IKLAN

Jumaat, 10 Februari 2012

Air Susu Ibu Terbukti Kuatkan Paru-Paru


Hidayatullah.com-Air Susu Ibu atau ASI eksklusif terbukti sangat penting bagi kanak-kanak kecil di peringkat awal dalam masa pertumbuhan. Tidak hanya menguatkan sistem kekebalan tubuh, penyelidikan baru-baru ini membuktikan bahawa ASI eksklusif juga terbukti memperkuat sistem pernafasan. 

Masa memasuki usia persekolahan atau sekitar usia 12 tahun, kanak-kanak yang semasa kecilnya diberi ASI@ Pengusuan eksklusif dari Ibu mereka, memiliki fungsi paru-paru yang lebih baik daripada anak-anak yang diberi susu formula. Uniknya fungsi paru-paru yang baik, terlihat pada kanak-kanak yang mempunyai ibu pengidap pesakit asma. Demikian kajian yang dimuatkan dalam American Journal of Medicine Respiratory Critical Care ini.

Penyelidik dari Switzerland dan Inggeris menganalisis data dari hampir 1,500 kanak-kanak yang lahir pada tahun 1993 hingga 1997 di United Kingdom. Penyelidik mengunakan  kaji s
elidik ini untuk mengetahui lama penyusuan, gejala pernafasan, dan paparan lain.

Fungsi paru-paru kanak-kanak diukur ketika anak berusia 12 tahun. Anak-anak yang mendapat ASI eksklusif secara keseluruhan mengalami pembaikan dalam aliran pernafasannya. Untuk mengetahui pernafasan anak-anak, penyelidik menggunakan ujian yang mengukur jumlah dan kelajuan udara keluar dari paru-paru selama menghembuskan nafas.

"Anak-anak yang menyusu dari ibu secara eksklusif yang ibunya menderita asma juga mendapat hasil lebih baik pada dua ujian penunjuk penting fungsi paru-paru yang lain," kata Dr Claudia Kuehni, profesor di Institut sosial dan Preventive Medicine di Universiti Bern di Switzerland seperti 
dilaporkan oleh  HealthDay, Isnin (6/2/2012).

Masalah perilaku

Sebelum ini, Mei 2011, penyelidik juga mendapati, bayi yang disusui oleh ibunya kurang mempunyai masalah perilaku berbanding dengan bayi yang diberi susu formula. Berdasarkan hasil kajian dari Millenium Cohort Study,dengan menyusuan, interaksi ibu dan anak dapat terjalin sejak awal secara intensif.

Didapati bahawa empat peratus sahaja bayi yang disusui ibunya mempunyai

masalah perilaku di kemudian hari. Sementara 16 peratus yang diberi susu formula punya masalah perilaku.

Sejumlah kajian juga pernah dilakukan Universiti Oxford, Essex dan York, bersama-sama dengan Universiti College London.Mereka sampai pada kesimpulan menyusui anak secara langsung dan tidak memberi kesan pada perilaku anak.

Sebelum WHO mengumumkan tentang kebaikan ASI eklusif ini, al-Quran telah menegaskan diwajibkannya para ibu menyusui selama dua tahun. Terma ini terdapat dalam surah al-Baqarah: ayat 233 yang berbunyi, "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan."

Dalam sebuah riwayat, Rasulullah Shalallaahu 'Alaihi Wasallam (صلى الله عليه و سلم) pernah bersabda, "Tiba-tiba aku melihat para wanita yang payudara-payudara mereka dicabik-cabik ular yang ganas. Maka aku bertanya: 'Kenapa mereka?'Malaikat menjawab: 'Mereka adalah para wanita yang tidak mahu menyusui anak-anaknya (tanpa alasan syar'i)'. "(HR. Al-Hakim). *


Khamis, 9 Februari 2012

Wanita 14 Tahun Meninggal Kerana Sudah Empat Kali Gugurkan Bayi Dalam Kandungan

 
gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kemusykilan seorang bapa terhadap anak gadisnya yang didapati berlumuran darah terjawab apabila remaja berkenaan rupa-rupanya telah melahirkan anak sebelum membungkus mayat bayinya itu di dalam plastik di Kampung Sungai Rasau, Sepang kelmarin.
Perkara itu terbongkar selepas bapa gadis berusia 14 tahun tersebut membawa remaja itu ke Hospital Putrajaya untuk dirawat sehari sebelum penemuan tersebut.
Difahamkan, gadis tersebut telah empat kali mengalami keguguran sebelum ini.
Sumber memberitahu, sebaik dirawat, doktor mengesahkan yang suspek telah melahirkan bayi yang tidak cukup bulan dan masih terdapat uri di dalam rahimnya.
Katanya, salah seorang ahli keluarga suspek kemudian terus memaklumkan kejadian itu kepada polis.
“Polis yang pergi ke rumah gadis tersebut pada pukul 6 petang semalam (kelmarin) telah menemui mayat bayi lelaki yang disorok di dalam salah sebuah bilik di rumah tersebut.
“Mayat bayi itu dibungkus dalam beg plastik kuning. Siasatan awal mendapati bayi itu telah mati sebaik dilahirkan,” katanya kepada Kosmo!.
Tambahnya, remaja tersebut tinggal di rumah itu bersama ibu bapanya yang merupakan peniaga kedai runcit.
Menurut sumber itu lagi, pihaknya percaya suspek melahirkan bayi itu kurang 24 jam sebelum mayat bayi malang itu ditemui. Keadaan suspek dilaporkan stabil di hospital tersebut.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah mengesahkan kes tersebut./kosmo
P/s: Sedih benar,malu,marah bercampur aduk..harap kita semua mendapat ikhtibar ..semuanya  ini akibat dari apa?!..ya betul pergaulan bebas..zina! dekat pun jangan...pasti kita terbabas kalau menghampirinya!



Rabu, 8 Februari 2012

Teknologi Zikir Hiper Metafizik

Pembentukan fizikal Manusia terdiri dari bahagian yang terkecil yang boleh diamati melalui peralatan ilmu pengetahuan, dimulai dari sebuah atom kemudian kumpulan million atom-atom ini akan menjadi satu sel tubuh. Kumpulan dari beberapa sel tubuh ini akan membentuk jaringan tubuh fizik manusia. Di dalam sebuah atom terdapat inti atom yang berfungsi sebagai pembangkit energi pada sebuah atom. Energi utama dari sebuah inti atom agar selalu hidup terdapat dari energi cahaya.

Energi cahaya inilah sumber kehidupan dari segala apa yg terlihat secara fizik mahupun yang tak terlihat oleh mata (ghaib).

Apabila energi yang dihasilkan oleh atom ini lemah atau tidak normal, maka akan berpengaruh pada sel-sel tubuh dan kemudian juga pada jaringan tubuh , sehingga secara medis dikatakan bahawa seseorang dinyatakan menderita penyakit fizik.

Kandungan energi negatif yang banyak pada diri seseorang secara fizik menyebabkan terganggunya metabolisme tubuh. Enzim-enzim yang seharusnya dihasilkan secara alami pada tubuh fizik tidak dapat bekerja secara normal. Begitu pun dengan aliran darahnya, Energi negatif akan mempengaruhi lancarnya aliran darah pada tubuh kerana menyumbat jalur transportasi darah ke bahagian tubuh yang penting seperti jantung dan otak.

Pada sisi ruhani, energi negatif ini akan menghambat beberapa potensi manusia seperti keberuntungan, rezeki, jodoh dan kesuksesan.

Metode zikir hiper metafizik yang kami kembangkan dan di aplikasikan untuk penyembuhan akan memberikan energi positif berupa cahaya pada setiap atom-atom tubuh manusia sehingga akan kembali sihat, normal dan bercahaya lagi. Cahaya inilah yg dihasilkan melalui zikir-zikir hiper metafizik yang disebut CAHAYA ILAHI.


Energi positif dari zikir-zikir hiper metafizik memiliki kuasa positif yang berkarakter amat tinggi, kuat dan besar sehingga mampu meneutralkan energi negatif yang menjadi penyebab penyakit fizikal juga rohani. Menyihatkan kembali atom-atom tubuh yang lemah dan tidak normal kembali menjadi sihat dan lebih bercahaya dengan cahaya Ilahi. Insya Allah.

ZIKIR UMUM
Untuk Meneutralkan energi negative secara umum

- Ta'awudz (A'uudzu billahi minasy syaithaanir rajiim) 3x
- Istighfar (Astaghfirullahal adzhim aladzi laa illaha illa huwal hayul khoyum wa'atubu ilaik) 5x
- Haukallah (Laa haula wala quwwata illa billahil'aliyyul 'adziim) 7x
- Al fatihah 7x
- Al Ikhlas 7x
- Al Falaq 7x
- An Naas 7x
- Ayat kursy 7x
- Salamun qaulam mir rabbir rahiim (Surat Yassiin : 58) – 10 s/d 15 minit.
- Allahu Akbar 15-20 minit

_________________________________________

Untuk meneutralkan serangan gaib negative termasuk kiriman negative dari orang lain


- Ta'awudz (A'uudzu billahi minasy syaithaanir rajiim) 7x
- Istighfar (Astaghfirullahal adzhim aladzi laa illaha illa huwal hayul khoyum wa'atubu ilaik) 9x
- Haukallah (Laa haula wala quwwata illa billahil'aliyyul 'adziim) 11x
- Al fatihah 11x
- Al Ikhlas 11x
- Al Falaq 11x
- An naas 11x
- Ayat kursy 11x
- Innamaa amruhuu idzaa araada syai-an, ayyaquula lahuu kun fayakuun (Surat Yassiin : 82) 15-20 Minit.
- Waquljaa al haqqu wa zahaqol baatilu innal baathila kaana zahuu qoo (surat Al isroo' : 81) – 10 minit
- Allahu Akbar 15-20 minit

_________________________________________


Zikir untuk penyakit ringan, rasa sakit, pusing/migraine, selsema, demam, termasuk stress dan sedih.


- Ta'awudz (A'uudzu billahi minasy syaithaanir rajiim) 3x
- Istighfar (Astaghfirullahal adzhim aladzi laa illaha illa huwal hayul khoyum wa'atubu ilaik) 5x
- Haukallah (Laa haula wala quwwata illa billahil'aliyyul 'adziim) 7x
- Al fatihah 9x
- Al Ikhlas 9x
- Al Falaq 9x
- An naas 9x
- Ayat kursy 9x
- Salamun qaulam mir rabbir rahiim (Surat Yassiin : 58) 10-15 minit
- Ittaqu Allaha haqqa tuqatihi (Aali Imron : 102) - 10 minit
- Allahu Akbar 15-20 minit

__________________________________________________ ___________

Zikir ini akan terhubung dan mengakses energi positif dimensi alam 900 billion.

ZIKIR KHUSUS untuk umat Islam di seluruh pelusuk bumi dalam
rangka meningkatkan kualiti jatidiri dan mendekatkan diri kepada
Allah SWT. Silalah diamalkan untuk kehidupan yang lebih baik. Insya Allah.

Ta’awudz (A'uudzu billahi minasy syaithaanir rajiim) 7x
- Istighfar Lengkap (Astagfirullah Al Adzim Aladzi Lailaha Ila
Huwal Hayyul Qayyum Wa Atubu Ilaih) 9x
- Fasubhaanal ladzii biyadihii malakuutu kulli sayi'iw wa ilaihi turja'uun
(surat Yassiin : 83) 11x
- Al Fatihah 27x
- Al Ikhlas 27x
- Al Falaq 27x
- An Naas 27x
- Ayat Kursi 18x
- Subhanallah Walhamdulillah Wa laa illaaha illalaahu Wallahu Akbar 27x
- Lillahi Robbil ‘alamin 27x
- Al Isroo ayat 81 (Waqulja al haq…) 27x
- Salamun qaulam mir rabbir rahiim (Surat Yassiin : 58) - 800x

- Doa penutup : Subhana robbika robbil izzati amma yasyifun wassalamun’alal
mursalin walhamdulillahirobbil’alamin 3x

**Dilakukan minima. 2x kali sehari.



Pabila Iblis Berbisik: Siapa Yang Mencipta Allah?


Bersendirian selalu mendatangkan pelbagai persoalan dalam diri kita.
Di antara sedar dan tidak sedar kita terfikir siapa yang menciptakan alam ini. 
Siapa yang menciptakan manusia, siapa yang menciptakan bumi, bintang, langit, dan apa yang ada disekeliling kita. Perasaan itu datang kerana sifat manusia yang ingin tahu. Seterusnya fikiran melayang jauh sehingga tidak sedar kita bertanya dengan diri kita SIAPA YANG MENCIPTA ALLAH!!

Awas!! ini adalah bisikan dari syaitan! syaitan yang dilaknat! Dari Aisyah, Rasulullah saw. bersabda:

"Sesungguhnya syaitan akan datang kepada seseorang diantara kamu lalu ia berkata: "Siapa yang menciptakan kamu?" Lalu dia menjawab: 'Allah', kemudian syaitan akan bertanya lagi: Siapakah yang mencipta Allah?" Apabila seorang di antara kamu mendapati hal semacam itu, maka hendaklah dia berkata “aman tu billahi wa rasulih” (aku beriman kepada Allah dan RasulNya) dan dengan ucapan itu syaitan itu akan pergi dari dirinya." (Hadis riwayat Ahmad dengan sanad hassan). -Kredit/IS

Isnin, 6 Februari 2012

Paderi AS Gesa Boikot Starbucks


CALIFORNIA 5 Feb. – Seorang paderi Kristian menggesa pengguna supaya memboikot Starbucks ekoran syarikat itu menyokong satu rang undang-undang mengesahkan perkahwinan sejenis di Washington, lapor King 5 News.
Steven Andrew yang juga Presiden Institusi Paderi Kristian Amerika Syarikat (AS) di California berkata, penganut Kristian kecewa dengan tindakan Starbucks yang menentang ajaran Tuhan.
“Starbucks boleh mengikut ajaran Syaitan jika mereka mahu, tetapi paderi-paderi akan membantu menyelamatkan penganut Kristian.
“Adakah anda di pihak Tuhan dan adakah anda sudi membantu AS dirahmati Tuhan?” soal Andrew dalam satu kenyataan.
Menurut Reuters, gesaan memboikot itu dikeluarkan Selasa lalu, sehari sebelum rang undang-undang tersebut dibentang di Dewan Senat Washington.
Institusi Paderi Kristian AS turut meminta penganut Kristian untuk menghentikan penyajian makanan dan minuman jenama itu di majlis-majlis dan kemudahan gereja.
Selain Starbucks, lebih 100 syarikat lain turut menyokong rang undang-undang perkahwinan sejenis itu termasuk Nike, Google dan Microsoft.
Jika rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Perwakilan minggu depan, Washington akan menjadi negeri ketujuh di AS yang mengiktiraf perkahwinan sejenis. – AGENSI/malaysiaria

Keunikan Kucing yang Jarang Diketahui


1. Kucing memiliki sekitar 30 gigi dalam mulutnya. 

2. Kucing tidur paling lama diantara binatang lain, kira-kira 16 jam.



3. Kucing dengan bulu putih dan mata biru biasanya dilahirkan tuli@pekak, walaupun begitu inderanya  yang lain berkembang sebagai gantinya. 

4. Dalam kerajaan binatang, IQ kucing hanya boleh dilalui oleh monyet dan simpanse ternyata kucing anggora atau kucing parsi sangat pandai. 


5. Kucing mungkin selamat jika terjatuh dari tingkat 20 daripada tingkat 7 Alasannya kerana kucing memerlukan waktu setara dengan 8 tingkat untuk menyedari apa yang terjadi, tenang dan membetulkan kedudukannya. 


6. Sama dengan frekuensi mesin diesel yang tidak bekerja, kucing bergumam 26 pusingan / saat 


7. Misai pada kucing sangat sensitif dan dapat merasakan perubahan tekanan udara bahkan yang kecil sekalipun. Kemampuan ini membuat kucing boleh menggunakannya sebagai penuntun alternatif untuk bergerak dalam kegelapan ketika ia tidak dapat melihat. 


8. Semua kucing berjalan dengan menjinjit, termasuk kucing anggora atau kucing persia. 


9. Walaupun kucing memiliki 5 jari di kaki depan, mereka hanya mempunyai 4 jari pada kaki belakang.Namun pada beberapa kucing dapat dilahirkan dengan jari banyak sampai 7 jari,bahkan dengan tulang tambahan. 


10.Pada saat kucing berumur 6 bulan, itu sama dengan 10 tahun usia manusia. 


11. Jika anda memerlukan sinar UV untuk melihat, pakai saja kencing kucing, kerana kencing mereka menyala dalam gelap. 


12.Tahukah anda, kucing (Felis silvestrid-catus), terutama kucing rumah adalah salah satu haiwan predator paling hebat di dunia. Kucing ini mampu membunuh dan atau memakan beberapa ribu species, mengalahkan kucing besar (seperti singa, harimau, dan sejenisnya) yang hanya mampu memangsa kurang dari 100 species. Namun kerana ukuran terbilangnya kecil, maka tidak berbahaya bagi manusia.Namun sangat berbahaya apabila kucing ini dijangkiti rabies @ penyakit anjing gila. 


13. Kucing telah berasosiasi dengan kehidupan manusia sekurang-kurangnya sejak 3,500 tahun yang lalu.Ketika itu orang Mesir kuno telah menggunakan kucing untuk mengusir hama tikus dan haiwan lain dari hasil tuaian mereka. Namun, percaya atau tidak, di dunia ini hanya terdapat 1% populasi kucing di dunia yang termasuk galur murni,kucing ras atau kucing yang tidak dikacukan dengan kucing lain. Selebihnya, adalah kucing hasil pencampuran dari pelbagai bangsa atau biasa yang kita sebut sebagai kucing kampung. Kerana itu, kucing ras termasuk kucing yang paling anda cari dan mahal harganya. 


14. Di Indonesia, suara kucing sering ditulis dengan kata "Meong". 
Dalam bahasa Inggeris yang digunakan di Amerika, suara kucing sering ditulis dengan "Meow". Di Britain sendiri, suara kucing ditulis "Miaow". 



15. Kucing biasanya mempunyai berat badan antara 2.5 hingga 7 kg dan jarang melebihi 10 kg, kecuali diberi makan berlebih, si pussy boleh mencapai berat badan 23 kg. Kucing dapat hidup selama 15 hingga 20 tahun, dimana kucing tertua pernah diketahui berusia 36 tahun! Kucing liar yang hidup di persekitaran urban moden hanya mampu hidup selama 2 tahun atau bahkan kurang dari itu.
 
16. Kucing termasuk haiwan yang sangat bersih. Mereka sering merawat diri dengan menjilat bulu mereka. Saliva atau air liur mereka adalah agen pembersih yang kuat. tapi dapat mencetuskan alergi pada manusia. Kadangkala kucing memuntahkan semacam hairball atau gulungan rambut atau bulu yang terkumpul di dalam perutnya. Sementara itu kucing dapat menyimpan tenaga dengan cara tidur melebihi haiwan lain.Lama tidur kucing berbeza di antara 12 - 16 jam sehari, dengan angka rata-rata 13 - 14 jam. Tapi tidak jarang dijumpai kucing yang tidur selama 20 jam dalam satu hari. 



17. Percaya atau tidak, di abad pertengahan kucing dianggap berasosiasi dengan penyihir dan sering dibunuh dengan cara dibakar dan dilempar dari tempat tinggi. Ramai ahli sejarah percaya bahawa wabak Black Death atau wabak pes menyebar dengan cepat di Eropah pada abad ke-14 akibat tahyul itu. Hal itu disebabkan banyaknya pembunuhan kucing yang dilakukan sehingga meningkatkan populasi tikus yang membawa wabak pes tersebut. 
18. Jenis yang paling kecil adalah kucing berbulu bintik-bintik yang ditemukan di Sri Lanka. Ukurannya setengah ukuran kucing kampung. Sedangkan kucing yang terbesar adalah seekor harimau. Harimau jantan Siberia atau harimau Amur mempunyai panjang badan keseluruhan lebih dari 3m (10 ft) dan berat badan hingga 300kg (660 lb). 


19. Meong! 
Kucing kampung mendengkur setiap 26 kali per detik, sama dengan frekuansi mesin disel dalam keadaan berjalan. Kucing kampung dapat mendengar frekuansi suara hingga 65 kHz, sedangkan manusia hanya 20 kHz. Kemampuan indera hidu kucing 14 kali lebih kuat daripada  manusia. 


20. Pada mata kucing ada lapisan pemantul cahaya yang dinamakan tapetum lucidum, yang menyebabkan mata kucing pendarfluor di malam hari. Lapisan pemantul ini dapat menyerap cahaya 6 kali lebih kuat daripada mata manusia, yang membolehkan kucing dapat melihat didalam kegelapan. 

21. Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya, sedangkan pada saat berlari menggunakan kedua kaki kanannya. Satu-satunya binatang yang melakukan hal ini adalah zirafah dan unta. 



22. Kucing-yang jarang berlaku 
Memang jenis kucing kampung adalah yang paling banyak, tetapi ada juga jenis kucing yang sangat jarang berlaku, bahkan terancam kepupusan di muka bumi. Hanya terdapat sekitar 250 ekor kucing mirip musang di Malabar, Asia yang berjuang dari kepunahan. Kucing Iriomote, ditemui di kepulauan Jepun Iriomotejima, dengan jumlah kurang dari 100 ekor. 


23. Ternyata kucing itu bermimpi , kalau kentut baunya sangat busuk, boleh bunyi pula, sangat suka memakan serangga seperti lipas, tapi susudah  itu dimuntahkan semula, boleh diajar buang air di bilik 
air, jika dari kecil kita bergurau dengannya hingga besarnya akan jadi hiperaktif, kalau tidak suka dicakar, jangan bergurau pakai tangan, sampai dia besar,tangan anda takkan selamat dari cakarannya, kucing manja sangat suka pada selimut, kucing besar bukan semuanaya berani.

Alasan nabi Muhammad SAW sangat menyayangi kucing

Nabi menekankan di beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.

Kenapa Rasulullah saw yang buta huruf-, berani mengatakan bahawa kucing itu suci, tidak najis?
Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?
Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.
Permukaan lidah kucing ditutupi oleh satu berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cecair yang jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan turun sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian khusus. Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Diterjemah dari- www.kaskus.us



Ahad, 5 Februari 2012

Zyrab, Pencipta yang Dilupakan


Rasanya nama Ziryab belum ramai yang tahu, walaupun sesungguhnya ia termasuk penemu (inventor) dan seniman hebat sekaliber Leonardo da Vinci.


Ziryab (789-857 AD) atau dengan nama arab Abu I-Hasan 'Ali Ibn Nafi' adalah seorang polymath dari Parsi (polymath: seseorang yang pengetahuannya tidak terhad hanya pada satu bidang), seorang bekas hamba yang kemudian menjadi ahli di pelbagai bidang-bidang ahli muzik, penyanyi, perancang busana, penemu@pencipta, botanis, dan lain-lain.

Banyak hal yang lazim kita lakukan di era moden sekarang berpunca daripada "revolusi" yang dilakukan Zyrab. Diantaranya:

1. Memperkenalkan cara makan dalam sajian rasmi: soup (atau appetizer), hidangan utama (main course), lalu pudding (dessert).

2. Gelas kristal? Itu hasil penemuan Zyrab. Sebelumnya orang di zaman tersebut banyak memakai gelas dari logam atau tembikar.

3. Di dunia fashion, Zyrab membawa perubahan gaya pakaian. Bila musim sejuk datang, Zyrab merancang pakaian berbahan koota hangat dan wool. Maknanya, Zyrab membuat orang mengenakan pakaian sesuai mengikut musimnya.

4. Gaya rambut pendek bagi lelaki dan mencukur janggut (shaving) dipopularkan oleh Zyrab.

5. Dia yang mempromosikan mandi dua kali sehari.

6. Mencari ubat gigi seperti yang kita pakai sekarang.

7. Mencari deodoran.


Kredit: apakabardunia.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik