IKLAN

Khamis, 5 Januari 2012

Ustaz Nik Aziz Nasihat Khairul Fahmi (Apex) Supaya Kahwin Cepat


Kota Bharu - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat cepat mendirikan rumah tangga supaya kehidupannya lebih sempurna.

Nik Abdul Aziz berkata, Islam menggalakkan orang yang mampu supaya cepat berkahwin.
“Ini penting untuk mengawal kita daripada melakukan dosa dan apabila berkahwin, ia lebih selamat untuk menjaga masuah.

“Khairul Fahmi merupakan penjaga gol terbaik Asia menjadi idola rakyat Kelantan, saya juga berbangga dengannya apatah lagi dia berada dalam kawasan pilihan raya saya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kepada Khairul Fahmi di Taman Kurnia Jaya, Kemumin, Pengkalan Chepa dekat sini, semalam.

Kerajaan negeri Kelantan kata beliau, memberi hadiah kepada rakyat yang cemerlang dalam apa jua bidang sebagai rangsangan.

“Mereka yang berbakat dan cemerlang ini perlu menunjukkan contoh baik, bebas salah laku sosial dan pengaruh dadah kerana dadah boleh memusnahkan kehidupan,” katanya.

Khairul Fahmi yang mesra dikenali sebagai Apex berkata, beliau menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT dan tidak mahu terlalu memikirkannya.

“Soal jodoh ni kena tengok 'rezeki' la, kalau tahun ni (kahwin) maka tahun ni la, kalau tahun depan atau tiga tahun lagi pun saya terima,” katanya.

Sementara itu, bapa Apex, Che Mat Hussin, 59, ketika ditemui berkata, dia menyerahkan soal perkahwinan sepenuhnya kepada penjaga gol Kelantan itu.

Katanya, Apex mungkin mahu menumpukan perhatian kepada karier terlebih dauhulu.

“Saya sedia menerima siapa saja wanita pilihan dia, yang penting ialah matlamatnya dalam bidang sukan tidak terganggu kerana dia masih muda,” katanya.

Apex yang menerima anugerah Pemain Muda Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2011 November lalu tersenarai bersama Fadhli Shas dan Safee Sali dalam kesebelasan terbaik Asia pilihan laman web terkenal dunia, Goal.Com. -SH/GB




Kaitan Angry Birds Dengan Nilai-Nilai Islam ?



ANGRY BIRDS 


Apa yang best sangat game ni? 

Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka. 

Sedar tak kita... 

Jawapannya sebab.... 

Angry Birds.... 

dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah 

1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan) 

Antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban; menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan. Mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri. 

Tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih? Yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri! Yang putih pula? Sanggup mengorbankan anaknya! 

Itu bukanlah satu pengorbanan yang senang; menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad. Segala-galanya untuk mencapai satu matlamat; menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas. 

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..." (At-Taubah 9:110) 


2) Amal Jamaie 

Dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh, burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan, malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan. Maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu. 


3) Tanzim (organisasi) 

Yang tersusun tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu? 

Tidak. 

Diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza. Setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza. Jadi diorang susun, sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu. 

Kenapa? 

Sebab Saidina Ali mengatakan: 

"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun" 


4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil) 

Bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu? 

Diorang susun dengan menilai, bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu? Maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya. 

Yang reti potong kayu pergi serang kayu 
Yang boleh hancurkan batu pergi hancurkan batu 

Dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka, untuk detect, apakah kelemahan musuh kita, dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza. 

Bagaimanakah kita ingin menyusun strategi untuk mencapai ustaziyatul alam? 

"eh silap" 

Untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat. 


5) Taat 

Dan sebagai qiyadah, perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang, adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas, dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan. 

Pasti tidak ada orang yang nak main, dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh, jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas. 


6) Ukhuwah 

Lastly, kena faham, bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat, itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang, mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya, mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka. 

Kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara, seperti mana kita umat Islam bersaudara. 

Jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya. Dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita, daripada musuh yang nampak di dunia, dan juga musuh yang tidak nampak, yang menarik kita ke api neraka. 

Kenapa? 

Sebab kita menyayangi saudara kita, sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang. Kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam, tidak akan wujud game Angry Birds, jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka. 

Begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam, malahan mustahil akan menang gerakan Islam, jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam. 

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat" (An-Nasr 110:1-3) 

Sedarlah. 

Pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna. 

Semua yang korang baca tadi adalah pengajaran daripada Angry Birds. 

Tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat, iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih, kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza, dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang... 

"Ukhuwah Teras Kegemilangan" 

Rabu, 4 Januari 2012

Air Liur Pijat Jadi Penawar Kanser ?


PARA penyelidik di Brazil mendapati air liur parasit penghisap darah, pijat mempunyai potensi besar untuk menjadi penawar kanser kulit, hati dan pankreas.

Sejenis protein dalam air liur pijat yang ditemui di Amerika Selatan, Amblyomman cajennense didapati mampu mengurangkan dan menghapuskan sel-sel kanser dan membiarkan sel-sel yang sihat terus hidup.

Ini satu inovasi yang radikal. Komponen dalam air liur pijat ini mungkin boleh menjadi penawar kanser," kata ketua kajian dan pakar biologi molekular, Ana Marisa Chudzinski-Tavassi dari Institut Butantan, Sao Paulo.


Protein yang dinamakan sebagai Faktor X aktif itu ditemui sewaktu ujian ciri-ciri antikelikatan air liur pijat dijalankan. Ciri-ciri itulah yang menghalang penebalan dan pembekuan darah supaya pijat boleh terus menghisap darah mangsa.

Memiliki ciri-ciri yang menyamai antikelikatan lain, TFPI (Tissue Factor Pathway Inhibitor), para penyelidik juga terkejut mendapati protein Faktor X itu tidak membunuh sel-sel normal. Sebaliknya, ia hanya membunuh sel-sel tumor yang dianalisis.




Cerita Yang Lain Dari Pelajar Cemerlang SPM 17 1A dari UK Juga

 
Siti Fatimah Mukhtar: Di UK dan terus cemerlang
 
Hangat diperkatakan seluruh negara, mahasiswa cemerlang Malaysia ke United Kingdom membuka aurat, hilang jati diri dan sebagainya. Pesan kami, jangan kita menjadi terlalu negatif, kerana kita semua manusia ada kelebihan dan kekurangan, dan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua teladani.

Ambillah yang jernih. Mari kita belajar daripada contoh-contoh kejayaan dan positif.

Anak Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom. Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.

Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara.

Siti Fatimah bersama dengan keputusan peperiksaan SPM 2006 beliau. Cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan 1 2A.


Fatimah sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik junior yang datang meminta nasihat

Fatimah (kiri sekali) bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat.

Fatimah (dua dari kiri) menyemak bacaan Quran rakan beliau.

Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK.
Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu' al-Quran

 
sumber : mengajipastiboleh


P/s : Kalau yang'timur' macam ni harus diikut... bukan yang 'selatan' lagi satu tu...minta berlindung dari Allah.Jika berilmu itu Pokok ,Buahnya pula Ikhlas dan Berakhlak Mulia.

 

Saya Bangga Ada Anak Menantu Yang Begitu

Gambar: Puan Mariam ketika bercakap kepada para pemberita


KUALA LUMPUR, 3 Jan: "Saya bangga ada anak dan menantu yang sebegini dan saya harap ramai lagi mahasiswa yang akan bangkit untuk memperjuangkan yang hak."


Demikian kata Puan Mariam Abdul Rashid, ibu mertua kepada Muhammad Safwan Anang, mahasiswa yang mendakwa dibelasah teruk oleh anggota polis ketika insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.

Puan Mariam berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas melawat menantunya Safwan yang baru keluar dari hospital.

Ketika bercakap kepada media, Safwan berkata, dia ditumbuk sekali di bahagian muka dan ditendang dengan lutut oleh anggota polis.

Kejadian itu berlaku apabila beliau cuba membebaskan rakannya yang sedang diheret oleh polis di malam tahun baru 2012 di Univerisiti Perguruan Sultan Idris.

"Bangga..." kata Puan Mariam sambil tersenyum kepada wartawan yang bertanya kepada beliau tentang Safwan yang terpaksa diusung ke hospital selepas dipukul.

"Dia menantulah dan anak saya juga seorang aktivis pelajar," kata Puan Mariam.

"Bangga..sebab mereka sangat berani untuk memperjuangkan yang hak dan juga untuk membela nasib yang lain.

"Walaupun kita rasa agak sedih dengan kejadian yang berlaku....menyebabkan kecederaan dan sebagainya.

"Kita sangat kesal dengan tindakan polis terhadap mahasiswa yang sepatutnya diberikan kebebasan untuk menyuarakan pandangan mereka tetapi sebaliknya berlaku begitu...itu sahaja," kata Puan Mariam.

Namun Puan Mariam sekali lagi menyambung dengan berkata, "Saya bangga ada anak dan menantu yang begitu....." -HD




Sindiket Bonsai!


20120102-153437.jpg
Nak kata tidak berbuah, ia berbuah.
Malah bunga pun sama indah.
Cukup semua sifat.
Hidup dan bukan mati.
Pasaran juga meletakkan harga yang sepadan.
Mahal!
Tetapi buahnya tidak boleh dimakan.
Bunganya indah tapi tidak ada debunga.
Biar pun dijaga, dibela dan dibelai, hakikatnya ia adalah BONSAI.
Hiasan.
Hidup dalam pasu kecil, pasu yang mengecilkan hidup.
Hapuskan sindiket membonsai MAHASISWA NEGARA!
Sumber: Abu Saif @ www.saifulislam.com

Ibu Amalina Dakwa Beliau Yang Belikan Baju ‘Ketat’ Amalina Tu...


Gambar ibu Amalina
Ok panas sungguh isu amalina ni.Kami sebenarnya di wootmedia malas nak tulis isu amalina,sebar aib dia.Tapi bila pagi ni dapat tahu cerita sebenar,buatkan kami jadi panas pulak.
Korang baca tajuk,ibu amalina dakwa beliau yang belikan baju ketat amalina ? macam mana tu.Pagi ini kecoh di dada akhbar tempatan,berita yang mengatakan ibu amalina nafi tohmahan blog yang mengatakan anaknya gagal di Universiti luar negara.
Berkenaan gambar amalina seksi dan rakan rakannya di dalam gambar yang tersebar tersebut,ini respon ibu amalina :
Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir.
Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina.
“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.
“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.
Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.
Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog.
“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya.
Korang baca petikan berita itu apa yang korang faham ? dari fahaman kami,memang betul lah itu gambar amalina,dan ibunya sedang mempertahankan anaknya yang berpakaian seksi ! Malah turut mengaku membelikan anaknya tersebut baju seksi ! nauzubillah
Kami sangat marah bila tahu keadaan sebenar,Ingatkan amalina yang rosak,tapi mak dia ? haizzz
Tapi itulah,kadang kadang akhbar ni putar belit je banyak..Ntah2 mak dia cakap lain,akhbar tulis lain..tapi kannn sape tak panas dengar citer macam ni -..-” / Sumber
P/s: Tapikan Makcik... takkan makcik tak tahu batas-batas aurat seseorang wanita tu...Maaf makcik ya... . Diharapkan lain kali jangan simpan gambar2 yang  dikatakan 'peribadi' yang menayangkan body separa2 tu kat laman sosial...nama pun laman so-SIAL kan...macam-macam boleh terjadi...Maaf Zahir Batin..WallahuA'lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik