini menjadi kenyataan…..Seseorang itu mungkin tidak terfikir hari-hari berlalu terlau pantas untuk menyegerakan matlamat insan pilihan (Dajjal).”

“….di sanubari saya, saya dapat merasakan bahawa masanya telah tiba untuk mengadakan Majlis Oecumenical ke-8 yang akan menyatukan pastor dan wakil-wakil semua umat kristian. Semua perbalahan sekular dan perpecahan akan dilupakan bagi menyiapkan diri untuk menentang ancaman AntiChrist (Dajjal) yang mendatang.” {7} 
Penguasaan anasir jahat untuk memanipulasikan gereja bukan sekadar satu plot cerita satu karya seni semata-mata seperti yang dipaparkan di dalam novel Dan Brown, Angle and Demons, tetapi ia juga adalah satu kebenaran yang telah lama terlepas dari pandangan kebanyakan pihak. Buktinya, pada awal tahun 1770-an, Adam Weishaupt sendiri telah memeluk agama Kristian Katholik hingga dilantik menjadi paderi di gereja besar Ingolstadt. {8}
p/s: Dan Brown sendiri dalam novelnya, menyebut "all rituals, science, artworks and monuments in this novel are real."


Sumber: aku-macjay
_________________________________
1. QS Ali-Imran 3: 54
2. QS Ath-Thaariq ayat 86: 15-17
3. Jika benar Syiah akan menguasai Jazirah Arab suatu ketika nanti, maka merekalah yang akan menjadi golongan yang diperangi oleh Imam Mahdi sepertimana yang telah disebutkan dalam beberapa buah hadith sahih antaranya, Dari Jabir bin Samurah r.a dan dari Nafi' bin Atabah bin Abu Waqqash berkata : Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya, "Kalian akan memerangi Jazirah Arab kemudian Allah menaklukkannya untuk kalian. Kemudian kalian akan memerangi Persia dan Allah menaklukkannya untuk kalian. Kemudian kalian akan memerangi Romawi dan Allah menaklukkannya untuk kalian. Kemudian kalian akan memerangi Dajjal dan Allah menaklukkannya untuk kalian." Nafi' berkata; Jabir berkata; "Dajjal tidak akan keluar sampai Romawi ditaklukkan." [Hadith Riwayat Imam Ahmad: 1458] Diriwayatkan juga oleh Imam Muslim dari Nafi' bin Atabah. Rujukan lanjut - Amin Muhammad Jamaluddin, Singkatnya Usia Umat Islam Kedatangan Imam Mahdi & Munculnya Dajjal, hlm 122
4. Petikan artikel terbitan EraMuslim.com, Imran Hosein Dan Konspirasi Timur Tengah, http://www.eramuslim.com/konsultasi/konspirasi/imran-hosein-dan-konspirasi.html
5. http://www.cuttingedge.org/news/n1056.html
6. The Protocol of the Meetings of Elders of Zion, Protokol 4, 30. Buku Muhammad Nurani Maarif,Fitnah 2012 Konspirasi Galaktik, hlm 103.
7. Ibnu Yaacob, Teori Dajjal Sebagai Perancang Konspirasi Yahudi Sudah Lama Wujud, http://dajjal.wordpress.com/2007/12/08/teori-dajjal-sebagai-perancang-konspirasi-yahudi-sudah-lama-wujud/
8. Ibnu Yaacob, Rahsia Simbol Yahudi, Moon Media Enterprise, hlm 45


Air Mineral Paling Mahal Di Dunia..


Fillico Beverly Hills, itu nama air mineral termahal di dunia yang di hasilkan dari air kaki gunung Roko,Kobe Jepun. Di keluarkan oleh syarikat yang bernama Vieluce di Osaka Jepun. Air ini hanya di hasilkan 5,000 botol bersaiz 750ml setiap bulan. Air ini di jual pada harga RM350 iaitu lebih 100 kali ganda harga air mineral biasa yang bersaiz 1.5l.





Sumber /Kredits to infoserius.com

P/s: Pendapat akulah... yang membuatkan air ini jadi mahal sebab pembotolan, pembungkusan dan pengiklanan dengan begitu Eksklusif sekali rasa akulah..kekawan tenguklah sendiri..cara dipersembahkan hanya untuk menghilangkan kehausan insan yang dahagakan dunia..Tapi Air Zam-zam adalah air terbaik untuk kita minum kerana lebih banyak manfaat, khasiatnya, InsyaAllah dapat melembutkan hati yang keras membatu yang terlampau asyik dengan dunia...WallahuA'lam.


Bacalah apa kelebihan Air Zam-Zam Ni :


Ahad, 22 April 2012

Sweden Sahkan Ajaran Online Sebagai Agama, Kini Diterima Di Amerika


STOCKHOLM: Sebuah ajaran yang kemudian diterima sebagai agama di Sweden iaitu 'Kopimism' berdasarkan kepercayaan bahawa semua orang bebas untuk menyalin dan mengedarkan semua maklumat tanpa mengambil kira hak cipta atau paten, semakin menular apabila mula diterima di Amerika Syarikat.
Pengikut ‘Kopimism’ percaya tindakan menyalin, berkongsi dan memperbaiki pengetahuan termasuk muzik dan maklumat lain adalah naluri semula jadi.
Budaya tertentu menyebabkan orang ramai rasa lebih selesa dan lebih menghargai kehidupan mereka. Ilmu pengetahuan juga perlu disalin tanpa dihalang undang-undang. - Isak Gerson, Pengasas Kopimism
Mereka sudah menubuhkan Gereja Kopimist dan percaya semua hal mengenai maklumat khususnya internet adalah sesuatu yang suci. Malah, gereja itu dilaporkan bergerak di 18 negara.

Mereka juga berkata, perbuatan ‘salin’ dan ‘lekat’ atau ‘copy paste’ adalah satu amalan universal. Berikutan itu, ‘CTRL+C’ dan ‘CTRL+V’ di papan kekunci menjadi simbol agama mereka.

“Budaya tertentu menyebabkan orang ramai rasa lebih selesa dan lebih menghargai kehidupan mereka. Ilmu pengetahuan juga perlu disalin tanpa dihalang undang-undang,” kata pengasas Kopimism, Isak Gerson, 20 (kanan).

“Kita akan menjadi manusia yang lebih baik apabila berkongsi pengetahuan dan budaya bersama,” katanya lagi. 
Di kalangan ahli Facebook, 3,500 orang sudah memberi tanda ‘like’ sebagai menyokong Kopimism. Dalam manifestonya, peraturan kod perisian sumber tertutup dan perisian antilanun disamakan dengan ‘perhambaan.’

Satu cawangan agama itu baru-baru ini didaftarkan di Illinois dan dalam proses diberi pengiktirafan, kata pelajar di Universiti Chicago, Christopher Carmean, 25, ketua cawangan berkenaan.

“Data mencorakkan kehidupan kita dan ia digunakan untuk menunjukkan reaksi kita. Perbuatan menyalin, mengubah suai dan berkongsi data meningkatkan kehidupan kita. Cubaan menyekatnya tidak beretika dengan kehidupan kita yang berasaskan data,” katanya.

Kira-kira 450 orang sudah mendaftarkan diri dengan gereja itu dan 30 dilaporkan aktif mengamalkan penggunaan ‘Ctrl+C’ dan ‘Ctrl+V’.

Kelahiran ‘Kopimism’ di Sweden tidak perlu dihairankan kerana negara itu mempunyai antara undang-undang hak cipta paling longgar di dunia.

Parti Lanun Sweden mempunyai dua kerusi di Parlimen Eropah manakala laman web ‘The Pirate Bay’ yang juga antara portal simpanan fail terbesar dunia masih beroperasi meskipun aktivitinya menyimpan fail diharamkan. 

– Agensi 


P/s: Apa-apa sajalah diorang ni,berhati-hati dengan jaruman halus Syaitan ini. Allah S.W.T. hanya menerima Islam sebagai Addin @Agama. WallahuA'lam.



Ingati Mati Mampu Tingkat Kesihatan


SEORANG lelaki melawat perkuburan haiwan di Huntington Beach California. Kawasan perkuburan itu dibuka pada 1961 dan satu daripada 291 kawasan kubur untuk haiwan di Amerika.
SEORANG lelaki melawat perkuburan haiwan di Huntington Beach
California. Kawasan perkuburan itu dibuka pada 1961 dan
 satu daripada 291 kawasan kubur untuk haiwan di Amerika.
Ingati mati mampu tingkat kesihatan:

Cara terbaik bina keinsafan diri, tanam sikap positif

WASHINGTON: Mengingati mati adalah cara terbaik dan paling mudah untuk membina keinsafan selain menanamkan sikap positif di dalam diri seseorang.

Analisis kajian saintifik menunjukkan kesedaran mengenai kematian boleh memperbaiki kesihatan fizikal dan membantu orang ramai meletakkan semula keutamaan matlamat dan nilai hidup.
Mengingati kematian juga mempromosikan kesihatan yang lebih baik. Kajian baru-baru ini menunjukkan apabila mengingati mati orang ramai memilih gaya hidup lebih baik seperti kurang merokok atau lebih bersenam.
Malah pemikiran secara tidak langsung mengenai kematian seperti berjalan berhampiran kawasan perkuburan boleh mencetuskan perubahan positif dan menggalakkan seseorang membantu orang lain, kata pakar psikologi.

Laporan menyatakan kajian terdahulu mengaitkan memikirkan mengenai kematian dengan bahaya dan keinginan melakukan keganasan tetapi jarang menyelongkar faedah mengingati kematian.

“Kecenderungan mengaitkan tindak tanduk negatif dan perangai membahayakan sudah terlalu taksub dalam penyelidikan kesedaran mengenai kematian dan disifatkan sebagai punca kemusnahan sosial.

“Tidak banyak kajian dilakukan untuk melihat bagaimana mengingati kematian boleh memberi motivasi dan tindak tanduk positif yang boleh meminimumkan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain serta menggalakkan orang ramai berkelakuan baik,” kata ketua penulis kajian, Kenneth Vail, dari Universiti Missouri. 
Kajian disiarkan dalam edisi online Personality and Social Psychology Review bulan ini.

Penulisan merujuk kajian yang dibuat oleh Matthew Gailliot dan pasukannya dalam Buletin Personaliti dan Psikologi Sosial pada tahun 2008 yang menguji bagaimana kesan fizikal berada dekat dengan kawasan perkuburan mendorong individu membantu orang asing.

“Penyelidik mendapati jika budaya membantu dijadikan penting kepada orang ramai, peningkatan kesedaran mengenai kematian akan memberi motivasi dalam meningkatkan keinginan tanduk untuk membantu,” kata Vail.

Penyelidik memantau orang ramai yang sama ada melintasi kawasan perkuburan atau tidak melalui kawasan itu.

Sukarelawan pada setiap lokasi bercakap dengan orang ramai mengenai nilai membantu orang lain atau topik lain, dan beberapa saat kemudian, seorang sukarelawan lain menjatuhkan buku notanya.

Penyelidikan kemudian menguji dalam setiap keadaan bagaimana orang ramai membantu orang asing.

“Apabila nilai membantu orang lain dijadikan ciri utama, bilangan orang ramai yang membantu orang tidak dikenali 40 peratus lebih baik di kawasan perkuburan berbanding kawasan jauh daripada situ,” katanya.

Mengingati kematian juga mempromosikan kesihatan yang lebih baik. Kajian baru-baru ini menunjukkan apabila mengingati mati orang ramai memilih gaya hidup lebih baik seperti kurang merokok atau lebih bersenam. – Agensi 



Sumber

Tanda-Tanda Kiamat Sudah Tiba Di Tanah Arab


Para saintis 'non- Muslim' dari Amerika Syarikat sekali lagi terkejut apabila mereka mendapati sejak akhir-akhir ini telah banyak tumbuh hutan di bawah tanah di Arab Saudi (barat Alsaman)... Ramai pengkaji yang telah memeluk agama islam, Alhamdulillah...

Namun, salah satu tanda Kiamat adalah bahawa "tanah orang Arab" sekali lagi menjadi padang rumput dan sungai-sungai selepas menjadi padang pasir untuk sekian lama masa ....

Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda : "Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai. "

[Diriwayatkan oleh Muslim (157)]

helmdahl


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik