IKLAN

Selasa, 3 Januari 2012

Nur Amalina Che Bakri, Dulu Lain Sekarang Lagi Lain !

nur amalina che bakri 5 Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!


Bagi kami kalau individu tersebut bernama Ali Bin Abu (bukan nama sebenar) ataupun artis Malaysia, kami tidak ambil pusing sangat. Tetapi jika namanya Nur Amalina Che Bakri satu nama yang pernah menggemparkan negara satu ketika dahulu di mana beliau berjaya memperolehi 17 A1 semasa keputusan SPM 2004, bagi kami ia harus diberikan perhatian.
Sehinggakan selepas itu, “fenomena Nur Amalina” terus-menerus menyelubungi kalangan adik-adik kita yang bakal menduduki peperiksaan SPM setiap tahun. Kalau ditanya kepada mereka, ramai yang akan menjawab :
  • Saya nak jadi macam akak Nur Amalina
  • Saya nak berjaya macam akak Nur Amalina
nur amalina che bakri1 Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!
Sampai begitu sekali. Lagi satu, kalau Nur Amalina Che Bakri berpakaian tidak senonoh daripada mula, kami kurang ambil pusing. Tetapi berlainan apa yang kita lihat sekarang ini. Mungkin inilah yang dinamakan kejutan budaya?
Isu pelajar-pelajar yang berjaya terbang ke negara orang untuk menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi setiap tahun, bagi kami tidak boleh dipandang ringan. Sejarah sudah membuktikan daripada kalangan ini ramai yang akhirnya :
  • Positifnya : Pulang semula ke Malaysia dan terus menabur bakti kepada negara (cemerlang daripada segi ilmu & sahsiahnya) atau……
  • Negatifnya : Hanyut bersama-sama dengan kebebasan yang mula “mereka” perolehi sejak berada di negara orang.(Ini yang kita patut elakkan)
nur amalina che bakri 2 Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!
Kami yakin pasti akan ada yang mengatakan :
“Ala…baru tak pakai tudung, buka sini sikit sana sikit”. Takkan itupun nak dihebohkan.
Okey…..Pertama apa yang kami nak katakan di sini Nur Amalina Che Bakri hanyalah satu contoh sahaja. Persoalan yang cuba kami tampilkan di sini, adakah kita mahu melihat keadaan menjadi lebih teruk, baru kita semua mula mahu nak melatah? Contoh? Lihat apa yang terjadi adik Ariff Alfian dan …………………..? Erm…..Dah terlambat dah.
Disebabkan beliau rakyat Malaysia, mempunyai kebolehan tersendiri, berpenampilan bersih pada mulanya dan paling pentingnya kami sayangkan beliau, itulah antara sebab kami menegur beliau. Kami menegur bererti kami sayangkan beliau “ibarat permata bagi negara”.
Apatah lagi ada kalangan adik-adik kita selepas ini akan berangkat ke luar negara bagi melanjut pengajian ke peringkat lebih tinggi. Nasihat kami supaya adik-adik kita ini supaya pandai menjaga diri & elakkan diri daripada terkena ‘kejutan budaya” juga.
nur amalina che bakri 3 Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!
Kejutan budaya tidak mengenal mangsa. Baik penuntut di Malaysia mahupun penuntut Malaysia di luar negara sana. Kalau anda tidak kuat & pandai menjaga diri, anda akan hanyut. Lebih-lebih lagi adik-adik yang baru nak mengenal apa itu erti “kebebasan”.
P/S : Kami tidak berharap banyak, cukup sekadar Nur Amalina Che Mat berfikir sejenak apa yang beliau lakukan & kami doakan juga beliau berjaya di sana.

PP/S : Untuk renungan buat kami dan kepada semua, belajar tinggi-tinggi & genius belum tentu dapat menjamin EQ & SQ  berjalan seiring  dengan tahap pendidikan yang ber’IQ’ tinggi. Tetapi….


PPP/S : Tetapi jika anda jaga iman di ceruk mana sekalipun Insyaallah, kejayaan yang akan “terus mengiringi & mengejar anda”.sumber

Kataku: Yang baik jadikan ikutan, yang buruk,tidak bermoral, salah disisi agama kalau kalian ikut juga..nanti hidup kalian kan tak keruan dan jadilah saudara Syaitan. Sesat hujung jalan kembali ke pangkal jalan..Tuhan bukan nak tenguk diploma atau Phd dll yang kita ada..yang mengharapkan penilain manusia semata-mata..tapi iman,amalan dan keikhlasan kita yang di timbang Oleh-NYA..untuk nasihati diriku ini jua..Wallahu'lam.

Petua Merawat Gusi Bengkak


Pernahkah anda mengalami gusi bengkak? Tentunya sangat menyiksakan bukan? Apalagi pada waktu makan. Gusi bengkak boleh disebabkan beberapa perkara. Mungkin kerana kekurangan Vitamin C atau penyebab lain. Untuk mengatasi gusi bengkak sebenarnya sangat mudah. Sebenarnya ada cara mengatasi gusi bengkak secara semulajadi tradisional. Ini ramuannya.

Ramuan 1: 10 gram tawas bersih dicampur 300cc air biasa dan sedikit pepermint olie boleh digunakan untuk ubat kumur-kumur jika gusi bengkak.

Ramuan 2: 5 lembar daun jarak, 1 sudu kapur sirih direbus dengan 4 gelas air. Setelah ditapis, gunakan air tersebut untuk kumur.

Ramuan 3: Mengubati gusi yang bengkak juga boleh menggunakan 15 gram daun dan akar serai, 20 gram kunyit, garam secukupnya direbus dengan 500 cc air hingga berbaki 200 cc, saring dan minum airnya .

Mudah-mudahan.Ubat-ubatan tradisional di atas membantu mengatasi gusi bengkak anda. Selamat mencuba.

Atasi Gusi Bengkak Dengan Ramuan Tradisional www.ramuantradisional.com


Sumber: wisbenbae






Isnin, 2 Januari 2012

Petua Membezakan Minyak Wangi Tiruan Dan Original

Ramai di antara pengguna tidak dapat membezakan sama ada perfume yang dijual itu original atau tiruan. Kebanyakan mereka yang menjual perfume di internet mahupun di luar boleh meletakkan perkataan 'ORIGINAL' dengan sesuka hati. 

Sebenarnya agak sukar juga untuk membezakannya kerana pengeluar barang-barang tiruan amat bijak serta mempunyai teknik dan peralatan digital moden serba canggih yang boleh menghasilkan cetakan yang baik. Mereka mampu menghasilkan replika yang hampir serupa dengan perfume berjenama terkenal seluruh dunia dalam pasaran hari ini.
Jika dilihat secara kasar, perfume tiruan mempunyai nama dan bentuk tulisan yang sama dengan perfume original, botol yang hampir sama serta kotak dan bau yang hampir serupa. Ia boleh didapati daripada pengedar dengan harga yang terlalu murah atau lebih teruk, harganya sama dengan yang original. Sebagai pengguna anda mungkin tidak pasti atau tidak tahu langsung bahawa perfume tersebut adalah tiruan. Jadi berhati-hati.
Penghasilan dan penjualan barangan tiruan adalah masalah yang dihadapi di seluruh dunia. Berjuta-juta barangan cetak rompak dikeluarkan dan dijual setiap tahun. Dianggarkan lebih 10% perfume di dalam pasaran adalah tiruan.
RISIKO KESIHATAN
Perfume tiruan tidak menjalani ujian standard keselamatan yang dimestikan kepada semua produk kosmetik seluruh dunia. Untuk mendapatkan harga yang murah, sudah tentulah kandungannya juga mengandungi bahan-bahan yang murah dan akan menyebabkan alahan kepada pengguna yang mempunyai kulit yang sensitif dan mungkin juga boleh meninggalkan kesan kecacatan yang nyata.
BERHATI-HATI DENGAN STOK LAPUK ATAU SUDAH ROSAK
Perfume boleh rosak. Jangka masa untuk ia rosak bergantung kepada suhu, cahaya dan lama ia disimpan. Kadangkala apabila sesuatu kedai yang menjual perfume ditutup, mereka menjual stok perfume mereka yang sudah lama. Perfume-perfume yang sudah lapuk ini biasanya dijual di laman lelongan, kedai-kedai diskaun pada harga yang sangat-sangat murah. Jangan tertipu. Sentiasa pastikan yang penjual menjual perfume yang masih segar(baru), bukan stok lama.
Bagaimana anda boleh mengenalpasti bahawa ia adalah perfume tiruan atau original? Di sini kami akan memberikan tips mudah bagaimana untuk membezakan antara perfume original dan tiruan.
20 perkara yang harus diambil perhatian:
1. Pastikan penjual mempunyai reputasi dan dipercayai.
2. Pembungkusan. Semak kualiti pembungkusan seperti kotak dan rasa ketebalan dan kejelasan tulisannya. Perfume yang original tulisan brand perfume itu tidak pudar dan hilang walaupun sudah lama dipakai. Cuba rasa dengan jari tulisan adalah timbul dan bukan dicop. Walaupun kadangkala cara begini bukan boleh dijadikan ukuran, tetapi biasanya perfume yang original mempunyai kualiti pembungkusan yang sangat bagus.
3. Semak tanda-tanda gam berlebihan untuk melekatkan kotak dan sebagainya sebab perfume original tiada lebihan gam. Pembungkusannya amat teliti.
4. Kotak luaran. Semak kualiti dan bahan yang digunakan - ketebalan dan warna - tanda-tanda lipatan dan pinggiran kotak tersebut.
5. Cetakan. Semak informasi yang dicetak pada luaran kotak. Saiz, Negara ia dikeluarkan, salah ejaan, logo dan cap dagang (trademark). Semak cara cetakan - biasanya diembos dan mempunyai kualiti cetakan yang sangat berkualiti dan biasanya sticker berwarna lutsinar, perak atau tulisan berwarna keemasan, perak dan hitam.
6. Semak Nombor Batch.
7. Dalam kotak. Semak kualiti keseluruhan bahan digunakan. Warna dan saiz.
8. Bentuk botol. Semak kualiti keseluruhan botol. Tinggi, lebar dan design dan bentuk botol. Botol yang original adalah solid.
9. Kaca botol. Semak keseluruhan kualiti. Ketebalan, kejelasan, bentuk. Kaca botol yang original adalah tebal....
10. Tudung botol. Semak saiz, warna dan bentuk.
11. Kepala penyembur. Semak kualiti keseluruhan, warna dan kehalusan atau kelicinan semasa membuat semburan.
12. Tiub dalaman penyembur. Semak kualiti. Ketebalan, panjang dan warna.
13. Label botol (utama). Semak kualiti cetakan, saiz, reka letak dan cari untuk bentuk yang diembos.
14. Label bawah. Semak kualiti cetakan, saiz dan informasi yang tepat.
15. Bar Code. Semak nombor, saiz dan sama ada ia boleh discan.
16. Warna perfume. Semak warna perfume sama ada ia konsisten atau pun tidak.
17. Minyak berlebihan. Perfume yang original kurang berminyak.
18. Bau. Semak bau sama ada ia menyenangkan atau pun tidak, kadang-kadang yang tiruan berbau bahan kimia ;)
19. Tahan lebih lama. Cuba untuk beberapa jam. Sepatutnya tahan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam atau lebih.
20. Tindak balas pada kulit. Semak jika terdapat kegatalan, kemerahan, ruam atau pengelupasan.
21. Semak pada bahagian bawah botol. Biasanya kita akan dapat lihat kualitinya di bahagian bawah botol tersebut seperti tulisan diembos (timbul) dan mempunyai sticker produk.


Atau anda boleh cuba kaedah berikut:-

1. Ambil botol minyak wangi
2. Terbalikkan botol itu (Turn the bottle upside down)
3. Goncang laju-laju (Shake it)
4. Nanti akan keluar buih (Bubble will appear)
5. Apabila buih sudah keluar, lihat pula masa yang diambil untuk buih tersebut hilang.

Hypothesis : Semakin cepat buih hilang daripada pandangan mata anda, semakin tiruan perfume itu.

Penjelasan : Buih cepat hilang kerana ratio kandungan solute dan solution di dalam perfume itu adalah sangat berbeda. Dalam erti kata lain, perfume itu banyak di campur air. Kerana itu, ia dipanggil tiruan kerana ia cair dan tidak tahan lama. Jikalau minyak wangi@perfume original, buihnya mengambil masa yang agak lama untuk hilang kerana ratio kandungan solute dan solutionnya tidak jauh berbeda (pekat). 

Untuk melihat perbezaan yang ketara, sila bandingkan buih perfume RM35 dengan perfume RM260. Then you got what I mean. Selain itu, anda harus membandingkan perfume dengan perfume (EDP). Bukan perfume dengan Eau de Toilette (EDT) mahupun Body Mist. Ini kerana setiap satunya mempunyai concentration value yang berbeza.

 kredit : impianwanita.com / honeykoyuki





Cara Matikan Telefon Bimbit Yang Berbunyi Semasa Solat


Mesti ada antara kita yang pernah mengalami situasi ini. Tengah sembahyang jemaah , tiba tiba handphone bunyi masa sembahyang tu. Mau gelabah biawak kita sebab dah sah sah la mengganggu jemaah lain nak menunaikan solat kan? Tambah pulak pakai ringtone baik punya. Kalau ringtone ok tak apa la jugak. Ini tidak , pakai ringtone lagu Doraemon, mau satu masjid nanti guling guling gelak,. Sekali dengan tok imam hentam gelak kau kau . So apa perlu anda buat jika terlupa nak silent HP ketika sembahyang? Kalau sebelum ni, mesti ada yang akan batalkan sembahyang dan tutup hp kan? Sebenarnya ada satu cara lain untuk silentkan hp semasa sembahyang.



Sambut Tahun Baru, Ikhwan Lawati Gereja



Daqahlia: Anggota parlimen terpilih dari pelbagai parti melawat gereja-gereja Qibhty, mengucapkan selamat tahun baru. Al Ikhwan Yousry Hani bersama-sama dengan tokoh-tokoh kumpulan lain melawat gereja-gereja tempatan. Gereja-gereja di wilayah itu juga dikunjungi oleh ahli politik Wafd dan Nasseris. 
Namun ahli parti Salafy An Nur tidak mengikuti kebiasaan itu. Gabenor Belqas, setiausaha Sinoda Suci Uskup Bishoy pula menolak menemui para politikus yang datang, dengan alasan gereja perlu menjaga jarak dengan politik, lkenyataan Al Mishry Al Yaum (01/01/2012). /
Ibnu Hasyim



Ustaz Azhar Masuk Raja Lawak ?!




Dipisah Oleh Jin Tok Cha

Oleh SYALMIZI HAMID



FIDA menjerit kepanasan sewaktu dirawat oleh Shamsuri di sebuah pusat rawatan Islam di Nilai, Negeri Sembilan.




RUMAH tangga pasangan suami isteri, Shukri dan Fida begitu bahagia dalam tempoh 15 tahun lalu. Lebih-lebih lagi mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata yang comel.
Hidup mereka mungkin tidak mewah tetapi kasih sayang pasangan itu melimpah-ruah. Shukri, 43, bekerja sebagai pegawai berpangkat rendah di sektor kerajaan manakala Fida, 38, ialah seorang suri rumah.
Bagaimanapun, lima bulan lalu hubungan suami isteri ini terganggu.
Rutin harian di rumah pangsapuri mereka yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur hampir berubah seratus peratus. Jika dahulu Fida akan menguruskan anak-anak, kini tiga beradik itu terpaksa berdikari.
Sebelum ini Fida tidak pernah lupa untuk menyambut Shukri di muka pintu apabila si suami pulang daripada kerja, sekarang Shukri hanya menerima makian daripada wanita bertubuh kurus itu.
Berubah
“Dia berubah sejak lima bulan lalu. Semuanya bermula selepas isteri memberitahu saya yang dia mengalami mimpi buruk dan aneh.
“Pada awalnya saya menganggap mimpi itu perkara biasa. Tetapi lama-kelamaan sikapnya berlainan sekali. Dia berubah menjadi pemarah,” terang Shukri.
Fida kerap meracau dan menghamburkan kata-kata kesat kepada Shukri dan anak-anak terutamanya pada awal pagi dan senja.
Fida juga tidak boleh ditegur. Dia akan menengking dan meminta Shukri menceraikannya.
Disebabkan masalah itu, Shukri terpaksa mengambil cuti untuk menguruskan keluarganya. Dia juga tidak dapat melakukan hubungan intim bersama si isteri kerana sering berdepan halangan.
“Setiap kali didekati, isteri saya seperti tidak selesa dan dia berasa mual. Boleh dikatakan sejak dia mengalami mimpi aneh itu saya tidak lagi dapat bersama dengannya hingga sekarang.
“Apabila masuk sahaja waktu Maghrib atau awal pagi, dia akan berubah sikap. Peliknya dia akan berkeadaan biasa pada waktu lain cuma dia kelihatan sugul dan sensitif,” kata Shukri.
Menyedari Fida berubah perilaku daripada seorang isteri yang mentaati suami kepada seseorang yang seakan-akan musuh, Shukri membawa Fida ke sebuah pusat rawatan Islam di Nilai, Negeri Sembilan.
Di sana Fida dirawat dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan diberi minum air zam-zam menyebabkan jin yang menguasai tubuh Fida kepanasan.
Sudahnya, semua rahsia mengenai siapa yang melakukan ilmu hitam yang dikenali sebagai sihir pemisah itu dibongkar oleh jin itu.
Dalam keadaan tidak sedar, jin yang menghuni badan Fida memberitahu nama seorang wanita yang didakwa Shukri merupakan sahabat dan jirannya.
Fida turut menjerit meluahkan apa yang diingininya iaitu agar dia ditinggalkan oleh Shukri.
“Aku benci kau. Ceraikan aku, ceraikan aku,” jerit Fida sambil menuding jari telunjuk tepat ke arah suaminya.
Setelah dibacakan ayat-ayat rukyah oleh pengamal perubatan Islam di situ, Fida menggelupur kesakitan. Pada masa yang sama dia menjerit meminta tolong daripada seseorang yang dipercayai bomoh yang melakukan sihir terhadapnya.
“Tolong aku tok cha. Aku panas. Jaga kau Shukri aku akan ganggu kau sampai mati,” laung Fida dalam loghat Melayu Selatan Thailand sebelum dia rebah dan pengsan.
Tok cha merupakan panggilan untuk bomoh Siam. Dalam kalangan penduduk Kelantan dan Selatan Thailand, tok cha juga merujuk kepada sami Buddha.
Seketika kemudian Fida bangkit. Dia sempat menjeling kepada tiga orang anaknya yang sedang memerhati gelagat ibu mereka dengan perasaan sayu.
“Kau bukan anak aku,” jerit Fida kepada anak sulungnya yang berusia 14 tahun.
Luluh dengan kata-kata itu, ketiga-tiga kanak-kanak itu berundur sambil menangis.
Mereka memahami situasi yang dialami ibu mereka itu, tetapi jauh di sudut hati mereka terkesan dengan kata-kata wanita yang sebelum ini begitu akrab dengan mereka.
Tokong
“Memang berat kesedihan yang terpaksa ditanggung. Tetapi selagi perasaan dengki ada dalam diri, manusia tidak akan senang melihat kebahagiaan orang lain.
“Susah untuk saya mengungkapkan dengan kata-kata apa yang dirasai. Tuhan sahaja yang tahu betapa luluhnya hati saya,” kata Shukri.
Walaupun niat jahat orang yang menghantar sihir pembenci kepada Fida itu hampir berjaya, Shukri pula semakin tekad untuk mempertahankan rumah tangga yang telah lama terbina. Dia sedaya upaya mengusir jin yang menguasai jiwa isterinya itu.
Seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafie memberitahu, sihir berbentuk jampi oleh bomoh Siam untuk memisahkan pasangan suami isteri sering terjadi.
“Selalunya, barang-barang peribadi mangsa digunakan untuk dijampi.
“Selepas itu, tok cha akan menghantar jinnya berlegar-legar di rumah mangsa sebelum menabur serbuk besi bak atau ibu besi yang sudah dijampi di sekeliling rumah. Kebiasaannya jampi itu dibuat di dalam tokong.
“Selain menggunakan debu besi, kaedah sihir menerusi menjampi nama, pakaian dan makanan mangsa selain santau angin turut digunakan.
“Jadi berhati-hatilah jika kita menjemur pakaian dalam di luar rumah kerana ia memudahkan musuh kita melakukan sihir seperti itu,” nasihat Shamsuri.
Jelas Shamsuri, antara ciri yang ditunjukkan oleh mereka yang telah terkena sihir pemisah adalah perasaan cinta bertukar benci secara tiba-tiba, menjadi begitu sensitif, sukar mengaku kesalahan diri, melihat pasangan berwajah hodoh dan membenci anak-anak./ kosmo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik