IKLAN

Isnin, 5 Mac 2012

Khasiat Kayu Manis untuk Ubat Diabetes


Oleh: Genisha Mahananda
Siapa kata ubat diabetes sukar dan mahal??
Rawatan diabetes boleh menggunakan kayu manis. Kayu manis adalah jenis rempah-rempah utama yang banyak digunakan sebagai bahan pemberi aroma dan citarasa dalam makanan dan minuman, bahan aditif pada pembuatan minyak wangi, ubat-ubatan serta dapat diolah menjadi anti mikrob. Menurut kajian beberapa ahli, kayu berkulit kasar itu ternyata tersusun dari sinamaldehid , turunan dari senyawa fenol . 'Cinnamon variaties' photo (c) 2009, Robin - license: http://creativecommons.org/licenses/by-sa/2.0/Di dunia perubatan, sinamaldehid diketahui mempunyai sifat anti-agregasi platelet dan sebagai vasodilasator secara in vitro . Platelet adalah kolesterol yang menempel pada pembuluh darah. Agregasi (pengumpulan) platelet menyebabkan terjadinya aterosklerosis atau lemak mengeras di pembuluh arteri.

Kerana kandungan tersebut, banyak manfaat dari pengambilan kayu manis, misalnya untuk mengurangkan risiko aterosklerosis dan strok. Selain itu, rempah-rempah bernama latin Cinnamomum burmannii ini ternyata juga sudah sejak lama dipercaya dapat mengubati kencing manis ( diabetes mellitus).

"Rempah-rempah dengan aroma manis ini bekerja terhadap pankreas," kata pakar naturopati DR dr Amarullah Siregar. Pankreas adalah organ tubuh yang menghasilkan insulin. Hormon insulin berperanan sebagai semacam kunci untuk memasukkan gula darah ke dalam sel-sel tubuh. "Dengan insulin, gula yang terdapat dalam darah diolah menjadi tenaga sehingga tidak mengendap dalam sel-sel darah," kata Amarullah.

Pada pesakit kencing manis, tubuh mengalami gangguan sehingga tidak boleh menghasilkan insulin secukupnya atau sensitiviti tubuh terhadap insulin berkurang sehingga kadar gula darah tetap tinggi kerana tidak boleh masuk ke dalam sel-sel.

Menurut DR dr Amarullah Siregar, kayu manis mempunyai kesan biomolekuler di pankreas. "Kayu manis mengandungi bahan kimia yang disebut PTP1B yang bekerja mengaktifkan senyawa di pankreas dengan cara mengaktifkan sel beta yang berfungsi menghasilkan insulin," ujarnya. Selanjutnya, insulin akan membuka pintu sel darah merah sehingga gula boleh masuk dan diubah menjadi tenaga.

Sebatian PTP1B juga bekerja di sel alfa yang berfungsi membantu hati menghasilkan glikogen. "Sel ini mengubah gula menjadi glikogen atau cadangan tenaga," kata Amarullah. Ia menambah, berbeza dengan ubat-ubat diabetes yang langsung menurunkan gula darah, ubat herbal seperti kayu manis bekerja dengan cara mengoptimalisasi fungsi organ tubuh yang masih baik. "Kenaikan kadar gula darah hanyalah simptom dari gangguan insulin. Sumbernya adalah pankreas yang bermasalah. Kerana itu, fungsi pankreas harus diperbaiki, "katanya.

Para Ilmuwan di Amerika mendakwa bahawa satu sudu teh kayu manis sehari boleh membantu mencegah diabetes. Penyelidik dari US Agricultural Research Services 'nutrition laboratories di Beltsville, Md., mencari kalau ekstrak kayu manis boleh meremajakan kemampuan tubuh agar lebih responsif terhadap insulin. Faktanya, hasil percubaan di makmal menunjukkan bahawa pemprosesan glukosa meningkat hingga 20 kali ganda. Kesan ini disebabkan oleh kandungan methylhydroxy chalcone polymer yang terdapat di dalam kayu manis. Hasil percubaan pada tikus menunjukkan bahawa konsentrasi glukosa darah yang tinggi menurun dramatik setelah pemberian turunan kayu manis tersebut.

Kajian lain dari Pakistan juga menunjukkan penurunan kadar gula darah puasa, trigliserida, kolesterol jahat LDL dan kolesterol total setelah penggunaan kayu manis selama 40 hari. Penurunan itu terus terjadi hingga 20 hari berikutnya. Kajian ini menunjukkan bahawa mereka yang menerima kayu manis yang paling tidak 1 gram sehari boleh merasakan manfaat ini.

Kayu manis banyak tumbuh di Indonesia, seperti di Sumatera. Namun, penggunaan kayu manis sebagai ubat, sudah lebih dulu dipatenkan di Amerika Syarikat dengan jenama dagang Cinulin.

Tentang Penulis:
Genisha Mahananda adalah seorang mahasiswa sebuah universiti negeri di Jawa Tengah yang sedang mengadakan penelitian pengendalian diabetes dengan ubat tradisional.

 wisbenbae




Muallaf Pun Pandai Tutup Aurat Dengan Sempurna..


Kisah Mualaf

Muallaf Pun Pandai Tutup Aurat Dengan Sempurna… Mereka Peluk Islam Sebab Nak Jadi Penganut Islam Sejati Sedangkan Kita Yang Nyata-Nyata Islam Tak Menghargai Ajaran Yang Dibawa Oleh Nabi Kita… Sama-Sama Kita Renungkan Kisah Ini…
Loo Jo Yee (sebelah kanan). Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita kongsi cerita beliau.
Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.
Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.
Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.
Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.
Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.
Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.
Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.
Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.
Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.
Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!
Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.
Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.
Lihat video dibawah:




Kota Berwarna Biru Penuh Misteri di India

Di India, terdapat sebuah kota yang keseluruhan rumahnya bercat biru. Kota tersebut adalah Jodhpur, bandar kedua terbesar di negeri Rajasthan, India. Terletak 335 kilometer (208 mil) barat dari ibu negeri Jaipur.


Kota ini menjadi destinasi pelancongan yang popular, selain keunikan warna biru yang menyelimuti seluruh kawasan, Jodhpur juga memiliki tarikan lain seperti istana dan kuil-kuil. Kota ini juga dikelilingi oleh tembok batu tebal.


Berkunjung ke tempat ini tidak perlu bergantung dengan musim, kerana cuacanya selalu cerah sepanjang tahun. Oleh sebab itu, Jodhpur juga dikenali sebagai "Sun City". Meskipun jolokan yang lebih terkenal disebut sebagai "Kota Biru".  

Yang menarik, alasan penduduk mengecat rumah mereka menjadi biru masih menjadi misteri. Kebanyakannya bila disoal mengapa mereka mengecat rumah mereka dengan warna biru, mereka tidak dapat memberikan jawapan yang pasti. 


 
Namun demikian, beberapa sumber menyebut alasan-alasan berikut ini:

1. Warna biru dipilih mengikut orang-orang berkasta Brahmana yang selalu mengecat rumah mereka dengan warna biru, kerana dewa-dewa biasanya selalu berwarna biru.

2. Warna biru untuk mengusir nyamuk

3. Menurut pendapat penduduk Jodhpur, warna biru dapat mendinginkan suasana rumah.

Untuk menikmati keindahan lanskap Jodhpur, ia boleh dilihat dari tembok Meherangarh. Tembok setinggi 35 meter ini memiliki jendela-jendela batu untuk melihat pemandangan di luar. Dari tempat inilah para pelancong dapat mengagumi jajaran rumah biru yang sampai kini masih diselimuti misteri.   









  




 

Kataku :  biru mata hitam ku melihatnya....

 billyinfo/open

Lihat yang ini pula:

Isnin, 27 Februari 2012

Kekuasaan Tuhan, Gadis Keluarkan Kristal Dari Mata


Kristal keluar dari mata gadis Lebanon - Air Mata Kristal

“Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),” – Yaasin; 77.
Terciptanya manusia itu di muka bumi Allah adalah sebaik-baik penciptaan di mana telah menunjukkan kekuasaan dan kebesaran Tuhan Yang Esa yang mencipta setiap manusia itu penuh dengan keunikan dan cukup sifatnya.
Tetapi, kita sebagai manusia tidak pernah mengetahui kebesaran dan di sebalik kekuasaan Tuhan yang banyak melihatkan keajaiban dalam tubuh badan kita.
Sebuah video yang memaparkan keajaiban Allah S.W.T di mana seorang gadis Lebanon mampu mengeluarkan seketul kristal tajam dari matanya sendiri.
Video itu memang sudah lama disiarkan, tetapi, eloklah kita lihat kejadian itu sebagai iktibar dan renungan bersama untuk sentiasa bersyukur dan menghayati setiap ciptaan Pemilik muka bumi ini.
Hasnal Mohamed Meselmani, menggemparkan daerah Labenon, gadis biasa tetapi memiliki keajaiban yang tidak ada pada orang lain.
Setiap hari matanya mampu mengeluarkan sebutir hingga ke tujuh butir kristal tajam tanpa mencederakan matanya langsung.
Hingga kini, masih lagi tidak terjawab tentang kehebatan dirinya yang memiliki kebolehan untuk berbuat demikian.
Benarlah kita sebagai manusia, tiada apa yang mampu menidakkan kekuasaan dan kebenaran tentang Allah S.W.T dalam menguruskan setiap butiran hidup manusia dan makhluk-makhluk lain yang menginap sementara di bumi ini.
“Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (dengan sebaik-baik ciptaan yang cantik dan elok mencipta manusia) dan dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah liat (Thin). Kemudian ia jadikan keterunan-keterunan manusia itu dari sejenis pati iaitu dari air yang hina (air mani) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya Roh ciptaanNya dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran serta hati (akal fikiran), supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur,” – AS-Sajdah; 7, 8 & 9

Oleh: NAIMAH SHAARI

Wajah-Wajah "Angry Babies" Yang Popular Di Internet

Bakteria Dalam Mulut Boleh Membunuh



Sejenis bakteria yang berada dalam mulut didakwa mampu membunuh jika ia memasuki saluran darah, menurut penyelidikan saintis di Switzerland. 

Penyelidik mendapati sejenis bakteria yang dipanggil Streptococcus tigurinus, boleh memasuki saluran darah walaupun jika gusi berdarah. 

Hasil kajian yang dilakukan terhadap seorang pesakit, mendapati bakteria dalam darah pesakit itu menyebabkan dia diserang endokarditis (radang jantung), meningitis dan spondylodiscitis (radang tulang belakang). 

Kajian yang diketuai Dr Andrea Zbinden dari Universiti Zurich itu diterbitkan dalam International Journal of Systematic and Evolutionary Microbiology. 

Zbinden berkata, mereka kini sedang melakukan kajian lanjut mengenai serangan bakteria tersebut supaya ia dapat dirawat segera. 

Sumber 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik